Nuffnang Ads

Thursday 22 November 2012

Khayra Mustika

Di saat aku menulis entry ni, aku x publish terus, aku save dulu, aku perlu minta kebenaran dari tuan empunya Khayra Mustika, iaitu Mommy dan Daddy die.

Okey, siapa Khayra Mustika? Secantik nama diberi, Khayra Mustika adalah baby yg aku sayang setakat ini, selepas aku kehilangan Nur Arissa Adni. Kenapa???
Semuanya kerana ini,

Aku terkedu, terkedu sekedu-kedu-nya (ade ke perkataan tu??? Mesti daddy Khayra marah sbb daddy Khayra adalah pakar di dalam bahasa melayu). Aku terkedu kenapa, gambar ni, gambar ni sangat mirip dengan kesayanganku, Nur Arissa Adni, arwah Arissa. 
* Gambar ni aku pinjam dari facebook Mommy Khayra.

Ini adalah arwah Nur Arissa Adni, puteri sulungku yang hanya dipinjamkan Allah selama 24 hari selepas Arissa lahir ke dunia. 
* Gambar ni aku ambil mase hari terakhir sebelum Arissa meninggalkan ku, macam terdetik kat hati mase tu nk curi-curi amek gambar Arissa dalam incubator tu, rupe-rupenye itu adalah supaya aku dapat kenangan terakhir untuk aku simpan sebagai kenangan.

Aku tau, mesti ade orang cakap aku perasan je, sebab terlampau rindu Arissa, tapi aku memang ingat setiap perincian muka anak kesayanganku. Lantak lah orang nak kate ape, dan mungkin juga betol, aku terlalu merindui Arissa. Cuma disini, yang boley aku katakan, Khayra adalah mirip Arissa.

Aku bersyukur kerana Allah memberi aku peluang untuk melihat bayi mirip Arissa membesar, kadang-kadang aku membayangkan kalo Arissa besar, mesti mcm Khayra jugak, mesti keletah macam Khayra jugak.

Dan aku sangat berterima kasih kat Mommy Khayra, Mai dan Daddy Khayra, Azim kerana berkongsi detik-detik tumbesaran Khayra.

Aku tau mesti ade orang kate, aku ni sibuk je lebih anak orang, biarlah, salah ke kalo aku nak sayang anak orang pon. Anak sape pon, itu terpulang pada diri aku sendiri. Yang penting skang ni, mmg aku jatuh sayang dekat Khayra Mustika.

Dan semalam Mommy Khayra share, Khayra da tumbuh gigi 2 batang, aku yang excited lebey, x sabar nak jumpe dak tecik tu. Tapi aku kene tunggu bile En. Suami aku free, baru bley dpt jumpe Khayra. Setakat ni, aku berterima kasih sangat kat Mai sbb sudi share gambar-gambar Khayra yang super duper cute tu. (suke hati aku la nak puji melambung pon, sbb aku sayang dak kecik tu, nasib baik Khayra masih x paham,kalo x mesti da kembung pampers die, hahaha....)

Sebelum entry ni di publish, aku perlu minta kebenaran Mai dulu untuk publish. Hehehe...ape-ape pon aku masih berpijak di bumi yang nyata, aku sedar Mai adalah Mommy Khayra, perlu ade permission, kalo Mai kate ok, aku publish.

  First time jumpe Khayra, selepas berkuat hati dan kuat semngat untuk jumpe baby mirip Arissa. Comel kan??? Aku suke sengih sorang-sorang tengok gambar ni. Kenapa aku xtau. Mase ni Khayra baru 4 bulan x silap aku. Tapi kepandaian die berposing depan camera, ade je gambar2 cantik hasil tangkapan Mommy die.



Ni latest gambar Khayra, da besar da, da 7 bulan, da pandai merangkak. Waaaa....Aunty belom sempat jumpe Khayra lagi, Khayra da merangkak. Aku kalo tiap kali jumpe die, mesti first nak gigit kaki die, pastu gigit tangan die, last skali gigit pipi die (ape gile ko nk jadi vampire gigit anak orang??? itu angan-angan je la, aku takut nak gigit walaupon geram, sbb nnt Daddy Khayra marah aku, x ke naya, hahaha)
*Terima kasih kat Mommy Khayra sebab share saat-saat Khayra mula merangkak. =D


 Khayra, Aunty harap Aunty dapat menumpang kasih dengan Khayra ye. Hehehe..tapi Khayra ni, kalo ade Mommy die, die poyo tau... macam die seorang ade Mommy. Hahaha....



2 comments :

  1. Comel dan mmg serupa wajah Kharya dan Arwah Nurr Arissa....;)...terubat lah sikit rindu Pn. Liyanna.

    ReplyDelete