Nuffnang Ads

Tuesday 21 October 2014

Kayap

Last week, aku terkena kayap lagi...untuk kali kedua.
Kali pertama dulu dah lama, tak ingat dah bila.
Kali kedua ni, nasib tak baik.
Time aku nak ikut suami balik Sabah, time tu la aku kene.
Frust jugak, dah terbayang macam mana dah nanti kat Sabah.

Aku perasan ada biji-biji kat leher pada Jumaat.
Mula-mula tu ok lagi, ingat cuma jerawat ke.
Sekali Sabtu bangun pagi, dah jadi banyak, menjalar dekat leher.
Aduiii...aku dah suspek kayap...sebab dia merayap sampai pangkal leher.

Terus mandi, bersiap pergi hospital, menuju ke Emergency.
Nasib baik aku punya shift dialisis start petang pukul 4.
So, bolehlah menunggu di Emergency untuk dapatkan ubat.

Comfirm doktor kata virus Herpes Vortes atau Bahasa Melayu nya Kayap.
Doktor bagi ubat antiviral.
Ubat ni kuat gila.
Satu hari aku makan mengikut dos yang di arahkan, aku tak boleh tido.
Bukan setakat tak boleh tido, siap pakej nampak yang bukan-bukan masa nak tido tu.

Besok paginya Ahad, aku terus baca kertas dalam kotak ubat tu.
Antara side effect nya adalah halusinasi.
Aduiii...macam mana ni, dengan tak boleh tidonya, dengan sakitnya, dengan gatalnya.
Stress aku. Padahal kayap ni punca dia kita stress.

Virus kayap ni memang ada dalam badan kita kalau kita pernah kene chicken pox.
Jadi bila kita stress, virus chicken pon ni akan keluar semula menjadi kayap.

Aku consult kakak sedara aku yang merupakan seorang doktor.
Aku explain yang aku tak boleh tido bila makan ubat tu.
So, Kak Long suruh stop, Kak Long kata lama kelamaan kayap tu akan baik sendiri.

Ok, aku dah stop, cuma aku makan ubat gatal dah tahan sakit.
Redah jugak ke Sabah, sebab tiket flight dah beli.
Ke Sabah kali ni aku bawak Ibu. 
Tapi terkilan sangat, sebab tak dapat bawak ibu ke mana-mana.

Mana tak nya, malam selepas sampai ke Sabah, aku kat rumah Kak Oli, langsung tak boleh tidur,
Kayap tu rasa panas sangat. Panas macam terbakar.
Sampai besok tak reda, aku minta cousin aku Aida bawa ke Hospital Likas, terus ke Emergency.

Sampai di Emergency aku cakap kat doktor, aku tak tahan, sakit sangat, panas. 
Dan aku langsung tak boleh tido.
Doktor terus suntik ubat tahan sakit dan mungkin ubat untuk kayap sebab kayap tu terasa lega.
Sempat la aku terlelap sejam. Alhamdullillah.
Kuat ubat yang doktor bagi tu agaknya.

Lepas sejam, nurse check BP, BP pon turun.
So, doktor bagi discharge.
Balik rumah Kak Oli aku qada tido.
Langsung tak selera makan.
Sepanjang aku kene kayap, seminggu tu aku tak selera makan.
Turun sampai 3 kilo.
Bukan hanya tak selera makan, tak makan langsung.
Aku cuma minta Ibu belikan buah-buahan sahaja.

Itu pon sikit je makan.
Lepas tu aku try makan balik antiviral tu, and guess what.
Satu hari je aku makan ikut dos yang ditetapkan, malam tu lagi haru.
Aku dah meraban meracau bukan-bukan.
Aku siap nampak suami kat sebelah cair macam patung lilin.
Aku siap terbayang ni sume setan punya keje, padahal kesan ubat.
Aku siap selawat kuat-kuat, Baca syahadah kuat-kuat.
Still jugak nampak suami kat kanan aku mencair. 

Suami dah kejut-kejut, tapi boleh aku marah dia sebab aku ingat ni sume mainan setan.
Huhuhu, last-last suami bawak aku ke dapur, basuh muka dah amek air sembahyang.
Baru aku sedar dan termenung.
Kene bebel ngn suami, sebab tak makan langsung, tapi makan ubat.
Suami ingat sebab tu effect dia bertambah teruk.

Tapi skang Alhamdullillah, kayap tu nampak surut, cuma kadang-kadang aku rasa sakit sangat.
Ubat antiviral tu last hari tu aku makan.
Tak sanggup dah aku nampak bukan-bukan.
Nak kata tido, tapi tak tido, siap meracau-racau.




