Nuffnang Ads

Saturday 22 December 2012

Futsal

Setiap Jumaat, malam Sabtu, aktiviti aku adalah meneman suami main futsal. Yeahhh..main futsal.
Itu la hobi En.Suami, main bola, main futsal, kadang-kadang memancing. Berbeza hobi kami berdua. Hehehe, tapi sebab kelainan itu lah yang best, aku dapat mengisi masa2 lapang, dan tidak membuang duit shopping. Muahahaha.....

Setiap petang Jumaat, Sabtu dan Ahad, aku akan teman En.Suami pegi main bola, aku x main, tengok je. Hahaha.... Jumaat malam pula futsal, terer kan hubby saya???

Wednesday 19 December 2012

Kenali Gula-gula Anda!!!

Hehehe, lama rasenya tak update. Bukan apa, hari tu dah semangat nak update, tapi Blogger tak bagi update. Asyik loading je. Jadi malas la aku nak serabut-serabut tunggu nak loading. Pastu, Isnin dan Selasa semalam, badan tak sehat. Ye la, musim demam kan sekarang. Aku syak Pojan la bagi virus demam ni kepada kami suami isteri.

Dan minggu lepas juga, aku dapat stok gula-gula untuk sebulan, hamboi, banyaknya.... Terkejut sekejap. Ni nak bagi aku kenyang makan gula (Ubat) ke hape?

 Ubat yang paling tak best kan, yang belah kiri tu. Nak makan ubat tu kene kunyah. Eeeeyuckss.... Ubat tu rasa kapur, jadi ibarat macam kunyah kapur.


 Ini ubat untuk tambah darah.


 Ini ubat darah tinggi,doktor baru tukar. Sebelum ni makan Amlodipine.


.
 Eh, ni ubat ape eh, tak ingat. Hahaha... Tajuk konon kenali gula-gula anda, aku pon tak ingat ni ubat apa. Nampak sangat main makan je kan. =P


Dah tak muat bekas. Huhuhu...

Ini baru gula-gula wajib aku. Kalo tambah gula-gula dari klinik untuk demam selsema. Ehhh, kenyang la aku, tak payah makan nasi. Hehehe...

Thursday 13 December 2012

Kenapa Pesakit Dialisis Tak Boleh Minum Banyak Air???

Ok, ini bagi menjawab soalan rakan-rakan,

"Kenapa aku tak boleh minum banyak air?" 

Had yang ditetapkan untuk satu hari hanyalah 500ml untuk SATU HARI, x best langsung. Kalo ko dapat air best macam fresh oren, camne??? Kan rugi. Mana ko nak breakfast minum Kopi, mana ko nk lunch minum Milo Ais, mana ko nak dinner minum Fresh Orange, mana ko nak makan ubat lagi bile malam. Haaaa...x dapek de nak minum yang best-best.

Untuk pengetahuan semua, sebab musababnya adalah kerana, bila buah pinggang ko da rosak, buah pinggang ko tak mampu memproses air yang ko minum untuk dijadikan air kencing. Hehehe, so, korang paham la kan, kami pesakit dialisis ni, kalo da lama sangat, kami akan hilang nikmat untuk kencing.

Tapi macam aku, aku masih berupaya untuk kencing, cuma kuantiti kencing tu tak banyak la.
Contoh ;

Minum : 1000ml air
Kencing yang dikeluarkan : 200ml

Jadi, mana pegi balance lagi 800ml tu??? Haaa...itu la yang akan membahayakan kami kalo kami minum lebih air. Air-air yang berlebihan tu akan pergi ke jantung, ke kaki, ke peparu. Jadi kalo air da penuh kat jantung dan peparu tu, tu la jadinya sesak nafas dan batuk-batuk. Jantung akan bengkak, hmm...doktor kata bahaya jantung bengkak ni, tapi lupe plak nak tnye pasal ape bahaya. Heheheh...

Kalo jadi macam tu, pengsan woooo...tak boleh tido satu malam. Tibe-tibe aku akan rase rindu dengan mesin dialisis. Sebab mesin dialisis la akan membantu aku mengeluarkan air yang berlebihan dalam badan aku.

Macam mana kita nak tahu berat yang sepatutnya? Okey, itu doktor yang tolong kira, doktor akan X-Ray jantung, tgk jantung bengkak ke tak dan macam-macam lagi perlu doktor kira. Hehehe...
Contohnya, doktor tetapkan dry weight aku, 38kg. Kalo sebelum dialisis aku timbang 40kg, maknanya kene la setting mesin tu untuk tarik air 2kg. Itu la yang dinamakan tarik air.

