Nuffnang Ads

Tuesday 31 December 2013

Yana & Taufik : Happy 3rd Anniversary as Husband & Wife

31/12 adalah tarikh bersejarah kami berdua.
Kami sah diijabkabulkan pada Jumaat 31/12/2010.
Lepas Asar.
Macam tak percaya je, sekejap je dah tiga tahun.
Banyak yang kami lalui bersama.
Pahit dan manis.

Antara yang manis adalah, kami beroleh cahaya mata pada 21/10/2011.
Kami dapat baby girl!
Nur Arissa Adni diberi nama.

Antara yang pahit adalah, Arissa hanya dipinjamkan seketika kepada kami.
Tanggal 14/11/2011, genap umur aku yang ke 25, aku mendapat puteri syurga.
Ya, pahit untuk kami telan, anak yang ditunggu-tunggu rupanya sekejap sahaja dipinjamkan kepada kami.
Arissa selamat bertemu penciptaNya.
Kami redha dan syukur kerana diberi peluang menjadi Ibu dan Ayah kepada seorang puteri syurga yang sangat comel walaupon sekejap.
Meskipon kami berada di dunia yang berbeza, Ibu sentiasa merindui Arissa.

Semoga kami sentiasa tabah dalam segala ujian yang diberi.
Terima kasih buat suami yang sabar melayan karenah isterimu yang banyak songeh ni.
Heheheh...
Ya, suami memang sangat sabar melayan aku yang seribu satu macam penyakit ni.
Kejap-kejap kang pening, kejap-kejap kang sakit pinggang.
Macam-macam lah.
Syukur kerana dikurniakan suami yang amat memahami.
Perancangan Allah itu sangat tepat.
Walaupon aku sakit, melalui pelbagai ujian sejak dari kecil.
Now I'm happy with the one who loved me for what I am.
Dan dia menerima diriku seadaanya.







Monday 30 December 2013

Derma Darah

Semalam lepas OT kejap, pegi la Jusco Cheras.
Tujuan nak beli sandal.
Sandal aku dah buruk sangat ni.
Tahun lepas beli.

Jalan-jalan sat, ternampak kat tengah-tengah Jusco tu.
Ada tempat derma darah.
Haaa....kali ni no more excuse.
Muahaha...
Suami ku la, takut sangat nak derma darah.
Takut gemuk.
Ke, takut jarum?
Hehehe...

Anyway, lepas register semua, isi borang, boleh laaa kita menderma.
Macam-macam gak kene isi kat borang dia.
Semuanya sebab nak tau tahap kesihatan kita.
Jadi tolong jujur ye kalo isi borang.
Macam semalam, last kitorang makan masa breakfast pukul 9 pagi.
Doktor suruh makan dulu, sebab masa tu dah pukul 2 petang.
Takut pening sebab perut kosong.

Jadi kami pegi la makan mee dulu.
Pastu baru menderma.
Aku tengok jarum dia besar macam jarum dialisis je. Hehehe...
Ok la, tapi suami macam cuak sikit.
Ye la, dia tak berapa gemar jarum-jarum ni.
Tapi semalam dia ok je.
Jadi tahniah pada suami, berjaya menjadi penderma darah untuk kali pertama.


Pendaftaran dan interview.

 Tunggu nak kene cucuk.
Heheheh...
Amek tekanan darah dulu.


Wednesday 25 December 2013

Branula

Kalo siapa-siapa yang keje hospital, tau la apa branula ni.


Haaaa..ni dia, yang jarum selalu masuk kat tangan tu.
Asal masuk wad je, mesti kene pakai ni.
Ok, ni nak citer pasal masa admitted hari tu.
Seperti biasa lepas register semua, timbang, ukur ketinggian.
Tiba la time nak insert branula.

Aku memang paling benci weiii bila insert branula ni.
Bukan benci sebab apa.
Sebabnya vein aku kecik.
Pastu, aku memang pasti tak ramai yang expert nak insert branula kat aku.

So, hari tu staff nurse ni ready-ready la alatan nak insert branula ni.
Plaster, alcohol swab semua.
Pastu aku nampak dia nak keluarkan yang pink punya.
Macam yang korang tengok kat atas, yang paling kecik kaler biru.
Kalau yang pink tu dah besar dah bagi aku tu.

So, aku cakap ngn dia, "Nurse, boleh guna yang biru, sebab vein saya memang kecik".
Tapi nurse ni kan, eeeeee...siap jawab apa korang tau?
"Emm...kita guna yang pink dulu, kalo tak boleh baru kita guna biru".
Ai...aii..aiii.... aku ni bahan ujikaji ke?
Bila tak boleh baru nak tukar?

Dan macam aku jangka, 3 kali cucuk pon dia tak dapat nak insert branula kat aku.
Sekali guna kaler pink, dua kali guna kaler biru.
Aku masa tu jangan cakap la, geramnya dalam hati Allah je yang tau.
Sakit tau takk??? Main keluar masuk, keluar masuk jarum tu.
Meh aku cucuk kat ko pulak, boleh? Macam tu la aku berkata-kata dalam hati.

Lepas tu, yang kali ke 3 dapat masuk, tapi takde darah keluar.
Dalam otak aku da pikir, ni memang tak dapat ni, sebab sepanjang aku pernah insert branula ni, bila keluar darah baru la kategori berjaya.
Pastu nurse tu try flush air ok, walaupon dah nampak darah setitik pon takde.
Lagi sekali dia main try-try dengan aku.
Eeeee.....dan automatik la tangan aku menggelembung dan terus biru.
Aku pandang je la, pastu baru la nak panggil orang lain yang buat.
Dah birukan tangan aku, baru nak panggil orang lain.

Tak pikir ke aku menahan sakit?
Memang nampak kecik jarum tu, tapi dah dia dok godek-godek tangan aku pakai branula, sapa yang tak sakit weiii....
Lepas tu masuk male nurse, nasib baik, sekali try je terus dapat.
Dan male nurse dengar permintaan aku sepaya guna kaler biru.

Jadi kat sini aku nak mintak tolong sangat-sangat, kepada sesiapa yang dalam bidang perubatan tu.
Tak kira la Staff Nurse ke, Male Nurse ke, Medical Assistant ke, Housemen ke, yang berkenaan la untuk insert branula tu.
Kalo korang jumpa la patient yang macam aku kan, dengan history panjang gila, dari umur aku 8 tahun sampai 27 tahun ni.
Tolong la dengar permintaan aku, paling tidak pon, aku mintak yang kaler biru, bagi je.

Percaya la aku cakap, untuk nurse-nurse muda yang baru kerja ni, aku lagi lama sakit dari korang yang baru kerja.
Dan aku tau jarum apa yang patut aku guna.
Aku jugak tau vein mana yang senang amek darah.
Jadi tolong la consider permintaan pesakit, bukan hal besar pon.
Mintak branula kaler biru je.
Lagi satu, kalo dah 2 kali try tu, berenti la godek-godek tangan aku.
Apa kata bagi orang yang lebih expert try.

Pengalaman lain yang penah aku ada pasal branula ni.
Masa kat Hospital Seremban.
Housemen yang nak try.
Memang nak try pon, kekok sangat aku tengok.
Tiga kali cucuk, kali ke empat baru dapat.
Lepas tu banyak darah keluar sampai basah kain aku.
Nasib baik la housemen tu muka baik je, kalo tak memang aku jerit la..
Tak pon buat menangis kuat-kuat.
Hahahahah...tapi sebab aku memang baik walaupon tengah sakit.
Aku pandang je laaaaaa..... pembaziran darah yang dia buat tu.

Ok, tu je nak citer.
Babai..!!!


Monday 23 December 2013

Result Exam

Minggu lepas kecoh kan budak-budak amek result PMR.
Aku teringat zaman-zaman kegemilangan aku time UPSR dengan PMR dulu.
Hehehe..orang kan suka nak tanya-tanya result orang lain ni.
Aku sikit tak heran.
Ko nak dapat berapa A pon ko punya pasal (sebenarnya takut nak tanya orang sebab takut malu kalau aku sendiri dapat result teruk)
Hahahah.... tapi serius, aku tak peduli.
Lagi pon aku tak target pon aku nak dapat berapa semua.

Yang aku ingat, masa UPSR orang semua dah dapat tengok ni, result tu tampal kat papan kenyataan kan.
Aku masih terhangak-hangak tak nampak lagi berapa aku dapat.
Orang pendek la katakan...
Mana nak nampak laju-laju.
Puas aku cari.
Pastu member tanya, aku dapat berapa?
Aku cakap la, tak nampak laaa...
Orang berebut-rebut kat papan kenyataan tu.
Benci betol, aku pendek, di tolak-tolak je ke belakang.
Jadi kawan aku pegi la tengok kan.
Pastu dia lak menjerit.
Woiii, Liyana dapat 5A..!!!
Aku boleh tak percaya, hahaha..aku ingat diorang tipu aku.
Bila aku tak percaya, baru la member-member aku ni tolak aku ke depan.
Bagi aku tengok sendiri.

Muahaha....aku mana percaya diri sendiri boleh dapat 5A.
Tapi Alhamdullillah laa....memang 5A.
Pastu semua masing-masing sibuk pulak kat public phone kan.
Zaman tu mana ada hp segala ni.
Beratur la kat public phone memekak-mekak nak tepon parents.
Hahahha...public phone plak depan bilik guru.
Dah kene marah.
Eleehhhh cikgu ni, biarla kan orang nak excited kejap.
Itu citer UPSR.

Masa PMR pulak, ingat-ingat lupa.
Tapi yang aku ingat masa nak amek result tu, ayah aku tak hantar pon.
Sebab dia tak nak bangun tidur.
Kejut mintak tolong hantar ke sekolah je pon tak nak bangun, dia suh amek petang.
Boleh macam tu? Tak harap la kot aku dapat straight A's.
Tapi aku tak ingat la camne boleh sampai sekolah.
Aku naik bas rasenya.
Hahahah...gile kesian.
Orang lain mak bapak sibuk tunggu kat luar dewan.
Hahahah....

