Nuffnang Ads

Wednesday 15 April 2015

October 2014

Assalamualaikum....
Lama dah tak menulis kat sini.
Banyak benda jadi. Hahahah...
Sampai tak ingat dah.

Dari last post aku ada citer yang aku kene kayap masa balik Sabah.
Balik dari Sabah, dalam seminggu lebih lepas tu...
Aku sakit kepala yg teruk sangat...
Segala ubat makan, panadol, ubat darah tinggi, pain killer...
Semua tak jalan.
Start sakit kepala dari pukul 8 malam.
Sampai pukul 2 pagi, still tak boleh tido.
Tak tahan sangat...terus ke Emergency Hospital Serdang.
Sakit tak kurang walaupon doktor bagi ubat tahan sakit.
Last-last doktor bagi morfin.

Fuhhh....jangan cakap la best dia...terus hilang sakit...magik!!!
Muahahaha....lepas tu aku dibawa untuk CT Scan kepala.
Masa tu belom nmpk lagi apa yg x kene.

Admit ward sbb doktor nk cari punca sakit kepala teruk tu.
Takut virus kayap naik ke kepala.
So, doktor mnta kebenaran nk amek air tulang belakang.
Aku bg kebenaran. sbb kepala dah sakit kan....takkan nk biar.

Tapi lepas amek air tulang belakang tu...sakit kepala mcm dah hilang plak.
So doktor bagi ubat anti virus yang aku makan masa kene kayap sampai halusinasi tu kan....
Tapi ni ubat lagi power...terus masuk dalam salur darah.
So lagi power la kesan dia.
Aku pegi emergency hari Khamis.
Hari Isnin aku mnta balik...sbb tolong laaa....mcm2 aku nmpk kt ward tu.
Tak boleh tido...lepas tu sakit kepala balik.

So, doktor terpaksa bagi balik atas risiko aku sendiri.
Isnin balik. Lepas tu tido kat rumah.
Lepas tu aku tak xtau apa jadi dah.
Muahahaha.....Aku jaga je..aku kat emergency balik.
Tercengang-cengang ingat mimpi je kat emergency.
Cari suami...takde plak. Cari telepon, ada dlm poket.
Laju2 call suami. Suami ckp kejap lagi dia dtg,
Ok, tak mimpi.

Pastu, pengsan balik. Hahahaha....
Sedar2 kt tingkat 7, nak dialisis...
Tapi ramai cousin aku ada jugak.
Eh, aku dah mati ke ni. Huhuhu.....
Tapi Ibu still ckp2 ngn aku, so...masih hidup.

Lepas dialisis baru otak aku boleh pick up sikit-sikit.
Tapi aku x paham cmne aku boleh ada kt spital ni.
Bukan hari tu aku dah mnta balik ke...
Dah sampi rumah pon.

Lepas dialisis....warderd balik....
Hmmm...tak paham lagi ni...lost.
Suami dtg...tp dia mcm biasa..borak2 ngn aku...
Suap makan. Tapi mulut aku macam susah sikit nk ckp.. still lost.

The next day, baru suami cerita...lepas balik hospital, mlm tu aku ok.
Tapi besoknya, suami kejut2 aku x bangun....suami ingat aku penat.
Dia bg aku rehat, tp still x bangun, suami dah call Ibu .
Hari Rabu bwk g spital, tp aku x sedar pon cmne aku smpi spital
Senang cerita 2 hari aku hilang begitu sahaja.

Doktor kata ada salur darah tersumbat sikiiiiiit kat otak.
So, aku mcm kene strok kecil.
Pastu campur dgn ubat anti viral yg amat jahat.
So, byk faktor la kot yg buat aku hilang ingatan 2 hari tu.
Nak citer lebih2, aku pon tak tau apa jadi 2 hari tu.
Hahahah....

Agak lama jugak la aku mcm nk susun balik otak aku ni.
Dalam 2, 3 hari tu...terpinga-pinga la jugak bila org tanya2.
Tapi lepas tu ok je, I'm back to be myself again...
Alhamdullillah.

Doktor prescribed ubat cair darah.
Kene makan la smpai bila-bila.
Dan ada jugak insiden pasal ubat cair darah ni.
Baru jadi bulan lepas.
Owh....citer di atas ni berlaku pada bulan October 2014.
Baru nk update kat blog.
Hahaha....dah setengah tahun baru sibuk nk tulis.

Ok, sampai bertemu kembali....
Tadaaa....

Tuesday 21 October 2014

Kayap

Last week, aku terkena kayap lagi...untuk kali kedua.
Kali pertama dulu dah lama, tak ingat dah bila.
Kali kedua ni, nasib tak baik.
Time aku nak ikut suami balik Sabah, time tu la aku kene.
Frust jugak, dah terbayang macam mana dah nanti kat Sabah.

Aku perasan ada biji-biji kat leher pada Jumaat.
Mula-mula tu ok lagi, ingat cuma jerawat ke.
Sekali Sabtu bangun pagi, dah jadi banyak, menjalar dekat leher.
Aduiii...aku dah suspek kayap...sebab dia merayap sampai pangkal leher.

Terus mandi, bersiap pergi hospital, menuju ke Emergency.
Nasib baik aku punya shift dialisis start petang pukul 4.
So, bolehlah menunggu di Emergency untuk dapatkan ubat.

Comfirm doktor kata virus Herpes Vortes atau Bahasa Melayu nya Kayap.
Doktor bagi ubat antiviral.
Ubat ni kuat gila.
Satu hari aku makan mengikut dos yang di arahkan, aku tak boleh tido.
Bukan setakat tak boleh tido, siap pakej nampak yang bukan-bukan masa nak tido tu.

