Nuffnang Ads

Monday 30 September 2013

Body Shop Sale

Semalam keluar dating dengan suami.
Jalan-jalan g AEON Cheras Selatan.
Beli pencuci muka kat Watsons.
Sebab lately muka aku terasa berminyak walaupon dah cuci muka pakai pencuci muka biasa.
Mungkin da boasa sangat kot.
Da lama aku pakai pencuci muka tu.
Jadi semalam decide nak tukar perlahan-lahan.
Beli Netrogena yang deep cleanser tu.
Pagi ni cuci muka guna tu, macam ok.
Jadi kita teruskan dulu.

Tengah jalan-jalan tu, aku nampak sign SALE 50%.
Amboi....mana boleh tak pegi kan?
Body Shop pulak tu.
Bukan senang Body Shop nak sale sampai 50%.
Tengok-tengok ada plak perfume yang aku nak hari tu.
Limited Edition punya.
Rupa-rupanya sale sebab clearance stock.
Diorang nak renovation kedai.
Jadi aku assume Body Shop AEON Cheras Selatan je lah ade sale ye.
Korang jangan pegi Body Shop lain, pastu marah aku cakap takde sale.
Awal-awal aku da cakap, Body Shop kat Cheras Selatan tu je yang sale.

Seluruh kedai ada sale 20%.
Yang kat bahagian depan yang dia pamer tu je 50%.
Banyak jugak yang 50%.
Ada body butter, ada body lotion.
Ada jugak hair cream.
Ada lip gloss.
Aku dah tak tentu arah dah.
Tapi cepat-cepat suami selawat kat telinga aku.
Hahahaha, maka aku tersedar.
Tersedar, tersedar pon, dapatla capai 2,3 barang.
Bodek sket suami nak belikan perfume die.
Hahaha, termakan jugak, suami amek White Musk EDP.

Nasib seluruh kedai ada 20%.
Aku dapat beli Almond Body Butter - 50% off.
Liona Lewis White Musk - 50% off.
White Musk biasa - 20% off.
Banyak la jugak bagi aku yang tak biasa shopping banyak ni.
Jadi, lagi 6 bulan ye baru masuk Body Shop balik.

Friday 27 September 2013

Ujian Masing-masing

Tadi ada terdengar.
Terdengar je la, nak bertanya nanti jadi kepochi pulak.
Aku kalo orang tak nak cerita, aku tak nak tanya.
Ada kawan yang akan menjalani rawatan minggu depan.
Rawatan apa, biarlah dirahsiakan.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Ini adalah ujianNya kepada hamba yang disayangiNya.

Wednesday 25 September 2013

Nasi Goreng Lauk Sotong

Tadaaaa........!!!!!










Saje je nak tayang Nasi Goreng Lauk Sotong.
Sedap.......
Kenyang makan, Alhamdullillah.

Tuesday 24 September 2013

Ubat Habis....Hadoiii...

Malam tadi masa nak makan ubat tengok ubat habis.
Sebab masa darah tak managed tu kan, doktor tak dapat nak order ubat.
Sebab result darah takde.
Ubat aku memang semua da habis.
So doktor order untuk seminggu sementara tunggu result darah keluar.

Dan last week doktor order.
Tapi macam biasa, bukan senang ye nak amek ubat walaupon ko datang 3 kali seminggu kat hospital.
Ye la, aku datang mengejarkan nak dialisis.
Sampai hospital pukul 1.30pm terus masuk HDU.
Sebab apa terkejar-kejar?
Sebab berebut mesin. Hahhaah....
Kadang-kadang banyak patient tumpang menyebabkan patient regular plak yang tak dapat mesin.

Kalo aku miss tak dapat mesin pukul 1.30pm tu alamatnya pukul 4pm baru dialisis, okeyyyy....
Penat woiiii macam tu.
Pukul 8 lebih baru habis.
Pukul berapa ko nak makan, nak masuk keje balik?
Nak mandi, nak tidor.
Rumah bukan dekat.

Jadi kalo aku da terlekat dengan mesin, cuba cerita bila aku nak amek ubat?
Hahaha...jadi di sini la kita perlu meminta tolong dengan sesape yang nk tolong kita.
Nasib la kalo ada sesape nak tolong.
Semalam aku da minta tolong Abang Balan.
Tak tau la die ada tolong amek tak semalam.
Kalo ada, ada la hari ni.
Kalo takda, malam ni aku pegi beli dulu Prednisolone kat klinik sebijik dua.

Prednisolone je la, sebab kalo tak makan prednisolone ni, badan aku sakit-sakit.
Da terlalu lama kot makan ubat ni.
Sampai aku rasa memang bergantung ngan ubat ni.

Monday 23 September 2013

Negeri Sembilan VS Terengganu : Hmmmm...Kiciwa...

Sabtu lepas, balik Seremban.
Suami semangat nih nak tengok bola kat Stadium Paroi.
Ok, jom la kita pegi.
Lama tak tengok bola live kat stadium.
Eh, mana ada lama, baru je tengok Chelsea itu hari.
Hehehe...

Negeri Sembilan vs Terengganu.
Piala Malaysia.
Suami kata ni untuk masuk suku akhir.
Kalo Negeri Sembilan menang, dorang layak ke suku akhir.
Kalo Terengganu menang, tetap tak layak pegi suku akhir sebab tak cukup mata jaringan.
Hahhaha....korang paham tak ni?
Buat-buat paham ye.
Peminat bola paham la kot.

Tapi kesudahannya, mengecewakan.
Mula-mula Negeri Sembilan da leading da... 2-1.
Tapi dalam masa 3 minit sebelum tamat, tiba-tiba Terengganu gol pulak.

Dah seri 2-2.
Haiiii...kecewa betol.
Konon da nak memang da tu.
Kalo menang, next bola tengok kat stadium lagi, ye dak?
Ni da kalah, tengok je la team lain kat TV.


Player baru masuk padang.
Mari kita berdiri menyanyikan lagu Negaraku.











Ready nak free kick.
Ni gol kedua untuk Negeri Sembilan.






Friday 20 September 2013

Terima Kasih Mak Itam, Terima Kasih Ija

Tadi tengah hari Ija singgah depan kilang.
Hantar tilam.
Katanya Mak Itam beli untuk Kak Ika masa dalam berpantang hari tu.
Tilam tu elok untuk lancarkan perjalanan darah.
Mak Itam suruh try dulu.
Mana tau, moga-moga lega sikit saluran darah yang tersumbat tu.

Belom try lagi. Heheheh...
Ye la...baru amek tengah hari tadi kan.
Syukur Alhamdullillah, dikurniakan keluarga yang sentiasa mengambil berat.
Canggih tilam tu.
Siap ada controller nak panas takat mana.
Nak setting berapa jam bagi die gegar-gegar.
Hahahaha....tak sabar pulak nak try.

Owh, Ija sempat bagi aku seluar jeans satu.
Katanya die beli tapi tak muat walaupun size 25.
Hahaha...aku pon pelik la kenapa ko tak muat Ja.
Bukannya ko gemok pon. Kurus je.
Tapi Alhamdullillah jugak, ahahaha...
Aku muat pakai seluar tu.
Petang ni boleh hantar potong kat kedai Ayah.
Heeehuuu...

