Nuffnang Ads

Saturday 22 December 2012

Futsal

Setiap Jumaat, malam Sabtu, aktiviti aku adalah meneman suami main futsal. Yeahhh..main futsal.
Itu la hobi En.Suami, main bola, main futsal, kadang-kadang memancing. Berbeza hobi kami berdua. Hehehe, tapi sebab kelainan itu lah yang best, aku dapat mengisi masa2 lapang, dan tidak membuang duit shopping. Muahahaha.....

Setiap petang Jumaat, Sabtu dan Ahad, aku akan teman En.Suami pegi main bola, aku x main, tengok je. Hahaha.... Jumaat malam pula futsal, terer kan hubby saya???

Wednesday 19 December 2012

Kenali Gula-gula Anda!!!

Hehehe, lama rasenya tak update. Bukan apa, hari tu dah semangat nak update, tapi Blogger tak bagi update. Asyik loading je. Jadi malas la aku nak serabut-serabut tunggu nak loading. Pastu, Isnin dan Selasa semalam, badan tak sehat. Ye la, musim demam kan sekarang. Aku syak Pojan la bagi virus demam ni kepada kami suami isteri.

Dan minggu lepas juga, aku dapat stok gula-gula untuk sebulan, hamboi, banyaknya.... Terkejut sekejap. Ni nak bagi aku kenyang makan gula (Ubat) ke hape?

 Ubat yang paling tak best kan, yang belah kiri tu. Nak makan ubat tu kene kunyah. Eeeeyuckss.... Ubat tu rasa kapur, jadi ibarat macam kunyah kapur.


 Ini ubat untuk tambah darah.


 Ini ubat darah tinggi,doktor baru tukar. Sebelum ni makan Amlodipine.


.
 Eh, ni ubat ape eh, tak ingat. Hahaha... Tajuk konon kenali gula-gula anda, aku pon tak ingat ni ubat apa. Nampak sangat main makan je kan. =P


Dah tak muat bekas. Huhuhu...

Ini baru gula-gula wajib aku. Kalo tambah gula-gula dari klinik untuk demam selsema. Ehhh, kenyang la aku, tak payah makan nasi. Hehehe...

Thursday 13 December 2012

Kenapa Pesakit Dialisis Tak Boleh Minum Banyak Air???

Ok, ini bagi menjawab soalan rakan-rakan,

"Kenapa aku tak boleh minum banyak air?" 

Had yang ditetapkan untuk satu hari hanyalah 500ml untuk SATU HARI, x best langsung. Kalo ko dapat air best macam fresh oren, camne??? Kan rugi. Mana ko nak breakfast minum Kopi, mana ko nk lunch minum Milo Ais, mana ko nak dinner minum Fresh Orange, mana ko nak makan ubat lagi bile malam. Haaaa...x dapek de nak minum yang best-best.

Untuk pengetahuan semua, sebab musababnya adalah kerana, bila buah pinggang ko da rosak, buah pinggang ko tak mampu memproses air yang ko minum untuk dijadikan air kencing. Hehehe, so, korang paham la kan, kami pesakit dialisis ni, kalo da lama sangat, kami akan hilang nikmat untuk kencing.

Tapi macam aku, aku masih berupaya untuk kencing, cuma kuantiti kencing tu tak banyak la.
Contoh ;

Minum : 1000ml air
Kencing yang dikeluarkan : 200ml

Jadi, mana pegi balance lagi 800ml tu??? Haaa...itu la yang akan membahayakan kami kalo kami minum lebih air. Air-air yang berlebihan tu akan pergi ke jantung, ke kaki, ke peparu. Jadi kalo air da penuh kat jantung dan peparu tu, tu la jadinya sesak nafas dan batuk-batuk. Jantung akan bengkak, hmm...doktor kata bahaya jantung bengkak ni, tapi lupe plak nak tnye pasal ape bahaya. Heheheh...

Kalo jadi macam tu, pengsan woooo...tak boleh tido satu malam. Tibe-tibe aku akan rase rindu dengan mesin dialisis. Sebab mesin dialisis la akan membantu aku mengeluarkan air yang berlebihan dalam badan aku.

Macam mana kita nak tahu berat yang sepatutnya? Okey, itu doktor yang tolong kira, doktor akan X-Ray jantung, tgk jantung bengkak ke tak dan macam-macam lagi perlu doktor kira. Hehehe...
Contohnya, doktor tetapkan dry weight aku, 38kg. Kalo sebelum dialisis aku timbang 40kg, maknanya kene la setting mesin tu untuk tarik air 2kg. Itu la yang dinamakan tarik air.

Tapi, kalo berlebihan tarik dari dry weight yang ditetapkan, maka akan terjadi la episod kaki cramp macam nak mati, dan aku akan meraung sekuat-kuat hati. Wakakaka, hanya staff-staff kat Unit Heamodialisis Hospital Serdang je tau macam mana dasyatnya kalo aku meraung-raung tu. Da takde perasaan malu da, sakiitttt woiiiii kalo cramp. Insaf sekejap takmo tarik banyak-banyak dah.

Tapi selalunya pesakit dialisis ni memang degil tahap ketegaq. Time sesak nafas je insaf, pastu buat balik. Jarang la aku jumpe pesakit dialisis yang berdisplin (terutamanya kat tempat aku dialisis la).
Dan mereka mati hidup semula pon takkan mengaku mereka minum banyak air, (hahaha, aku la tu).
 Tapi walaupon tak mengaku, bila da sesak nafas, confirm la semua orang kt Unit Heamodialisis Hospital Serdang tau aku minum banyak air.