Besok paginya Ahad, aku terus baca kertas dalam kotak ubat tu.
Antara side effect nya adalah halusinasi.
Aduiii...macam mana ni, dengan tak boleh tidonya, dengan sakitnya, dengan gatalnya.
Stress aku. Padahal kayap ni punca dia kita stress.

Virus kayap ni memang ada dalam badan kita kalau kita pernah kene chicken pox.
Jadi bila kita stress, virus chicken pon ni akan keluar semula menjadi kayap.

Aku consult kakak sedara aku yang merupakan seorang doktor.
Aku explain yang aku tak boleh tido bila makan ubat tu.
So, Kak Long suruh stop, Kak Long kata lama kelamaan kayap tu akan baik sendiri.

Ok, aku dah stop, cuma aku makan ubat gatal dah tahan sakit.
Redah jugak ke Sabah, sebab tiket flight dah beli.
Ke Sabah kali ni aku bawak Ibu. 
Tapi terkilan sangat, sebab tak dapat bawak ibu ke mana-mana.

Mana tak nya, malam selepas sampai ke Sabah, aku kat rumah Kak Oli, langsung tak boleh tidur,
Kayap tu rasa panas sangat. Panas macam terbakar.
Sampai besok tak reda, aku minta cousin aku Aida bawa ke Hospital Likas, terus ke Emergency.

Sampai di Emergency aku cakap kat doktor, aku tak tahan, sakit sangat, panas. 
Dan aku langsung tak boleh tido.
Doktor terus suntik ubat tahan sakit dan mungkin ubat untuk kayap sebab kayap tu terasa lega.
Sempat la aku terlelap sejam. Alhamdullillah.
Kuat ubat yang doktor bagi tu agaknya.

Lepas sejam, nurse check BP, BP pon turun.
So, doktor bagi discharge.
Balik rumah Kak Oli aku qada tido.
Langsung tak selera makan.
Sepanjang aku kene kayap, seminggu tu aku tak selera makan.
Turun sampai 3 kilo.
Bukan hanya tak selera makan, tak makan langsung.
Aku cuma minta Ibu belikan buah-buahan sahaja.

Itu pon sikit je makan.
Lepas tu aku try makan balik antiviral tu, and guess what.
Satu hari je aku makan ikut dos yang ditetapkan, malam tu lagi haru.
Aku dah meraban meracau bukan-bukan.
Aku siap nampak suami kat sebelah cair macam patung lilin.
Aku siap terbayang ni sume setan punya keje, padahal kesan ubat.
Aku siap selawat kuat-kuat, Baca syahadah kuat-kuat.
Still jugak nampak suami kat kanan aku mencair. 

Suami dah kejut-kejut, tapi boleh aku marah dia sebab aku ingat ni sume mainan setan.
Huhuhu, last-last suami bawak aku ke dapur, basuh muka dah amek air sembahyang.
Baru aku sedar dan termenung.
Kene bebel ngn suami, sebab tak makan langsung, tapi makan ubat.
Suami ingat sebab tu effect dia bertambah teruk.

Tapi skang Alhamdullillah, kayap tu nampak surut, cuma kadang-kadang aku rasa sakit sangat.
Ubat antiviral tu last hari tu aku makan.
Tak sanggup dah aku nampak bukan-bukan.
Nak kata tido, tapi tak tido, siap meracau-racau.




Wednesday 27 August 2014

Health

Lately asyik rasa kurang sihat.
Maybe sebab lama dah ubat high blood pressure habis.
Huhuhuhu...makan ubat pon jimat-jimat.
Bukan taknak amek kat farmasi.
Tapi takde masa.
Bila sampai hospital je dah pukul 6 petang kan, so of course la farmasi dah tutup.

Minta tolong PPK di HDU ambil kan, tapi diorang pon lupa.
Hahahaha...merasa la sepanjang minggu lepas makan ubat jimat-jimat.
Lepas tu bila check BP buat-buat terkejut kenapa tinggi...!!!
Muhahahaha....

Semalam dah minta tolong lagi sekali kat PPK, Abg Balan,
Dia pesan suruh call ingatkan dia pagi tadi.
Tapi aku pon dah lupa nak call dia...hahahaha....
Jadi tadi baru msg dia...
Harap-harap sempat dia tolong amek ubat. 
Pening-pening....

Wednesday 13 August 2014

Mimpi Dah Bangun

Korang pernah tak dapat mimpi dah bangun pagi, dah siap-siap semua?
Aku dah lama jugak la tak dapat.
Tapi pagi tadi aku mimpi dah bangun.
Dah mandi, siap keluar awal.
Singgah kedai beli sarapan bungkus.
Dah sampai opis ok???
Dah buat air semua.

Sekali suami kejut, tak sedar diri.
Sebab aku rasa aku dah bangun.
Rupanya dah terlambat.... Huwaaaaa....
Stress betul bila mimpi macam tu.
Dah kene mandi balik semula.
Siap balik.

Dan paling tak best, takde pon mee goreng yang aku baru nak suap tadi.
Kecewa I....
Dah lambat kan, memang tak sempat la nak beli sarapan dalam mimpi tu.
Huahuahuahua.....

By the way, skang kat office. 
Perut lapar....
Camne??
Kene la tunggu pukul 10am kang.

Aduiii...tengah nak suap mee tadi....
*Nangisss...*