Nuffnang Ads

Wednesday 27 February 2013

Adab Sivik???

Tadi, sebelom masuk OT.
Pegi makan ngn Hubby.
Isi perut dulu sebelum masuk keje.

Sampai kedai, Hubby order Nasi Goreng Kampung dengan Telur Dadar.
Aku order Soto je.
Malas plak nak makan nasi. (nanti malam sure lapar balik, huhuhu)
Makanan sampai cepat. Bagus servis kedai ni.
Akak tokey ni pon baik.
Kitorang da biasa makan sini.

Sambil makan, kitrg perasan ade pekerja baru kedai ni.
Kenapa kitrg boleh perasan?
Sebab sambil-sambil diorg mengemas kedai.
(dah petang, so diorg da mula mengemas nak tutup kedai)
Pekerja-pekerja kedai ni, which is semua lelaki, remaja la lagi, bergurau senda.
Biasa la, nak hilangkan boringkan.
Sbb kitrg boleh perasan pekerja baru ni adalah....
Semua yg keluar dari mulut die adalah
"Babi, Sial, Bodoh".

Tersedak kitorg tgh menyuap.
Bukan tak biasa dengar, cuma tak pernah lagi dengar berkumandang dalam kedai ni.
Pekerja-pekerja lama takde pulak keluar perkataan-perkataan tu.
Setakat "Hoi...hoi..." je.
Serius kurang adap.
Customer ramai lagi tuh.

Ngomelan Di Office

Masih di office.
Ada keje yg belom setel.
Sambil kemas-kemas dan 5S'.
(5s' konon, yg sebenarnya meja kau tak pernah berkemassss.....huahuahua)
Sambil-sambil dengar lagu.

Skang ni suka imbas kembali lagu lama. (knp ayat skema ni, imbas kembali?)
Lagu Rahmat Ekamatra.
Google la sendiri, boleh tengok kat Youtube.
Lagu favorite aku "Kekasihku".
Dulu dengar boleh nangis.
Sebab aku hayati lirik.

Skang dengar, rase sebak tu ade.
Tapi tak nangis.
Harap-harap minggu ni gaji.
Aku nak balik Somban ni.
Nak gotong-royong dengan Ibu buat lauk daun kayu tempoyak.

Perrrghhhh....bestnye kalo dapat makan.
Cisss, perut lapar lagi.
Langsung tak boleh nak imagine pasal makan.
Mesti lapar je perut ni.

Sekali la pikir nak makan apa balik kang.
Hehehehe

3 Pinggan?

Semalam pegi dialisis.
Dari pagi tak makan.
Bukan ape, makanan kat kedai bibik tak membangkitkan selera.
Jadi tahan lah lapar sampai hospital.

Sampai dekat Unit Heamodialisis bukan tgk mesin available ke tak.
Datang-datang menuju ke tempat simpan diet.
("Diet" tu refer kepada makanan harian yg dihantar oleh caterer utk patient dialisis)

Woahhhh...
Ada mee hoon.
Best, mee hoon basah.
Walaupon tawar, sikit rasa pon xde (keji kan? tawar hember langsung xde garam)
Tapi aku tak risaulahh.
Aku ade perasa Black Pepper Ajinomoto. Huahuahuahua
(tau doktor-doktor sekalian yg patient dialisis amek ajinomoto, matik aku. Tapi saya makan time dialisis jeeee...hehehe)

So,tanpa mempedulikan mesin kosong yg sedang menunggu aku tu.
Kita satukan 3 pinggan menjadi 1 pinggan.
Heaven donia bile dari pagi tak makan dpt mee hoon 3 pinggan.

Monday 25 February 2013

Thrombosis

Hmm....bad news, yg hari tu buat test venogram tu.
Doktor dah bgtau aku result nya.
Doktor kata dlm vein aku byk blood clot.
Dalam medical term nyaa, Thrombosis.

Dari ape yg aku Google, mcm bahaya je.
Eeeeee....
Pastu doktor siap amek darah aku lagi.
Banyakkkkk.....
4 botol.
Yang sempat aku perati ada utk "Lupus Screen".

