Nuffnang Ads

Tuesday 25 June 2013

Ephyra

Last week, decided to try Ephyra.
Mula nak beli untuk diri sendiri.
Tapi lepas bincang2 dengan hubby.
Hubby kata try jual.

So, aku contact FB Oceanlife.
And boleh amek stok kat HQ.
Now, ada 11 kotak Ephyra kat rumah.

Aku start minum Ephyra pada 22/6/2013.
Tak sabar nak tunggu result.
Hopefully ok.
Muka aku ni dari sejak azali byk bintik-bintik hitam.
Jadi kawan-kawan, pada sesiapa nak try Ephyra bley PM aku di FB.


Tuesday 18 June 2013

Transformers... Muahahaha







Yay, yay, yay....
Aku ada tranformers.
Best baq hang..
Senang hidup bila Note ni asyik la nak habis battery kan.
Time tengah bertungkus lumus nak pulun Candy Crush.
Sekali battery tinggal 15%.

Battery Note ni pon mintak tukar jugak ni.
Tahan 2 jam.
Huhuhuhu.....

Friday 7 June 2013

Dugaan Kami Adalah Hadiah Buat Kami...~

Aku pernah cerita kat sini.
One of my friend yang sama macam aku dialisis.
She's pregnant for second time.
Dan aku sangat gembira bagi pihak dia.
Kerana aku tahu betapa sukarnya kami, pesakit dialisis nak mendapat zuriat.

Dan baru-baru ni aku mendapat perkabaran sedih dari dia.
Dia juga bersalin awal.
Di saat kandungan baru masuk 6 bulan.
Ya Allah, serta merta teringat, aku juga bersalinkan Arissa pada saat kandungan 6 bulan setengah.
Dan, kedua-dua bayi sahabatku hanya sempat menjenguk dunia selama setengah jam sahaja.
Ya, sahabat ku memperolehi puteri kembar yang akan setia menantinya di syurga nanti.

Ya Allah, tabahkan hati sahabatku.
Tenangkan hatinya menerima kasih sayangMu.
Aku dan dia redha, kerna kami tahu, kami diberi hadiah puteri syurga yang akan menanti kami disana.

Di saat aku menerima perkabaran itu.
Airmata ini bergenang kembali.
Teringat pada Arissa.
Berfikir juga, adakah ini nasib kami.
Bolehkan kami mengecapi kebahagiaan bersama zuriat tersayang.
Suatu hari nanti???

Tuesday 4 June 2013

Not Feeling Well~

Hari ni berattt je rasa nak bangun pagi.
Sejak batuk-batuk ni, satu badan sakit-sakit.
Pagi ni bangun, pening ada, sakit badan ada.
Tapi memikirkan kalo cuti banyak nanti, habis la gaji aku.
Berapa je yg dapat hujung bulan nanti.
Dah la belanja nak g dialisis setiap bulan memang fix.
Tapi gaji aku je tak fix.

Kadang-kadang penat jugak, xde consideration di sini.
Aku kalo g dialisis, habis cuti aku ditolak.
Bila cuti dah habis tu, habis pulak gaji aku ditolak.
Kalo sakit pon gagahkan jugak bangun g ofis.
Sabarkan jugak. Sayangkan gaji yang akan ditolak kalo aku cuti.
Sebab senang kalo keje berdekatan dengan suami.

Itu juga sebab aku selalu ponteng dialisis.
Remuk juga rasa hati, kerja tetap kene disiapkan walaupon aku g dialisis.
Tapi gaji ditolak. Berapa yang tinggal. Menyimpan langsung takde.
Harapkan suami je la untuk menyimpan.

Pada suami la aku harapkan pertolongan hantar g spital seminggu 3 kali.
Kalo keje jauh, tak mampu rasanya nak drive g spital.
Mana nak layan pening, mana nak layan cramp.
Aku bersyukur, dengan aku yang memang da sedia menyusahkan ni,
suami sanggup bersusah bersama aku dan demi aku.