Pastu aku diam-diam je pegi amek slip kat guru kelas.
Ye la, xde la semangat sangat, sebab again, aku pon tak sangka.
Bukan aku je tak sangka, semua orang pon tak sangka.
Aku amek slip pon, guru kelas tak perasan aku dapat berapa.
Dia bagi je aku sign dan amek slip.
Aku tengok semua A.
Pelik jugak, tapi again....? Alhamdullillah.....

Pastu seperti biasa geng-geng yang nak tau result orang ni.
Banyak jugak yang aku ingat, tanya muka stok-stok berlagak kan.
"Yana ko dapat berapa?"
Aku tunjuk je slip.
Terus diorang kecoh, wahhh...ni lagi sorang dapat 8A.
Masa tu nak kira kot berapa yang dapat 8A dalam sekolah.
Pastu memang aku ingat ade classmate aku ni kuar kenyataan,
"Camne ko dapat 8A weiii, ko tido je pon dalam kelas dapat 8A?"
Hahaha, tak payah diorang nak terkejut, aku pon terkejut.
Muahahaha.....

Tapi itu semua memang kenangan la.
Kenangan masa amek result.
Owh lagi satu, masa amek result UPSR, ada jiran aku ni pon amek result UPSR jugak.
Pastu kecoh la kan tanya-tanya aku dapat berapa.
Jadi aku tanya la dia dapat berapa, dia muka bangga cakap dapat straight A's.
Pastu aku pon cakap la, sama la, semua A.
Ok, so kitorang sama la kan?

Pastu masa PMR, aku tengah relax-relax kat rumah, dia tepon.
Suara bangga ok, nak tau aku dapat berapa.
Pastu macam biasa...aku mesti la nak tanya dulu dia kan?
Bagi la dia peluang nak riak result dia dulu macam masa UPSR dulu.
Pastu dia jawab, "Aku dapat 7A 1B, kau?".
Aku ooooo dulu...tak sampai hati nak bagitau sebab masa dia jawab tu excited gile ok.
Muahahaha...lepas tu aku pon jawab, bagi jaga hati kan...muahahaha....
"Oooo...terer la jugak, 7A.. (nampak tak jugak di situ, aku jaga hati ok), aku dapat straight A's."
Pastu dia tanya, straight tu berapa? 8A? Hahaha..ye la diikkk nonn...
Takkan aku amek 10A pulak.
Agak-agak la...aku ni bukan la hebat sangat nak amek A banyak-banyak.
Hehehehe....

Kesimpulannya adik-adik...
Kalo result tak penuh dan tak paling gempak, jangan kecoh tanya orang.
Nanti diri sendiri kecewa bila tau result orang.
Diam je macam aku.  (tak ada tanda-tanda riak kan???)
Hahahaha.....






Sakit Tak Hilang Lagi

Dah seminggu.
Aku masih jalan mengengkang lagi.
Benci betol.
Sakit gila kaki bila bangun dari duduk.
Memang asyik menangis tahan sakit.
Sabtu hari tu sempat demam sekejap.
Menahan sakit kot.
Pinggang pon sakit sebab menahan kaki sakit.

Aiiiii laaa...
Rumah dah la tingkat 3.
Aku sebenarnya memang geram la.
Geram sebab check jantung, jantung takde apa kan.
Ok la, alhamdullillah takde ape. (kang orang kata tak bersyukur pulak)
Tapiii.... jantung normal, takde ape, ni haaa...
Kaki aku sakit gila ni.

Aku menangis kot tiap kali nak berdiri.
Korang boleh paham tak sakit dia macam mana.
Jalan pon dah tak serupa orang.
Takkan aku nak duduk rumah je kan?
Mesti la aku nak kene keje.
Pastu rumah plak tinggi.

Camne ek aku nak bagitau ni.
Eeeeee....!!!!
Aku geram tau takkkk...????


Friday 20 December 2013

Robot Ke???

Semalam aku rajin overtime.
Bukan la rajin, terpaksa....
Wakakaka....
Seperti yang sedia maklum, sekarang ni tempat keje aku tiba-tiba busy.
Wakakaka....
Mohon ada bonus tahun ni. (tadah tangan berdoa cepat-cepat, meh tolong amin ramai-ramai)
Aku kene prepared segala macam dokumen berkaitan production.
Bila project banyak ni, banyak la dokumen kan?
Dengan OT Form untuk production dah diperbaharui.

Nasib baik la aku ni baik, siap bawak printer sendirian berhad.
Mudah keje aku, sume aku print sendiri.
Saje je nak bagitau sebenarnya aku overtime.
Nak bagitau aku pekerja rajin dan berdedikasi.

Meja aku ni penuh ngan kertas sampai aku tak jumpa apa aku carik
Hahahah...
Owh ye, company tempat aku ni company engineering.
Sedang aku menyiapkan monitoring list untuk production, (eceh, ayat sedang, skema...)
baru aku perasan, baru satu cabinet sampai 90 part.
Dorang ni kannn....agak-agak laa...
Part banyak-banyak nak pegi mana???
Nak buat robot ke?
Tu baru satu cabinet, belom lagi cabinet yang lagi satu, 85 part pulak.

Kesiannyaaa encik suami saya.
Dah la nak hadap program, drawing lagi.
Punching lagi, bending lagi.
Dengan part yang melambak-lambak.

Woiiiii budak engineering..!!!
Korang nak buat robot kan sebenarnya, bukan cabinet.
Aku yang baru hadap monitoring list untuk punching ni dah asyik ter konfius sebab part banyak sangat.
Belom buat untuk welding dan powder coating lagi.
Ni kesian la kat budak-budak yang kene hadap drawing bagai.








Makan

Sejak dua menjak ni, makin seronok plak selera makan aku.
Hari tu sembang-sembang dengan Kak Ros (Kak Ros adalah staff nurse di bahagian CAPD).
Saja la aku tanya-tanya pasal CAPD.
Tanya pendapat semua.
Cerita kenapa aku kene suruh buat CAPD.

Pastu Kak Ros cakap, 
"Yana, kalo urea dalam badan kita tinggi, kita boleh rasa sendiri, contohnya, kurang selera makan, sesak nafas, badan rasa tak sedap".

Ok, bab badan rasa tak sedap tu ada la jugak kadang-kadang aku rasa. 
KADANG-KADANNNGGGG ye, bukan BANYAK-BANYAKKKKK.....
Pastu takde selera makan. 
Eh, aku ni dah melebih-lebih makan adalah.
Seronok je makan nasi, habis lak tu sepinggan penuh.
Bila dah habis makan baru pura-pura terkejut.
"Eh, banyaknyaaaa Yana makan , Abangg..."

Simptom lain, sesak nafas.
Ok, sesak nafas takde. Aku ok je.
Time tido ke, time berjalan ke, ok, takde sesak nafas.
So, aku pon tak sure la kenapa yang darah aku kotor tapi aku tak rasa simptom-simptom dia.

Semalam lepas balik dari office, terus capai mangkuk.
Tuang Koko Krunch, tuang susu, ngappp!!!
Hahahah....
Perlu ditekankan di sini, kat office sebelum tu dah makan mee hoon goreng Sarah bagi.
Siapa package cekodok lagi Sarah bagi.

Pastu balik rumah boleh lak kelaparan macam kan belom makan.
Malam sikit dalam pukul 9 malam, g beli lauk kat kedai tomyam depan rumah.
Di sini aku nak salah kan kedai tomyam ni, sebab dekat je depan rumah.
Ni semuaaaaa la niii...punca-punca malas masak dan kuat makan.
Hish....!!! kedai tomyam ni pon.
Masak dah la sedap.
Menyampah..!!!

Makan nasi banyakkkkkk.
Habis sepinggan penuh.
Hahahha...
Jadi kesimpulannya, suami kata aku ada bela buaya dalam perut.
Tak main la jin-jin ni.
Buaya terus..!!!

Ok, skang ni, aku nak tunggu apa menu hari ni.
Setiap Jumaat, company sponsor makanan sebab ada bacaan Yasin kat surau.
Jadi mari kita tunggu apa menu hari ni.
Hehehehe....


Thursday 19 December 2013

Maru - Si Bowlaaattt !!!

Siapa kenal Maru?
Kalo nak tau, Maru adalah seekor kucing di Jepun yang sangat comel.
Dan sangat di sayangi tuan dia.
Aku gerammmm sangat tengok semua video-video Maru di Youtube.
Korang boleh click sini... Maru.

Baru-baru ni aku jumpa Blog tuan dia pulak.
OMG...!!! Gambar blog tak bergerak pon aku boleh addicted sangat tengok Maru ni.
Salute kat tuan dia, yang obviously sangat sayang Maru dan willing to share her life with Maru.
Tuan dia pon pandai weiii reka dialog bagi Maru ni.
Kene je dengan jalan cerita dia dalam Blog.
Ni Blog dia. Sisinmaru

Boleh la korang check it out.
Sesiapa yang pencinta kucen tu, nescaya korang akan addicted dengan Maru.
Have fun guys...!!!

Gambar pinjam dari blog tuan Maru.

Maru dan kawan barunya, Hana.
Sweet sangat budak dua ekor ni.
Rasa nak piciiittt....!!!!


Ego Ke?

Hahaha, tadi aku terbaca status adik aku, Wawan.
Hehehe, dia dah last day semalam kat Adtec.
Alhamdullillah, tunggu result je, pas ke tidak diploma dia tuh.


"Sorang2 dah balik kampung halaman...ak nak mintak maaf dr sem 3 hingga hari ni jika ada ak buat korang sakit hati ke bergurau yg agak kasar ke termarah ke dah ape2 lg la..ak hanya manusia biasa yg tak lepas dr membuat kesilapan..ak nak mintak korang halal kan ilmu2 korang yg mengajar ak berkali2 waktu nak exam..jika ak ada hutang ngan korang tlg la bg tahu ak tak ingat...ak harap kan kita tak la terputus hubungan antara satu sama lain..semoga persahabatan kita mcm en haidir ckp td..ak nak ckp semua ni depan2 memang tak la sbb ak malu..ak nak mintak maaf sekali lg.kepada kwn2 yg tak tertag tu mimtak maaf la ye.."

