Nuffnang Ads

Friday 16 November 2012

Tanggal 14 November

14 November 2012,
Genap aku berumur 26 tahun, alhamdulillah masih bernafas lagi di bumi Allah ini.

Dan 14 November 2012 juga, genap setahun puteri sulung ku meninggalkan ku.
Ya, puteri sulung ku, Nur Arissa Adni pergi meninggalkan ku.
Allah hanya meminjamkan Arissa kepadaku utk 24 hari sahaja.

Sepanjang 24 hari itu, byk pengalaman aku bersama Arissa,
Mungkin ramai yg tidak percaya, walaupun Arissa dilahirkan tidak cukup bulan,
Arissa seorang baby yg aktif, setiap kali aku dtg, memanggil namanya, Arissa akan membuka matanya, seakan mengerti, Ibu nya datang.


14 November,
Tarikh yang x akan aku lupekan.
Setiap perincian peristiwa yg berlaku, dr awal pagi menerima panggilan dari doktor, mengatakan anak ku tenat,
Sehingga pukul 7 malam, Arissa menghembuskan nafasnya yg terakhir, x akan aku lupa.

Arissa, Ibu sgt merindui Arissa. Ibu sgt menyayangi Arissa. Arissa adalah puteri sulung Ibu yg tersayang.

2 comments :