Dan, kalo aku kerja yang perlu melibatkan aku berjalan banyak, automatik la minum banyak kan??? Sebab kalo ko da berjalan satu kilang, tak haus ke tekak ko weiii....huhuhu....

Kenapa Aku Sesak Nafas???

Muahahaha, macam terasa tanya soalan bodoh je ni. Ekceli, aku mushkil jgk, mushkil dengan serius. Sebabnya, aku baru je dialisis hari Selasa hari tu. Tibe-tibe malam tadi aku sesak nafas, batuk-batuk lagi. Aku saspek aku overload, tapi nk kata aku minum air banyak, xde pulak. Jadi aku saspek, dry weight aku bukan la 37.7kg. Aku harus turunkan lagi sehingga 36kg.

Hmmmm...jd untuk dialisis hari ni, kene la berusaha supaya sampai 36kg. Kalo tak aku yang merana tak boleh tido sebab sesak nafas. Harap-harap kaki tak cramp hari ni. Bile sesak nafas, automatik selera makan tak de. Itu pon jadi masalah jugak buat aku. Semua berkait-kait ni, bile tak makan, gastrik akan menjelma serta merta.

Ohhh hoiiii.....aku stress pon iye gak ni. Stress pikir sepatutnya dry weight aku berapa. Tapi nasib baik minggu depan ade Appointment Clinic. Boley la aku tanya doktor. Tapi yang tak best nye, habis la gaji aku lagi kalo da cuti Selasa, Rabu, Khamis.

Selasa = 1/2 Hari : Dialisis ( tolak gaji )
Rabu = 1/2 Hari : Appointment Clinic ( tolak gaji )
Khamis = 1/2 Hari : Dialisis ( tolak gaji )
Sabtu : Dialisis

Huhuhu, boleh bayangkan tak yang life aku lebih banyak kat hospital. Sedey....
Nanti nak balik kampung Sabah pon, aku kene pening susun jadual nak pegi dialisis. Hmmm...
Alah bisa, tegal biasa. Sebenarnya aku da biasa jugak dengan rutin pegi hospital ni. Tapi, masih terasa frust sebab, aku tak dapat buat benda-benda yang aku suka seperti hang out dengan kawan-kawan, food hunting dan aku da lama tak dapat melawat Khayra Mustika. Huhuhu, rindu la ngn budak tecik ni.

Tengok, da pandai berdiri da budak tecik ni. Aku masih lagi tak punya masa nk g melawat die. Hishhh... rindu laaaa.....

Gastrik Datang Lagi....!!!

Gastrik datang lagiiii....!!! (sila bace macam "Tora datang lagiiii!!!") Malam Selasa minggu lalu, gastrik aku datang lagi. Sebabnya tak lain tak bukan, aku tak makan dari pagi. Memang aku mengaku salah aku. Tapi sebab-sebab aku tak makan adalah kerana, lidah aku luka, langsung tak boleh menerima makanan pedas.

Hoiiii, stress nak cari makanan tak pedas. Malaysia ni kan mana reti jual lauk-pauk tak pedas. Kita kan kaya dengan Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas, Kari Kepala Ikan, Sambal Udang Petai...

Lauk-lauk tu semua aku suke, malangnya, kalo aku makan, boleh meleleh airmata, bukan sebab meleleh airmata sebab pedas. Tapi sebab sakit. Sakit sebab lidah luka. Ok, stop cerita pasal lidah luka.

Jadi malam tu, dengan berguling-guling kembali sebab gastrik, nasib baik ade stok GAVISCON kat  rumah. En.Suami pon dengan baik hati goreng kan Bebola Ayam Ayamas. Dapat la alas perut sket.
Lepas je makan, mungkin sebab perut da masuk angin, muntah pulak. Haishhh...mesti En.Suami risau. Maafkan saya En.Suami. Hehehe..lepas ni janji akan buat lagi. Hehehe...



Jadi, lauk pauk yang aku boleh terima sekarang hanyalah, Ikan Goreng, Udang Goreng Butter, Kicap dan Telur Mata. Huhuhu, sedey kan??? Hidup kat negara yang kaya dengan lauk-pauk yang best, tapi aku boley makan makanan bergoreng yang tak pedas je. Mengada punya lidah!!!

Wednesday 12 December 2012

Rezeki & Dugaan

Rezeki dan dugaan di datangkan Allah dalam pelbagai bentuk. Untuk menguji hamba-hambaNya, dan selagi dugaan itu datang, itu tandanya kita masih mendapat kasih sayang Allah. Hmmm.... tujuan aku nak menulis entry ni, sebab..... sejak kebelakangan ni, terlalu banyak perkara yang menduga aku, menaikkan tekanan darah aku.

Selagi aku boleh terima, aku terima, manusia yang sentiasa iri hati dengan aku, sentiasa mencari kesalahan aku. Pendek kata, walau apa pon yang aku buat, akan di cari salah dan silap. Dan dengan keadaan kesihatan yang tak berapa nak cemerlang bulan ni, bertambah-tambah presurre yang diberikan.

Tapi aku bersyukur, kerana rezeki yang Allah datangkan pada aku, bukan dalam bentuk wang ringgit. Ya, aku sentiasa kesempitan wang, kerana setiap kali aku dialisis, gaji akan dipotong. Baki gaji yang tinggal hanya cukup untuk buat belanja rawatan dialisis. Tapi Allah mendatangkan rezeki yang paling membahagiakan aku, Suami aku. Suami yang sedia menerima diri ini seaadanya.

Dan aku juga mendapat seorang doktor yang memahami, mendahulukan tempat untuk aku mendapatkan rawatan dialisis di hospital kerajaan. Jadi, tidak lah semahal mendapatkan rawatan dialisis di pusat dialisis swasta. Tapi, masih, kos keperluan untuk mendapatkan rawatan membuatkan aku dan suami terpaksa berdikit-dikit. Mungkin, belum rezeki kami untuk hidup senang. Tapi aku bahagia, kerana suami sentiasa di sisi.