Tapi, kalo berlebihan tarik dari dry weight yang ditetapkan, maka akan terjadi la episod kaki cramp macam nak mati, dan aku akan meraung sekuat-kuat hati. Wakakaka, hanya staff-staff kat Unit Heamodialisis Hospital Serdang je tau macam mana dasyatnya kalo aku meraung-raung tu. Da takde perasaan malu da, sakiitttt woiiiii kalo cramp. Insaf sekejap takmo tarik banyak-banyak dah.

Tapi selalunya pesakit dialisis ni memang degil tahap ketegaq. Time sesak nafas je insaf, pastu buat balik. Jarang la aku jumpe pesakit dialisis yang berdisplin (terutamanya kat tempat aku dialisis la).
Dan mereka mati hidup semula pon takkan mengaku mereka minum banyak air, (hahaha, aku la tu).
 Tapi walaupon tak mengaku, bila da sesak nafas, confirm la semua orang kt Unit Heamodialisis Hospital Serdang tau aku minum banyak air.

Dan, kalo aku kerja yang perlu melibatkan aku berjalan banyak, automatik la minum banyak kan??? Sebab kalo ko da berjalan satu kilang, tak haus ke tekak ko weiii....huhuhu....

Kenapa Aku Sesak Nafas???

Muahahaha, macam terasa tanya soalan bodoh je ni. Ekceli, aku mushkil jgk, mushkil dengan serius. Sebabnya, aku baru je dialisis hari Selasa hari tu. Tibe-tibe malam tadi aku sesak nafas, batuk-batuk lagi. Aku saspek aku overload, tapi nk kata aku minum air banyak, xde pulak. Jadi aku saspek, dry weight aku bukan la 37.7kg. Aku harus turunkan lagi sehingga 36kg.

Hmmmm...jd untuk dialisis hari ni, kene la berusaha supaya sampai 36kg. Kalo tak aku yang merana tak boleh tido sebab sesak nafas. Harap-harap kaki tak cramp hari ni. Bile sesak nafas, automatik selera makan tak de. Itu pon jadi masalah jugak buat aku. Semua berkait-kait ni, bile tak makan, gastrik akan menjelma serta merta.

Ohhh hoiiii.....aku stress pon iye gak ni. Stress pikir sepatutnya dry weight aku berapa. Tapi nasib baik minggu depan ade Appointment Clinic. Boley la aku tanya doktor. Tapi yang tak best nye, habis la gaji aku lagi kalo da cuti Selasa, Rabu, Khamis.

Selasa = 1/2 Hari : Dialisis ( tolak gaji )
Rabu = 1/2 Hari : Appointment Clinic ( tolak gaji )
Khamis = 1/2 Hari : Dialisis ( tolak gaji )
Sabtu : Dialisis

Huhuhu, boleh bayangkan tak yang life aku lebih banyak kat hospital. Sedey....
Nanti nak balik kampung Sabah pon, aku kene pening susun jadual nak pegi dialisis. Hmmm...
Alah bisa, tegal biasa. Sebenarnya aku da biasa jugak dengan rutin pegi hospital ni. Tapi, masih terasa frust sebab, aku tak dapat buat benda-benda yang aku suka seperti hang out dengan kawan-kawan, food hunting dan aku da lama tak dapat melawat Khayra Mustika. Huhuhu, rindu la ngn budak tecik ni.

Tengok, da pandai berdiri da budak tecik ni. Aku masih lagi tak punya masa nk g melawat die. Hishhh... rindu laaaa.....

Gastrik Datang Lagi....!!!

Gastrik datang lagiiii....!!! (sila bace macam "Tora datang lagiiii!!!") Malam Selasa minggu lalu, gastrik aku datang lagi. Sebabnya tak lain tak bukan, aku tak makan dari pagi. Memang aku mengaku salah aku. Tapi sebab-sebab aku tak makan adalah kerana, lidah aku luka, langsung tak boleh menerima makanan pedas.

Hoiiii, stress nak cari makanan tak pedas. Malaysia ni kan mana reti jual lauk-pauk tak pedas. Kita kan kaya dengan Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas, Kari Kepala Ikan, Sambal Udang Petai...