Status Wawan tu buat aku berpikir, aku tak pernah buat status macam tu.
Meaning mintak maaf la semua.
Hahaha, terukkan aku?
Aku rasa aku teruk la jugak.
Sebab pada aku, aku tak kaco orang.
Jadi buat apa aku nak mintak maaf.
Orang yang selalu mengumpat aku dulu.
Ye la, sebab dulu kan muka aku besar pinggan, jadi aku tau memang ramai yang mengata aku sambil pandang dengan pandangan pelik.

Sejak aku kecil aku dah bulid in defence mechanism around me.
Aku kurang mesra dan kurang bergaul.
Sebab aku rasa semua orang ni ejek aku.
Tu yang aku rasa tak perlu pon nak mintak maaf.
Tapi life is too short.
Aku penat jugak hidup mendefence diri ni.
Sejak kawin, hati ada lembut sikit.

Cakap pon lembut.
Takda la suka nak argue dan cari gaduh.
Kalo rasa orang tu nak cari gaduh, aku akan disappear dari mata dia.
Meaning tak payah jumpa la.
Tenang sikit jiwa.

By the way, aku kagum la dengan status adik aku tu, walaupon dalam FB je, dia sanggup untuk meminta maaf.
Aku? Hmmm...susah sikit.
Time raya memang ada mintak maaf, tapi itu pon, perasaan malu dan berbolak-balik tu sentiasa ada.

Ibu kata, Ayah penah komplain perangai aku kat Ibu.
Ayah kata Yana tu degil, ada je nak dijawabnya.
Taknak dengar cakap, dia je nak menang.
Pastu Ibu cakap balik kat Ayah,
"Yana tu ikut perangai U (Ayah), ego tinggi, tak nak mengaku kalah".

Haaa....betol la kot.
Tapi aku tengok, Wawan pon sama jugak.
Jarang mengaku kalah.
Haaa....sama lah tu, lebih kurang.
Bukan aku sorang je.
Wakakakaka.....






Nightmare For Me



Ahad lepas..aku register untuk meng 'warded' kan diri aku ke Wad 6E.
Wad Kardiologi.
Tujuannya adalah sebab nak buat angiogram untuk pastikan jantung aku sihat ke tak.
Kalo ada yg ingat, sejak dua menjak ni aku memang takut nak buat angiogram tu.
Walaupon ramaiii yang cakap tak sakit, tapi ntah laaa...aku rasa takut.
Prosedur angiogram dijadualkan pada Isnin 16/12/2013.
Aku tunggu dengan sabar, cuba relaxkan minda, tenangkan diri.
Even aunty sebelah katil aku pon balik dari prosedur tu dengan gembira.
Meaning gembira, memang gembira laaa...ketawa dan lega.
Dia cakap tak sakit langsung.
Sakit macam kene gigit semut masa bius je.
Lepas tu tak sakit.

So aku ditolak ke tempat untuk buat angiogram, tingkat 4.
Dalam kul 12 macam tu aku dah dihantar ke tingkat 4.
Menunggu dalam lebih kurang 2 jam sebab ramai pesakit yang nak buat angiogram jugak.
Dalam kul 2 giliran aku tiba.

Gambar ihsan dari Google.

Macam ni lah persediaan dalam bilik nak buat angiogram tu.
Ade mesin besar, banyak skrin, nak tengok jantung.

Gambar rajah dari mana wire tu dicucuk.
Time cucuk memag tak rasa ye, ada bius.
Tapi aku yang sakit tu bila bengkak tiba-tiba dan berlaku pendarahan.

Aku tarik nafas dan selawat.
Time doktor tu cucuk bius, memang sakit sikit, macam aunty tu kata.
By the time doktor masukkan wire tu, something went wrong.
Doktor kata tiba-tiba ada hematoma.
Meaning hematoma tu macam ada bengkak tiba-tiba.
Yang buat kan susah nak masukkan wire tu.
Dan suddenly darah tak berhenti keluar.
Doktor yang jalankan prosedur tu nampak panik jugak.
Doktor tekan tempat yang bleeding tapi tak berkesan.
Darah keluar banyaakkkk sampai aku ingat aku terkencing dan basah semua bahagian belakang badan aku.
Staff yang ada panggil doktor lain untuk bantu sebab aku bleeding non stop.
Dan doktor teruskan jugak masuk wire tu dan jalankan prosedur tu.

Bila selesai... giliran nurse pulak nak cabut balik wire tu.
Tapi bleeding aku tak stop jugak.
Diorang terpaksa tekan tempat yang berlubang tu dengan kuat.
Tapi masih tak stop bleeeding.
Seramai 3 orang staff mengambil giliran untuk tekan di bahagian yang bleeding tu.
Guess what, perlu tekan kuat untuk stop kan bleeding and I was in pain like hell..!!!
Penat aku merayu dan menangis jangan tekan kuat sebab kaki aku semua sakit sebab hematoma tu.
Tapi mereka terpaksa tekan sebab nak hentikan bleeding tu.
Hampir sejam setangah aku menahan sakit.
Oksigen drop sehingga 70%.
Aku tak larat nak tahan sakit, hampir pengsan.
Akhirnya bleeding stop.
Nurse tampal plaster, bersihkan semua darah yang berlumuran kat aku.
Aku dihantar balik ke wad.

Di wad suami menunggu dengan sabar.
Aku cerita kan apa yg berlaku.
Lepas angiogram, kaki kanan tak boleh digerakkan selama 6 jam.
Aku tidur dan tiba-tiba rasa sakit yang amat sangat di bahagian kaki.
Sampai tak tertahan aku menjerit dan meminta suami panggil kan nurse atau sesiapa sahaja.
Bila suami selak selimut aku, suami nampak darah penuh di cadar katil.
Maknanya luka aku bleeding lagi.
Tempat untuk masukkan wire angiogram itu adalah urat besar yang akan mengakibatkan pendarahan dengan cepat.

Lagi sekali aku terpaksa menahan sakit sebab doktor dan nurse perlu menekan di bahagian luka itu.
Sakitnya hanya Allah yang tahu.
Aku sampai hilang tenaga nak menangis dan menahan sakit.
Doktor mencadangkan supaya diletakkan ais bagi kebas sikit.
Alhamdullillah...kali ni cepat sikit berhenti bleeding.
Lepas semua tu...aku tertidur kepenatan.
Penat menahan sakit dari siang.
Aku di arahkan jangan bergerak hingga pagi berbanding pesakit lain...cuma 6 jam jangan bergerak.
Hb aku daripada 11 drop sehingga 7.
Yes...boleh dikatakan I'm almost bleeding to death. Takde la to death, tp hampir laaa....
Dengan package sesak nafas semua, macam nak pitam pon ada.
Nak pitam tahan sakit kot.

Terima kasih pada semua staff di unit kardiologi yang berusaha membantu aku.
Aku bersyukur, kalo mereka tidak menjalankan tugas mereka dengan cekap, mungkin aku sudah tiada lagi.
Keesokkan harinya, aku sudah boleh bangun.
Aku perlu ke dialisis pula di tingkat 2.

Di dialisis aku perlu 'heparin free' iaitu tiada ubat cair darah.
Kerana khuatir akan menyebabkan aku bleeding semula.
Disebabkan tiada ubat cair darah, aku perlu dimasukkan air setiap jam bagi mengelakkan darah aku beku di dalam tiub.
Dan aku perlu menambah jumlah tarik air kerana air yang dimasukkan setiap jam itu.
Mungkin silap kiraan aku, terlebih tarik air.
Aku pitam, dah tak dengar apa yang berlaku di sekeliling. Mata aku kabur.
Blood presurre aku drop.
Nasib baik suami dan staff nurse ada di sisi.
Cepat-cepat nurse masukkan air dan kurangkan tarik air.
Aku hampir tidak sedarkan diri dan tak boleh bernafas.

Friday 13 December 2013

Rutin Biasa

Semalam dialisis.
Alhamdullillah... sampai-sampai je mesin dah ada.
Abg PG tunggu terus pasang.
Kesian dia, waktu rehat tapi belom makan lagi.
Takpelah Abg PG kan, amal jariah kat saya, pasangkan mesin awal.
Kihkihkih.....k kalo tak mesti kene tunggu sampai pukul 2.

Sebelum siap-siapkan barang nak pasang kat mesin.
Perkara penting kene tengok dulu.
Apa lagi, diet (makanan) laaa.....
Hahaha, semalam caterer bagi mee kuning.
Macam biasa, dengan ayam seketul.

Jadi aku awal-awal stand by 2 set.
Itu gaya-gaya orang tamak dan kelaparan ye.
Tapi orang tamak ni tak rugi, dia untung sebab dapat 2 pinggan dan dia makan sekali 2 pinggan dan kekenyangan.
Heheheh....

Macam biasa, dapat buah sekali, semalam dapat lai kuning.


Macam best kan? Hahaha....
Best laaa.....tawarrr...!!!
Aku makan bubuh black pepper.
So, ada berasa la sikit.


Smalam pakai mesin ni.
Aku tak minat sikit pakai mesin ni.
Sebab aku tak reti nak adjust sendiri.
Kalo mesin baru tu senang.
Aku boleh pandai-pandai adjust tempreture, adjust nak tarik berapa.
Kalo agak-agak nak cramp, pandai-pandai la adjust sendiri.
Tapi mesin ni complicated.
Kenapa ntah diorang design mesin complicated.


Semalam jugak lepas makan, aku tidur.
Tapi aku tidur stok yang tak boleh bangun punya.
Macam ko dengar apa yang berlaku kat sekeliling, tapi mata tak boleh bukak.
Kalo orang cakap macam kene tindih.
Tapi aku tak rasa aku kene tindih, maybe aku penat sangat.
Ye la, malam sebelum tu keje sampai kul 9 malam.
Pukul berapa ntah sampai rumah.

So, macam tak cukup rehat.
Pagi bangun, kul 8 dah masuk keje.
SO, masa dialisis peluang aku tidur.
Tapi semalam la first time aku try nak bangun tapi susaahhhh sangaaattt...
Pastu bila mesin dah habis pon aku tak sedar, yang aku sedar bila Abg Amir panggil nama aku nak off mesin. 
Baru aku boleh bukak mata.