Walaupon aku di tekan dalam pelbagai cara, aku bersyukur, aku masih mempunyai keluarga yang sentiasa menyayangi dan menyokong aku. Aku mempunyai kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat. Tidak juga aku lupa, Allah juga telah memberikan aku seorang Puteri Syurga yang akan menunggu aku di sana. Ibu rindu Arissa sayang......

Suami aku, sentiasa mengambil berat setiap kebajikan diri aku. Kami tidak mewah, kami tidak senang, tapi kami bahagia. AKU BAHAGIA. Kerana dikurniakan Allah lelaki yang sebaik Suamiku.

Dulu, apabila aku diberitahu, aku mengidap peenyakit kronik, aku tidak berharap langsung akan berumah tangga. Sedar diri, siapalah yang akan menerima manusia sakit seperti aku. Tapi ajal, maut, jodoh semua di tangan Allah. Semua telah ditetapkan. Aku bersyukur.

Dulu, apabila aku menerima rawatan kimoterapi untuk jangkamasa 3 tahun, doktor menerangkan kemungkinan aku tidak boleh mengandung. Tapi siapa sangka, dengan penyakit kronik SLE, aku berupaya mengandung, tapi dengan risiko yang sangat banyak yang terpaksa aku terima.

Ya, aku dianiaya di sini, tetapi rezeki yang Allah datangkan pada aku, sentiasa ada. Insya Allah.


Monday 10 December 2012

Friday 7 December 2012

Padah Terlupa Makan Obat

Haaaa.... Hari Selasa semalam, disebabkan lepas balik dialisis tu, tak sehat dan rasa nak pitam, tertidur la sampai pagi. Terlupa nak makan ubat-ubatan yang segala jenis tu. Padahnya??? Bangun pagi, disertai sakit kepala ya amattt. Darah tinggi naik la tu.

Dan kesimpulannya, satu hari melepek tidur kat rumah. Tak dapat masuk office pon. Nak g keje menda kalo da kepala tu macam diketuk-ketuk die punya sakit. Lenkali suke-suke la lagi tak makan ubat. Padannnnn...!!!!

Thursday 6 December 2012

Zat Besi

Bulan lepas, aku ade appoinment medical check dgn doktor. Ini adalah rutin biasa pesakit dialisis. Setiap 3 bulan kami kene medical check up. Seminggu sebelum medical check up, kene amek darah dulu, nak check la kandungan darah ok ke x, macam, pottasium, kreatinin, urea, HB dan lain-lain. Hahaha...

Jadi, seperti biasa, mase medical check up, check berat badan dan tekanan darah (walaupon setiap kali sebelum dan selepas dialisis, mesti check benda ni, still diorg nak check jugak).

Nurse kate aku makin kurus, memang ler, last aku dtg medical check up, dengan jayanya berat aku naik 44kg, sekarang berat aku 38kg. Tapi aku masih lemas la, macam sesak nafas gitu, aku suspek berat aku patut kurang lagi.

Check nye check, patut la selera makan aku xde, rupenye aku kurang zat besi dan kurang darah, kiranya HB aku low. Hmmm..... mcm mana nk meningkatkan selera makan kalo zat besi kurang. Jadi doktor suruh aku amek ubat zat besi. Nama ubat tu RENOVER, seingat aku lah.. Hehehe...
 
Okay, tu citer bulan lepas, bulan ni, kenapa aku masih penat mengah-mengah lagi bile jalan jauh sikit. Hmmm..... before ni paham la, sbb HB low dan zat besi kurang, tp da amek ubat tu pon, xde perubahan, ke kene tambah lagi dos ubat tu.?


p/s: Walaupon aku keje kilang besi, x semestinya aku cukup zat besi.

Monday 3 December 2012

Happy Birthday to Both of My Hero

Sabtu minggu lepas, 1hb Disember 2012 pergi dialisis, aku ditemani oleh dua birthday guy in my life. Iaitu, tak lain tak bukan, hubby yang sayang aku, dan adik yang sayang aku.

Nampak tak ayat di atas? Hehehe, depa berdua sayang sgt aku, tu sebab dua-dua teman aku pegi dialisis. Hehehe, Aku pon sayang mereka ketat-ketat.

Happy Birthday to My Husband, semoga kita di kurniakan Allah kebahagiaan hingga ke Syurga. Terima kasih kerana sudi menerima diri ini yang tidak sempurna dengan seaadanya.

 dan

Happy Birthday to Wawan, adik Along yang selama ni, banyak membantu Along tak kira apa pun. Semoga Angah berjaya di dalam hidup dan di akhirat.

Dan hari ni tadi sedang-sedang merewang dekat Giant nak pegi bayar bil Astro, sekali hah ternampak,
Mizi Sport Store sedang mengadakan SALE besar-besaran, BUY 1 FREE 1 tuuuuu.....

Pucuk di cita, ulam mendatang, hubby memang berhajat nak but bola, elok sesangat. Aku lak yang excited kan??? Pompuaannnn....asal nampak SALE, BUY 1 FREE 1, mule la tak tentu arah. Jadi, tadi... dengan jayanya menyambar 2 pasang but pada 1 harga. Berbaloi-baloi.... Weiii, but bola bukan murah weiii...

Dapat la ADIDAS sepasang, LOTTO sepasang. Lepas ni hubby bley melaram dengan but baru. Sumbat gol banyak-banyak ye.... (macam kan laki ko player kebangsaan plak kannnn????) hahahaha...








