Nuffnang Ads

Friday 23 November 2012

Apa Itu Hemodialisis?

Aku tau ramai sebenarnya x berapa nak faham ape yg aku asyik sebut dialisis, dialisis, ni aku Google je, sebab kang ikut penerangan aku menaip, korang jadi langsung x paham pulak. Dan aku akan terang sket-sket kat hujung ayat untuk mana yang aku rase penerangan kat bawah ni aku pon xpaham. Hahaha, korang paham x ape aku cakap nii???


 Apakah hemodialisis?
 Dalam hemodialisis,buah pinggang buatan digunakan untuk membuang sisa terpakai,bahan kimia berlebihan dan juga cecair dari darah anda.Bagi mendapatkan darah ke buah pinggang buatan tadi,doktor perlu membuat satu laluan masuk ke dalam pembuluh darah anda.Ini dapat dilakukan dengan menjalani satu pembedahan kecil di lengan atau pun di kaki anda.

Kadang-kadang,laluan dilakukan dengan menyambungkan arteri dengan vena di bawah kulit untuk membuatkan pembuluh darah menjadi lebih besar yang disebut fistula.

Ini adalah fistula aku, besar dah. =(  Sebab ruangan untuk cucuk jarum terhad, jd makin lama makin besar, risau plak aku.

Setiap kali dialisis, jarum akan di cucuk, satu darah keluar, dan satu untuk darah masuk. Tu pasal bley nampak 2 benjolan kat tangan aku tu.

Okey, ni gambar sewaktu aku tengah dialisis. X nampak plak bahagian tangan yang kene cucuk tu.Botol yang blah kanan mesin tu, itu nama die Dialyzer, dialyzer ni kira buah pinggang palsu aku la. Tugas die untuk menapis kotoran-kotoran dalam darah. Sama lebih kurang macam penapis air kat rumah korang. Hahaha...

Aku sebenarnya, punca sebenar kene dialisis bukan la sebab aku pesakit buah pinggang. Tetapi penyakit SLE aku yang merosakkan buah pinggang aku. Jadi, sebab SLE da rosakkan buah pinggang aku, aku pon mengalami kegagalan buah pinggang la. Pasal sakit SLE ni, korang boley bace entry aku kat  SINI.

Sebarang pertanyaan bley tanya kat ruangan komen. Hehehe...

Bilakah anda memerlukan rawatan dialisis?


Rawatan dialisis ini diperlukan apabila buah pinggang berada pada tahap akhir kerosakan, iaitu sekitar 85% hingga 90% tahap kerosakan.Ianya diperlukan agar anda dapat meneruskan hidup walaupun tanpa buah pinggang.


Apakah yang dilakukan dengan rawatan dialisis?


Sama seperti buah pinggang yang sihat, rawatan ini akan memastikan tubuh anda berada dalam keseimbangan. Dialisis akan melakukan perkara berikut:
   
  • Menghilangkan sisa terbuang,garam dan lebihan air daripada berkumpul di dalam badan anda.
  • Menjaga tahap yang selamat untuk bahan kimia tertentu di dalam darah anda seperti kalium,natrium dan bikarbonat.
  • Membantu untuk mengawal tekanan darah anda.

 Tahukah anda berapa kos dialisis? Setiap pesakit memerlukan dialisis 3 kali seminggu. Maknanya 12 kali sebulan. 
Kira2 :
Setiap dialisis kosnya purata RM 150. 
(ni belom campur kos makan minum, duit minyak dan tol ni)
Kos per bulan RM 150 x 12 = RM 1800.00.
Setahun RM21 600
Dialisis diperlukan SEUMUR HIDUP!!! Mencegah lebih baik daripada merawat. Oleh itu, amalkanlah pemakanan serta gaya hidup yg sihat.

5 comments :

  1. Saya pun turut simpati pada Pn. Liyanna....sabar menempuh keperitan hidup ini.

    ReplyDelete
  2. Saya baca semua blog Pn.Teruja tengok Pn. yang tabah dan masih tersenyum melalui semua dugaan.Terlebih suami yang setia selalu di samping.Suami saya pun dalam masa dekat ni kena buat dialisis.Semoga kita semua diberi kekuatan dan iman melalui semua dugaan hidup.Amin.

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar. puan seorang yang tabah. moga puan sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. moga juga Allah lipat gandakan pahala puan dgn perkongsian ilmu2 maklumat2 puan di sini..

    ReplyDelete
  4. semasa dialisis di jalankan sakit ka?? brapa lma 1 dialisis dilakukan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. x... masa dialisis x sakit...masa cucuk jarum je sakit sikit...setiap kali sesi 4 jam...

      Delete