Monday 3 June 2013

Blackout.... Hahaha, Tajuk Nak Kontroversi Je...~

Hahaha, sebenarnya ni citer da basi.
Minggu lepas nya citer.
Eh, tak basi sangat la.
Hari Sabtu lepas.
Time dialisis.

Satu unit HDU tu trip.
Ada short circuit rasanya.
Tiba-tiba je trip, lampu sume padam.
Mesin sume stop.
Ngeriiiiii wooooo....
Bayangkan kitorang patient sume tengah attach dengan mesin.
Mesin padam.
Kalo darah beku, pengsan woooo....

Masa tu elok plak time rehat kan.
Staff yang tinggal Staff Nurse Naseha dengan Staff Nurse Sarah.
Huru-hara kejap nak on kan balik sume mesin.
Kesian aku tengok Seha ke hulu ke hilir.

Elok je da on balik mesin-mesin sume.
Pappp...!!! Padam balik.
Second time. Kali ni aku da cuak jugak.
Mesin aku dari tadi belom on lagi.
Ni padam lagi sekali.
Mesin aku belom jgk On.
Kang darah beku sebeban dalam line tu kannggggg....
Mau aku pengsan kat situ.

Terus mintak suami call kan MA Lutfi.
Dia keluar solat dan rehat.
Nasib baik dengan pantas Abg Lutfi datang.
Membantu Seha dan Sarah.
Kak Ros dari CAPD pon datang.
Huru-hara return darah dulu bagi semua patient.
Takut blood clots.






Hehehe, nampak tak gelap.
Tapi camera ni terang.
Jadi tak nampak la konon-konon gelap tu.
Sume mesin tengah ter"STOP".






MA Lutfi tengah return darah Kak Kastini.
Kak Kastini return terus kan darah.
Dia da buat 3 jam setengah.
So, ok la kot nak return.
Kitorang yang baru start sejam ni risau ni.






Hehehe, Kak Kamisah mengenang nasib kot-kot tak dapat dialisis hari ni.
Ramai-ramai la kami masuk Emergency nanti sebab semua kembung air.
Hahahah....






Muka konon-konon gembira.
Tapi aku memang sentiasa gembira je.
Risau sket je. Takut blood clots.
Hehehehe....

Lepas tu ok je.
Dorang dapat kenal pasti apa masalah.
Trip wire penimbang sebab ada kebocoron air kat situ.


Now You See Me

Smalam deting berdua ngn hubby.
Pagi-pagi la da keluar.
Tak pagi sgt la.
Kul 10.30am. Pagi la bagi hari Ahad.
Terus ke Terminal One.
Sebab Jijen nak beli handphone guna rebat RM200 aku.
So aku kene ada, nak no KWSP bagai.
Layankan..
Tersengih-sengih la muka Jijen dapat SIII Mini.
Kesian adik-adik aku, selama ni pakai HP buruk.
Aku nak belikan pon tak mampu dik oiii....!!!
Ko da keje ni ada duit beli la sendiri ye.
Aku bley bagi aku nya rebat je.
Kurang la jugak RM200 kan???

Settle-settle semua.
Aku g AEON Seremban 2.
Jijen dengan Wawan balik terus.
Jijen keje masuk petang.

Jadi aku dan hubby berdua je la.
Straight terus g TGV. Tengok tiket ada tak.
Ada. Pukul 4.30pm.
Now You See Me.
Ingat nak tgk Fast 6.
Tapi aku lagi teringin nak tgk Now You See Me ni.

Anyhow...memang best.
Thumbs up. Aku suka la citer ni.
Buat korang tercengang-cengang.
Hahahha..
Kesian plak kat suami tak dpt tengok Fast 6.
Takpe, kalo ada masa lagi kita g tengok Fast 6 pulak.

Tapi menyampah jgk.
Sbb tiket wayang skang melampau mahal.
RM13 per person.
Stress la ko kan bila nk tgk byk-byk movie.
Senang citer nnt, aku mintak la sape-sape download kan.
Huahuahua....


Jadi, pada sesiapa yang tak tau nak tgk citer ape tu.
Now You See Me adalah movie yang patut tgk.