For New Reader

Blog ni banyak kisah harian aku je.
Tak banyak cerita yang boleh aku kongsikan.
Aku takde anak, takde baby.
Aku cuma sempat menatap wajah baby aku untuk 24 hari je.
Tak berpeluang melihat dia membesar depan mata.

Tapi blog ni aku dedikasi khas untuk dia.
Puteri kecilku. Nur Arissa Adni.
Mungkin ada yang anggap blog aku ni bosan.
Takpelah.
Aku tulis blog ni sebagai kenangan kemudian hari.
Kalo-kalo aku dah takde nanti, 
Mungkin suami aku akan ada bahan bacaan dan kenangan dari aku.

Jadi untuk sesiapa yang baru menjumpai blog ni.
Harap maaf sekiranya kandungan blog ni membosankan korang.
Aku tak banyak cerita nak dikongsi.
Sekadar perjalanan hidup sebagai pesakit SLE, sebagai pesakit dialisis.

Salam perkenalan buat sesiapa yang baru jumpa blog ni... =)

Tak Pandai Edit-edit Gambar

Zaman teknologi canggih ni.
Segala benda tak mustahil.
Hidung kemek pon boleh mancung.
Tapi serius aku tak reti edit-edit gambar ni.
Guna Instagram pon, pakai apa yang dia bagi je.

Tak pandai pakai Camera 360 ke, ape ke.
Macam mana rupa aku, itu la yang amek.
Dan aku langsung tak reti nak letak tulisan-tulisan kat gambar tu.
Aku tau ada yang guna Paint kalo guna PC.
Tapi guna Paint pon aku tak tau.
Huahuahuahua....
Teruk betol.

Tadi try jugak bukak Paint tu.
Tapi apasal tak boleh bubuh Text ye?
Bengang sekejap.
Tapi pastu aku abaikan je.
Banyak lagi keje aku belom siap dari aku try-try Paint tu.

Thursday 19 September 2013

Gastrik Lagi.....

Semalam sedang enak-enak tidur.
Dalam kul 3 pagi camtu.
Tiba-tiba sakit perut.
Kat ulu hati.
Haaaaa....sah!
Ni mesti gastrik la ni.

Aku confius la.
Nak buat macam mana lagi ye?
Nak kata tak makan, dah terlebih makan dah ni.
Sakit betol malam tadi.
Berguling-guling tidur.
Last-last aku bangun.
Makan ubat gastrik "Histax".
Lepas tu selawat.
Cuba lelapkan mata.

Berjaya!!!
Sebab tiba-tiba aku sedar da pukul 6.50 pagi.
Menggelupur bangun.
Nasib baik la aku bukan jenis siap berjam-jam.
Sekejap je da sampai office.
Tapi sekarang ni, dalam office dengan muka mengantuk yaaaa amattt...!

Hoiii....bancuh nescafe dulu..!!!

Breakfast Pagi Ni...

Tadi kul 10 am keluar ngn officemate.
Biasa la, pegi morning break.
Pegi ke kedai biasa yang kami pegi.
Kedai "Ting Tong".
Kenapa kedai ting tong?

Kedai ni kan, hari-hari harga lain-lain.
Wahahaha...aku rasa tokey die tu ada masalah la.
Aku penah amek nasi goreng dengan lauk sotong.
Die charge,
Nasi Goreng  kosong + Sotong : RM 5 (belum campur air)

Pastu aku penah amek Mee goreng, die charge,
Mee Goreng kosong + Sardin : RM 5 (belum campur air)

Tadi aku dan suami amek,

Mee Goreng kosong 
Mee Goreng kosong + Sardin 
Teh tarik
Nescafe O

Total dia charge RM 6.80.

Hahaha...korang boleh nampak tak perbezaan dia?
Betapa hari-hari kitorg pegi makan makanan sama pon charge die jadi lain-lain.

Officemate aku kene lagi best.
Sorang amek.
Nasi Lemak Ayam + Teh O Limau : RM 4.

Lagi sorang amek,
Nasi Lemak Ayam + Teh O : RM 6.

Gila tak? Gila tak?
hahahaha...gilo kannn???



Wednesday 18 September 2013

Trouble Is A Friend

Trouble will find you
No matter where you go
Oh, oh
No matter if you're fast
No matter if you're slow
Oh, oh
The eye of the storm
Wanna cry in the morn
Oh, oh
You're fine for a while
But you start
To lose control

He's there in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part
Trouble is a friend
Yeah
Trouble
Is a friend of mine
Ahh

Trouble is a friend
But trouble is a foe
Oh, oh
And no matter
What I feed him
He always seems to grow
Oh, oh
He sees what I see
And he knows
What I know
Oh, oh
So don't forget
As you ease
On down my road

He's there in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part
Trouble is a friend
Yeah
Trouble
Is a friend of mine
So don't be alarmed
If he takes you
By the arm
I roll down the window
I'm a sucker
For his charm
Trouble is a friend
Yeah
Trouble
Is a friend of mine
Ahh

How I hate the way
He makes me feel
And how I try
To make him leave
I try
Oh, oh, I try

But he's
There in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part
Trouble is a friend
Yeah
Trouble
Is a friend of mine
So don't be alarmed
If he takes you
By the arm
I roll down the window
I'm a sucker
For his charm
Trouble is a friend
Yeah
Trouble
Is a friend of mine

Novel

Lama aku tak beli novel.
Baca apatah lagi.
Sejak umur da meningkat ni, makin malas membaca.
Yang aku baca pon Kosmo!
Itu pon kalo CIk Abang ada beli.
Koleksi novel kat rumah banyak.
Penulis kesukaan aku Norhayati Berahim.
Banyak jugak buku tulisan dia aku beli.

Tapi semalam minggu lepas pegi Popular kat Nilai.
Aku cari-cari, macam takde dah buku Norhayati Berahim.
Hishhhh....
Aku da semangat ni nak beli sebijik.
Banyak penulis yang aku tak kenal.
Hahahah....
Macam la aku kenal sangat semua penulis.

Dulu masa zaman sekolah, Ahadiat Akashah aku hadap.
Habis sekolah aku beli Norhayati Berahim dan Maa Lee Chuswan.
Da lama tak beli.
Clueless jap tengok betapa banyaknya novel baru.

Lagi satu aku menyampah, orang-orang yang pinjam novel aku.
Buat-buat lupa sampai aku pon lupa aku ada bagi pinjam.
Geram tengok rak buku tu da rongak-rongak susunannya.
Nak pegi mintak, aku pon tak ingat.
Eeeeeee.......!!!!
Tolong laaaaa..... kalo da pinjam tu, reti la pulangkan.

Jadi end up, aku amek satu novel.
"Sesaat Cukup Bagiku"
Kisah suami gila talak.
Sampai sanggup cari cina buta untuk isteri dia.
Hmmm....
Da habis baca da pon.
Aku kalo hadap, memang terus habis.
Dah takde bahan bacaan selain suratkhabar.

Tunggu la bulan depan beli lagi sebijik.
Bulan ni da banyak belanja.
Huhuhuhu....