Doktor jgk ada suggest utk pasang IJC balik.
If pakai Fistula, darah aku tak bersih time dialisis, doktor nk pasang IJC.
Hoiiihhh...takmo aku.
Tak best pakai IJC.
Biar la masa dialisis aku dipanjangkan asal x payah pasang IJC.

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........................!!!!!!!!!!!!!!!!
Nak jerittttt........................!!!!!!!!!!!!!!!

Friday 22 February 2013

Wednesday 20 February 2013

Nampak Ni...???



Haaa...nampak tak..? Nampak tak...?
Kat opis aku da menggelupur amek gambar ni...
Lama weiii aku teringin benda ni.
Padahal kat Melaka je poonnnn.....
Tu la, konon kata orang Melaka, tapi derhaka taknak balik Melaka.
Kan da kempunannnn....

Ini tadi Wawan bawak balik.
Adik aku ni nasib baik otak die cergas lagi.
Walaupon da lama aku kabor ke die kalo die g site, tolong laaaa belikan aku barang sepeket dua.
Aku pon sampai terlupa aku teringin benda ni.

Alih-alih tadi Wawan balik dari Pagoh bawak untuk aku 2 paket INANG-INANG!!!!
Dan ada extra Biskut Piring tu...
Hahaha,

Best ! Best !
Balik kang aku terus goreng.
Jangan jeleesssssss....!!!!!!



p/s : Tak sia-sia Along tunggu ko balik site Wan. (sesambil la sebenarnye aku tunggu En.Taufik ni berjogging)

KFC

Jijen dapat keje KFC, sementara tunggu result ni.
Drpd biar die jadi tukun kat rumah tu, elok plak die dpt keje KFC.
Best x best sgt la kan, kalau die keje malam sampai closing 11.30 malam tu,
die dapat bawak balik ayam-ayam yg belen-belen.
Belen-belen ponnnnn, sedap okayyyyy kalau KFC.

Tapi ni yg aku mushkil ni.
Kalo dah die asyik bawak balik ayam.
Ade hari tu aku pesan je,

"Jijen, kalo ade whipped potato lebih dgn coleslaw, bawak la balik sket".

Sekali kau, die bawak balik large potato tu 6 bekas, coleslaw 2 bekas.

Aku : "Kenapa kau bwk byk-byk ni, along nk sket je". (sape larat weiii nak makan 6 bekas besar kentang putar tu, termuntah balik nanti)

Jijen : "Alaaa...kalo Jijen tak bawak balik, nanti buang jugak"

Buang ok, aku selama ni bayo mahal la kalo nk makan kentang tu.
Tapi sejak die keje kepsi ni, ok la, penuh je peti ais tu ngn ayam,walaupon bahagian dada, tak best!

Bukan tu yang aku nak citer, masalah nyeee....
Bile Jijen dapat keje kepsi ni, aku plak ye, ye berselera kepsi.
Kalo tak, En.Taufik ajak pon aku pikir 4,5 kali nak pegi ke tak.
Jadi sekarang bila aku ajak, haruslah dengan gembiranya En.Taufik menurut.
Favorite die tuuuuu.....


p/s : Baru lepas makan kepsi tengah hari tadi, En.Taufik makan golden wrap tu. Die kate sedap. =D

Tergigit Pipi

Haaa....jangan pikir bebukan.
Aku tergigit pipi sendiri.
Tanda-tanda apa tu?
Tanda berat badan da naik mendadak ke?
Sampai pipi sendiri pon boleh kunyah.

Serius, kalo aku ketap gigi, nescaya dua-dua belah pipi ni aku boleh gigit.
Belah dalam la, takkan belah luar plak.
Alien la pulak kalo boleh gigit pipi sendiri belah luar.

Tapi lately aku perasan, aku memang byk makan.
Huahuahuahua....
Semalam je, kat dialisis, aku makan 2 pinggan meehoon.
Dalam kul 2 petang camtu aku makan meehoon.
Alih-alih kul 6 petang, msg Abang mintak belikan nasi.
Hehehehe.....

Kami makan share la.
Tapi still, perut macam lapa je lagi.
Hmmm, ke ini akibat makan KFC tanpa henti selama 2 hari berturut-turut?

2 pinggan meehon yang da selamat dalam perut aku. Tinggal ayam 2 ketul belom makan, kita amek gambar dulu. Hehehe


Monday 18 February 2013

Kenapa Entry Asyik Pasal Makan?