Wednesday 27 August 2014

Health

Lately asyik rasa kurang sihat.
Maybe sebab lama dah ubat high blood pressure habis.
Huhuhuhu...makan ubat pon jimat-jimat.
Bukan taknak amek kat farmasi.
Tapi takde masa.
Bila sampai hospital je dah pukul 6 petang kan, so of course la farmasi dah tutup.

Minta tolong PPK di HDU ambil kan, tapi diorang pon lupa.
Hahahaha...merasa la sepanjang minggu lepas makan ubat jimat-jimat.
Lepas tu bila check BP buat-buat terkejut kenapa tinggi...!!!
Muhahahaha....

Semalam dah minta tolong lagi sekali kat PPK, Abg Balan,
Dia pesan suruh call ingatkan dia pagi tadi.
Tapi aku pon dah lupa nak call dia...hahahaha....
Jadi tadi baru msg dia...
Harap-harap sempat dia tolong amek ubat. 
Pening-pening....

Wednesday 13 August 2014

Mimpi Dah Bangun

Korang pernah tak dapat mimpi dah bangun pagi, dah siap-siap semua?
Aku dah lama jugak la tak dapat.
Tapi pagi tadi aku mimpi dah bangun.
Dah mandi, siap keluar awal.
Singgah kedai beli sarapan bungkus.
Dah sampai opis ok???
Dah buat air semua.

Sekali suami kejut, tak sedar diri.
Sebab aku rasa aku dah bangun.
Rupanya dah terlambat.... Huwaaaaa....
Stress betul bila mimpi macam tu.
Dah kene mandi balik semula.
Siap balik.

Dan paling tak best, takde pon mee goreng yang aku baru nak suap tadi.
Kecewa I....
Dah lambat kan, memang tak sempat la nak beli sarapan dalam mimpi tu.
Huahuahuahua.....

By the way, skang kat office. 
Perut lapar....
Camne??
Kene la tunggu pukul 10am kang.

Aduiii...tengah nak suap mee tadi....
*Nangisss...*

Thursday 7 August 2014

Endoskopi

Semalam merasa duduk wad setengah hari
Day Care Ward namanya.
Nak buat endoskopi.
Masuk camera sampai dalam perut.
Masuk ikut mulut.
Aku dah penah buat prosedur ni...lamaaaaaaaa dulu.
Jadi konon-konon boleh handle. 
Wakakakaka....

Padahal aku lupa betapa terseksa nya bila tiub camera tu masuk.
Macam nak pengsan aku nak terbelahak.
Tu la....berlagak nau...mula-mula doktor tu nak bagi ubat tido.
Eceh...sebab konon aku lagi rela buat hidup sebab takut nak cucuk-cucuk branula lagi.
Jadi dengan poyonya aku cakap, "Dulu saya buat xde tido pon."
Haaaa...aku lupa agaknya betapa "SERONOK" nya bila tiub tu masuk.
Hahhahahahaa....

Nasib baik kejap woooiiiii..!!!
Aku dah siap keluar air mata, keluar air liur, muntah bagai siap.
Bila doktor masukkan angin dalam perut, aku sendawa besar keluarkan balik.
Tapi sendawa tu automatik. 
Pastu nurse tu pesan suruh tahan angin tu, sebab kalo x susah nak amek sample.
Camne ntah gaya aku nak tahan angin tu.
Dia automatik keluar.

Tapi prosedur tu kejap je, dalam 10 minit kot.
Tapi cuba la bayangkan tiub diameter 10cm masuk ikut tekak ko, godok dan godok sampai dalam perut.
Kahkahkahkah...mau tak keluar air mata....

Wednesday 23 July 2014

Kembung Perut

Tajuk macam baby-baby je kan?
Padahal aku yang kembung perut.
Dah 2 hari.
Sakit.
Terpaksa buka puasa untuk makan gaviscon dan ubat gastrik.
Still hari ni jadi lagi.
Malam tadi terguling-terguling tido menahan sakit.

Aku syak sebab makan teppanyaki Isnin hari tu la.
Teppanyaki kan banyak gila kobis dan taugeh.
Aku Google tadi what cause kembung perut.
Dang..!!! Taugeh dan kobis no satu ye.

Since when pulak aku tak tahan makan benda angin-angin ni.
Selalu belasah je.
Sebab 2 sayur tu je la pon yang aku boleh makan kan.
Sebab dia kaler putih.
Aku kan x boleh makan sayuran hijau.