Lauk-lauk tu semua aku suke, malangnya, kalo aku makan, boleh meleleh airmata, bukan sebab meleleh airmata sebab pedas. Tapi sebab sakit. Sakit sebab lidah luka. Ok, stop cerita pasal lidah luka.

Jadi malam tu, dengan berguling-guling kembali sebab gastrik, nasib baik ade stok GAVISCON kat  rumah. En.Suami pon dengan baik hati goreng kan Bebola Ayam Ayamas. Dapat la alas perut sket.
Lepas je makan, mungkin sebab perut da masuk angin, muntah pulak. Haishhh...mesti En.Suami risau. Maafkan saya En.Suami. Hehehe..lepas ni janji akan buat lagi. Hehehe...



Jadi, lauk pauk yang aku boleh terima sekarang hanyalah, Ikan Goreng, Udang Goreng Butter, Kicap dan Telur Mata. Huhuhu, sedey kan??? Hidup kat negara yang kaya dengan lauk-pauk yang best, tapi aku boley makan makanan bergoreng yang tak pedas je. Mengada punya lidah!!!

Wednesday 12 December 2012

Rezeki & Dugaan

Rezeki dan dugaan di datangkan Allah dalam pelbagai bentuk. Untuk menguji hamba-hambaNya, dan selagi dugaan itu datang, itu tandanya kita masih mendapat kasih sayang Allah. Hmmm.... tujuan aku nak menulis entry ni, sebab..... sejak kebelakangan ni, terlalu banyak perkara yang menduga aku, menaikkan tekanan darah aku.

Selagi aku boleh terima, aku terima, manusia yang sentiasa iri hati dengan aku, sentiasa mencari kesalahan aku. Pendek kata, walau apa pon yang aku buat, akan di cari salah dan silap. Dan dengan keadaan kesihatan yang tak berapa nak cemerlang bulan ni, bertambah-tambah presurre yang diberikan.

Tapi aku bersyukur, kerana rezeki yang Allah datangkan pada aku, bukan dalam bentuk wang ringgit. Ya, aku sentiasa kesempitan wang, kerana setiap kali aku dialisis, gaji akan dipotong. Baki gaji yang tinggal hanya cukup untuk buat belanja rawatan dialisis. Tapi Allah mendatangkan rezeki yang paling membahagiakan aku, Suami aku. Suami yang sedia menerima diri ini seaadanya.

Dan aku juga mendapat seorang doktor yang memahami, mendahulukan tempat untuk aku mendapatkan rawatan dialisis di hospital kerajaan. Jadi, tidak lah semahal mendapatkan rawatan dialisis di pusat dialisis swasta. Tapi, masih, kos keperluan untuk mendapatkan rawatan membuatkan aku dan suami terpaksa berdikit-dikit. Mungkin, belum rezeki kami untuk hidup senang. Tapi aku bahagia, kerana suami sentiasa di sisi.

Walaupon aku di tekan dalam pelbagai cara, aku bersyukur, aku masih mempunyai keluarga yang sentiasa menyayangi dan menyokong aku. Aku mempunyai kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat. Tidak juga aku lupa, Allah juga telah memberikan aku seorang Puteri Syurga yang akan menunggu aku di sana. Ibu rindu Arissa sayang......

Suami aku, sentiasa mengambil berat setiap kebajikan diri aku. Kami tidak mewah, kami tidak senang, tapi kami bahagia. AKU BAHAGIA. Kerana dikurniakan Allah lelaki yang sebaik Suamiku.

Dulu, apabila aku diberitahu, aku mengidap peenyakit kronik, aku tidak berharap langsung akan berumah tangga. Sedar diri, siapalah yang akan menerima manusia sakit seperti aku. Tapi ajal, maut, jodoh semua di tangan Allah. Semua telah ditetapkan. Aku bersyukur.

Dulu, apabila aku menerima rawatan kimoterapi untuk jangkamasa 3 tahun, doktor menerangkan kemungkinan aku tidak boleh mengandung. Tapi siapa sangka, dengan penyakit kronik SLE, aku berupaya mengandung, tapi dengan risiko yang sangat banyak yang terpaksa aku terima.

Ya, aku dianiaya di sini, tetapi rezeki yang Allah datangkan pada aku, sentiasa ada. Insya Allah.


Monday 10 December 2012

Friday 7 December 2012

Padah Terlupa Makan Obat

Haaaa.... Hari Selasa semalam, disebabkan lepas balik dialisis tu, tak sehat dan rasa nak pitam, tertidur la sampai pagi. Terlupa nak makan ubat-ubatan yang segala jenis tu. Padahnya??? Bangun pagi, disertai sakit kepala ya amattt. Darah tinggi naik la tu.