Online Butik Yang Best

Ini ade satu online butik yang best. Banyak pilihan dan design dari semua jenis apparel. Harga sangat berpatutan. Dan yang paling best, ByKhayra ye. Korang kenal kan sape Khayra? Kalo tak kenal, sila bace Khayra Mustika.

Ade jugak baju & stuff untuk manusia paling adorable sekali di dunia, YOUR LITTLE ONE'S.  Okay, bakal-bakal ibu, ibu-ibu, mama-mama dan anak-anak dara sekalian,sila la jenguk page ni.



DresscueMe ByKhayra 

Friday 30 November 2012

Kisah Semalam

Semalam, Thursday, kenapa ntah, asal Thursday je, mesti macam2 jadi. Bukan la macam2 yang best, yang x best.

Malam sebelum tu, aku langsung x dapat tido, sakit tengkuk. Jadinya, pagi tu, memonteng la aku dari pergi office. Tengah hari bertolak ke hospital. Hubby sampai awal, pukul 1 tgh hari. Jadi aku sampai hospital pon awal, 1.40 tgh hari.

Duduk-duduk, kemas-kemas, siap-siap, sediakan bahan-bahan nak start dialisis. Tapi aku x pasang mesin tu, sebab x reti, hehehe. Hubby je yang terer, jadi kalo hari Sabtu, mmg hubby tolong pasangkan mesin. Jadi aku pon tunggu la, tunggu staff yang shift petang utk tolong pasang mesin.

Then, dalam 2.30pm, baru la dtg staff nk prepared mesin dialisis tu. Staff baru, tapi aku tgk macam dan pandai pasang dan prepared mesin. Settle semua, staff tu xde tanye pon berapa heparin hourly dan heparin bolus aku. Die cuma tanye nak tarik air berapa. Da setting2, aku ckp la bolus aku 2.8, hourly 6. Dan staff tu reply, "Dah".

Rupe-rupenye, Heparin aku di bagi banyak, nasib baik Abg PG dtg check, ade ke bolus bagi 3.0, hourly 8. Woiii, badan aku kecik je, berat pon da 36kg, kalo bagi bebanyak heparin, cair la darah aku plus mesti banyak gugur rambut aku.( Haji Mulok kata kalo terlebih bagi heparin, rambut bley gugur dengan teruk) Haiiisshhhh...cmne ni, rase nak marah, tapi memikirkan staff tu baru lagi, saboorrrrr je laaa.....

Dalam 1 jam lepas tu, mesin aku bunyik2, Kak Romela datang check, rupe-rupenya, staff baru tu x tekan start untuk dialisis, dan aku duduk 1 jam tu sia-sia je. Aih, kalo baru nak start, pukul berapa nak habis? Dah la hari ni hubby kene amek worker kat UKM dan rushing. Hmmm...Jadi, nak tak nak, kene la jugak dialisis cukup 4 jam, habis kul 7 malam. Dari pukul 1.40 tgh hari aku sampai, 7.30 malam baru keluar dari hospital.

Haih, memang setiap Khamis mesti ade problem ke? Penat badan jangan kata, walaupon dialisis tu duduk je, tapi darah keluar masuk dalam badan menyebabkan badan jadi sangat tidak bermaya.

Video Ngeri


Haaa...ngeri kan..??? Sebab walaupon da 4 tahun aku dialisis, aku masih x sanggup nak tgk bile jarum tu cucuk tangan aku. Huhuhu, video ni pon hubby yang tolong amek kan. Tak nampak muke aku, kalo nmpk, msti korang nmpk yg aku x pandang pon bile jarum tu di cucuk kat tgn aku...

Kalo pandang kan, die rase macam lagi sakit la bile jarum tu cucuk. Muahahaha...psiko..!!!

Tuesday 27 November 2012

Kitaro - Caravansary

Meruntun jiwa, bertambah-tambah sebak rindukan Arissa.


Kerinduan Ibu Pada Nur Arissa Adni

Sebenarnya, aku kerinduan, kerinduan yang tak tertanggung. Rindu pada Nur Arissa Adni. Smalam pos entry Siapa Nur Arissa Adni?. Aku sangkakan aku sudah cukup kuat untuk mencoretkan segala kenangan bersama Arissa, rupanya aku silap. Perasaan ku tewas di kala jari-jemari ini ligat menekan keyboard.

Sesungguhnya aku amat merindui si kecil kesayangan ku.

Arissa,
Ibu tau Arissa bahagia di sana.
Ibu merindui Arissa.
Tak puas rasanya menatap wajah comel Arissa.
Tak puas rasanya memegang jari-jemari halus Arissa.
Ibu rindu menggelikan tapak kaki Arissa.
Tatkala Ibu menggelikan tapak kaki Arissa, dapat Ibu lihat kerutan di dahi Arissa menahan geli.

Maafkan Ibu ye Arissa, Ibu suke kacau Arissa tido.
Arissa, betapa rindunya Ibu dengan Arissa.
Ibu dan Ayah rindu Arissa.
Arissa selamanya puteri di hati Ibu, puteri dunia dan akhirat Ibu.
Tidak Ibu sangka, nama Adni yang Ibu dan Ayah pilih, Adni adalah salah satu nama syurga Allah S.W.T sememangnya milik Arissa.
Ibu pasti Arissa gembira di sana.

Arissa,
Arissa tahu tak, Ibu ade menyayangi bayi yang miriipppp Arissa. Nama baby tu Khayra Mustika.
Comel sangat macam Arissa.


=D

Monday 26 November 2012

Siapa Nur Arissa Adni ?

Pada sesiapa yang baru membace blog aku, mesti korang tertanya-tanya siapa Nur Arissa Adni.
Okey, aku akan ceritakan serba ringkas siapa Nur Arissa Adni. Nur Arissa Adni Binti Muhammad Taufik adalah puteriku, puteri kesayangan ku.