Sekali..amek kau...kembung dah 2 hari.
Sakit.... Hari ni sayang jugak, terpaksa berbuka.
Tak tahan aku menahan sakit perut, macam nak demam.
Yang peliknya, susah pulak nak kentut tu.
Huhuhuhu....

Help....ada petua nak hilangkan angin ni?

Friday 4 July 2014

Ramadhan Ke-5

Ku menungguuu....ku masih menungguu....
Hahaha....semalam aku goreng mee hoon.
Tajuknya meehoon hospital.
Sebab aku buat sebijik macam hospital, mee hoon goreng putih, kosong dan tawar.
Hahahaha.... letak ayam, carrot dan kobis je.
Anyhow....sedapppp...!!! *puji diri sendiri*
Aku makan sampai 3 pinggan. Hahaha....
Puas hati sebenarnya masak ni.
Tapi penat la.
Aku keje lagi.

Owh, semalam pon dapat buat cekodok pisang.
Lama dah nak makan cekodok pisang yang banyak pisang.
Semalam berjaya buat.

Hari ni belum tau nak berbuka apa.
Buat sup ayam campak-campak pon ok.
Muahahaha.....

Selamat berbukaaaa.....!!!

Wednesday 2 July 2014

Ramadhan Ke-4

Hari ni, macam dari first Ramadhan, tak tau nak berbuka apa.
Hahahah, bukan tak tau, tau...tapi halangannya, gaji belum la bermasuk lagi.
Alahaiii...dugaan di bulan Ramadhan.
Takpe la...kita makan je apa yang ada di rumah.
Goreng telur dan ikan masin pon cukup bagi memenuhi perut yang lapar selepas berpuasa.

Tapi Alhamdullillah, semalam hari dialisis pon aku kuat untuk berpuasa.
Berbuka ala kadar, beli di kantin. Berharap agar gaji masuk hari ni, tapi hampa lagi.
Takpe, kita bersabar, bulan puasa la bulan untuk kita menambah kesabaran kita. Hehehe....

Semalam beli nasi di kantin hospital, sayang, nasinya basi.
Rasa geram jugak, ye la...buka-buka masa azan, tengok tak boleh dimakan.
Nasib baik ada mee goreng yang patient dialisis dapat.
Dapat lah kami share berdua suami isteri.

Hari ni?
Ahad lepas Ibu ada bagi bawang putih dan bawang merah yang di blend.
Boleh kot goreng nasik pecah telur.
Selamat Berbuka...!!!

Friday 30 May 2014

Venoplasty Success

Alhamdullillah, planning nak bukak clog kat salur darah berjaya.
Terima kasih sangat pada Doktor yang berjaya cari solution.
Solution nya ialah doktor pakar dari HUKM.
Prosedur amek masa 1 jam je.
Settle masalah yang aku tanggung sejak 2 tahun dulu.
Huhuhu...syukur alhamdullillah.
Muka dan tangan terus kempis.
Takde kembung sebelah macam dulu.

Gambar cilok dari Google

Prosedur dia macam gambar kat atas, masukkan jaring-jaring tu, (aku xtau apa nama) hahahaha.....
Pastu pam belom tu kasi jaring tu mengembang dan bukak yang tersumbat.
Masa doktor pam belon tu, doktor suruh sedia, sakit sikit.
Memang sakit sikit, muka aku rasa macam nak meletup seperti belon jugak.
Cuak-cuak. Dah la salur darah tersumbat, kang muka meletup macam mana???

Tapi alhamdullillah, dua kali doktor masukkan jaring tu.
Dan now, masalah tersumbat makin berkurangan.
Tapi kene follow up jugak untuk tengok tempat-tempat lain yang tersumbat.




Monday 19 May 2014

Venogram

Hari Rabu ni aku dijadualkan buat Venogram...again..!
Huahuahuahua...
Takut....sakit oooo...bile dye tu masuk kat tangan, bisa gile...
Tapi doktor nak tengok lagi sekali.
Sebab doktor pakar berpendapat clog tu mungkin boleh dibuka.
Hopefully.

Ok, lets pray yang Venogram this time tak sakit sangat.
Muahahahah....mimpi laaaaaa.....
Aku biasa kalo kene buat procedure apa-apa, mesti ketakutan melampau.
Mula lah stress la, tak lalu makan laaa....
Ohmaiii...padahal dah lama sakit kot...
Patutnya imune dengan segala macam procedure ni.
Tapi aku takut.
Takut sakit , ok....

