Nuffnang Ads

Monday 14 May 2012

Arissa~Arissa Tahu Tak...~?

Assalamualaikum Arissa...
Arissa..
Arissa tahu x kisah hidup ibu..?
Semenjak Ibu di diagnos dgn sakit Ibu..?



Arissa...
Ibu sakit sejak kecil...
Pada umur Ibu 8 tahun..
Ibu di diagnos dgn penyakit Nephrotic Syndrome.
Penyakit di mana buah pinggang Ibu mengecut dan buah pinggang Ibu tidak mampu bekerja dgn normal.
Pakwo dan Makwo membawa Ibu ke hospital,
Hampir 2 minggu Ibu dimasukkan ke wad dan mendapat rawatan high dose Methylprednisolone.
Hidup Ibu berubah semenjak itu.
Wajah Ibu berubah,Ibu diejek oleh kawan-kawan Ibu,
Mereka menganggap Ibu seorang yg pelik kerana wajah Ibu menjadi sebesar pinggan akibat dari ubat Methylprednisolone itu.
Tapi Ibu bersyukur,Ayah dan Ibu, Ibu (Makwo dan Pakwo Arissa) tidak pernah berputus asa membawa Ibu berubat.
Tidak kira perubatan moden atau tradisional.

Arissa,
Pada masa itu la,hidup Ibu mula bergantung dgn ubat-ubatan...
Arissa..kadang2..sampai pahit lidah dan tekak Ibu, saban hari menelan ubat yg kuantitinya lebih byk dari makanan yg Ibu makan.
Tapi Ibu kuatkan hati..

Arissa,
Mungkin Allah terlalu sayangkan Ibu dgn memberi Ibu ujian lagi..
Semasa Ibu berumur 11 tahun, Ibu di diagnos pula dengan penyakit SLE (Systemic Lupus Erythematosus).
Penyakit di mana antibodi badan Ibu mengalami kecelaruan dan menyerang sistem badan Ibu sendiri.

Arissa,
Sekali lagi doktor memberi Ibu high dose Methylprednisolone selama 2 minggu,
Penyakit SLE Ibu masih boleh dikawal jika Ibu sentiasa makan Tablet Prednisolone.
Ibu tidak berhenti makan ubat semejak umur Ibu 8 tahun sehingga sekarang.

Arissa,
Ketika umur Ibu 14 tahun,penyakit SLE Ibu menjadi aktif.
Doktor menasihatkan Ibu Bapa Ibu untuk membenarkan Ibu menerima rawatan kimoterapi selama 2 tahun. 2 tahun Ibu mnerima ubat Cyclophospamide.
Doktor kata..kesan daripada kimoterapi itu..Ibu mungkin sukar untuk mengandung .
Pada masa itu,Ibu redha menerima rawatan itu Arissa.

Arissa,
Sepanajang Ibu menerima rawatan kimoterapi,
Hanya Allah yg tahu,betapa seksanya Ibu.
Setiap kali selesai Ibu menerima rawatan itu setiap bulan..Ibu akan muntah sehingga tiada lagi isi perut utk Ibu muntahkan.Ibu hanya tidur di dalam bilik air selama 2 hari selepas menerima rawatan itu.Ibu mengandungkan Arissa pon tiada yg seteruk itu.
Kepala Ibu hampir botak akibat kesan ubat yg kuat,rambut Ibu gugur.

Arissa,
Hanya Ibu dan Ayah Ibu,serta adik-beradik Ibu yg mengetahui keperitan yg Ibu alami.
Arissa,
Semenjak doktor Ibu memberitahu yg Ibu akan mengalami kesukaran untuk mengandung..Ibu redha,Ibu sedih tapi Ibu pasrah.
Tetapi,pada masa itu,Ibu langsung tidak menyangka bahawa ada jodoh untuk Ibu di luar sana.

Arissa,
Pada masa itu,Ibu telah bersedia utk hidup tanpa teman hidup.
Ibu tau tiada siapa yg sanggup menerima Ibu..kerana sakit Ibu,
kerana wajah Ibu.Tapi kuasa Allah...
Allah telah tentukan ada jodoh Ibu.
Ayah Arissa adalah lelaki yg baik hati dan amat penyabar.
Dengan segala karenah dan sakit Ibu.

Arissa,
Bila Ibu mengetahui saat Ibu mengadungkan Arissa,
Ibu mmg takut bercampur gembira,
Hati Ibu risau, Ibu gementar kerana Ibu risau segala kemungkinan yg bakal berlaku.

Arissa,
Doktor menyuruh Ibu mula kan rawatan dialisis apabila fungsi buah pinggang Ibu merosot kepada 7% sahaja. Pada masa itu Ibu berumur 23 tahun.

Arissa,
Untuk Ibu mengandung dan mendapat zuriat, adalah risiko yg harus Ibu tanggung untuk segala kemungkinan yg akan terjadi.
Pesakit macam Ibu ni, Ibu perlu menjalani rawatan dialisis 6 hari seminggu selama tempoh Ibu mengandung.

Arissa,
Semasa Ibu mengandung Arissa, walau berbagai dugaan yg Ibu lalui,
Ibu dan Ayah bahagia menjalani rutin kehidupan kami.
Arissa sikit pon tidak menyusahkan Ibu. Ibu hanya penat menjalani rawatan dialisis setiap hari.
Tapi itu semua demi Arissa,Ibu takut akan memudaratkan Arissa jika Ibu tidak menjalani rawatan setiap hari.

Arissa,
Sepanjang Ibu mengandungkan Arissa..
Arissa amat aktif..Ibu dapat rasakan tendangan Arissa yg cergas.
Arissa sedikit pon tidak menyusahkan Ibu sehingga la ke saat Arissa lahir ke dunia.
Ibu rindu perasaan itu. Ibu rindu saat Arissa di dalam rahim Ibu.

Arissa,
Ini adalah kisah hidup Ibu berdepan sakit Ibu,
Mungkin Allah xnk Arissa mengalami nasib serupa Ibu,
Dan sebab itu Allah pinjamkan Arissa sekejap,cukup untuk Ibu melihat wajah puteri sulung Ibu.

Arissa,
Di akhir coretan ini..Ibu amat merindui Arissa..
Ibu tidak berdaya untuk meneruskan lagi coretan ini.
Hati Ibu tidak berdaya Arissa, di saat ini,Ibu terlalu merindui Arissa.
 T_T





No comments :

Post a Comment