Tapi bila da start baca novel ni, jadi addicted kan?
Aiyoooo....

Yayyy...!!! Akhirnya...

Last week ke JJ Seremban 2.
Saja jalan-jalan sebab nak makan sizzling mee.
Bukan last week kot.
Isnin. Isnin kan cuti hari Malaysia.

Lepas makan singgah Watsons.
Belikan suami Vitamin C.
Stok Vitamin C kat rumah da habis.
Pastu, tetiba melencong masuk Speedy.
Muahaha....saja je tau.
Dapat la cari CD Kitaro.
Best of Kitaro 2.
Yang first dah ada.

So, jalan lagi. 
Singgah MPH.
Belikan Jijen bekas untuk dia simpan drawing dia.
Nasib aku tak menggila dalam MPH tu.
Owh, hari tu berjaya mengawal diri dari masuk Popular.
Hehehehe....

Lepas tu, tersinggah kedai kamera.
Dan akhirnya......
Setelah sekian lama mengidam.
Pujuk punya pujuk...
Suami izinkan beli.
Tadaaaaaa.......!!!!!




Jadi la kan.
Murah je.
Tak mampu dan tak pandai nak guna yang canggih-canggih.
Jadi kita beli yang paling basic.
Senang dan cepat.
Kalo tangan goyang pon gambar clear.
Hehehe....


Friday 13 September 2013

Perasaan Itu.....

Perasaan itu...
Sukar digambarkan.
Perasaan itu, mampu membuat ku gembira.
Aroma itu... menyenangkan.
Tapi... akibatnya....? Koyak...!!!

Nak tau apa perasaan tu?
Perasaan masuk bookstore.
Muahaha...bagi orang macam aku.
Pegi JJ masuk Popular pon da bahagia dah.
Tak ku heran Vincci segala.
Tak ku heran segala warna di PDI.
Hanya Popular.
Kalau iman tak kuat, singgah MPH.

Ntah, aku suka.
Suka bau-bau buku baru.
Suka dengan segala macam pen bewarna-warni.
Ralit aku sejam, dua jam di bookstore.
Kalau iman tak kuat, berjaya la menyambar barang satu atau dua batang pen.
Kalo pon takde bookstore die shopping mall itu. 
Cukup dengan stationery section di setiap ceruk mall itu.
Heeeee......
Aku suka...
Tolong hentikan kegilaan ini.

Kalo dihitung pen yang ada.
Tak terkira rasanya.
Segala warna, segala jenis, namakan!
Semua ada.
Datang angin baik, akan ku sedekahkan pada adik-adik.
Suami, pantang mengemas, stationery aku dituju.
Hahahah....
Nasib kecik. Mudah ku sorok di mana-mana.

Thursday 12 September 2013

Darah Tak Managed....Again...!

Semalam ada appointment untuk Klinik Nephro.
Setiap 3 bulan ada untuk semua pesakit dialisis di HDU.
Untuk review semua result darah setiap 3 bulan.
Klinik start pukul 2.
Tapi menunggu dekat sejam.
Ramai patient kot.... Sedapkan hati.
Padahal seorang patient pon belom dipanggil masuk. Hahahah....

Dalam pukul 2.50pm macam tu dapat jumpe doktor.
Masa doktor check-check pc dia, dia kata result darah takde.
Meaning staff HDU tak managed.
Tak managed macam mana tak tau la aku.
Yang aku tau minggu lepas memang ada amek darah.
Banyak....
Tapi result takde.

So doktor suruh repeat amek darah hari ni.
Pastu aku tanya, 

Aku : Amek darah lagi?
Doktor : Ye.
Aku : Alaa....kene bayar lagi la RM 70 lebih.
Doktor : Kene bayar? Kenapa pulak kene bayar?
Sister : Memang kene bayar, caj makmal.
Doktor : La....saya tak tau pon kene bayar ni. Kenapa kene bayar, sebab bukan goverment ke?
Aku : Ya, sebab setiap kali amek darah saya akan dapat bil dalam RM 70 lebih macam tu. Kalo amek lagi sekali ni, kene bayar lagi la.
Sister : Takpe, yang repeat ni nanti saya bincang dengan kerani HDU. Tak perlu bayar.
Aku : Oooo..ok la kalo macam tu.

Heheheh...Alhamdullillah....
Kalo aku tak cakap macam selalu, mesti bil aku bertambah nanti.
Selalu jugak aku kene macam ni.
Datang klinik, tapi result darah takde, tapi BIL HOSPITAL ada.

Tuesday 10 September 2013

Accident di Depan McD Bandar Baru Nilai

Semalam lepas habis kerja, pegi Nilai.
Sebab suami nak beli cd untuk format PC office.
Ikut kan saja.
Lepas keluar traffic light daripada Tol Nilai, jem sangat.
Pelik la pulak kan.
Tempat ni mana ada jem.
Suami ingat ada polis kat depan.
Rupa-rupanya ada accident.
Melibatkan motor berkuasa tinggi dan kereta.

Kereta tu dari arah KLIA nak masuk simpang depan McD tu.
Kereta tu main masuk je, padahal motor tu da dekat.
Penunggang dan pembonceng cedera.
Parah jugak nampak.
Kesian, mereka suami isteri.
Nasib baik motor tu berkonvoi ramai-ramai.
So, ramai rakan-rakan mereka ada sekali.
Mula-mula lepas accident, isteri yang membonceng tak sedar diri.
Cuak jugak tengok. Tapi lepas tu die sedar, ok la.
Cuma memang kesian la, lepas sedar tu die rasa sakit gila kan.
Kelam kabut doktor yang datang dengan ambulans bagi ubat tahan sakit.




Yang baju putih ni la pemandu kereta tu.
Benci plak tengok muka dia.
Sebab die boleh buat muka tak bersalah pon.
Dari saksi yang nampak, memang dia sengaja masuk simpang bila motor tu da dekat.





Penunggang motor baru nak diangkat masuk ambulans.
Masa ni ambulans yang bawa wife dia baru bertolak ke hospital.


Monday 9 September 2013

Bride, 8, Dies of Injuries on Wedding Night in Yemen


Manama: Kuwaitis have called for stringent action against a family in Yemen after their eight-year-old daughter died of internal injuries on the first night of her arranged marriage to a man more than five times her age.
Rawan died in city of Hardh in the Governorate of Hajjah in northwestern Yemen, Kuwaiti daily Al Watan reported on Sunday, quoting Yemeni media.
She is believed to have suffered a tear to her genitals and severe bleeding.
Yemeni activists urged the local police to arrest the “beastly groom” and the girl’s family and transfer them to a court where justice would be served and the case would be used to help put an end to the practice of marrying very young girls in the impoverished country, the daily said.

In Kuwait, bloggers offered their prayers for the “bride”, but lashed out at the “groom”, saying that he was a beast who should be severely punished.
Angry Man, a blogger, posted that the man was “an animal who deserved to be punished severely for his crime.”
“All those who supported such a crime should also be punished,” he said.
Under the moniker “Sad”, another blogger said that everybody should have realised that Rawan was too young to get married.
“Her family and her groom could have waited for some time before having this marriage,” Sad said. “It was not fair at all and the marriage should not have happened even if some tribes believe that it is a good custom.”
Bu Omar said that he was disturbed by the death report.

