Nuffnang Ads

Monday 3 December 2012

Happy Birthday to Both of My Hero

Sabtu minggu lepas, 1hb Disember 2012 pergi dialisis, aku ditemani oleh dua birthday guy in my life. Iaitu, tak lain tak bukan, hubby yang sayang aku, dan adik yang sayang aku.

Nampak tak ayat di atas? Hehehe, depa berdua sayang sgt aku, tu sebab dua-dua teman aku pegi dialisis. Hehehe, Aku pon sayang mereka ketat-ketat.

Happy Birthday to My Husband, semoga kita di kurniakan Allah kebahagiaan hingga ke Syurga. Terima kasih kerana sudi menerima diri ini yang tidak sempurna dengan seaadanya.

 dan

Happy Birthday to Wawan, adik Along yang selama ni, banyak membantu Along tak kira apa pun. Semoga Angah berjaya di dalam hidup dan di akhirat.

Dan hari ni tadi sedang-sedang merewang dekat Giant nak pegi bayar bil Astro, sekali hah ternampak,
Mizi Sport Store sedang mengadakan SALE besar-besaran, BUY 1 FREE 1 tuuuuu.....

Pucuk di cita, ulam mendatang, hubby memang berhajat nak but bola, elok sesangat. Aku lak yang excited kan??? Pompuaannnn....asal nampak SALE, BUY 1 FREE 1, mule la tak tentu arah. Jadi, tadi... dengan jayanya menyambar 2 pasang but pada 1 harga. Berbaloi-baloi.... Weiii, but bola bukan murah weiii...

Dapat la ADIDAS sepasang, LOTTO sepasang. Lepas ni hubby bley melaram dengan but baru. Sumbat gol banyak-banyak ye.... (macam kan laki ko player kebangsaan plak kannnn????) hahahaha...








No comments :

Post a Comment