Ok, itu je lah cite semalam.
Hehehe...boring kan?
Itu lah life aku bila pegi dialisis.

Wednesday 11 December 2013

Lenka - Everything At Once



As sly as a fox, as strong as an ox
As fast as a hare, as brave as a bear
As free as a bird, as neat as a word
As quiet as a mouse, as big as a house
All I wanna be, all I wanna be, oh
All I wanna be is everything
As mean as a wolf, as sharp as a tooth
As deep as a bite, as dark as the night
As sweet as a song, as right as a wrong
As long as a road, as ugly as a toad
As pretty as a picture hanging from a fixture
Strong like a family, strong as I wanna be
Bright as day, as light as play
As hard as nails, as grand as a whale
All I wanna be, oh, all I wanna be, oh
All I wanna be is everything, everything at once
Everything at once, oh, everything at once
As warm as the sun, as silly as fun
As cool as a tree, as scary as the sea
As hot as fire, cold as ice
Sweet as sugar and everything nice
As old as time, as straight as a line
As royal as a queen, as buzzed as a bee
As stealth as a tiger, smooth as a glider
Pure as a melody, pure as I wanna be
All I wanna be, oh, all I wanna be, oh
All I wanna be is everything, everything at once

Tuesday 10 December 2013

Pikir Lagi, Stress Jadinya.

Semalam tak boleh tidur.
Bukan tak boleh tidur, kurang nyenyak.
Otak banyak pikir.
Pikir apa lagi.
Pasal rawatan APD tu la.
Haish...mesti orang cakap aku ni tak habis-habis kan?
Da sakit tu buat la cara sakit.
Buat je la APD tu.

Pertama sekali, sebelum ada sapa-sapa yang nak mengata aku sebegitu.
I'm warninnnggg youuuu....
Pi Google dulu apa itu CAPD dan APD.
Tengok risiko dia, cara penjagaan dia, cara rawatan dia.
Dan bayangkan kesulitan dia kalo nak balik Sabah.
Ye, balik Sabah! 
Kenapa? Sebab laki I orang Sabah laaaa....

Dah habis Google, baru boleh paham kenapa aku geram tak sudah.
This is my life.
Bukan senang nak change your life to go through all this.
Masa doktor suruh aku buat dialisis pon, berbulan-bulan jugak aku hesiatate.
Skang ni bila aku dah terima cara hidup dialisis dan cuci darah, nak kene tukar pulak???

Weiii....tiub tu tergantung kat perut okayyy...
Kalo silap tido cmne?
Aku dah la ada history mengigau cabuat IJC.
Takut aku tiba-tiba aku mengigau ke.
Sekali bangun tengok berlumuran darah atas katil sebab tiub tercabut.
Wahahahahaha...okayyy...saiko..!!!
Tapi betol apa, aku takut aku mengigau.
Don't underestimate kemampuan mengigau aku.
Dulu masa IJC dulu, nasib baik Ibu aku dok sebelah, belom tidur.
Nampak la tangan aku godek-godek sedaya-upaya nak cabut jahitan IJC tu.
Terus Ibu aku sergah.

Hahahah...bila terkejut, siap cakap ngn Ibu, doktro bagi bukak IJC ni, tapi kene bukak sendiri.
Hahahaha, kau boleh? Bukak IJC sendiri.
Lagi satu, aku pernah jugak macam blank, lepas tu cabut branula dari tangan.
Biar je darah tu memancut ata lantai sampai jadi pool of blood.
Aku pon blank je pandang darah tu.
Padan muka kene masuk 2 pain darah balik.

Heeeehuuuu..... Tangkoff ni lagi laaa weiii...
Takde jahit, melekat je kat perut.
Separuh dalam perut, separuh luar perut.


Nampak tak contoh gambar ni.
Ni bukan gambar aku, ni gambar dari Google.
Ngeri kan kalo tertarik?
Eeee...eee...eeeee....
Aku rasa ngilu plak tengok.
Pastu, bayangkan tempat tu kene tutup, tak boleh kene air.
Kalo nak mandi, kasi tampal plastik ye.

And yes, no more mandi laut, no more mandi air terjun.
No more swimming.
Nak mandi pakai shower pon sikit punya leceh nak tutup-tutup dengan plastik.
Ai...ai...ai...ai....
Camne ni?

Tapi semalam dah bincang dengan suami.
Worst come to worst, aku akan terima untuk buat APD.
Ya Allah, permudahkan lah semua urusan ku.
Huuuu...terima kasih pada sesiapa yang sudi baca luahan aku ni.

Ye la, aku tak tau sapa yang baca.
Aku tulis takde respon.
Sedih pon ada jugak.
Macam aku cakap sorang-sorang.
Tapi kat blog ni la untuk aku meluahkan perasaan.
Untuk aku bercerita kisah hidup aku.
Aku Adalah Pesakit SLE.


Lepas Kahwin, Memang Berubah Kan? - Part 2

Sambung lagi, sebab hari tu aku rasa macam tak habis tulis.
Sapa nak baca Part 1, click Part 1.
Hahahah...
Sebenarnya bukan aku je berubah.
Aku perasan kawan aku pon ada yang berubah.
Tak lagi skype aku. Dulu hari-hari skype mengarut-ngarut.
Tapi takpe, perubahan ke arah kebaikan.
Kurang mengarut.

Lagi satu perubahan diri aku, aku jadi manjaaaa.....hahaah...
Manja ngn laki I laaa.... ngan orang lain takde.!
Before this, aku garang, sopan santun tu takde.
Kalo nak cakap tu main hambur je.
Lagi satu, aku anak sulung kan?
Memang aku garang, okayyy....
Tapi now takde. Lebih cool down.
Kadang-kadang je meletup.
Hehehe...

Tapi suami I banyak la ajar I erti kesabaran.
Chewahhh..... Ayaaaatttt....Poyooo!!!
Sekejap I, sekejap aku.
Apalagi? Nanti sat pikir.
Dulu bercakap tanpa pikir panjang.
Main hambur je.
Sekarang aku lebih diam. Malas nak cakap.
Kalo ada hal perlu cakap je baru aku cakap.

Aku jugak lebih bertolak ansur, dari segi harta benda.
Muahahaha....
Aku sayang barang aku.
Sebab dari kecik, Ibu dan Ayah ajar, kalo nak apa-apa usaha sendiri.
Jadi apa yang aku usaha, memang aku sayang.
Jadi lepas kahwin ni, kene share-share.
Even perfume aku pon suami aku nak shareeee jugakkkkk....
Huhuhuhu....
Takpe la...sebab die yang belikan, kan?
So die nak pakai, pakai la...

Lagi satu, lepas kahwin, aku lebih banyak pikirkan suami.
Kalo dulu, aku lebih pentingkan hati dan perasaan aku.
Macam ada wall di sekeliling aku.
Don't you dare mess up with me.
Siap aku gaduh balik!
Skang takdenya.... suami aku suruh aku bertenang.
Hahahah...katanya aku darah panas.
Sikit-sikit marah, sikit-sikit naik angin.
Tapi skang tidak lagi.
Ko nak buat apa, buat la. Janji jangan kaco keluarga aku.

Shopping!
Hahah, lepas kahwin, nafsu shopping tu dah takde ye.
Serius. Sandal aku ni pon dah setahun tak berganti.
Baju lagi la.
T-shirt dari zaman sebelum kahwin.
Rasa malasssssnyaaaa nak beli baju baru.
Maybe sebab baju aku dah banyak sangat???
Muahahaha....

Cuma lepas kahwin ni, aku belom berpeluang menadapat pengalaman menjadi seorang Ibu yang membesarkan anak.
Aku takde pengalaman tu, belom lagi.
InsyaAllah akan datang.
Aku ingin merasa perubahan menjadi seorang Ibu, dengan anak-anak.
Ya Allah, bila mungkin keinginan aku ni akan tercapai?
Berpikir-pikir jugak nak amek anak angkat ni.
Tapi........hmmm..question mark di situ....

Big Bad Wolf

Sapa dah pegiiiii....????
Angkat tangan!!!
Aku baru dapat pegi tahun ni.
First time pegi hari jumaat lepas.
Fuhhh....nasib baik tak hilang pedoman bila nmpk buku banyak-banyak.
Nasib baik aku boleh bertenang.

Bukan setakat banyakkkkkk bukuuu.....
Tapi murahhhhhhh.....
Tengok betapa panjangnya aku punya murahhhh tuu.
Novel-novel melayu yang RM 20 - RM 30 kat bookstore semua jual RM 5 - RM 8.

Aku beli sampai 6 bijik pon baru RM 30.
Alah-alah...knp buat tengah bulan woiiii....
Bajet dah habis utk bulan ni.
Jd mampoo beli yg dalam bajet je la.
Which is below RM 50.

Pastu suami ada jugak amek buku-buku yang dia berkenan.
Sibuk cari novel hantu.
Dapat jugak 2 bijik, RM 5 each.
Round-round kat tempat kanak-kanak, jumpa la sikit-sikit buku Khayra.
Heheheh...

Rindu budak tu, lama tak jumpa dia.
Dah makin pandai.
Seronok tengok video-video yang mama die post.
Pandai cakap dah.
Minat membaca.
Tu yang rasa best kalo nak belikan dia buku.

Ok, buku kanak-kanak semurah RM 3.
Mana nak dapat?
Untuk orang yang gila buku macam aku.
Kene kuat mental weiii nak g Big Bad Wolf.
Hahahah..kalo tak kuat, ada yang semua aku amek.

Satu lagi perasaan best masuk Big Bad Wolf.
Bau buku-buku tu semua.
Hahhaha...some sort of therapy. Terapi bau buku.
Aku suka gilaaaaa bau buku.
Bau kedai-kedai buku.
Geram pon ada jugak ni.
Geram sebab dia buat tengah bulan.
Huhuhuhu....I wanna go there againnnn.....