“Rawan’s family members are not humans. They do not deserve to have children,” he said.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada orang share ni kat Twitter jap tadi.

Astaghfirullah.......

Mengucap panjang aku baca.

Mana letaknya akal diorang ye.

Takde hati perut ke?

Budak baru 8 tahun.


Penyakit Yang Susah Nak Dibendung

Aku ni ada satu penyakit.
Susah nau nak dikawal.
Berkali-kali aku cuba pon tak mampu jugak....
Nak tau apa dia penyakit tu...?










.......














.......














.......











.......




Semalam tak sengaja beli. Huhuhu


Aku kalo masuk Popular tu kan, mesti terjebak.
Lama woooo tahan nafsu tak masuk Popular.
Tapi semalam terpaksa sebab bawak Jijen beli barang belajar.
Aku da cuba, da tahan da.
Tapi kalo masuk Popular je, macam terlupa plak aku sepatutnya tak boleh shopping stationery lagi.
Aduiii, camne nak buat ni.
Aku bukan nya gila baju dan handbag.
Aku gila stationery.
Bukan-bukan je.


Friday 6 September 2013

Info SLE, Berdasarkan Pengalaman

SLE, ramai yang tak familiar dengan penyakit ni.
Tapi aku da menghidap penyakit ni since I was 11years old.
Now I'm 27th years old. Calculate la sendiri.
Banyak dugaan aku sejak dapat penyakit ni.
Penyakit ni banyak jugak pantang larang.
Ni tak boleh, tu tak boleh.
Ni aku listkan apa yang tak boleh. Sebab aku tengok apa yang boleh macam takdeeee jeee...
Hahahah...

1) Tak boleh stress dan susah hati.
Pesakit SLE tak boleh stress. Ini akan menyebabkan SLE itu relapse. Relapse tu macam SLE tu bangun dan menyerang. Kalo korang tengok SLE patient macam aku ni, sihaaatttt je kan? Itu sebab SLE tengah tidur.

Doktor bagi ubat untuk control SLE dan biar dia tidur. Tapi kalo die bangun tu yang susah.
Alamatnya berbulan la aku duduk wad. Jadi sekarang aku da pandai control emosi aku.
Malas la nak stress benda bukan-bukan. Dulu ye la, masa kecik, sikit-sikit meraung. Sikit-sikit menangis. Sekarang aku tak peduli. Lagi-lagi sekarang aku bahagia di samping suami tercinta.

Sekarang aku mengamalkan hidup gembira, macam di bawah ni, peduli orang kata. Yang part baju ronyok tu pon betul gak. Hahaha, aku adalah seorang yang amat selamba. Keluar rumah jeans ngn t-shirt je.

"Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada" 

150 Juta - Fynn Jamal


2) Tak boleh tinggal makan ubat.
Ada satu ubat ni, steroid. Yang aku da makan dari umur 8 tahun. Ubat tu adalah prednisolone.
Ubat ni bertujuan bagi SLE aku tidur. Kalo aku main-main makan ubat ni, memang ade peluang besar untuk SLE aku bangun.

Ini la prednisolone. 
Ini la prednisolone. Ubat ni pahit nak mampos. Kalo orang tak biasa makan, memang menggelupur la. Tapi aku da tak heran. Hahaha. Tapi kalo tersangkut kat tekak tu, sama la menggelupur nya.

Aku ada citer masa belajar kat Unitar, SLE aku bangun kan? Haaa...itu salah satu sebabnya adalah aku main-main makan ubat. Sebab apa aku main-main makan? Sebab......steroid ni la yang buat muka aku besar pinggan. Jadi hormon remaja masa tu, nak rasa cantik kan? Tapi aku tak boleh sebab bila aku makan ubat ni, side effect die, muka aku jadi bulat macam bulan.

Korang tak caya muka aku besar pinggan? Nanti aku cari balik gambar-gambar lama. Tapi susah sikit la, sebab bila muka besar pinggan, aku memang tak suka bergambar.


3) Tak boleh makan sayuran hijau.
Haaaaa....korang ingat sayuran tu baik untuk kesihatan? Tidak bagi kami, pesakit SLE. Hahaha....
Aku cuma boleh makan sayuran kaler-kaler lain je.

Sayur-sayuran hijau is a big NO, NO to me.
Aku boleh makan carrot, white cabbage dengan lobak putih kot. Hahaha...tapi lobak puith aku tak suka. Jadi kita stick to carrot and cabbage only.


4) Tak boleh makan buah-buahan tinggi potassium.
Haaa....ni pon pelik jugak, banyak buah-buahan yang aku tak boleh makan. Sebab buah-buahan ni tinggi potassium. Antaranya adalah pisang dan limau mandarin. Sedih tau, dua buah tu adalah favorite aku. Pisang sebab mudah dan mengenyangkan. Limau pon aku suka, aku boleh sekali hadap limau mandarin tu 5 biji sekaligus.

Ini pon tak boleh, sedih. 


Aku penah makan sebungkus limau kecik, yang macam limau mandarin tapi yang kecik molek tu.
Terus melambung potassium aku. Muahahaa....aku tak tau masa tu. Ye la, banyak nau tak boleh makan.

5) Tak boleh lasak-lasak.
Lagi satu, aku tak boleh lasak-lasak. Jadi aku kurang bersukan, which is i'm very happy about that.
(Alasan baik untuk tidak join aktiviti lumba lari bagai, sebab aku memang tak suka).
Tapi masa aku sekolah menengah, aku tough jugak la, masuk kadet polis bagai.

6) Tak boleh berjemur bawah matahari.
Ini akan menyebabkan keluar nya skin rashes kat muka dan semua kulit aku. Macam gambar di bawah. Teruk wooooo kalo kene.

Gambar Ihsan dari Mr. Google.
Kalo korang tengok, bentuk die macam butterfly. Ini adalah antara simptom-simptom SLE.
Butterfly Rash.


Okey, setakat di sini dulu syarahan saya.
Moga kita bertemu di lain waktu.
Tadaaa......

Thursday 5 September 2013

Who Am I? - (Part 3) - Sambung Cerita Dulu-dulu

Sementara aku masih ingat ni, elok lah aku terus je menaip kann..???
Patut da boleh tukar tajuk ni, x boleh letak Who Am I? lagi.
Sebab aku da menyimpang masuk cerita zaman dahulu kala. 

Kalo nak baca Part 1 dan Part 2, boleh la klik kat situ, ala...yang tulisan garis biru tu....
Takde la best pon, cuma aku jujur menceritakan kisah hidup aku, dari kecik.
Nanti aku refresh balik kot-kot boleh ingat masa tadika.

Ok, setahun aku duduk rumah.
Pastu Ayah suruh aku sambung belajar.
Mintak la mana-mana universiti swasta.
Jadi aku apply Unitar.

Gambar dari Encik Google.

Ni kampus lama, skang da ada kampus baru rasanya. Logo pon da tukar.
Tapi aku belajar kat Unitar ni la.
Belah kiri dari view gambar ni Giant, Giant Kelana Jaya.
Lintas jalan terus sampai giant.
Sekarang ni, tanah lapang belah kanan ni, da ada bangunan dah.