Mengigau

Aku nak cerita pasal mengigau ni, bukan aku yang mengigau sebenarnya. Mengigau ni pada aku macam mimpi disertakan dengan segala jenis pergerakan dan kalo ade mase-mase tu, siap bley bersembang lagi dengan kita. Hehehe....

Friday 23 November 2012

Stalker Blog Orang~

Stalker yang aku maksudkan di atas adalah aku. Muahahaa... Ye, aku suke stalk blog-blog yang best tanpa meninggalkan komen. Blog yang aku tinggalkan komen pon sebab tuan punya blog peramah, hehehe...berikut adalah blog yang aku suke bace di waktu senggang. Kadang-kadang kalo xde entry baru dari mereka, aku bley jadi stress, naik high blood pressure aku. Hahaha...

Apa Itu Hemodialisis?

Aku tau ramai sebenarnya x berapa nak faham ape yg aku asyik sebut dialisis, dialisis, ni aku Google je, sebab kang ikut penerangan aku menaip, korang jadi langsung x paham pulak. Dan aku akan terang sket-sket kat hujung ayat untuk mana yang aku rase penerangan kat bawah ni aku pon xpaham. Hahaha, korang paham x ape aku cakap nii???


Bad Habits : Part 2

Wahh...tajuk macam ala-ala Breaking Down : Part 2 kann??? Hari tu aku ade post entry pasal Bad Habits ni. Hehehe...
Smalam, sambil lepak-lepak ngn En.Suami kat kedai, baru aku sedar yang aku ade lagi bad habits yang selalu membuatkan aku dibebel oleh En.Suami. Bad habits aku yg ketiga dan seterusnya :

Thursday 22 November 2012

Khayra Mustika

Di saat aku menulis entry ni, aku x publish terus, aku save dulu, aku perlu minta kebenaran dari tuan empunya Khayra Mustika, iaitu Mommy dan Daddy die.

Okey, siapa Khayra Mustika? Secantik nama diberi, Khayra Mustika adalah baby yg aku sayang setakat ini, selepas aku kehilangan Nur Arissa Adni. Kenapa???
Semuanya kerana ini,

The Avenger

Mesti korang pikir, ape yang Yana mengarut The Avenger ni, orang sume sibuk buat ulasan
Twilight : Breaking Down (Part 2) la. Tahun bile Avenger ni yang Yana sibuk-sibuk nk ulas dalam blog ni.???

Idea Yang Mencurah-curah

Malam tadi, time aku tgh syok landing2, berangan nk tido, time tu la segala macam idea untuk entry baru keluar menjelma-jelma dalam kepala otak ni.

Monday 19 November 2012

Pelangi Senja

Setiap kali lagu ni keluar kat radio, aku x bley tahan perasaan aku. Aku terlalu rindukan Arissa.
Orang mungkin x paham, dan xkan paham, mereka x melalui sendiri ape aku lalui.
Ya, pelangi aku adalah Arissa, yg cuma dipinjamkan seketika . Sampai sekarang masih merindui Arissa dan akan selamanya merindui Arissa.


Bad Habits

Semua orang ade bad habits kan? Dalam bahasa melayu nya adalah Tabiat Buruk.
Aku?? Aku byk bad habits. Hehehehe..kebanyakannya x memudaratkan sgt diri aku.

Antara tabiat buruk aku adalah :

Friday 16 November 2012

Tanggal 14 November

14 November 2012,
Genap aku berumur 26 tahun, alhamdulillah masih bernafas lagi di bumi Allah ini.

Tuesday 13 November 2012

Happy Deepavali to All Indians...~

Ye, sepatutnye, jika tajuk di atas ditulis, kita semua sepatutnya cuti , holiday dan pergi beraya rumah rakan2 India kan?

Tapi, guess what, aku kene keje woiii... x best langsung. Pastu kengkawan lain sume x online pon.
Aku tau la kamu2 semua cuti, bangun la weii, g beraya.

Jadi, disebabkan aku sengsorg je kat opis hari ni, terpaksa la aku update blog mengatakan aku kt opis sengsorg hari ni.Nak pegi mengacau kat production, mcm malas nk jalan. Muahahaha....

Tapi nasib baik, ceh...nasib baik konon, tgh hari aku akan berangkat ke hospital, dialisis la, apalagi.

Boley sambung tido...hehehe...Owh ye, gentle reminder ye kawan2...besok birthday aku.
Sila PM aku utk tnye apekah hadiah yg aku nak. Wakakaka...bajet ade la org yg nk bg hadiah kt ko.
Perasan!!!

Ok la wei...nk teruskan aktiviti mengacau2 di production.

Monday 12 November 2012

Sesak Nafas Lagi~

Haish, hari ni baru Isnin, nak menunggu ke petang Selasa, terasa lama sangattttt sbb....???
Sbb da terasa mengah2 sesak nafas ni. Haaa...padan kan muke sendiri, sapa suruh asyik melahap ais batu. Konon2 ikut petua xnk minum air byk, kumam ais, tp aku bukan kumam, aku kunyah smpi la habis satu gelas, minta di top up lagi segelas.

Pertandingan Memancing Di Nilai Impian

Ahad minggu lepas 11/11/2012, ada pertandingan memancing di Nilai Impian, anjuran Sime Darby.
Hadiah tempat pertama RM 15,000. Hubby x join kali ni, lain kali katanya.

Friday 9 November 2012

AES

Setiap kali trip kami ke hospital, kami akan lalu highway Utara-Selatan, then masuk tol Kajang.
Kalau korang perasan, ade bnda ni kan sebelum masuk tol Kajang tu. Hehehe..

