Nuffnang Ads

Wednesday 15 April 2015

October 2014

Assalamualaikum....
Lama dah tak menulis kat sini.
Banyak benda jadi. Hahahah...
Sampai tak ingat dah.

Dari last post aku ada citer yang aku kene kayap masa balik Sabah.
Balik dari Sabah, dalam seminggu lebih lepas tu...
Aku sakit kepala yg teruk sangat...
Segala ubat makan, panadol, ubat darah tinggi, pain killer...
Semua tak jalan.
Start sakit kepala dari pukul 8 malam.
Sampai pukul 2 pagi, still tak boleh tido.
Tak tahan sangat...terus ke Emergency Hospital Serdang.
Sakit tak kurang walaupon doktor bagi ubat tahan sakit.
Last-last doktor bagi morfin.

Fuhhh....jangan cakap la best dia...terus hilang sakit...magik!!!
Muahahaha....lepas tu aku dibawa untuk CT Scan kepala.
Masa tu belom nmpk lagi apa yg x kene.

Admit ward sbb doktor nk cari punca sakit kepala teruk tu.
Takut virus kayap naik ke kepala.
So, doktor mnta kebenaran nk amek air tulang belakang.
Aku bg kebenaran. sbb kepala dah sakit kan....takkan nk biar.

Tapi lepas amek air tulang belakang tu...sakit kepala mcm dah hilang plak.
So doktor bagi ubat anti virus yang aku makan masa kene kayap sampai halusinasi tu kan....
Tapi ni ubat lagi power...terus masuk dalam salur darah.
So lagi power la kesan dia.
Aku pegi emergency hari Khamis.
Hari Isnin aku mnta balik...sbb tolong laaa....mcm2 aku nmpk kt ward tu.
Tak boleh tido...lepas tu sakit kepala balik.

So, doktor terpaksa bagi balik atas risiko aku sendiri.
Isnin balik. Lepas tu tido kat rumah.
Lepas tu aku tak xtau apa jadi dah.
Muahahaha.....Aku jaga je..aku kat emergency balik.
Tercengang-cengang ingat mimpi je kat emergency.
Cari suami...takde plak. Cari telepon, ada dlm poket.
Laju2 call suami. Suami ckp kejap lagi dia dtg,
Ok, tak mimpi.

Pastu, pengsan balik. Hahahaha....
Sedar2 kt tingkat 7, nak dialisis...
Tapi ramai cousin aku ada jugak.
Eh, aku dah mati ke ni. Huhuhu.....
Tapi Ibu still ckp2 ngn aku, so...masih hidup.

Lepas dialisis baru otak aku boleh pick up sikit-sikit.
Tapi aku x paham cmne aku boleh ada kt spital ni.
Bukan hari tu aku dah mnta balik ke...
Dah sampi rumah pon.

Lepas dialisis....warderd balik....
Hmmm...tak paham lagi ni...lost.
Suami dtg...tp dia mcm biasa..borak2 ngn aku...
Suap makan. Tapi mulut aku macam susah sikit nk ckp.. still lost.

The next day, baru suami cerita...lepas balik hospital, mlm tu aku ok.
Tapi besoknya, suami kejut2 aku x bangun....suami ingat aku penat.
Dia bg aku rehat, tp still x bangun, suami dah call Ibu .
Hari Rabu bwk g spital, tp aku x sedar pon cmne aku smpi spital
Senang cerita 2 hari aku hilang begitu sahaja.

Doktor kata ada salur darah tersumbat sikiiiiiit kat otak.
So, aku mcm kene strok kecil.
Pastu campur dgn ubat anti viral yg amat jahat.
So, byk faktor la kot yg buat aku hilang ingatan 2 hari tu.
Nak citer lebih2, aku pon tak tau apa jadi 2 hari tu.
Hahahah....

Agak lama jugak la aku mcm nk susun balik otak aku ni.
Dalam 2, 3 hari tu...terpinga-pinga la jugak bila org tanya2.
Tapi lepas tu ok je, I'm back to be myself again...
Alhamdullillah.

Doktor prescribed ubat cair darah.
Kene makan la smpai bila-bila.
Dan ada jugak insiden pasal ubat cair darah ni.
Baru jadi bulan lepas.
Owh....citer di atas ni berlaku pada bulan October 2014.
Baru nk update kat blog.
Hahaha....dah setengah tahun baru sibuk nk tulis.

Ok, sampai bertemu kembali....
Tadaaa....