Nuffnang Ads

Friday 20 September 2013

For New Reader

Blog ni banyak kisah harian aku je.
Tak banyak cerita yang boleh aku kongsikan.
Aku takde anak, takde baby.
Aku cuma sempat menatap wajah baby aku untuk 24 hari je.
Tak berpeluang melihat dia membesar depan mata.

Tapi blog ni aku dedikasi khas untuk dia.
Puteri kecilku. Nur Arissa Adni.
Mungkin ada yang anggap blog aku ni bosan.
Takpelah.
Aku tulis blog ni sebagai kenangan kemudian hari.
Kalo-kalo aku dah takde nanti, 
Mungkin suami aku akan ada bahan bacaan dan kenangan dari aku.

Jadi untuk sesiapa yang baru menjumpai blog ni.
Harap maaf sekiranya kandungan blog ni membosankan korang.
Aku tak banyak cerita nak dikongsi.
Sekadar perjalanan hidup sebagai pesakit SLE, sebagai pesakit dialisis.

Salam perkenalan buat sesiapa yang baru jumpa blog ni... =)

2 comments :

  1. Assalam....suka baca suka duka saudari...saya juga mempunyai seorang adik yang seakan-akan serupa dengan kisah saudara...bersabarlah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, terima kasih. Mungkin di masa akan datang saudara boleh share kisah adik saudara.

      Delete