Nuffnang Ads

Thursday 19 April 2012

Sesungguhnya Hati Ini Tidak Sekuat Disangka~

Hati ini amat merindui,
Hari ini, hati ini menangis lagi,
Nur Arissa Adni,
Ibu amat merindui Arissa,
Ibu tau Arissa bahagia di sana,

Arissa,
Doakan kesihatan ibu,
Ibu minta maaf kerana ibu tidak kuat dan tidak mampu mengandungkan Arissa cukup 9 bulan,
Arissa, Ibu bahagia melahirkan Arissa,
Sedikit pon ibu tidak terluka sewaktu melahirkan Arissa,

Arissa,
Ibu minta maaf andai selepas Arissa dilahirkan,
Arissa melalui pengalaman yg menyakitkan kerana dicucuk utk prosedur2 tertentu,
Hati Ibu juga runtun apabila melihat semua itu,
Ibu minta maaf Arissa, itu semua usaha utk membuat Arissa lebih sihat.

Tapi,
Allah lebih mengetahui,
Allah lebih menyayangi Arissa,
Allah meminjamkan Arissa kepada Ibu cuma 24 hari,
Maha Besar kuasa Allah,
Allah mengambil Arissa di hari lahir Ibu,
Supaya Arissa sentiasa di ingatan Ibu,

Arissa,
Tahukah Arissa hati Ibu amat merindui Arissa,
Rindu yg tidak dapat Ibu gambarkan,
Rindu yg tidak dapat Ibu ungkapkan,
Rindu di hati yg tidak akan terubat,

Arissa,
Semua yang berlaki terasa bagaikan mimpi,
Bagai baru semalam Ibu terasa pengalaman ke bilik bersalin,
Bagai baru semalam Ibu melihat wajah Arissa,

Ibu merindui mata kecik Arissa,
Ibu merindui mulut comel Arissa,
Ibu merindui hidung bulat Arissa,
Ibu kepingin memegang tangan Arissa yg kecil,

Arissa,
Bagaimana Ibu ingin merawat hati ini,
Ibu rindukan Arissa~

No comments :

Post a Comment