Monday 9 December 2013

Harapan

Lupa nak story.
Masa bersoal jawap dengan doktor hari tu.
Macam-macam yang kami tanya.
Kalo APD, bagaimana nak travel naik plane.
Ye lah kan, suami orang Sabah.
Setahun sekali kurang-kurang mesti balik kampung si sebelah suami bagi mengeratkan hubungan keluarga.
Suami banyak bertanya, kalo APD, bagaimana air tu dibuang dan dimasukkan.
Doktor kata semua mesin yang buat.

Aku lebih diam, sebab aku dah tau dah konsep APD ni, macam CAPD jugak.
Leceh menjaganya. Tapi cara doktor cakap macamkan senannnggg je.
Ye lah...orang tak rasa, cakap memang senang.
Aku dah penah masuk tangkoff tu.
Aku tau lecehnya macam mana.

Lagi suami tanya, malam-malam nak pegi toilet macam mana?
Doktor tanya, masih ada kencing ke?
Aku jawab la, masih ada, walaupon tak banyak, tapi kerap kali.
See....doktor ni banyak tak tau pasal aku, tapi senang je nak suruh buat ADP.
Kalo doktor besar (doktor paling pakar, ketua jabatan) yang merawat aku dulu, semua dia tanya, semua dia consider.
Amek darah pon berkali-kali untuk pastikan.
Doktor suggest kalo nak g toilet, beli kerusi yang ada baldi untuk kencing tu.
Amboiii...lepas aku kencing?
Sapa nak bersihkan?
Tak tergamak rasa nak mintak tolong suami, walaupon aku tahu suami takkan keberatan membantu.

Lagi soalan aku tanya.
Bagaimana kalo aku nak mengandung.
Yang aku tahu, bila aku tnya staff dialisis, mereka menerangkan, kalo patient CAPD, bila mengandung perlu buat dialisis hari-hari jugak.
Tapi lain yang doktor ni bagitau aku.
Dia kata, kalo nak aku mengandung, aku perlu dapat buah pinggang baru.
Baru boleh mengandung.
Di situ doktor ni dah hancurkan harapan aku.

Bukan nak cakap apa, sepanjang 20 tahun berjumpa berbagai doktor.
Ada doktor yang sangat memberi semangat, buat kita kuat untuk lawan penyakit ni.
Masa doktor besar merawat aku, doktor besar sangat bagus.
Memberitahu aku boleh mengandung macam orang biasa, dengan syarat aku dialisis setiap hari.
Aku boleh terima penjelasan doktor besar.

Tapi doktor ni pulak, kene tunggu aku dapat buah pinggang baru.
Jadi memang aku takkan berpeluangkah untuk mengandung lagi?

Lagi buat aku dilema.
Perlukah aku mengambil anak angkat pula?
Kepada pembaca-pembaca yang mungkin baca blog ni.
Bolehkah beri aku sikit pendapat?



Sakit Kepala. Stress?

Dua tiga hari ni sakit kepala.
Tak tau la stress ke darah tinggi.
Aku dah agak dah.
Bila jadi macamni mula la aku pikir siang malam sampai memudaratkan diri.
Sebelum ni aku relax je, ni lepas jumpa doktor minggu lepas.
Menjadi-jadi stress aku.
Siang malam pikie keje CAPD.
Haiii laaa..... Apa nak buat ni.

Masih berkecamuk.
Tensiioooonnnnnnyaaaaa.......!!!!!!
Makan ubat darah tinggi pon macam tak jalan.
Sakit jugak kepala tiap pagi.
Ke ada sakit lain yang aku tak tau ni.

Tapi orang macam aku ni ketegaq campur penakut.
Bila too much information, mula lah aku takut nak check sana sini.
Hari tu check jantung pon tak pasal kene buat angiogram.
Tengah berdebar-debar nak tunggu angiogram.
Pening kepala pulak memikirkan CAPD.

Terus terang, aku penat sebenarnya.
Penat nak jalani semua medical prosedur ni.
Serabut kepala, sakit badan, semua lah!
Dari kecik dah merasa.
Macam-macam.
Biopsy buah pinggang 3 kali.
Masuk tangkoff, bukak balik tangkoff.
Masuk IJC, hurmm..tak terkira.
Buat fistula, Ya rabbi sakitttnyaaa...!

Satu je aku bersyukur dapat merasa.
Melahirkan Arissa.
Ya, aku bahagia sangat di saat melahirkan Arissa.
Hilang semua sakit, terus lupa semua sakit bila Arissa keluar.
Betol orang cakap, di saat bayi kita keluar sahaja, terus pergi semua kesakitan tu.

Lenyap. 


Lupa. 


Bahagia.




Ya Allah, bila agaknya semua ni akan berakhir?
Mungkin bila aku sudah menemuiMu baru lah semua ni akan berakhir.

Thursday 5 December 2013

Dalam Dilema

Semalam ada klinik.
Yang check up setiap 3 bulan untuk check darah berkaitan dialisis.
Tapi macam biasa la kan, doktor suruh aku buat CAPD.
Kali ni diorang bawak doktor pakar pulak.
Dang..!!! Doktor pakar ni la yang check aku 2 tahun lepas.
Bila aku bgtau dia leher aku ada bengkak sikit, die check just pegang leher, pegang fistula.
Takde pon tindakan susulan untuk scan ke, apa ke.
Just cakap " Fistula ok kan, boleh guna lagi guna la dulu".
Aku memang ingat dia cakap macam tu.
Jumpa dia just check macam jumpa doktor kat klinik biasa.
Walaupon dia pakar, dia ambik mudah je.

Dua tahun lepas aku dah bagitau dia.
Now..??? Sumbat tu dah teruk, tak boleh buat apa, terus dia bebel-bebel aku suruh buat cuci darah air (CAPD atau APD).
Jadi macam mana ni?
Senangnya dia cakap, ini life aku.
Pastu cakap, kalo aku tak setuju dia akan refer hospital lain.
Dulu masa belom teruk, buat tak tau.
Sekarang senang-senang nak ubah life orang.

Dia tak rasa apa aku rasa.
Dia cakap memang senang.
Sebab tak rasa apa yang aku rasa selama ni.
Sekarang ni macam mana?
Orang yang tak pernah rasa, memang takkan tau susahnya untuk cuci air.
Walaupon dia cakap buat malam je, tiap-tiap hari.
Tapi penjagaannya tu lagi susah berbanding dialisis.
kalo kene infection lagi teruk, lagi sakit.

Ada orang yang aku kenal, lagi jaga elok-elok masa buat CAPD.
Once kene infection terus meninggal dunia.
Ada lagi akak satu tempat dialisis aku, buat CAPD.
Jaga elok-elok, memang tak kerja, duduk rumah.
Kena infection dia cakap sakitnyaaa Ya Rabbi.
Lepas tu sekarang ni dia buat dialisis.

Cukuplah semua yang aku lalui selama ni.
Tak boleh ke aku hidup dengan keadaan yang aku selesa sekarang?
Walaupon bacaan darah tu kotor, tapi badan aku rasa sihat.
Aku selesa sekarang.
Lagipon, masa diorang amek darah tu, selepas 2 hari aku belom dialisis.
Jadi memanglah kotor, belom dialisis!
Biarlah sementara aku hidup ni aku tak menyusahkan suami aku.
Aku tak nak dah hidup menyusahkan dia.

Tuesday 3 December 2013

Wedding Saarah & Fauzan

Last week, Saturday, aku tak g dialisis.
Hehehe...dah pegi dah hari Jumaat.
Sebab haruslah kita pegi ke wedding Saarah & Fauzan.
Dua-dua ni officemate kami.
Hehehe...tempat kami kerja ni, banyak menemukan jodoh.
Dah ramai pasangan yang berjumpa di kilang kami bekerja ni.
Akulah salah satunya.... Hahaha...

Saarah juga housemate aku masa aku bujang.
Bukan setakat housemate.
Roomate sekali, bersempit-sempit di bilik kecil
Sekarang dua-dua da jadi isteri orang.
Alhamdullillah...

Majlis kenduri di rumah Saarah, Rembia Melaka.
Seperti biasa aku memang tak pandai nak amek gambar ni.
Sebab makanan semuanya best, aku memang tak sempat amek gambar makanan.
Terus makan, semua lauk amek.

Antara lauk yang best adalah :

1) Kari Daging Tetel
2) Rendang Daging
3) Ayam Goreng
4) Rebung Masak Lemak
5) Sambal Tumis Sotong Kembang
6) Keli Berlada
7) Dalca Timun
8) Nasi Minyak
9) Nasi Putih
10) Laksa Penang
11) Rojak Buah
12) Pulut Kuning + Kuah Kari
13) Buah-buahan

Macam-macam la..
Tapi sayang aku tak dapat makan laksa sebab perut dah kenyang sangat.
Abg Lan cakap laksa dia marvelessss...!!!

Ok, meh kita tengok gambar yang ada.
Tak banyak pon. Huhuhu, kita amek gambar star of the day je.
Pengantinnyaa...



Aku pon tak paham kenapa aku senyum macam tu.
Muahahaha... Dah macam muka Jijen dah aku tengok.





Azrin dan kekasih hati.
Lepas ni diorang pulak. Hehehe.....






Thursday 28 November 2013

Mimpi

Semalam mimpi lain macam.
Hmmm...jap ingat balik.
Aku ada kenal seorang perempuan.
Ntah camne boleh kenal, rasa-rasa macam dia kawan sekolah rendah.
Tapi yang pelik dalam mimpi tu, nama dia macam kawan zaman sekarang ni.

So kami pon jumpa, sebab macam baru first time nak jumpe.
Jalan-jalan kat mall, tapi yang aku pelik, walaupon aku ingat dia kawan aku, tapi aku tak kenal rupa dia.
Jadi aku macam blur la sekejap.
Sebenarnya dia ni kawan aku ke tak?
Kami borak-borak, jalan-jalan.
Sampai satu tempat, sampai ke tempat suami aku tunggu aku.
Then masa aku nak pergi jumpa suami aku, kawan aku tadi cakap yang hp dia tertinggal dekat TESCO.
Hahahah...ntah bila masa kami pergi TESCO pun aku tak tau.
SO dia cakap tunggu jap, dia nak pergi amek phone dia.
Aku pon tunggu dengan suami.

Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai.
So, decided nak pergi je rumah dia, mungkin dia dah sampai rumah.
Pelik jugak macam mana aku tau rumah dia... 
Walaupon aku langsung tak ingat sape dia. Hahaha...
Tapi ni mimpi kan? Apa-apa pon boleh jadi.

So, bila sampai rumah, jumpa mak dia.
Pastu mak dia macam kenal aku.
Dia kata kawan aku ni bagi wasiat barang-barang suh bagi kat aku.
Wasiat okeyyyhhh....!!!
Maknanya sebenarnya dia dah meninggal dunia.
Dan sebenarnya dia bukan kawan aku.
Cuma dia kesian kat aku.
Kesian sebab apa aku tak tau.

Dan paling best, wasiat dia yang dia nak bagi aku tu adalah bermacam-macam jenis organizer yang cantik-cantik.
Ada organizer Starbucks tahun-tahun sudah.
Aku dah sangat gembira dah.
Aku kan pengumpul benda-benda ni.
Macam dah terasa bukan mimpi bila dapat organizer tu.
Gilooo...aku memang super excited bila dapat organizer ni.
Muahahah...

Tengah aku bersuka ria tu, alarm hp pon bunyik.
Hahaha... Aku macam tak de lah pikir bukan-bukan mimpi tu.
Tapi yang pasti aku seronok woiiii...
Dapat organizer. Hahahaha....

Pandora Bracelet

Sekarang ni trend kan gelang pandora ni?
Aku jenguk-jenguk IG seller yang jual pandora, macam best je.
Tapi bila survey yang original, mak aiiii...mahalnya.
Rase mcm nak beli gelang dia dulu.
Next time baru cari beads dia.
Tapi.. hmmm..berbelah bagi.
Sebab mahal.
Muahaha... aku memang kedekut.

Ada aku tengok IG seller yang jual imitation punye.
Tapi aku ni jenis suka tengok dan belek sebelum beli.
Sebab serik la bila beli online ni.
Dulu ada beli handbag online.
Tapi indah kabar dari rupa.
So, macam kecewa sebab tak berkenan.
Dalam gambar cantik.
Tapi bila dapat tak berapa nak berkenan.

Tengok laaa... ku pujuk-pujuk suami.
Mintak hadiah anniversary boleh tak?
Dapat gelang silver dia pon jadi la...
Hahaha..

Wednesday 27 November 2013

Tersentuh Lagi Hati Ni - First Year Of A Baby Born 3.5 Months Premature

Tadi kat facebook, ada video pasal baby prem.
Tersentuh lagi hati ni.
Sama sangat dengan keadaan Arissa 2 tahun lepas.
Bezanya, aku langsung tak dapat mendukung Arissa.
Arissa hanya diserahkan pada aku bila saat dia dah pergi menemui Penciptanya.

Serius, masih lagi hati ni tak dapat tahan.
Sering kali menangis merindui Arissa.
Sumpah aku cemburu.
Cemburu tengok video tu.
Walaupon berselirat wayar, mereka tetap membenarkan Si Ibu mendukung bayinya.
Aku langsung tak diberi peluang.
Sekadar mengusap Arissa dari dalam incubator.

Dan memeng aku ingat lagi, bila Arissa menangis, aku usap.
Terus dia tenang dan tertidur.
Memang Arissa tahu Ibunya datang.
Bertambah sedih, aku juga tak dibenarkan tidur di wad NICU kerana kuota adalah untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka.
Jadi aku sekadar datang setiap hari dari pukul 10am hingga 7pm.
Merenung dan mengusap tubuh comel itu.

Memang begitulah keaadan Arissa, seperti di dalam video tu.
Berat Arissa sewaktu lahir hanyalah 630 gram.
Bayangkan lah, gula sebungkus pon lagi berat dari Arissa.
Tapi aku memang sangat terkilan tak dapat memeluk Arissa sewaktu dia masih lagi ada di dunia ini.
Tahukah Arissa yang Ibunya ini sangat kepingin nak mendukung dia?
Fahamkah Arissa bukan kehendak Ibu nya yang tidak dapat mendukung dan memeluk dia?

Cramp

Semalam macam biasa dialisis.
Tapi kesiannyaaa dengan saya, kelaparan tapi takut nak minta tolong orang belikan makanan.
Huhuhu...dulu ada Aunty Rosemarry, dia selalu tolong.
Jadi semalam masa dialisis tu, hasrat nak tido dengan tenang gagal !!!
Sebab perut kelaparan tahap dewa.
Ye la, pagi breakfast roti canai je sekeping.
Lepas tu tengah hari memang tak sempat nak makan.
Terus berkejar masuk HDU.

Jadi semalam kelaparan sangat kot.
Lepas habis dialisis, pegi makan.
Lepas makan terus cramp kat tangan, bahu dan tengkuk.
Wuuuuuwuuuwuuu...sakitnyaaa....
Macam sengal-sengal macam tu.
Naik ke tengkuk pulak, lagi sakit.
Terasa lambat je nak sampai rumah nak sapu minyak panas.

Sampai je rumah, suami terus sapu kan balm panas kat bahu dan tengkuk.
Cramp sebab mungkin tak makan apa-apa, pastu tarik air.
Hari ni Alhamdullillah dah Ok.
Risau jugak takut kalo melarat.



Ni gambar hari Sabtu.
Tinggal 9 minit nak habis.
Tapi 9 minit tu la rasa Ya Rabbi lambatnyaaa....!
By the way, aku suka mesin baru ni.
Sebab aku sangat terer adjust apa yang aku nak adjust.
Tak payah panggil staff lagi kalo tiba-tiba aku pening, terus aku adjust sendiri berapa ml nak tarik air.

Sunday 24 November 2013

Chemotherapy - Cyclophosphamide

Tak ramai yang tahu aku penah buat Chemo.
And yes, aku sangat memahami perasaan orang yg buat kemoterapi.
Orang cakap aku ada masalah buah pinggang je kan?
Wrong, they are wrong, aku ada SLE, iaitu auto-immune diseases.
Aku penah buat kemoterapi selama 2 tahun.

Sebulan sekali aku kena masuk wad untuk buat kemoterapi.
Dulu aku tak tau yang itu kemoterapi.
Sebab doktor explain kat aku masuk ubat Cyclophosphamide je.
Tapi kesan dia lepas masuk ubat tu, hanya Allah je tahu.

Lepas masuk ubat, dalam 2, 3 hari aku akan tido kat toilet.
Kenapa tido kat toilet? Sebab aku akan muntah je sampai tak larat bangun.
Makan apa la lagi kan? Muntah sampai dah takde apa nak dimuntahkan.
Sampai keluar semua cecair pahit.
Sampai tergeliat tali perut aku.
Sampai perit tekak.

Dengan pening, dengan tak larat nak makan.
Lepas tu selama sebulan rambut aku akan gugur teruk. Hampir botak.
Dah bila sekarang orang tengok aku happy je, buat dialisis, orang tak tahu apa yang aku lalui sebelum aku sampai ke tahap dialisis ni.

Sebab kene buat kemoterapi tu adalah sebab doktor nak usaha untuk selamatkan organ aku yang lain daripada rosak.
Sebab masa tu, SLE aku terlampau aktif dan mengganas.
Aku juga pernah menjalani rawatan tukar darah.
Tukar darah tu, doktor buang darah aku yang mengandungi antibodi yang tak baik tu, dan masukkan darah lain.
Masa buat proses tu, pernah jugak aku dapat darah yang tak ngam dan jadi alergik.
Sampai bengkak semua muka, tekak dan mata.
Hampir-hampir lemas sebab bengkak kat tekak tak boleh nafas.

Syukur staff dialisis masa tu pantas dan bersedia dengan ubat untuk alergic.
Sebelum aku sampai tahap di mana orang nampak aku hanya ada masalah buah pinggang je kan?
Macam-macam yang aku lalui sebelum aku boleh bertenang dan buat dialisis jeeee....
Orang anggap mudah sbb tengok aku biasa je, sakit buah pinggang.

Tapi apa yang aku lalui dari umur 8 tahun sampai la aku start dialisis umur 23 tahun,
hanya keluarga aku je yang tahu.
Bila aku kene warded selama 3 bulan.
Bila aku tak boleh berjalan selama sebulan, dan berkerusi roda.
Kena buat fisioterapi untuk bantu aku belajar berjalan balik.
Bila aku kene jumpa psychiatry sebab masa tu aku dah takde semangat nk hidup.
Bila aku langsung tak boleh menelan makanan sebab lidah aku penuh fungus, yang amat menyakitkan walaupon bila aku menelan air je.

Aku bersyukur sebab Ibu tak pernah berputus asa dengan aku, di saat aku sendiri dah berputus asa dengan diri sendiri.
Aku pernah berfikir untuk menolak semua rawatan yang diberikan kerana nak tunggu mati je.
Tapi Ibu tak pernah berputus asa, memujuk aku, menyuap aku makan walaupun aku tak nak.
Ibu juga la yang membersihkan lidah aku yang penuh dengan fungus sebelum menyuap aku makan.

Proses dialisis aku yang pertama, Ibu yang meneman aku di sisi.
Setiap kali dialisis, Ibu yang meneman aku.
Ibu lah yang setia menolak kerusi roda aku ke hulu hilir, jumpa psychiatry, berjumpa dietitian.
Ibu juga yang tidak putus asa menjaga aku, mengangkat aku ke toilet bila aku tak boleh berjalan selama sebulan.

Orang yang baru kenal aku sekarang hanya nampak aku yang sekarang.
Disebalik aku yang sekarang, hanya keluarga yang mengerti apa yang aku lalui.




Wednesday 20 November 2013

Aku Yang Dulu

Aku yang dulu bukan lah yang sekarang....
Hahaha.... Tiba-tiba tak bagi salam, nyanyi terus lak.