Eh dah aku ni kenapa?
Baru je makan nasi lemak kot.
Sementara nak tunggu balik ni, perut ni nyanyi-nyanyi lagi.
Risau plak aku, bukan apa, susah nak bajet dry weight nanti.
Hahahaha,
Alasaaaannnnn...!!!!

Ok, pikir balik ni kang nak makan apa.
Nak suh aku masak memang tak laaa....
Nampak tak jam da pukul berapa tu?
Pukul 8.30pm okayhhh....!
Kalo aku masak kang, pukul berapa aku nak makan.

By the way, aku ni kat office lagi.
En.Taufik ni lupa agaknya perjanjian kami balik pukul 8pm.
Skang pukul berapa?
8.30pm.

Jadi mari tulis barang satu, dua entry.
Hahahaha....
Owh ye, nak makan ape eh balik kang?

Pagi, Tengah Hari, Petang, Nasi Lemak...

Wah, hari ni, untung En.Taufik. Jimat okeyhh..!!!
Dari pagi sampai petang aku asyik melantak nasi lemak je.
Tu lahhh....kirim kat Wawan tak agak-agak...
Sampai 4 bungkus.

Sape yang nak makan?
En.Taufik makan 1 bungkus je untuk breakfast.
Lepas tu dia tak nak dah nasi lemak.
Jadi yang belen 3 bungkus niii???

Apalagi, masuk perut aku laaaa...
Nak masuk sekaligus tak mampu.
Hembekkk.... sampai ke petang aku makan nasi lemak.

Serius jimat okeyh...
1 bungkus RM 1.20 je...
Korang bayang laaa....
Satu hari ni makan pagi sampai petang RM 3.60 jee...
Air buat dalam opis guna water dispenser.
Lagi jimat tahap kuasa dua.

Tapi kalo hari-hari macam ni,
Ada potensi aku mengembang tahap kuasa dua jugak.
Sebab aku ni selagi tak boring sanggup je makan benda sama sampai sebulan.
Hehehe,

Anyway, besok makan nasi lemak pagi je.
Tengah hari kita makan diet kat spital okeyyhhhh....!!!!

Wednesday 13 February 2013

Tak Boleh Tidak

Hari ni, En.Taufik ajak g Giant.

Hubby : Tengah hari ni kita g Giant, beli stokin, stokin Abg koyak plak.

Aku : Ok.

Sampai Giant, Hubby pilih-pilih stokin dengan laju.
Terus nak bayar.
Eh, mana boleh.
Ada ke da sampai Giant beli stokin je.
Laju aku menonong g lorong biskut.
Haaaaa....mari shopping biskut.
Buat mengisi perut lapar kat opis.

Aku ni mana boleh tak menghabiskan duit kannnn???
Mesti ade je yang nak beli kalo da sampai ke supermarket tu.
Hahahaha...
Dapat la biskut, coklat dan gula-gula.

TQ Abang!!!

Kebuluran

Huhuhu, kesiankan tajuk entry ni.
Tapi semalam, memang tak dinafikan aku kebuluran.
Sampai-sampai kat HDU je
Menonong je tengok "Diet" apa diorg hantar.
Sekali tengok dorang bagi meehoon.
Best tu, aku memang suke meehoon.

Tengok ade lagi 8 tray.
So dengan tamaknya, aku satu kan 3 pinggan jadi 1 pinggan.
Jadi 3 bahagian meehoon dalam 1 pinggan.
Bawak ke tempat duduk.
Abg Azhar tengah pasang mesin.
Baca doa makan,
Ngap!!!

Wah,heaven nyaaaa....
Habis weiiiii....!!!
Sepenuh-penuh pinggan boleh habis.
Tak senonoh kan?
Bini sapa la ni tak senonoh ni.

Tapi memang lapar.
Lagi pon sebagai persediaan sebelum dialisis.
Kang tengah dialisis lapar kang,
Sapa nak tolong g kantin???
Baik aku makan dulu.

Lepas da on mesin sume,
Perut kenyang senang hati,
Eh, perut kenyang 'ON' mesin la....
Da settle-settle sume, TIDO!!!
Hahahaha, bahagia.