Apply untuk course Diploma In Management.
Masa kat Unitar ni, mula-mula aku menumpang rumah Acu dan family (adik Ibu yang last, jadi pakcu la sebenarnya, tapi kitorg memang panggil Acu, Acu aku doktor tau....motif nak berlagak Acu ko doktor?) Hahahah....
Rumah Acu dekat je, 5 minit jalan kaki sampai Unitar.
Best jugak kat Unitar, ye la, baru masuk U, hidup pon bebas sikit.
Duduk kat area KL plak kan.
Public transport senang je, semua ada.
LRT, Monorail, Bas, KTM.
Laju jugak aku ulang alik sampai Seremban tiap-tiap minggu.

Kat Unitar first year aku dok umah Acu.
Lepas tu da berkawan-kawan.
Da nak tumbuh tanduk. Dapat bilik sewa dengan kawan-kawan, aku pindah.
(Haaaa......ni nak citer ke xnak ni.
Kalo Family baca ni susah jugak ni. Hahahah...)
Biasa la kan, semua pernah mengalami kot, zaman nakal-nakal.
Masa dok umah sewa, bebas la jugak.
Dapat kawan pon gila-gila.
Melepak kat mamak sampai pagi perkara biasa.

Pastu masa duk umah sewa la aku pandai test-test g clubbing.
Member rumah ajar. Hahaha... 
Tapi setakat clubbing je la, dengar lagu. Menari pon aku x reti. Muahahaha....
Itu pon boleh kira ngn jari.
Ntah, aku x minat sebenarnya tempat sesak ni.
Memang suka dengar muzik, tapi dalam club tu manusia Ya Rabbi....kalah sardin.
Asap rokok jangan cakap la.
Boleh termuntah aku.
Jadi aku x berapa nak ikut sangat pegi club. 
Sekurang-kurangnya aku ada la pengalaman club tu macam mana. Tak best!!!

Dan sepanjang hidup aku tu sampai aku cerita ni, aku takde BF okeyhh...
BF itu adalah boyfriend, bukan bestfriend. Bestfriend aku masa ni nun jauh di Amerika.
(ceehhh...motif berlagak bestfriend ko kat Amerika?, bukan berlagak, tapi sedih, kawan-kawan kelas aku masa kat sekolah semua study over the sea, okeyhh...aku je tercampak di Unitar. )
Sebab sepanjang aku membesar, memang rasa insecure dengan muka besar pinggan.
Jadi aku sentiasa rasa aku ni hodoh dan aku memang menjauhkan diri dengan budak lelaki. 
Lagipon memang xde sape nak ngorat aku yang gemok.
Ye, aku gemok dulu, berat maintain gemok masa tu adalah 55kg tanpa gagal.

Masa di Unitar, aku dapat belajar 2 tahun.
Tahun ke 3 SLE bangun balik. Agaknya balasan kot sebab aku banyak sangat enjoy masa belajar.
Terus bangun balik SLE ni.
Jadi, aku warderd lagi 3 bulan lebih jugak.
Haishh..kalo nak cerita pengalaman duduk hospital, bosannya jangan cakap la.

Gambar, terima kasih pada Encik Google.

Ini Hospital Serdang, Hospital Serdang di hatiku.
Muahahaha, sekarang seminggu 3 kali tanpa miss aku kene bertapa di Hospital Serdang.

Lepas da sihat, aku sambung balik masuk Unitar.
Nak habiskan balik semua sem yang aku tertinggal.
Tapi tak best sebab semua kawan-kawan aku da habis belajar.
Tunggu grad je.

Kelas waktu ni pon da x banyak.
Seminggu tu ade la dalam 6 jam kelas.
Aku pack kan jadi 1 hari, jadi aku drive dari Seremban. 
Pinjam kete Ibu.

Ok, penatnyaaaaaa perah otak nak ingat balik semua ni.
Pastu bila baca balik banyak pulak typo kan.
Apa kata kita minum duluuu....
Jom buat Nescafe.



Who Am I? (Part 2) - Cerita Dulu-dulu

Semalam tersangkut. Sambung la hari ni.
Korang boleh baca Part 1 dekat sini.

Ini gambar sekolah kesayangan aku.
Sangat berbangga dapat masuk sekolah ni.
Tengok bangunan KGV cantik kan?
Bangunan lama tuuuu.....
Merasa duduk bangunan ni masa Form 1 sampai Form 4.
Kelas-kelas aku sepanjang di SMK KGV.

1 Diyauddin
2 Diyauddin
3 Melewar
4 Abu Bakar
5 Abu Bakar

Pasukan rumah sukan - Braddon. (braddon ni rumah kuning)
Kelab - Kelab Renang
Persatuan - Persatuan Penyelamat Kelemasan
Badan Beruniform - Kadet Polis (nanti aku amek gambar uniform kadet aku sebagai bukti memang aku masuk kadet polis, hahahah....)


Ok, di KGV, Alhamdullillah, PMR cemerlang dengan 8A.
Aku pon confuse jugak macam mana aku boleh dapat semua A.
Hahaha, lagi-lagi subjek Geografi.
Seingat aku, cikgu Geografi aku baik sangat, cikgu cina perempuan, Cikgu Lim Bee Kee.
Ingat-ingat lupa nama dia, kalo ade classmate aku dari form 3 boleh bagitau, bagitau la ye kat aku.
Aku duduk depan sekali, pon boleh tetidur siap keluar air liur basi.
Cikgu tu boleh kejut aku camne tau?
"Wake up, baby..."
Hahahah, gila baik wei cikgu tu. Tapi aku suspek aku serap la apa yang cikgu tu cakap masa aku tidur tu.

Masa form 3, kesihatan aku Alhamdullillah, SLE nyenyak tidur.
Jadi aku aktif dalam Kadet Polis, Kelab Renang dan Persatuan Penyelamat Kelemasan.
Harus la semua berkaitan swimming pool kan....?
Sebab memang itu tujuan aku masuk SMK KGV. Hahahaha.... Gilo!!

Habis PMR, aku dapat offer MRSM.
Dapat offer MRSM Pontian, first batch untuk form 4.
Sebab MRSM Pontian ni MRSM baru.
Jadi kami first batch form 4.
Budak form 1 da ada kat situ.
Jadi hanya ada 2 batch sahaja masa first year MRSM Pontian dibuka.
Form 1 dengan Form 4.
Pontian jauh giler weii, untuk orang yang macam aku ni, x pernah berpisah dengan Ibu Ayah.
Giler homesick. Dalam minggu orientasi tu, tiap-tiap pukul 5 pagi aku call Ibu.
Menangis-nangis mintak amik. Aku xnak sekolah situ.
Nangis hentak-hentak kaki ok kat pondok telefon.
Duit beli kad telefon ada laaa dalam sehari RM 30 untuk drama aku hentak kaki pagi-pagi buta.