Seperti masa angiogram hari tu.
Orang lain selamba je petang sihat dah boleh jalan.
Aku ? Bleeding sampai habis darah.
Huahuahua....
Ok, xde lah habis, tapi kurang banyak HB aku.
Nak generate darah ingat senang ke?

Friday 16 May 2014

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat semua guru yang pernah mengajar saya
 Dari :-

1) Tadika Abim Kajang ( Umur 5 tahun )

2) Tadika Pasti Kajang ( Umur 6 tahun )

3)  Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan Kajang ( Darjah 1 )

4) Sekolah Kebangsaan Senawang ( Darjah 2 hingga Darjah 6 )

5) Sekolah Menengah Kebangsaan King George V , Seremban 
( Tingkatan 1 Diyauddin , 2 Diyauddin dan 3 Melewar )

6) MRSM Pontian ( Untuk jangkamasa 2 minggu, lepas tu tukar MRSM Serting )

7) MRSM Serting ( sepanjang Tingkatan 4 , Kelas 4 Ibnu Khaldun )

- Tingkatan 5 aku masuk balik KGV sebab homesick.....wakakakaka.... 

Tingkatan 5 di KGV kelas 5 Abu Bakar.

Aku bersyukur sebab sepanjang aku sekolah selama 13 tahun di tujuh buah sekolah, sekali je aku jumpa cikgu garang, hahahaha. 
Cikgu lain semua baik, baik sangat. 

Ada satu cerita masa kat MRSM Pontian.
Aku kesal betol la aku tak ingat nama Ustaz tu.
Ustaz tu guru homeroom aku.
Lepas minggu orientasi, kami berkumpul, Ustaz tanya kantin macam mana, ok tak, masakan semuasedap tak.

Aku laju je jawab, masakan ok, tapi kedekut sangat, makan malam semalam aku dapat leher ayam je.
Macam mana nak makan leher ayam. 
Ye la, orang dah biasa kalo makan kat rumah, Ibu masak mesti sorang 3 ketul sekali makan.
Ni dapat leher ayam jeeee... mau aku x komplen.
Terus la aku komplen.

Alih-alih, besoknya...Ustaz tu sendiri duduk kat kaunter kantin tu cedokkan lauk ayam untuk semua.
Hahahaha...terus aku dapat banyak, siap tnya cukup ke tak.
Walaupon aku kat Pontian tu 2 minggu je, tak sempat ingat nama-nama guru pon, tapi aku memang ingat keprihatinan Ustaz tu.

Guru-guru lain yang pernah mengajar aku, terima kasih sebab mengajar aku sampai dapat keputusan exam yang cemerlang. 
Mana yang tak cemerlang tu, tu salah aku sendiri. 
Sebab tak sempat study melayan sakit. Heheheh...

Selamat Hari Guru...!!!!


Wednesday 26 March 2014

Good Night MH370

Sebak hati ni.
Walaupun tiada siapa yang aku kenal dalam plane tu.
Kejadian ni benar-benar meruntun jiwa.
Terbayang anak-anak yang kehilangan mak dan ayah.
Isteri kehilangan suami.
Ibu kehilangan anak. Ya Allah.
Tempatkan lah mereka di kalangan orang yang beriman.

They must be doing something good to gain all prayer from around the world.
Tenanglah wahai penumpang dan krew MH370.

Wednesday 26 February 2014

Kegembiraan

Sampai hari ni aku masih gembira.
Masih angau senyum tersengih-sengih.
Suami geleng kepala.
Hahahaha...
Kenapa?
Ahad lepas aku balik rumah Ibu.
Amek hadiah dari BFF aku, Syazrah.
Heeehuuuu....

Seronok tak terkata.
Dapat planner banyak gilaaaa...
5 Planner kesemuanya.
Untuk orang yang macam aku ni, setiap tahun baru sebijik planner pon tak dapat sampai kene beli sendiri (alasan je tu, sebenarnya memang suka beli pon, tapi bab tak dapat sebijik tu, memang betul pon).
Bila dapat planner cantik-cantik dari Ina.
Haruslah aku angau kegembiraan sampai sebulan.

