Nuffnang Ads

Thursday 28 November 2013

Mimpi

Semalam mimpi lain macam.
Hmmm...jap ingat balik.
Aku ada kenal seorang perempuan.
Ntah camne boleh kenal, rasa-rasa macam dia kawan sekolah rendah.
Tapi yang pelik dalam mimpi tu, nama dia macam kawan zaman sekarang ni.

So kami pon jumpa, sebab macam baru first time nak jumpe.
Jalan-jalan kat mall, tapi yang aku pelik, walaupon aku ingat dia kawan aku, tapi aku tak kenal rupa dia.
Jadi aku macam blur la sekejap.
Sebenarnya dia ni kawan aku ke tak?
Kami borak-borak, jalan-jalan.
Sampai satu tempat, sampai ke tempat suami aku tunggu aku.
Then masa aku nak pergi jumpa suami aku, kawan aku tadi cakap yang hp dia tertinggal dekat TESCO.
Hahahah...ntah bila masa kami pergi TESCO pun aku tak tau.
SO dia cakap tunggu jap, dia nak pergi amek phone dia.
Aku pon tunggu dengan suami.

Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai.
So, decided nak pergi je rumah dia, mungkin dia dah sampai rumah.
Pelik jugak macam mana aku tau rumah dia... 
Walaupon aku langsung tak ingat sape dia. Hahaha...
Tapi ni mimpi kan? Apa-apa pon boleh jadi.

So, bila sampai rumah, jumpa mak dia.
Pastu mak dia macam kenal aku.
Dia kata kawan aku ni bagi wasiat barang-barang suh bagi kat aku.
Wasiat okeyyyhhh....!!!
Maknanya sebenarnya dia dah meninggal dunia.
Dan sebenarnya dia bukan kawan aku.
Cuma dia kesian kat aku.
Kesian sebab apa aku tak tau.

Dan paling best, wasiat dia yang dia nak bagi aku tu adalah bermacam-macam jenis organizer yang cantik-cantik.
Ada organizer Starbucks tahun-tahun sudah.
Aku dah sangat gembira dah.
Aku kan pengumpul benda-benda ni.
Macam dah terasa bukan mimpi bila dapat organizer tu.
Gilooo...aku memang super excited bila dapat organizer ni.
Muahahah...

Tengah aku bersuka ria tu, alarm hp pon bunyik.
Hahaha... Aku macam tak de lah pikir bukan-bukan mimpi tu.
Tapi yang pasti aku seronok woiiii...
Dapat organizer. Hahahaha....

Pandora Bracelet

Sekarang ni trend kan gelang pandora ni?
Aku jenguk-jenguk IG seller yang jual pandora, macam best je.
Tapi bila survey yang original, mak aiiii...mahalnya.
Rase mcm nak beli gelang dia dulu.
Next time baru cari beads dia.
Tapi.. hmmm..berbelah bagi.
Sebab mahal.
Muahaha... aku memang kedekut.

Ada aku tengok IG seller yang jual imitation punye.
Tapi aku ni jenis suka tengok dan belek sebelum beli.
Sebab serik la bila beli online ni.
Dulu ada beli handbag online.
Tapi indah kabar dari rupa.
So, macam kecewa sebab tak berkenan.
Dalam gambar cantik.
Tapi bila dapat tak berapa nak berkenan.

Tengok laaa... ku pujuk-pujuk suami.
Mintak hadiah anniversary boleh tak?
Dapat gelang silver dia pon jadi la...
Hahaha..

Wednesday 27 November 2013

Tersentuh Lagi Hati Ni - First Year Of A Baby Born 3.5 Months Premature

Tadi kat facebook, ada video pasal baby prem.
Tersentuh lagi hati ni.
Sama sangat dengan keadaan Arissa 2 tahun lepas.
Bezanya, aku langsung tak dapat mendukung Arissa.
Arissa hanya diserahkan pada aku bila saat dia dah pergi menemui Penciptanya.

Serius, masih lagi hati ni tak dapat tahan.
Sering kali menangis merindui Arissa.
Sumpah aku cemburu.
Cemburu tengok video tu.
Walaupon berselirat wayar, mereka tetap membenarkan Si Ibu mendukung bayinya.
Aku langsung tak diberi peluang.
Sekadar mengusap Arissa dari dalam incubator.

Dan memeng aku ingat lagi, bila Arissa menangis, aku usap.
Terus dia tenang dan tertidur.
Memang Arissa tahu Ibunya datang.
Bertambah sedih, aku juga tak dibenarkan tidur di wad NICU kerana kuota adalah untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka.
Jadi aku sekadar datang setiap hari dari pukul 10am hingga 7pm.
Merenung dan mengusap tubuh comel itu.