Kenapa pagi-pagi buta? Sebab pagi-pagi buta orang belum bangun, aku da telepon Ibu.
Hahahah, bila pukul 6, aku berlagak la macho, berenti nangis, terus mandi.
Tapi ada cikgu ke warden yang nampak kot aku meraung, tiba masa dalam dewan (kan minggu orientasi kan) 
Cikgu announce, "Untuk murid-murid baru, sabarlah, ini baru minggu pertama, awak datang sini belajar, ni ada yang pagi-pagi da menangis-nangis kat public phone". 
Hampeh ok, tapi x sebut la nama aku. Tapi of coz la aku terasa kan, hahaha.
Jadi operasi diteruskan, mintak Ayah uruskan pertukaran MRSM.
Mintak MRSM terdekat. Alasannya, senang aku medical check up kat Hospital Seremban.

Dalam 2 minggu je aku kat MRSM Pontian.
Lepas tu aku dapat pindah ke MRSM Serting.
Stress jugak sebab jauh dari rumah.
Tapi seronok, ramai rupanya kawan-kawan KGV aku.
Salah satunya, Kamaliah, Awin, kawan lelaki pon ramai, tapi aku x ingat. Hahaha...
Sebab aku dulu-dulu x pandai kawan ngan lelaki.
Sebab sentiasa rasa diri ni hodoh dengan muka besar pinggan.

Life kat MRSM, tau je la, asrama. Penat gilerr!!!
Lagi satu aku x tahan. tak dapat tidur petang.
Pastu masa tu Add Math sangat susah.
Aku siap kene hina ok dengan cikgu Add Math tu.
Kurang ajar cikgu tu. Dia kata macam mana aku boleh dapat masuk MRSM ni, aku meniru ke masa periksa. Bangang cikgu, ingat senang-senang ke aku nak meniru?
Lagi-lagi masa ujian kelayakan masuk MRSM. (owh, masa nak masuk MRSM pon ada ujian jugak. Susah masa tu, aku x yakin dapat)
Aku sejak tu memang bengang la. Bengang dengan cikgu.
Stress je bila masuk kelas dia.
Dengan peraturan MRSM ketat.
Kain sekolah tebal ok, warna khakis, pastu kene pakai kain dalam dan singlet.
Aku asyik terlupa, asyik la kene tahan dengan pengawas, kene lari balik asrama tukar.
Penat hidup aku macam tu.
Sampai bulan 8 je, pelajaran aku pon merudum sebab aku benci cikgu add math tu.
Dah la die ajar math moden sekali, memang bertambah bengap la math aku. (alasan, padahal memang bengap math, cakap la salah cikgu kan? )
Taoi serius aku jadi benci cikgu tu sebab die hina aku tu depan kelas ok, cakap kuat-kuat.
Pastu sambil aku jalan balik asrama, budak-budak lelaki ejek-ejek aku.
Lagi satu sebab why I hate boys. 

Bulan 8, usaha menangis-nangis die pondok telepon dijalankan lagi. Muahahaha....
Terer x aku? Dalam 2 hari berjaya pujuk Ayah, tapi aku x ingat la apa alasan aku masa tu.
Aku mintak masuk KGV balik. Once a Georgian, always a Georgian. Eceehhh....
Pang..!!!! sedas, mengada sangat masa tu, menyusahkan Ibu dan Ayah. 
Tapi yang penting, berjaya pindah masuk KGV balik.

Masuk KGV masa akhir form 4, jumpe la kawan rapat aku balik, Suraya Halisha.
Dan dapat bestfriend baru, Syazrah Arinah.
Tapi maybe sebab aku stress sangat kot 8 bulan dok asrama, SLE aku datang balik.
Kali ni teruk. First time kene masuk IJC untuk dialisis.
Dah la aku kena admit masa diorang sume buat jamuan kelas akhir tahun.
Memang kesian life aku ni, x dapat bersosial.
Lama aku dalam wad, dalam 3 bulan lebih.
Lepas tu continue untuk dialisis sementara sampai bulan 6, 2003.
Waktu tu form 5 okeyhh...
Apa pon aku x belajar, sibuk melayan hospital.
Pastu semangat aku down sangat sebab kene dialisis.
Lepas June 2003 tu, result darah ok sikit, x payah dialisis, cabut IJC.
Aku start masuk sekolah balik.

Of coz keyakinan aku semua da hilang bersama-sama IJC dan dialisis.
Semua mata pelajaran pon aku x dapat cover.
Tapi Syazrah baik giler ngan aku, sanggup spent masa ngn aku.
Ajak aku tido umah die, die bagi tuisyen Matematik Moden.
Sebab kalo Add Math jangan harapla. Da macam ada satu perasaan x boleh terima Add Math.
So, Syazrah banyak tolong aku paham Math.
Kat sekolah, Suraya banyak tolong bagi aku nota.
Semua kawan kelas aku banyak membantu.
Tapi memang aku berserah je la. Mana yang masuk, mana yang tak pelajaran-pelajaran yang aku belajar tu.

SPM aku jangan cakap, hancur, macam no telepon result aku, semua no ada.
Tapi, suprisingly, Math Moden aku lulus C6. Muahahaha.... (terima kasih tidak terhingga kat Syazrah sebab ajar aku sampai paham)
Fizik pon aku dapat C6 jugak. Tu aku pelik.
Aku x pernah minat fizik.
Yang aku dapat A hanya lah English.
Macam mana ntah BM dapat B3.
Stress aku. Target BM biarlah A.
Tapi xpe, aku bersyukur sebab subjek-subjek hardcore aku lulus. Semua C.
Add Math durjana tu je aku gagal G9.

Lepas SPM aku x dapat mana-mana.
Ye la, dengan result macam tu, sapa nak offer. Tak payah berangan!
Aku duduk rumah setahun, buat bisnes.
Bisnes apa? Muahahaha...aku paksa adik-adik aku jual handmade card yang aku buat.
Aku buat card dengan bookmark.
Aku suka buat benda cute-cute ni. Jadi relax.
Pastu dapat duit, aku suka la. Aku dok umah je, dapat duit.
Tapi x banyak la. Buat suka-suka.
Bagi budak-budak seronok. 
Anak-anak jiran pon aku bagi upah tolong jual.
1 bookmark dorang jual, aku bagi 20sen. 
Baik x aku?? Hehehe, aku jual murah ok, satu bookmark tu RM 1 je.

Kalo handmade card plak aku bagi diorang 40sen. Sebab aku jual pn RM 2.50.
Kena la tolak modal sikit kan. kad tu guna kertas tebal A4.

Eh, eh, eh, penat la aku menaip ni.
Rehat la. Nak hantar document kat bos aku ni.
Tata.... 


Wednesday 4 September 2013

Sedih & Rindu

Tadi bukak FB, ternampak gambar anak Kak Ika.
Kak Ika is my cousin, antara cousin yang rapat.
Dah besar dah Qaisara Nur Iman.
Aku baru tengok sekali je masa dia umur sehari, belom bagi nama pon masa tu.
Aku visit masa Kak Ika kat wad lagi.

Sekarang Qaisara da sebulan.
Tak tahu bila ada kekuatan nak tengok lagi.
Actually, masa aku pegi tengok Qaisara tu, baru lepas dialisis, straight naik wad.
Dengan suami la of coz...
Jadi, masa aku tengok tu, aku yang beriya-iya tengok dekat.
Suami duduk jauh je.
Borak-borak ngan Pak Itam (ayah Kak Ika).