Christina Perri - A Thousand Years (Official Music Video)

Lagu ni, antara lagu favorite aku,  hmm..best kan,

Thursday 8 November 2012

Mencube Post Entry Dari Galaxy Note

Haaaa....mcm akhinye berjaya je post entry pakai Note ni...
Hebak..hebak...hahah.. Setelah sekian lama weii, aku pon x paham knp blogger x benarkan aku update dr Galaxy Note, tp view blog aku boley.

Tp.. hari ni boley, syukur alhamdullillah, xde la aktiviti aku kalo g dialisis tu membuta je (tp mmg membuta je pon, pastu bgn makan,wakakak...)



cc : to my bff...hebak x aku..?? wakaakak ...padahal da lame sgt try...baru hari ni boley...

Jimmy Palikat - Tanak Kampung

Ini lagu versi asal "Anak Kampung" . Hehehe...disebabkan hubby org Kadazan, jadinye, aku lebih suke versi ni sbb lebih ori. Yg remix tu x best la bunyik nye, serabut.

My Day on Thursday

Hari ni Thursday, rutin biasa, kul 1.15pm kang, dgn menggelupur nye g spital. Aku ni terkejar2 masa, sbb hubby perlu balik ke kilang tepat kul 2. (Thanks hubby selama ni hantar saya g spital, saya x bley drive sendiri wktu lepas dialisis sbb kaki akan cramp - bahana suke tak terlupa makan Calcium Carbonate.)

Wednesday 7 November 2012

Restoran Haslinda Sim Abdullah

Minggu lepas, lepas balik dari kenduri cousin aku kawin, teringin nk cari restoran yg masuk JJCM mgu lepas, Chinese Muslim Restaurant. Sebab dekat lokasi nye (ecceehhhh, lokasi !! x tahaaannnn...), di Bandar Baru Bangi.

Happy Meeting Khayra =D

Last night, Mai and Azim coming to Nilai because craving for Burger Bakar Abg Burn ( Org2 Nilai meh la dtg kat bulatan BBN tu, ada berger bakar).

Hehehe..terubat rindu jumpe bdk tecik tu, walaupon bdk tecik tu poyo kan, mcm die seorang je ade Mommy, langsung xnk berenggang ngn Mommy die.. =D

Tuesday 6 November 2012

Toksik...???

Ceh,tajuk x bley blah. Tapi mmg betol weiii, aku masuk hari ni, hari ketiga daripada last aku dialisis, last from friday. Badan aku da rase terlebih bertoksik ni.. Huhuh..

Xde selera da nk makan ni, tapi kebulur!!!
Cmne ni, cmne ni, cmne ni???!!!

Ok, for the first time, I'm sooo looking forward for today dialisis session...
Hahaha,xde la first time sgt, rase mcm da byk time je, lagi2 bile da sesak nafas tu, menggelupur la nk g dialisis, kalo x....sombong sgt nk g dialisis tu...

Haaaa...skang, amek ko..kan bdn da bertoksik!!!
hahahaha...

Padan muke aku..!!!

Monday 29 October 2012

Susi...oh Susi..~

Isnin minggu lepas kan...setelah beribu kali cubaan mengajak hubby p makan susi..akhirnya berjaya juga.... Hahaha...
Sebelum ni,punye xnk hubby kalo aku p ajak makan susi...kate nye susi tu bau mcm ulat sagu punye sarang...Haish hubby ni pon..jgn ler compare ngn ulat plak...Hahaha

Wednesday 24 October 2012

Tak Tarik Air..? Pfttt.....~

Hari tu, aku pegi dialisis, mcm biasa..kalo da Tuesday tu, last dialisis Saturday...
Mmg la tercungap-cungap... Then pegi timbang..
Ok... 40.3kg..hari ni nk try target dry weight 37kg...

Wednesday 17 October 2012

Setahun Masa Berlalu

Sedar x sedar, setahun masa berlalu....
21/10 ni besday Arissa...

Arissa,
Ibu rindu Arissa,
Ibu selalu ingat Arissa,

Ibu terbayang-bayang anak Ibu yg comel,
Arissa adalah pinjaman dr Allah yg paling comel,
Tak akan Ibu lupakan .

Arissa akan sentiasa di hati Ibu.

Monday 1 October 2012

Da Berhabuk~

Hahaha...

Lama nye aku x update...xpe la...aku bukan ade follower tegar pon...
Hari ni da 1 Oktober...Bile bos nk bagi gaji ni..
Adoii...Sengsara mcm ni...
Mcm mana aku nk berjimba dgn husband aku.
Dalam kepala da byk plan di rangkakan.

Aiyooo...
Hasrat nk melawat dak tecik Khayra pon terbantut.
Sbb Aunty nk beli soft toy utk Khayra dulu =)

Harap2 jgn la smpi mgu depan ...
Huwaaaaaaa......
Bley nangis aku weiii...

Monday 24 September 2012

Twitter oh Twitter

Helo..morning...eh morning ke... Da dekat tgh hari da ni...haha

aku konon2 baru la sign in twitter ni...skali da sign...ape pon x paham..

Wahahaah...xpe...slow2...
Lame2 paham la kan..?

Hmm...bosan pon ade gak ni...
Lapa pon ade...
Tp biskut kt ofis ni da habis.. =(
 Huwaa..... Encek Hubby..bile nk top up stock biskut kat ofis ni ye...

Hehehe...


Da...

Thursday 20 September 2012

Blackberry Messenger – Things You Should Know

 Sekarang ni...aku sgt addicted bace blog ni okeyh....hehehe...suke..suke..suke...smpai gelak sorg2 bace blog ni...