Memang begitulah keaadan Arissa, seperti di dalam video tu.
Berat Arissa sewaktu lahir hanyalah 630 gram.
Bayangkan lah, gula sebungkus pon lagi berat dari Arissa.
Tapi aku memang sangat terkilan tak dapat memeluk Arissa sewaktu dia masih lagi ada di dunia ini.
Tahukah Arissa yang Ibunya ini sangat kepingin nak mendukung dia?
Fahamkah Arissa bukan kehendak Ibu nya yang tidak dapat mendukung dan memeluk dia?

Cramp

Semalam macam biasa dialisis.
Tapi kesiannyaaa dengan saya, kelaparan tapi takut nak minta tolong orang belikan makanan.
Huhuhu...dulu ada Aunty Rosemarry, dia selalu tolong.
Jadi semalam masa dialisis tu, hasrat nak tido dengan tenang gagal !!!
Sebab perut kelaparan tahap dewa.
Ye la, pagi breakfast roti canai je sekeping.
Lepas tu tengah hari memang tak sempat nak makan.
Terus berkejar masuk HDU.

Jadi semalam kelaparan sangat kot.
Lepas habis dialisis, pegi makan.
Lepas makan terus cramp kat tangan, bahu dan tengkuk.
Wuuuuuwuuuwuuu...sakitnyaaa....
Macam sengal-sengal macam tu.
Naik ke tengkuk pulak, lagi sakit.
Terasa lambat je nak sampai rumah nak sapu minyak panas.

Sampai je rumah, suami terus sapu kan balm panas kat bahu dan tengkuk.
Cramp sebab mungkin tak makan apa-apa, pastu tarik air.
Hari ni Alhamdullillah dah Ok.
Risau jugak takut kalo melarat.



Ni gambar hari Sabtu.
Tinggal 9 minit nak habis.
Tapi 9 minit tu la rasa Ya Rabbi lambatnyaaa....!
By the way, aku suka mesin baru ni.
Sebab aku sangat terer adjust apa yang aku nak adjust.
Tak payah panggil staff lagi kalo tiba-tiba aku pening, terus aku adjust sendiri berapa ml nak tarik air.

Sunday 24 November 2013

Chemotherapy - Cyclophosphamide

Tak ramai yang tahu aku penah buat Chemo.
And yes, aku sangat memahami perasaan orang yg buat kemoterapi.
Orang cakap aku ada masalah buah pinggang je kan?
Wrong, they are wrong, aku ada SLE, iaitu auto-immune diseases.
Aku penah buat kemoterapi selama 2 tahun.

Sebulan sekali aku kena masuk wad untuk buat kemoterapi.
Dulu aku tak tau yang itu kemoterapi.
Sebab doktor explain kat aku masuk ubat Cyclophosphamide je.
Tapi kesan dia lepas masuk ubat tu, hanya Allah je tahu.

Lepas masuk ubat, dalam 2, 3 hari aku akan tido kat toilet.
Kenapa tido kat toilet? Sebab aku akan muntah je sampai tak larat bangun.
Makan apa la lagi kan? Muntah sampai dah takde apa nak dimuntahkan.
Sampai keluar semua cecair pahit.
Sampai tergeliat tali perut aku.
Sampai perit tekak.

Dengan pening, dengan tak larat nak makan.
Lepas tu selama sebulan rambut aku akan gugur teruk. Hampir botak.
Dah bila sekarang orang tengok aku happy je, buat dialisis, orang tak tahu apa yang aku lalui sebelum aku sampai ke tahap dialisis ni.

Sebab kene buat kemoterapi tu adalah sebab doktor nak usaha untuk selamatkan organ aku yang lain daripada rosak.
Sebab masa tu, SLE aku terlampau aktif dan mengganas.
Aku juga pernah menjalani rawatan tukar darah.
Tukar darah tu, doktor buang darah aku yang mengandungi antibodi yang tak baik tu, dan masukkan darah lain.
Masa buat proses tu, pernah jugak aku dapat darah yang tak ngam dan jadi alergik.
Sampai bengkak semua muka, tekak dan mata.
Hampir-hampir lemas sebab bengkak kat tekak tak boleh nafas.

Syukur staff dialisis masa tu pantas dan bersedia dengan ubat untuk alergic.
Sebelum aku sampai tahap di mana orang nampak aku hanya ada masalah buah pinggang je kan?
Macam-macam yang aku lalui sebelum aku boleh bertenang dan buat dialisis jeeee....
Orang anggap mudah sbb tengok aku biasa je, sakit buah pinggang.

Tapi apa yang aku lalui dari umur 8 tahun sampai la aku start dialisis umur 23 tahun,
hanya keluarga aku je yang tahu.
Bila aku kene warded selama 3 bulan.
Bila aku tak boleh berjalan selama sebulan, dan berkerusi roda.
Kena buat fisioterapi untuk bantu aku belajar berjalan balik.
Bila aku kene jumpa psychiatry sebab masa tu aku dah takde semangat nk hidup.
Bila aku langsung tak boleh menelan makanan sebab lidah aku penuh fungus, yang amat menyakitkan walaupon bila aku menelan air je.