Gambar belum amek.
Biarlah aku tatap sorang-sorang dulu.
Belek-belek dulu.
Sepatutnya dapat 6, tapi dah kene cukai dengan adik bongsu aku.
Tinggal 5. Adik aku tu nak je lebih, pastu buat bukan-bukan.
Conteng-contenglah.
Koyak-koyak lah.
Selalu aku bagi dia notebook comel-comel.
Sekali bila spot check tengok, dah nipis.
Dia rajin koyak-koyak T_T.

Lagi satu, aku dapat handbag juga.
Wuuwuwuuwuuuu....
Terharunya...mana la Ina tau aku memang dah lama nak cari handbag sling bag ni.
Selalu aku cari tak jumpa pun yang berkenan.
Tapi yang Ina bagi memang cantik dan kene dengan jiwa aku.
 
Terima kasih yang tidak terhingga kat Ina.
Seronoknyaaaaa aku dapat planner tu banyak-banyak.
Dah la cantik-cantik semuanya.
Tak boleh nak khabarkan la betapa seronoknya aku melalui blog ni.

Korang paham tak perasaan yang over excited tu macam mana?
Takpe, tak paham takpe.
Sebab aku je pon yang excited ni.
Hahahahahah



Wednesday 19 February 2014

Termimpi - mimpi

Apa yang aku termimpi-mimpi ni?
Haaa...jangan gelakkkk....
Aku mimpi pegi Popular semalam.
Aish...benci aiii tauuu...
Tak senang betol kalo tak pegi Popular.
Aku pon tak tau la nak cari apa.
Tapi aku suka masuk Popular tu.
 Camne nii..???

Aku akan cuba bertahan sampai hujung bulan.
Pasti bolehhh...!!!
Mesti lah boleh, kalo laki aku tak nak bawak, memang la tak kan sampai.
Hahahah...
Yesss...!!!!
Sampai hujung bulan.
Pasti boleh tak masuk Popular.
Chaiyokkk..!!!!

Wednesday 5 February 2014

Stationery Fetish

There I said it.
Sebenarnya baru realized ni.
Diri sendiri stationery fetish.
Seriously..!!! Asal pegi Jusco, mesti masuk Popular.
And didn't come back with empty hand.
Muahahaha...
Suami kata penyakit aku tambah teruk.

Ye jugak.
Macam tambah banyak je pen-pen aku ni.
Dan hari tu aku round-round kat MPH Bangi Gateaway.
OMG..!!! Pilot ada mechanical pencil kaler-kaler..!!!!
Haruslah teruja dan menggelupur.
Terus pilih-pilih.
Mula-mula pilih pencil kaler hijau.
And guess what, leads dia pon kaler-kaler okayy..!!!
Apa lagi...tambah menggelupur la aku dalam MPH tu.
Nasib baik ramai orang.
Aku dah rasa macam nak meloncat dah, tapi cover.
Kang orang tengok apahal plak minah ni sampai giler tengok pensil.

Aku beli 6 kaler leads.
Mechanical pencil 2 batang.
Hahahah....gila...
Suami tak terkata tengok aku senyum-senyum keluar dari MPH.


Koleksi pen, sebenarnya banyak lagi.
Ni gambar lama.
Aku belum ada mood nak susun dan amek gambar cantik-cantik.
Tapi yang pasti pen aku memang dah bertambah.
Helpp...!!!!

Ni aku rembat kat Tesco.
Jangan tak tau, pegi Tesco pon aku automatik masuk aisle stationery.
Hahahaha....

Ni aku siap simpan dalam tool box okay.
Suami kata harta karun.
Haahaha..memang pun.
Notebook macam-macam ada dua kotak.
Tapi stilll aku aku berada di awang-awangan alo sesapa nak bagi aku notebook atau organizer.
Hari tu Kak Neah bagi aku notebook, sampai petang aku senyum sambil tayang kat semua orang.
Gilaaa...!!!!


Ni harta terbaru.
Mechanical pencil dengan marker kaler-kaler.
Aku benci tau Pilot ni.
Macam-macam benda baru dia keluar, marker la, mechanical pencil kaler-kaler la.
Owh yaa...marker tu pon kaler-kaler. Ada kaler oren, purple dgn hijau.

 Ni hari tu tahun baru, konon-konon nak stationery baru la.
Semua aku beli baru.
Padahal semua elok lagi.
Takpe, yang lama aku bagi suami.
Hehehe...sebab selama ni dia selalu pinjam punch hole aku.

Aku tak tau camne nak describe.
Aku sangat excited dapat pen-pen ni.
Pastu bila ada masa lapang, aku susun-susun.
Belek-belek. Syok je bila tengok balik pen-pen aku ni.
Hahahaha....