Nuffnang Ads

Wednesday 23 July 2014

Kembung Perut

Tajuk macam baby-baby je kan?
Padahal aku yang kembung perut.
Dah 2 hari.
Sakit.
Terpaksa buka puasa untuk makan gaviscon dan ubat gastrik.
Still hari ni jadi lagi.
Malam tadi terguling-terguling tido menahan sakit.

Aku syak sebab makan teppanyaki Isnin hari tu la.
Teppanyaki kan banyak gila kobis dan taugeh.
Aku Google tadi what cause kembung perut.
Dang..!!! Taugeh dan kobis no satu ye.

Since when pulak aku tak tahan makan benda angin-angin ni.
Selalu belasah je.
Sebab 2 sayur tu je la pon yang aku boleh makan kan.
Sebab dia kaler putih.
Aku kan x boleh makan sayuran hijau.

Sekali..amek kau...kembung dah 2 hari.
Sakit.... Hari ni sayang jugak, terpaksa berbuka.
Tak tahan aku menahan sakit perut, macam nak demam.
Yang peliknya, susah pulak nak kentut tu.
Huhuhuhu....

Help....ada petua nak hilangkan angin ni?

Friday 4 July 2014

Ramadhan Ke-5

Ku menungguuu....ku masih menungguu....
Hahaha....semalam aku goreng mee hoon.
Tajuknya meehoon hospital.
Sebab aku buat sebijik macam hospital, mee hoon goreng putih, kosong dan tawar.
Hahahaha.... letak ayam, carrot dan kobis je.
Anyhow....sedapppp...!!! *puji diri sendiri*
Aku makan sampai 3 pinggan. Hahaha....
Puas hati sebenarnya masak ni.
Tapi penat la.
Aku keje lagi.

Owh, semalam pon dapat buat cekodok pisang.
Lama dah nak makan cekodok pisang yang banyak pisang.
Semalam berjaya buat.

Hari ni belum tau nak berbuka apa.
Buat sup ayam campak-campak pon ok.
Muahahaha.....

Selamat berbukaaaa.....!!!

Wednesday 2 July 2014

Ramadhan Ke-4

Hari ni, macam dari first Ramadhan, tak tau nak berbuka apa.
Hahahah, bukan tak tau, tau...tapi halangannya, gaji belum la bermasuk lagi.
Alahaiii...dugaan di bulan Ramadhan.
Takpe la...kita makan je apa yang ada di rumah.
Goreng telur dan ikan masin pon cukup bagi memenuhi perut yang lapar selepas berpuasa.

Tapi Alhamdullillah, semalam hari dialisis pon aku kuat untuk berpuasa.
Berbuka ala kadar, beli di kantin. Berharap agar gaji masuk hari ni, tapi hampa lagi.
Takpe, kita bersabar, bulan puasa la bulan untuk kita menambah kesabaran kita. Hehehe....

Semalam beli nasi di kantin hospital, sayang, nasinya basi.
Rasa geram jugak, ye la...buka-buka masa azan, tengok tak boleh dimakan.
Nasib baik ada mee goreng yang patient dialisis dapat.
Dapat lah kami share berdua suami isteri.

Hari ni?
Ahad lepas Ibu ada bagi bawang putih dan bawang merah yang di blend.
Boleh kot goreng nasik pecah telur.
Selamat Berbuka...!!!