Masa nak balik, suami pesan bagi duit kat baby.
Pastu aku cakap la, "Abang bagi la...abang belom tengok pon baby kan?"
Jadi suami pon cepat bagi, tengok sekejap, dan minta diri untuk balik.

Rupa-rupanya, masa kami turun daripada wad tu, suami kata, dia sedih tengok baby girl.
Die rindu Arissa.
Sebenarnya aku pon rindu, dan x tahan bila tengok baby Qaisara, tapi aku tahan je sedih aku.
Memang niat nak melawat kan?
Bila suami cakap macam tu, serta merta aku rasa bersalah bila suruh suami bagi baby duit tu.
Sebab masa suami bagi duit tu la, suami tenung muka baby.

Qaisara, Mak Long x dapat visit awak selalu-selalu k?
Lagi-lagi bila awak masih baby ni.
Tunggu besar sikit, maybe Mak Long dan Pak Long ada kekuatan visit awak lagi.
Mak Long doakan Qaisara membesar dengan sihat di samping kakak Mia dan abg Hakim, k?
Nanti-nanti kalo Pak Long ok dan ada kelapangan Mak Long datang visit awak.

Ok, Kak Ika, Yana rindu akak jugak.
=)




Who Am I? (Part 1)

Siapa aku?
Eceh, tajuk nak poyo, kau tu siapa nak who am I bagai ? Sila lempang diri sendiri.
Hahahah...
Aku saje nak introduce diri aku.
Selama ni, blog ni ditubuhkan sebab aku dalam proses meluah perasaan sejak kehilangan puteri kecil aku, Nur Arissa Adni.



Korang boleh panggil aku Yana.
Status, sudah berkahwin.
Seronok tau kahwin... hahaha.
Tajuk blog ni aku letak Ibu Arissa sebab aku nak selama-lamanya ingat aku pernah menjadi Ibu untuk Nur Arissa Adni.
Umur tahun ni masuk 27 tahun.
Tapi aku awet muda.
Hahaha, masa aku masuk wad bersalin, boleh doktor tu ingat aku umur 16 tahun pastu pregnant belom kahwin. Die ingat aku xde suami, tp da pregnant.
Kurang asam nye doktor.

Aku sakit sejak dari umur 8 tahun.
Jadi aku da biasa sebenarnya.
Aku darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan, Kajang.
Sekejap je kat sana, lepas tu family aku pindah Seremban sebab ayah dapat kerja di Seremban.

Masuk darjah 2, aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Senawang, Seremban.
Sampai darjah 6 aku bersekolah di sini.
Perjalanan hidup, biasala, lagi banyak masuk hospital kot dari pergi sekolah.
Heheheh, aku ingat lagi, bila kawan aku kene chicken pox, tapi dia xnak cuti 2 minggu sebab xnak tertinggal pelajaran.
Aku yang doktor bagi cuti seminggu.
Sebabnya, kalo aku berjangkit chicken pox tu dari die, lagi teruk kene warded.
Result UPSR, Alhamdullillah cemerlang dengan 5A.

Tingkatan 1, aku dapat tawaran ke SMK King George V.
Sebab apa aku kata dapat tawaran?
Sebab bukan suka-suka boleh masuk sekolah ni.
Kerajaan negeri yang pilih siapa-siapa yang layak.
Sebab KGV adalah Sekolah Harapan Negeri.
Alhamdullillah, syukur, sebab memang sekolah idaman aku.
Hahaha, dari aku darjah 2, jiran sebelah rumah aku tu sekolah SMK KGV, jadi die cerita sekolah KGV ada swimming pool.
Tak ternganga ko dengar ada swimming pool, jadi dari darjah 2 aku da bercita-cita nak masuk KGV. Hahahaha....semata-mata swimming pool okeyhhh...

Sekolah kat KGV memang seronok.
Aku masuk badan beruniform Kadet Polis.
Terasa cun je bila pakai uniform kadet tu.
Hehehe, Kadet Polis sekolah KGV adalah di antara yang terbaik waktu tu.
Selalu menang pertandingan kawad.
Aku pon pernah merasa la menang pertandingan peringkat negeri.
Kitorang dapat tempat kedua, kalah dengan Kolej Tengku Kurshiah.

Okey, da melalut ni. Tadi tajuk Who Am I kan?
Hahaha... Tiba-tiba da xde idea.
K Bye.





Dialisis Semalam

Huhuhu, semalam dialisis.
Doktor ramai datang.
Sekali 3 orang.
Berderbar-debar aku.
Aku tau doktor nak discuss pasal buat CAPD tu.

Tapi doktor x layan aku dulu.
Diorang layan patient lain.
Last baru aku.
Doktor tanya apa keputusan masa pegi appointment Klinik SOPD hari tu.
Jadi aku cakap la, doktor kat sana x setuju untuk aku buat fistula di tangan kiri.
Sebab kat leher kiri pon ada blok sikit.
Kalo buat fistula maybe akan blok jugak.

Jadi doktor advise aku suruh buat CAPD ata IPD.

CAPD ni rawatan cuci air, aku kene buat kat rumah sendiri.
4 kali sehari.
Kat perut akan dimasukkan satu tiub yang dinamakan tangkoff.
Rawatan ni kalo nak buat di rumah, perlu ada kawasan yang bersih.
Sebab kalo tangkof tu kene jangkitan kuman, habis la aku.
Aku pernah dimasukkan tangkof ni dulu.
Tapi x boleh guna.
Boley bayangkan x?
Dah go thru surgery bagai, tangkoff x boleh guna.
Air x boleh masuk dan keluar.
Tangkoff tu tersumbat.
Tersumbat pasal apa, doktor xtau.
Bila scan sume ok.
Eeee....sakit nye, Allah je yang tau, sakit sebab da masukkan air masa first time, pastu bila nak keluarkan, kene masuk air baru, tp air lama x boleh keluar.
Jadi stuck la air berkilo-kilo dalam perut aku.

Masa dulu, aku diberi 2 pilihan, CAPD atau Heamodialisis.
Jadi first choice aku dulu CAPD.
Masa tu, baru habis form 5.
Pasrah je la, kalo kene buat rawatan kat rumah.
Tapi lepas tangkoff aku bermasalah, Allhamdullillah result darah aku ok.
Kira buah pinggang aku masih berfungsi la.
Jadi doktor amek keputusan hold dulu rawatan CAPD tu.
Cabut tangkoff dan aku balik rumah seperti biasa.
Continue ubat je.

Selama setahun aku makan ubat, buah pinggang aku tak boleh tahan lagi.
Doktor tanya balik, aku nak buat CAPD ke heamodialisis.
Masa tu, aku da bekerja.
Jadi tentunya CAPD bukan pilihan aku.
Lagipon aku fobia pasang tangkoff tu. Sakit.!!
Jadi aku setuju untuk buat Heamodialisis.