Sila la korg cek it out..!!!


Blackberry Messenger – Things You Should Know

Thursday 9 August 2012

Thursday for.....Dialisis!!! Yayy...!!!

Hai Arissa...

Hari ini..Thursday..as usual..Ibu kene pergi dialisis..huhu..
Same routine that I will never cope with...

Ibu harap hari ini Ibu sehat sampai habis dialized...
Last Tuesday...belum pon habis 4 hours...Ibu da pitam..heheh

Monday 21 May 2012

Monday 14 May 2012

Craft Tool Idaman~Wishlist... =)

Huhuhu..
Drooling tgk tools2 yg ade kat FB Lazy Bee.
Tools2 ni suatu hari nnt akan menjadi milik ku.
Azam : Kumpul duit sampai boley beli semua tools2 tersebut.


Arissa~Arissa Tahu Tak...~?

Assalamualaikum Arissa...
Arissa..
Arissa tahu x kisah hidup ibu..?
Semenjak Ibu di diagnos dgn sakit Ibu..?



Tuesday 8 May 2012

Aku Tidak Harap Mereka Faham~

Mereka tidak mengerti,
Mereka juga tidak faham,
Jauh sekali hendak cuba memahami,
Mereka sanggup melakukan sesuatu melukakan hati,
Kerana mereka gembira jika dapat berbuat begitu.

Monday 7 May 2012

Perasaanku Atau Kebetulan...?

Adakah ini hanya perasaan ku..?
Atau hanya kebetulan...
Di saat aku melihat gambar itu,
Serta merta terbayang setiap perincian wajah kecil Arissa.

Sunday 6 May 2012

Arissa...Ibu Rindu~

Arissa...
Ibu rindu...
Sekali lagi Ibu menangis,
Ibu ingat Arissa,
Ibu tak boleh tido~

Wednesday 25 April 2012

Sakitnya kepalaku...~

Hmm...kepala sakit,
Selera makan juga tiada....sedang berfikir-fikir nk makan apa malam ni..~

Terasa....Terluka~

Terluka,
Terasa hati,
Kecil hati,
Macam-macam perasaan yg ada di dalam hati ini sekarang ini..

Cuma tak mampu nk diungkapkan,
Juga tak mampu utk dihuraikan,
Sebab dan penyebabnya,
Tetapi hati ini terasa,

Biarlah hati ini juga yg menyimpan rahsia ini sendiri.

Tuesday 24 April 2012

Malam Yang Panjang...

Hmmm...terasa panjang malam ni..
Ibu rindu Arissa,ibu x boleh lelapkan mata,
Terbayang-bayang di mata Ibu wajah Arissa yg kecil molek,
Ibu rindu sangat pada Arissa,

Monday 23 April 2012

Andai Lelaki Tahu~



Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Sunday 22 April 2012

FC Barcelona vs Real Madrid

Okeyh..tahan gak mata ni..teman hubby layan final Liga Sepanyol..hahah..a good start for people who not so much fan of football.

Tapi bile tgk game td..mmg best..kesian hubby..kecewa bile Barcelona x menang..heheh..
Tu.. laa..sapa suruh x sokong Ronaldo..

Anyway..congrats for Real Madrid...mesti fan Real Madrid menari sakan malam ni..ops..da pagi..lupe plak sekejap dgn waktu...

Keputusannya Barcelona - 1 , Real Madrid - 2.

Dan keputusannya,aku masih x boley tido sampai skang..ni mesti terlebey minum nescafe td... Aiyooo~~

Friday 20 April 2012

Sistemik Lupus Erytomatosus (SLE)

 Saya adalah pesakit SLE semenjak saya berumur 11 tahun.Banyak pengalaman hidup saya hanya di hospital.Hingga kini,hospital adalah rumah kedua saya,kerana saya perlu menjalani rawatan Dialisis 3 kali seminggu.

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

Lupus is one of many disorders of the immune system known as autoimmune diseases. In autoimmune diseases, the immune system turns against the body it's designed to protect for unknown reasons. Most often when people speak of lupus, they are speaking of systemic lupus erythematosus (SLE) and it is what this article primarily is about. SLE is an inflammatory, autoimmune disease that affects nearly every organ system in the body, including the skin, joints, kidneys, heart, lungs, and central nervous system. SLE is only one type of lupus.

Thursday 19 April 2012

R.I.P Mouse ~ Si Cudut

Hmm...
Terkedu seketika...
Pada pagi itu,apabila adik memberitahu,
"Mouse da mati"

Kami sekeluarga terkejut, kerana semasa kami menjenguknya pada pukul 4 pagi,
Dia sihat,
Apa yg mampu kami buat,
Hanya berdoa,supaya Mouse gembira disana.





R.I.P Mouse.


Sesungguhnya Hati Ini Tidak Sekuat Disangka~

Hati ini amat merindui,
Hari ini, hati ini menangis lagi,
Nur Arissa Adni,
Ibu amat merindui Arissa,
Ibu tau Arissa bahagia di sana,

Monday 16 April 2012

Bagaimana...?

Bagaimana..~
Harusku tahan hati ini,di saat melihat teman lain bersama bayi mereka,

Bagaimana..~
Harusku berkongsi kegembiraan mereka, di saat aku merindui Nur Arissa Adni,

Kenangan Terakhir ~




Kenangan terakhir Ibu bersama Arissa.

Video ini suami ku ambil pada 13hb November 2011, sehari sebelum Arissa pergi meninggalkan ku.

Hanya video ini yg menjadi pengubat rindu di hati.