Okeh, Assalamualaikum...
Haii... Lama tak update.
Sebab life aku seperti biasa, rutin yang sama.
Hari tu sebelum pindah rumah, kemas-kemas nak kasi clear kan?
Buang la apa yang patut, then aku terjumpa ni...
Hehehe...Lesen P aku.
See my face. Veryyyyy the pinggan.
Kan? Aku tak tipu bila aku cakap dulu muka aku sebesar pinggan.
Ini kira kecik sikit. Ada lagi satu gambar masa buat pasport.
Umur aku 11 tahun, lagi besarrrrr....
Huiii...aku tengok balik sekarang, sendiri takut.

Padanlah manusia-manusia dulu pandang aku lain macam bila aku keluar rumah.
Contoh bila keluar ngn family pegi shopping, orang aku tenung kat aku macam kan aku ni alien.


Monday 11 November 2013

Please Help This Little Angel

Assalamualaikum semua,
Kawan sekolah saya memerlukan bantuan kewangan untuk anak kedua beliau.
Beliau memerlukan 40k dengan segera untuk pembedahan jantung berlubang bagi bayi beliau yang berumur 6 bulan.

Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Ibu nya.

Maybank 
155014973919 - Intan Hazreena (Ibu)

Bank Islam Berhad
05058020151889 - Azhar bin Khozin (Bapa)


Friday 1 November 2013

Appointment Semalam... Hoiii..Takut!!!

Semalam aku ada appointment Klinik Kardio.
Nak check jantung, sama ada jantung aku kuat ke tak.
Caranya ada dua, satu berlari atas treadmill selama 10 minit.
Ni bukan lari sikit, kene lari laju-laju supaya jantung berdegup kencang.
So, suami aku kata, aku tak boleh lari, tak pernah lari pon, nanti pengsan.
Wakakaka.... Option kedua adalah cara penggunaan ubat untuk buat jantung berdegup kencang.
So aku pilih yang kedua, nama dia Stress Test.

Tapi nasib tak baik, smalam la bacaan darah tinggi aku menjunam mencanak tinggi.
Test-test je 178/120.
Memang tak la kan.
Puncanya, aku tak makan ubat darah tinggi sebab aku nak dialisis petang tu.
Jadi kecewa juga tak dapat buat procedure tu.
Dari pagi aku tunggu sampai kul 12 tengah hari.
Dah la puasa woiii dari 12 tengah malam.

Berkeriuk perut, tapi tak dapat buat test.
Pastu doktor bincang ngn aku, kalo nak amek appointmet baru, takut lambat sangat.
Lagi 5 bulan baru ada tempat kosong.
So doktor suggest buat Angiogram.
Wooohooooo!!!! Takut aku.
Ye, aku memang penakut, aku takut sakit kene cucuk-cucuk tu semua.
Aku takut setiap kali kene buat procedure baru.
Wuwuwuwuwu...nangis, sebab doktor kata itu je cara nak tengok keadaan jantung aku.

Angiogram ni, cucuk jarum dari pangkal peha rasanya, terus sampai jantung.
Eh la....aku sedaya upaya tak nak Google cmne procedure dia.
Tapi mesti Google jugak, dan akhirnya buat aku takut.
Waaaa...... Memang aku takut pon sekarang ni.
Camne ni, camne nak hilangkan takut ni.


Monday 28 October 2013

Berhujung Minggu With CIku & Wife

Sabtu minggu lepas, pukul 1.30 pagi.
Kitorang belum tido.
Mula-mula Ciku call aku, tak sempat angkat.
Pastu dia call my suami mintak no kawan lama.
So, suami bagi la.
Tak tau citer kan...
Alih-alih dia call suami balik, habaq kete die rosak.
Kat RnR Seri Kembangan.

Dia kata dah call towing, tapi tak tau lagi macam mana, sbb dia ngn wife dari Putrajaya.
Ok, so, suami pon cakap, tunggu la, kitorang datang.
On d way dekat highway, Ciku msg lagi.
Kata dia bukan kat RnR Plus, dia kat Lebuhraya Mex.
Weiiii...kat mana pulak Lebuhraya Mex ni.
Hahahha, kami tak tau jalan.
Dia kata dari Putrajaya menghala ke KL.
Kitorang try masuk Putrajaya, end up sesat tak jumpa pon lebuhraya tu.
Keluar balik, ikut Plus.

Aku call Ayah, tanya mana Lebuhraya Mex ni.
Ayah bagi direction, masuk Kesas, nanti jumpa la exit pegi Lebuhraya Mex tu.
Ok, jumpa la jalan. Tapi Ciku kat RnR bertentangan. Hahahah....
Apa-apa je la...janji jumpa.
Towing da sampai, wife Ciku, Aina ikut kereta kami.
Towing hantar kereta CIku ke bengkel di Bangi.

Settle semua, sampai rumah pukul 4 pagi.
Gilaaaaaa ngantuk. Terus tertido pengsan sampai pagi.
Pagi tak pagi sangat, dalam kul 11 la jugak baru terjaga.
Hehehe...disebabkan pinggan mangkuk termasuk cawan pon aku da bungkus masuk kotak, jadi tak dapat la aku buat air bagi CIku dan Aina. 
Makanya, moh le kita makan tengah hari terus kat Nilai 3. Hahaha....

Lepas makan, keluar soalan, mana lepas ni.
Ciku laju je jawab, jom tengok wayang.
Check, check, tak berapa banyak citer yang best.
Aina kata ada citer Spider. Tapi rupanya takda kat TGV Aeon Cheras Selatan.
Jadi kitorang tengok citer Cantonis Special ID.
Ada Donnie Yen. Wuuuhuuu....
Citer best. Smart la jugak Donnie Yen berlakon jadi gengster.
Tapi ganas citer ni, lawan-lawan, bunuh-bunuh.
Tak digalakkan bawak budak kecik ye.

Abis wayang, Alhamdullillah, kete CIku pon sempat siap.
Terer mekanik tu buat. 
Satu hari je siap. Pegi Bangi amek kereta.
Sampai Bukit Mahkota, makan dulu, lepas tu balik rumah.
CIku dan Aina, solat, siap-siap dan bertolak balik Pahang.
Macam tu la weekend kitorg.
Takde planning. Tapi Alhamdullillah, dapat lepak dengan BFF CIku dan Aina.


Semangat nak amek gambar ngn mahkluk alien ni. Hehehe...

Wednesday 23 October 2013

Rasa Macam Nak Patah

Semalam, eh bukan semalam, Isnin.
Malam tu kami keluar makan, dah lewat.
Tapi lapar, keluar jugak, dalam kul 11 malam macam tu.
Aku je yang makan, suami taknak, kata dah kenyang.

Bila aku habis makan, suami ratah-ratah la lauk yang ada lagi tu.
Tapi sambil tengok WWF.
Aku geram kan, kalo dia tengok WWF, memang leka.
Jadi aku cakap la, "Makan la cepat Bang, takmo tengok tv tu, jom balik cepat".
Alih-alih, mengajuk kauuuu.... Huhuhu.
Terus bangun, bayar, taknak makan pon kasi habis.

So, aku buat tak tau la, balik rumah.
Time nak masuk rumah tu gelap.
Rumah aku kan macam tongkang pecah sebab nak pindah ni.
Terlanggar la tilam, tilam ni keras, terlanggar yang macam jari kaki yang paling kecik tu terkepak tau. 
Terkial-kial aku. Tahan je, terus masuk tido.
Sekali kau, tak boleh tido...
Sakit gileee...bangun la, amek minyak sapu.
Balut sekali guna gauze, sebab bila aku macam pressure kat bahagian jari tu, die macam lega sikit.
dah settle semua, aku pusing jeee....terlanggar lagi sebelah kaki.
Aaaaaaaa.....sama juga, jari kecik sekali terkepak.
Gila babi sakit. Terus nangis.

Suami bangun, tanya kenapa, aku cakap la kaki sakit, pastu ni baru kene lagi sebelah plak.
Pastu tau die cakap apa?
Haaa...tu la, sakitkan hati abang tadi.
Huwaaaaa.....nangis aku kat situ.
Dah la sakit kaki. Rupanya kene sumpahan suami sebab die mengajuk tadi.

Sampai hari ni la aku jalan tempang. 
Amek kau...padan muka diri sendiri.
Huhuhu...
Tapi takpe, bila aku tempang, lagi aku di manjakan... huahuahuahua....(gelak jahat)

Friday 18 October 2013

Kemalangan Di Bandar Baru Nilai

Isnin 14/10/2013 sebelum Raya Aidiladha.
Kitorang jalan-jalan cari makan.
Lalu kat area As-Salam BBN, tengok penuh dengan kereta kat simpang depan As-Salam.
Rupa-rupanya ada accident.
Pemandu kereta Wira tersepit tak dapat keluar.
Nasib baik tak kene bahagian enjin.

Lori langgar kereta Wira tu.
Lori tu jahat ikut jalan sehala yang sepatutnya jalan untuk kereta tu.
So, bertembung aku rasa.
Kesian driver kereta tu.
Nasib baik tak cedera teruk, mungkin sakit dada dan bahagian bahu sikit.

Tak lama lepas tu bomba datang.
Merasa la kejap terlopong tengok kecanggihan alatan anggota bomba tu.
Sekejap je tak sampai berapa saat, dah potong pintu kereta dan....
Walllaaaaa....da keluar da pon driver tu.
Para bomba guna plier besar. Hebat woooo alatan diorang.






 Lori durjana yang obviously masuk jalan salah.
Bukan tak sengaja, tapi sengaja masuk jalan yang bukan jalan dia sebab malas nak u-turn.









Wednesday 16 October 2013

Seorang Lagi Sahabat di HDU Pergi Meninggalkan Kami

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Semalam raya aku tak kemana pon, kecuali hospital.
Selebihnya kat rumah kemas apa yang patut.
Hujung bulan ni nak pindah da.
Dapat berita sedih semalam.

Seorang lagi sahabt di HDU telah meninggal dunia.
Mendiang Uncle Batumalai.
Terkejut, tapi aku macam dah jangka.
Sebab minggu lepas Uncle tak sihat.
BP rendah sangat sampai tal boleh buat rawatan dialisis.
Tapi Sabtu tu diorang dialisis jugak sebab dah 2 kali Uncle Batumalai tak buat dialisis disebabkan BP rendah.