Perkara pertama aku kene buat fistula.
Fistula ni, kira tapak untuk memudahkan cucuk jarum di tempat yang sama.
Surgery untuk cantumkan arteri dan venus.
Jadi aku setuju, tapi buat fistula pon sakit gilaaa!!!
Dia bius kat tempat nak potong tu je.
Pastu masa surgery tu, diorang tarik-tarik urat tangan aku.
Sakit gila, menangis-nangis dalam operation theatre.
Untuk fistula, kene tunggu 3 bulan untuk tempoh dia matang.
Lepas tu baru boleh dialisis.

Sekarang dah nak masuk 5 tahun aku dialisis.
Doktor kesan, aku ada Thrombosis di belah kiri dan kanan bahu.
Jadi, proses dialisis tu tak berapa nak bersih sebab darah aku berpusing kat area tangan je.
Sebab saluran kat bahu tu dah sempit.
Tu yang doktor advice buat CAPD.
Maaf doktor, aku belom bersedia nak buat CAPD.
Aku masih fobia untuk harungi segala jenis surgery ni.
Cucuk jarum untuk dialisis pon aku berdebar-debar.
Kalo masuk operation theatre aku rasa boleh stop kot jantung aku.

Owh, sekarang ada pilihan rawatan yang ketiga.
IPD. Konsep sama macam CAPD.
Tapi x buat 4 kali sehari.
Doktor kata, rawatan ni, aku kene admit hospital seminggu sekali atau 2 kali.
Overnight sambil attach dengan mesin.
Dengar macam senang kan?
Tapi sama je la dengan CAPD.
Akan ada tiub kat perut.

Ya Allah, permudahkan la segalanya untuk aku.
Sekarang aku masih dialisis.
Sebab fistula aku masih elok.
Tapi darah je x berapa bersih.
Dan aku dah cakap ngan doktor, aku xnak buat CAPD dulu.
Doktor kata nanti kalo fistula aku da blok, aku nak buat apa?
Aku cakap, kalo blok nanti aku pikir balik.
Sedihnya... Aku rasa aku banyak menyusahkan suami.

Macam mana pulak dengan harapan aku nak pregnant lagi?

Monday 2 September 2013

My Suami

Hari ni terasa nak cerita pasal suami kesayangan ku.
Eceh...mau x sayang.
Dia lah lelaki yang sanggup terima segala kekurangan aku.

                                                     Muka gembira dapat durian.

Suami aku berketurunan Kadazan Dusun.
Berasal dari Papar, Sabah.
And...Yes..!!! Orang Sabah memang HENSEM.
Wahhhh..... Over tau puji laki sendiri.
Biar la...sapa nak puji kalo bukan aku.

Dulu suami aku beragama Kristian.
Tahun 2005 suami aku memeluk Islam.
Suami aku sanggup terima aku, walaupon tau aku sakit.
Tau segala-gala risiko kalo kahwin dengan aku.
Salah satunya, kami kehilangan anak kami.
Lahir tidak cukup bulan dan dugaan ketika mengandung.
Tapi suami aku x pernah mengeluh.
Setia melayan setiap karenah aku, rengek aku, mengada aku dan baran aku.

Ye, aku memang panas baran.
Tapi tu la, setiap manusia diciptakan berpasangan.
Aku baran, suami aku sangat cool.
Lagi satu, suami aku suka pikir positif je.
Mencik tau, kadang-kadang nak ngumpat ngan dia pon x boleh.
Contoh la kan,

Aku : Bang, orang tu kan...dot...dot..dot...

Pastu kan, suami aku mesti jawab,

My Suami : Biarla...kita xtau kenapa die dot..dot..dot...

Jadi terbantut aku nak mengumpat. Ini contoh. Hahaha....
So, kesimpulannya, aku banyak belajar dari suami supaya lebih bersabar dan tenang.
Aku perasan, sejak lepas kahwin, aku memang lebih tenang.
Dulu, sikit-sikit melenting.
Kuat mengamuk dan segala jenis baran la.
Tapi skang aku lebih cool down.

Suami aku juga setia menghantar aku seminggu 3 kali ke hospital.
Pegi balik hantar dan berjemput.
Sebab aku lepas dialisis x boleh drive.
Selalu kaki cramp.
Kalo nak cerita, terlalu banyak jasa suami aku sepanjang masuk tahun ketiga kami berkahwin.

Masa aku pakai halia tu lagi la, suami siap tolong lapkan badan, lapkan muka.
Ye laaa...tangan, kaki semua berbungkus.




Bungkus Halia

Kali ni bukan resipi masak-masak halia ye.
Ini resipi masak kaki dan tangan aku bungkus ngan halia.
Aku g berurut kat satu Sifu ni di Cheras.
Then kene bungkus halis, nak buang angin dan toksik.

So, setuju je la, x tanya pon camne bungkus halia tu.
Sekali amek kau... terkejut aku.
Mau dekat dua kilo satu kaki.
So, aku bawak dekat 8 kilo halia semalam.
Dan kene pakai 18 jam.
Merasa la meraung-raung pedih.
Kesian suami aku, x tentu arah jugak bila aku menangis-nangis.

Mau x nangis, halia yang ditumbuk 2 kilo balut kat tangan aku.
Sakit jangan cakap la..
Redha je, sebab bayar RM 344 untuk buat bungkus halia ni.
Tu pon terkejut jugak bila Sifu cakap harga tu.
Tapi bayar kat wife die.
Die x amek duit tu.
Itu kira duit upah wife die dan duit halia dan herba.
Sebab wife die tumbuk halia-halia tu.

                         Masa proses balut kat kaki. Tengok betapa besarnya bungkusan tu.


                                                    Ni balut kat tangan plak.


Suami aku cakap aku macam iklan bateri Energizer tu. Tangan dan kaki besar.
Huhuhu, muka pasrah tahan pedih.

Kene pakai untuk 18 jam, bayangkan...!!!
Aku tido pon pedih dan panas je rasa.
Hoiii, tahan je la...
Ni hasil lepas bukak.
Terkejut beruk lagi.
Kaki tangan aku sume biru.
Dan halia tu, masa pakai warna oren terang.
Bila bukak lepas 18 jam, jadi hitam.




Cerita Akhir Ramadhan 2013

Hahahaha, dah nak habis raya. Aku baru nak cerita Ramadhan.
Sebab baru nampak ada gamabr-gambar ni.
Jadi kita tengok gambar je la.

Kan aku ada cerita, last Ramadhan tu, suami sibuk nak buat BBQ untuk berbuka kan.
Nah..!!! Tatap la gambar-gambar ni, biar meleleh balik air iur.
Hehehehe....


Ini yang da diperap.
Best gila wa cakap luuuu....
Sedap resipi perapan hentam aku. Hahaha



                                        Close up, sila meleleh air liur. Wahahaha.....

                       Semangat bakar ayam, kambing pon ada. Betol-betol BBQ ni.

Tu dia, x sabar nak makan, nasib baik posa, tahan...tahan....


Ini yang utama dan menjadi rebutan.
Family aku, harus lah yang ini yang jadi rebutan.
Tu pasal kalo berborak, masing-masing berebut-rebut nak bercakap.

                        Meh kita posing dulu. Wawan posing di sebalik asap. Hehuhehu....


                                    Tongkeng idaman ramai.... Wakakaka....