Aku bersyukur sebab Ibu tak pernah berputus asa dengan aku, di saat aku sendiri dah berputus asa dengan diri sendiri.
Aku pernah berfikir untuk menolak semua rawatan yang diberikan kerana nak tunggu mati je.
Tapi Ibu tak pernah berputus asa, memujuk aku, menyuap aku makan walaupun aku tak nak.
Ibu juga la yang membersihkan lidah aku yang penuh dengan fungus sebelum menyuap aku makan.

Proses dialisis aku yang pertama, Ibu yang meneman aku di sisi.
Setiap kali dialisis, Ibu yang meneman aku.
Ibu lah yang setia menolak kerusi roda aku ke hulu hilir, jumpa psychiatry, berjumpa dietitian.
Ibu juga yang tidak putus asa menjaga aku, mengangkat aku ke toilet bila aku tak boleh berjalan selama sebulan.

Orang yang baru kenal aku sekarang hanya nampak aku yang sekarang.
Disebalik aku yang sekarang, hanya keluarga yang mengerti apa yang aku lalui.




Wednesday 20 November 2013

Aku Yang Dulu

Aku yang dulu bukan lah yang sekarang....
Hahaha.... Tiba-tiba tak bagi salam, nyanyi terus lak.

Okeh, Assalamualaikum...
Haii... Lama tak update.
Sebab life aku seperti biasa, rutin yang sama.
Hari tu sebelum pindah rumah, kemas-kemas nak kasi clear kan?
Buang la apa yang patut, then aku terjumpa ni...
Hehehe...Lesen P aku.
See my face. Veryyyyy the pinggan.
Kan? Aku tak tipu bila aku cakap dulu muka aku sebesar pinggan.
Ini kira kecik sikit. Ada lagi satu gambar masa buat pasport.
Umur aku 11 tahun, lagi besarrrrr....
Huiii...aku tengok balik sekarang, sendiri takut.

Padanlah manusia-manusia dulu pandang aku lain macam bila aku keluar rumah.
Contoh bila keluar ngn family pegi shopping, orang aku tenung kat aku macam kan aku ni alien.


Monday 11 November 2013

Please Help This Little Angel

Assalamualaikum semua,
Kawan sekolah saya memerlukan bantuan kewangan untuk anak kedua beliau.
Beliau memerlukan 40k dengan segera untuk pembedahan jantung berlubang bagi bayi beliau yang berumur 6 bulan.

Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Ibu nya.

Maybank 
155014973919 - Intan Hazreena (Ibu)

Bank Islam Berhad
05058020151889 - Azhar bin Khozin (Bapa)


Friday 1 November 2013

Appointment Semalam... Hoiii..Takut!!!

Semalam aku ada appointment Klinik Kardio.
Nak check jantung, sama ada jantung aku kuat ke tak.
Caranya ada dua, satu berlari atas treadmill selama 10 minit.
Ni bukan lari sikit, kene lari laju-laju supaya jantung berdegup kencang.
So, suami aku kata, aku tak boleh lari, tak pernah lari pon, nanti pengsan.
Wakakaka.... Option kedua adalah cara penggunaan ubat untuk buat jantung berdegup kencang.
So aku pilih yang kedua, nama dia Stress Test.

Tapi nasib tak baik, smalam la bacaan darah tinggi aku menjunam mencanak tinggi.
Test-test je 178/120.
Memang tak la kan.
Puncanya, aku tak makan ubat darah tinggi sebab aku nak dialisis petang tu.
Jadi kecewa juga tak dapat buat procedure tu.
Dari pagi aku tunggu sampai kul 12 tengah hari.
Dah la puasa woiii dari 12 tengah malam.

Berkeriuk perut, tapi tak dapat buat test.
Pastu doktor bincang ngn aku, kalo nak amek appointmet baru, takut lambat sangat.
Lagi 5 bulan baru ada tempat kosong.
So doktor suggest buat Angiogram.
Wooohooooo!!!! Takut aku.
Ye, aku memang penakut, aku takut sakit kene cucuk-cucuk tu semua.
Aku takut setiap kali kene buat procedure baru.
Wuwuwuwuwu...nangis, sebab doktor kata itu je cara nak tengok keadaan jantung aku.

Angiogram ni, cucuk jarum dari pangkal peha rasanya, terus sampai jantung.
Eh la....aku sedaya upaya tak nak Google cmne procedure dia.
Tapi mesti Google jugak, dan akhirnya buat aku takut.
Waaaa...... Memang aku takut pon sekarang ni.
Camne ni, camne nak hilangkan takut ni.