Dan kesimpulannya, satu hari melepek tidur kat rumah. Tak dapat masuk office pon. Nak g keje menda kalo da kepala tu macam diketuk-ketuk die punya sakit. Lenkali suke-suke la lagi tak makan ubat. Padannnnn...!!!!

Thursday 6 December 2012

Zat Besi

Bulan lepas, aku ade appoinment medical check dgn doktor. Ini adalah rutin biasa pesakit dialisis. Setiap 3 bulan kami kene medical check up. Seminggu sebelum medical check up, kene amek darah dulu, nak check la kandungan darah ok ke x, macam, pottasium, kreatinin, urea, HB dan lain-lain. Hahaha...

Jadi, seperti biasa, mase medical check up, check berat badan dan tekanan darah (walaupon setiap kali sebelum dan selepas dialisis, mesti check benda ni, still diorg nak check jugak).

Nurse kate aku makin kurus, memang ler, last aku dtg medical check up, dengan jayanya berat aku naik 44kg, sekarang berat aku 38kg. Tapi aku masih lemas la, macam sesak nafas gitu, aku suspek berat aku patut kurang lagi.

Check nye check, patut la selera makan aku xde, rupenye aku kurang zat besi dan kurang darah, kiranya HB aku low. Hmmm..... mcm mana nk meningkatkan selera makan kalo zat besi kurang. Jadi doktor suruh aku amek ubat zat besi. Nama ubat tu RENOVER, seingat aku lah.. Hehehe...
 
Okay, tu citer bulan lepas, bulan ni, kenapa aku masih penat mengah-mengah lagi bile jalan jauh sikit. Hmmm..... before ni paham la, sbb HB low dan zat besi kurang, tp da amek ubat tu pon, xde perubahan, ke kene tambah lagi dos ubat tu.?


p/s: Walaupon aku keje kilang besi, x semestinya aku cukup zat besi.

Monday 3 December 2012

Happy Birthday to Both of My Hero

Sabtu minggu lepas, 1hb Disember 2012 pergi dialisis, aku ditemani oleh dua birthday guy in my life. Iaitu, tak lain tak bukan, hubby yang sayang aku, dan adik yang sayang aku.

Nampak tak ayat di atas? Hehehe, depa berdua sayang sgt aku, tu sebab dua-dua teman aku pegi dialisis. Hehehe, Aku pon sayang mereka ketat-ketat.

Happy Birthday to My Husband, semoga kita di kurniakan Allah kebahagiaan hingga ke Syurga. Terima kasih kerana sudi menerima diri ini yang tidak sempurna dengan seaadanya.

 dan

Happy Birthday to Wawan, adik Along yang selama ni, banyak membantu Along tak kira apa pun. Semoga Angah berjaya di dalam hidup dan di akhirat.

Dan hari ni tadi sedang-sedang merewang dekat Giant nak pegi bayar bil Astro, sekali hah ternampak,
Mizi Sport Store sedang mengadakan SALE besar-besaran, BUY 1 FREE 1 tuuuuu.....

Pucuk di cita, ulam mendatang, hubby memang berhajat nak but bola, elok sesangat. Aku lak yang excited kan??? Pompuaannnn....asal nampak SALE, BUY 1 FREE 1, mule la tak tentu arah. Jadi, tadi... dengan jayanya menyambar 2 pasang but pada 1 harga. Berbaloi-baloi.... Weiii, but bola bukan murah weiii...

Dapat la ADIDAS sepasang, LOTTO sepasang. Lepas ni hubby bley melaram dengan but baru. Sumbat gol banyak-banyak ye.... (macam kan laki ko player kebangsaan plak kannnn????) hahahaha...








Online Butik Yang Best

Ini ade satu online butik yang best. Banyak pilihan dan design dari semua jenis apparel. Harga sangat berpatutan. Dan yang paling best, ByKhayra ye. Korang kenal kan sape Khayra? Kalo tak kenal, sila bace Khayra Mustika.

Ade jugak baju & stuff untuk manusia paling adorable sekali di dunia, YOUR LITTLE ONE'S.  Okay, bakal-bakal ibu, ibu-ibu, mama-mama dan anak-anak dara sekalian,sila la jenguk page ni.



DresscueMe ByKhayra