Nur Arissa Adni lahir ketika berusia 6 bulan setengah, selama 24 hari perkembangan Arissa semakin baik. Video ini diambil ketika Arissa berusia 23 hari, Arissa sgt aktif dan berupaya membuka matanya apabila saya memanggil namanya. T_T

14hb November 2011

14hb November 2011,
Genap aku berumur 25 tahun,
Genap juga 24 hari menjadi Ibu kepada Nur Arissa Adni,
Permata hati yang tidak ternilai pemberian dari Allah S.W.T.

Thanks To My Brother!!

Yesterday I got my new tools and supplies.Thanks to my little brother (not so little) and with his book coupon 1Malaysia.

He bought me art scissor and art punch set. Will upload the photos here soon. =)


Credit to :
My Husband: Give me all the support that I need right now.
Wawan (my brother) : Bought me all the suppliers and tools.
My Mom and Family : Who support me and encourage me.

Sunday 15 April 2012

Arissa's Inspired

I'm decided to start a project, (handmade card) inspired by my Arissa's. And this is my first piece. How do you think? This is without my new tools and supplies. =)

Rindu

Tak dapat nak ku gambarkan perasaan ku ketika ini...
Ya Allah,
Aku amat merindui Nur Arissa Adni..
Allah lebih menyayangi baby kesayangan ku..
Aku bersyukur kepada Allah,aku diberi peluang untuk bergelar ibu kepada Nur Arissa Adni,
Walau hanya 24 hari.

Tanggal 14 November 2011, 7.10 malam,
Arissa pergi meninggalkan ku,
Di saat aku dapat memeluk tubuhnya yg kecil itu,
Dia telah pergi meninggalkan ku buat selama-lamanya..
Di saat aku dapat mencium muka yang comel itu..
Dia telah tiada lagi di dunia ini.


Sekejap terasa..
Seperti baru semalam aku mengetahui kehadiran Arissa di dalam rahimku.
Seperti baru semalam aku dan suami melalui hari-hari kami ke dialisis..
Semua demi anak tersayang..

Masih tidak dapat ku gambarkan perasaan ini..
Bukan tidak menerima ketentuan Ilahi,
Aku redha dengan dugaan ini,
Cuma hati ini teramat rindu..
Tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata..

Aku rindu menatap wajah comel itu,
Aku rindu mencium wajah kecil itu,
Aku rindu memeluk tubuh kecil itu,
Kepingin melihat gambar Arissa,
Tapi aku tidak mempunyai kekuatan itu,
Hati ini teramat rindu,
Rindu pada Nur Arissa Adni.

Kenangan

Setiap kali teringat...
Mulut kecil itu menguap...
Setiap kali teringat...
Mata kecil itu dibuka... Setiap kali aku memanggil namanya..
Setiap kali teringat...
Hidung comel itu ...
Setiap kali teringat...
Betapa aktifnya dia menggerakkan kaki dan tangannya...
Air mata ini bercucuran lagi...

Maafkan ibu...
Ibu tidak berdaya menahan air mata ini...
Sering terbayang...
Mata kecil itu...
Mulut comel itu...
Hidung kecil itu...
Air mata ini mengalir lagi...

Masih teringat...
Betapa gembiranya kami suami isteri...
Nurse berpesan "Bawa susu banyak ye, Arissa da minum banyak..kesihatan Arissa semakin baik, kesemua tiub untuk ubat sudah dicabut".

Ya Allah,
Tidak kusangka akan diduga sebegini...
Sekelip mata Arissa pergi meninggalkan ku...

Ya Allah,
Beriku petunjuk...
Bagaimana untuk ku menghadapi dugaan ini...

Tiada yang mengerti...
Apa yang ada di dalam hati ini...
Tiada yang mampu mentafsirkan hati ini...
Cuma yang boleh dilafazkan...
Bahawa hati ini amat merindui
Si kecil kesayanganku...
Nur Arissa Adni

Setiap Detik

Setiap detik
Arissa selalu dalam mimpiku
Setiap siang malam mengingati si kecil kesayanganku

Setiap waktu
Arissa selalu dalam ingatanku
Tak pernah lari dari fikiranku
Tak mau hilang dari ingatanku

Tapi bila saat ku terjaga
Arissa tiada lagi disampingku

Setiap detik aku memikirkan si kecilku
Setiap detik rindu meracuniku
Setiap detik teringatku kepada Arissa
Setiap detik apa terus begini

Ya Allah dengarlah rintihan hati ini
Ku mohon beri ku kekuatan
Untuk terus ku merindui
Nur Arissa Adni

Mengenangmu

Takkan pernah habis air mataku
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya Kau yang tahu

Adakah disana Arissa rindu padaku
Meski kini Arissa dan ibu ada di dunia berbeza
Ibu sentiasa merindui Arissa
Sentiasa mengingati Arissa
Kerna Arissa adalah permata ibu yang tidak ternilai

Biarlah ku simpan rinduku,sampai nanti ibu akan bertemu Arissa di sana
Tenanglah dirimu dalam kedamaian
Ingatlah sayangku,walau kau tak terlihat lagi
Namun kasih ibu abadi buat anakku Nur Arissa Adni…

New Hope,Love for Arissa

 I'm starting a blog.Semua atas nasihat seorang kakak yg byk memberi nasihat dan harapan.Dan semua ini adalah demi Arissa.
Nur Arissa Adni,permata Ibu yg Allah kurniakan walau sekejap.Ibu bersyukur,ibu berpeluang melahirkan Arissa,memegang Arissa dan mengenali Arissa.

Arissa,masih ibu teringat,di saat ibu memanggil namamu, Arissa membuka mata Arissa yg comel.
Ibu rindu menatap wajah yg comel itu.Ayah juga merindui Arissa.

Arissa,tunggu Ibu dan Ayah di Syurga...
InsyaAllah.