Tapi mampu tido 2 jam je,
Perut aku lapa balik.
Lagi double tak senonoh.
Siap mintak tolong Akak cleaner tu amek kan lagi "DIET" tu.
Nasib baik ada lagi.

Jadi aku makan lagi sepinggan meehoon beserta ayam goreng.
Fuhhh!!! Best, perut kenyang, sambung tido.
Wakakaka, serius semalam itu je keje aku sepanjang-panjang tengah dialisis.
En.Taufik sms pon tak sedar.
Tau-tau dia da kat sebelah aku je.

Aku : Eh, bila abg sampai?

Hubby : Ada dalam 5 minit. Sedap tido?

Aku : Hehehe...


Tuesday 12 February 2013

Sakan Mata Aku Ni

Hamboiii,
Aku ni da mcm zombie da ni.
Sapa suruh gatal minum white coffee semalam.
Padahnya, sampai pagi mata aku buntang je.

Ni kat ofis da jadi zombie.
Otak da tido tapi mata terbelalak.
Baru aku kejut otak ni.
Jom kita update blog lagi sekali.

Breakfast tadi,
Dah tau mata tahan gaban punye mengantuk.
Amboiiihhh....sedapnya la haiiii makan nasi lemak kan?

Haaa....skang baru kul 11am,
Tahan la aku sampai kul 1pm ni.
Syukur ke hadrat Ilahi,
Petang ni aku dialisis.
Boleh bantai membuta time cuci kang.

Hahhahah, itu kelebihan dialisis woiiiii,
Kalo agak-agak ko ngantuk tak tertahan tu,
Ko g dialisis, silakan tido untuk 4 jam.
Comfirm legaaaa....

Huiiii, HDU Hospital Serdang...!!!
Here I come....!!!!

Kekenit Berbulus

Hari Ahad balik umah Ibu.
Sampai-sampai, masuk pintu tengok ade ramai kekenit berbulus ni.
Eh,mana dtg plak ni?
Takkan Si Percie beranak plak?
Si Percie kecik lagi.

Dengan riuh rendahnya kekanak riang ni.
Ter nyiau nyiau....
Tanya Ibu, anak siapa ni,
Ibu kata anak Oyen,
Kucing dari kedai tempat Ibu keje.
Tokey kedai mintak tolong jagakan.
Tokey kedai balik kampung.

Aku : Mana Oyen nye?

Ibu : Oyen pegi berak.

Aku : Ramainya anak, cantik-cantik.

Ibu : Cik Hajar ko tak bagi amek ye, die suh tolong jaga je.

Aku : Ceh, kedekut, kan ramai tu. Hahahah



 Perkenalkan 4 beradik kekenit berbulus. Nama takdak lagi, tuan depa belom bagi nama.


 Ni aku panggil Si Oyen dgn Si Tiga Kaler. Hahaha, bantai je ikut kaler dorang


Ni, Si Belang dengan Si Kelabu.

Eh, ni bukan kekenit berbulus, ni si perot boncittt...!!!

Si Rooney ni stress, tak pernah nampak anak kucing, 
dia dok hissing-hissing bile bebudak tu dekat dia. 
Hahahah, penakut...!!!

Minggu depan aku balik mesti kekenit ni da balik kat tuan diorang.
Harapnya tuan diorang jaga diorang dengan baik. 

Friday 8 February 2013

Bengkak Kaki

Disebabkan semalam aku dengan rasminya tak pegi dialisis, hari ni kaki aku bengkak. Hahaha, amekkk kauuu, da tak nmpk buku lali. Nak buat macam mana kan..... Gaji belom masuk semalam, jadi malas aku nak membazir duit yang ade bayar minyak dan tol g spital semalam. Alih-alih, semalam masuk gaji, tapi da lambat laa....da petang. Tak sempat g spital.

Jadi dengan cantiknya kaki aku hari ni bengkak tak jumpe buku lali, nk amek gambar sebagai bukti, tapi nnt takut orang menyampah plak tgk kaki aku kan.

Jadi adik-adik...kalo da gatal tak nak g dialisis tu, pandai-pandai tanggung sendiri kaki bengkak dan perit ye keesokan hari. Kalah orang mengandung kaki aku punye bengkak. Huhuhu