Nuffnang Ads

Thursday 13 December 2012

Kenapa Aku Sesak Nafas???

Muahahaha, macam terasa tanya soalan bodoh je ni. Ekceli, aku mushkil jgk, mushkil dengan serius. Sebabnya, aku baru je dialisis hari Selasa hari tu. Tibe-tibe malam tadi aku sesak nafas, batuk-batuk lagi. Aku saspek aku overload, tapi nk kata aku minum air banyak, xde pulak. Jadi aku saspek, dry weight aku bukan la 37.7kg. Aku harus turunkan lagi sehingga 36kg.

Hmmmm...jd untuk dialisis hari ni, kene la berusaha supaya sampai 36kg. Kalo tak aku yang merana tak boleh tido sebab sesak nafas. Harap-harap kaki tak cramp hari ni. Bile sesak nafas, automatik selera makan tak de. Itu pon jadi masalah jugak buat aku. Semua berkait-kait ni, bile tak makan, gastrik akan menjelma serta merta.

Ohhh hoiiii.....aku stress pon iye gak ni. Stress pikir sepatutnya dry weight aku berapa. Tapi nasib baik minggu depan ade Appointment Clinic. Boley la aku tanya doktor. Tapi yang tak best nye, habis la gaji aku lagi kalo da cuti Selasa, Rabu, Khamis.

Selasa = 1/2 Hari : Dialisis ( tolak gaji )
Rabu = 1/2 Hari : Appointment Clinic ( tolak gaji )
Khamis = 1/2 Hari : Dialisis ( tolak gaji )
Sabtu : Dialisis

Huhuhu, boleh bayangkan tak yang life aku lebih banyak kat hospital. Sedey....
Nanti nak balik kampung Sabah pon, aku kene pening susun jadual nak pegi dialisis. Hmmm...
Alah bisa, tegal biasa. Sebenarnya aku da biasa jugak dengan rutin pegi hospital ni. Tapi, masih terasa frust sebab, aku tak dapat buat benda-benda yang aku suka seperti hang out dengan kawan-kawan, food hunting dan aku da lama tak dapat melawat Khayra Mustika. Huhuhu, rindu la ngn budak tecik ni.

Tengok, da pandai berdiri da budak tecik ni. Aku masih lagi tak punya masa nk g melawat die. Hishhh... rindu laaaa.....

No comments :

Post a Comment