Uncle Batumalai meninggal dunia di wad, pada hari Ahad.
Amoi comel (aku tak ingat nama amoi ni, heheh, sbb panggil amoi je, sebab dia bangsa cina yang paling muda) yang bagitau aku.
Katanya anak Uncle telefon dia.

Ni aku nak cerita, isteri Uncle ni la yang selalu menolong kami di HDU tu untuk membeli makanan.
Tak kira la makanan ke, minta tolong amek ubat di farmasi ke, semua Aunty Rosemarry tolong dengan senang hati.
Sedihnya kami rasa, kehilangan insan yang baik hati di dialisis.
Takziah pada keluarga Aunty Rosemarry.
Siapakah yang sudi bantu kami lagi lepas ni?
Tak dapat kami balas budi Aunty yang selama ni bersusah payah membantu setiap pesakit di HDU.
Aunty Rosemaary juga banyak membantu aku membeli makanan dan mengambil ubat di farmasi.

Aku doakan Aunty Rosemarry tabah dan semoga Uncle Batumalai R.I.P.

Thursday 10 October 2013

Keberangkatan Pulang Kak Oli's Clan to Sabah

Ahad minggu lepas, baru nak update.
Huahuahuahua....
Hantar Kak Oli and family ke KLIA.
Kak Oli bercuti lama di sini atas urusan kerja + bercuti balik kampung.
So, mari la kita ramai-ramai hantar Kak Oli dan family.
Ramai okeyh yang pergi hantar.
Macam nak hantar orang pergi haji. Kahkahkah...

Kami pergi 2 kereta.
Kereta Mak Itam di isi dengan Kak Oli, Abg Aslam, Mak Itam, Pak Itam dan si kenit dua orang.
Pastu kereta Hafiz (tonang Ija) di isi dengan aku laki bini, Ija dan Ira.




Dua bedak tecik.
Budak tecik yang kanan tu kannnn, dia ada buat semua orang sakit jantung kat KLIA.
Kitorang tengah borak-borak sementara nak tunggu Kak Oli masuk gate.
Lepak kat KFC, biarkan diorang main kat playground.
Ira tolong tengok-tengokkan.
Sekali Ira kata, Si Achpa tu takda.
Yang ada Ayish je.
Ye la, si kecik dua orang ni tenaga banyak kan?
Berlari sana sini.
Tak cukup tangan Ira nak tengok.
Cari-cari, memang takde dalam playground.
Sekali ada seorang bapa tunjuk ke arah budak kecik ni dok lari-lari.
Sah Si Achpa ni. Dok berangan sampai nak pi masuk gate International.

Dia dengan muka selamba, nyanyi riang gembira, sebab dapat berlari tempat luaskan?
Orang lain sakit jantung.!
Huhuhu........

Wednesday 9 October 2013

Sibuk

Tajuk ye ye sibuk.
Bukan sibuk apa.
Sibuk mencari rumah sewa.
Aku kene pindah secepat mungkin sebab tuan rumah yang pandai lagi bijaksana tu, 
tak bayar rumah die sampai kene lelong.
Dan aku baru tau 2 minggu lepas bila dia tampal surat depan rumah.
Tension giler. Rumah tu nak lelong 22hb Oktober ni.

Tapi takpe, yang aku nak citer ni, aku da berjaya dapat rumah sewa.
Bukan aku la yang cari tapi.
My suami yang cari.
Dapat area jauh sket.
Huwaaaa....sedeh nyaaaa.... sapa nak bagi makan Belang bawah flat aku nanti?
Belang ni kucing terbiar yang aku bagi makan sejak dia kecil.
Sekarang manja giler tergedik-gedik. Rasa nak pijak.
Asal nampak aku suami isteri, terus terguling-guling baring suruh orang gosok perut dia.

One day tu, aku keluar rumah tengah hari, nak g hospital dialisis.
So, tangan penuh la dengan beg dialisis, handbag dan bag laptop.
Belang nampak aku, terus mengada-ngada terlentang suruh gosok perut die.
Aku tak layan, sebab tangan aku penuh, malas nak mencangkung.
Alih-alih dia gigit kaki aku!!! Gigit manja la tapi.
Macam kene cubit...gitu..
Terkejut aku... Terus rasa sedeh.
Sapa nak layan dia bila kitorang pindah nanti.

Aku tak boleh nak bela, sebab rumah yang aku nak pindah ni pon sama jugak, rumah flat.
Tingkat tiga jugak. So, berpikir-pikir la aku.
Cadang nak export balik Seremban.
Wakakakaka....mesti Ibu bising.
Asal kucing aku sayang je export ke Seremban. Tapi taknak bela.!
Bukan aku tak bela woiiii...!
Tapi masa takde, tak larat sebab dialisis lagi, kerja lagi. 
Time bila pulak aku asyik nak menggosok perut dia kan?

Okay, berbalik pada citer asal.
Alhamdulillah, da dapat rumah sewa.
Tapi aku agak ketakutan ni, nak kemas nak pindah.
Huhuhuhu....barang rumah aku banyak giler weiii...!!!
Huwaaaa...... nanges....!
Camne nak kemas, kotak hapak pon takde lagi.
Rumah baru pon belom basuh.
See...tak sempat pon jenguk rumah baru lagi.

Deposit sume da settle.
Jadi bulan ni, mengikat perut la kita ye.
Mana taknye, habis da gaji aku laki bini bayar deposit.
Hambik...! Nak pindah tergesa-gesa, mana sempat merancang kan?

Jadi skang cube citer kat aku?
Camne aku nak packing ni? Kotak takde.
Jangan cakap suruh beli kotak pulak. Duit pon takde ye....

Haaa...lagi, semalam time aku sibuk-sibuk nak tapau ayam yang makanan hospital bagi,
time tu la doktor nak bising ke aku suruh buat tangkoff untuk CAPD.
Aku taknak!!! Camne nak cakap ngn doktor ni ek.?
Buat masa ni aku memang taknak CAPD.
Tak bersedia. I know myself.
Tak terlalu rajin nak mengadap CAPD tu 4 kali sehari.
Jadi belom bersedia.
Camne eh? Camne eh?
Camne nak habaq kat doktor ni?

Haaa.....jadi itu la sikit sebanyak kesibukan aku minggu ni.
Bukan sibuk fizikal.
Sibuk serabut kepala otak.
Serabut dengan rumah, serabut dengan doktor.
Serabut dengan Si Belang lagi.

Haish....

Friday 4 October 2013

Pindah Office

Semalam masa kat hospital, aku dapat email.
Memo kene pindah office.
Takdelah pindah jauh.
Ke office belakang je, dekat ngan production.
Konon nak selaraskan setiap department.
Benci tau pindah-pindah ni.
Dah la barang aku banyak.

Tapi ni dah settle kemas-kemas.
Tu yang duduk dulu mengadu perasaan.
Penat aku mengemas, walaupon bukan aku yang angkat.
Muahahaha...mintak tolong budak-budak production la angkat.
And of courssseeee, my Abang sure la kene tolong.
Sebab dengan meja die sekali kene pindah.
Nak tengok tak tempat duduk baru aku.
Selesa la jugak, luaaaasssss......
Bertambah-tambah la harta karun aku.

Nampak tak yang banyak wayar gulung-gulung tu?
Actually ni clean room la konon-konon.
Untuk buat wiring dan electrical item.
Tapi disebabkan tak cukup office, maka clean room ni separuh dijadikan office.
Untuk QC dan production.

Nanti my suami akan buatkan partition tutup antara meja aku dan tempat wiring tu.
Ni belom habis kemas. Nampak tak barang aku banyak bawah meja tu.
Tu laaa...aku pun tak tau macam mana bley jadi banyak sangat barang ni.
Hahahha, ini yang suami aku suka membebel, sebab dia kata aku suka simpan mengarut-ngarut.



Meja yang ada laptop tu meja aku.
Lagi satu meja suami. Hahaha...
Disebabkan kawasan luas, maka aku telah tamak meminta sebijik lagi meja.
Untuk letak paper tray dan printer aku.
Tamak kan? Ya, aku memang tamak. Muahahaha....


Kesian kan? Macam tercampak dalam stor.
Tapi bersyukur weiii....Tempat ni luas.
Selesaaa....
Di sebalik almari depan meja aku tu, QC department.
Ok la, tata..nak sambung kemas.




Thursday 3 October 2013

Lepak McD

Semalam lepas OT, dah plan nak jumpe Kak Oli, Ija and family.
Habis OT kul 9 malam.
Lambat sket sebab tolong hantar staff yang kehilangan kunci kereta balik rumah.
Boleh tak, dia baru first day masuk keje, kunci kereta hilang.
So, semalam tolong la hantar dia balik dulu.

Bila sampai McD, ada Ija dengan tonang dia.
Kak Oli lambat sket.
So sembang-sembang dengan Ija dengan Hafiz.

Lepas tu Kak Oli sampai.
Si Airish tido pulak, kalo tak boleh aku angkat-angkat kening takut kan dia.
Muahahahah....keji...suka nau nak takutkan budak tu.
Yang aktif sihat ceria si Asfa je.
Makin bolat dah aku tengok anak buah aku sorang ni.
Mana tak nye, lambat sket je Kak Oli suap dia bubur, die boleh jerit satu McD tu macam siren kebakaran. Kahkahkahkah.....
Lawak weiiii....satu McD diam terkejut. Bagus..!!!
Biar orang dalam McD cakap slow-slow. Muahahaha...

Lepak-lepak sampai kul 11.
Macam-macam cerita keluar.
Sembang sampai tak sedar masa.

Oh anyway, McD Nilai ada Mc Cafe.
Aku try cappuccino dia.
Sedap laaa.... Harga pon berpatutan.
So lepas ni tak perlu la minum kopi O saje dekat McD.
Sebab kopi O ni kadang-kadang buat perut aku berangin.
Sampai kembung. Hehehe..


Sedap weiii cappuccino ni.
Teringat-ingat aku.
Tak perlu tunggu lama kalo aku nak minum cappucino.