Nuffnang Ads

Wednesday 2 October 2013

Kenalkan, Ini Nur Arissa Adni... Puteri Syurgaku.

Nur Arissa Adni.
Si kecil kesayanganku.
Secantik namanya.
Sesuai dengan maksudnya.

Nur - Cahaya
Arissa - Azam, Kekuatan
Adni - Nama syurga.

Memang di syurga tempatnya.
Tak perlu mengharungi hidup yang penuh pancaroba.

Tenang la Arissa di sana, sayang....
Sabar la Arissa menunggu kami, Ibu dan Ayah mu.
Bagai baru semalam Arissa lahir.
Masih lagi aku ingat setiap detik.
Benar, aku masih belom move on.
Sukar, sukar untuk aku move on kerana saban hari aku merindui tangan kecil itu.

21hb October ini, genap Arissa 2 tahun, jika Arissa masih di sisi Ibu.
Allahuakbar....!!!
Ya Allah, kuatkan hati ini.
Tabahkan perasaan ini.


Mata kecil itu, kenangan terakhir aku bersamanya.
Seperti cuba memberitahu.
Bahawa dia tidak lama di sini.
Dia hendak bertemu Penciptanya.
Mata itu, seperti berkata "Maafkan Arissa Ibu, Arissa tunggu Ibu di sana".



Wajah yang sangat tenang dan suci.
Ibu merindui mu, sayang...
Allahuakbar....!!!
Macam nak pecah dada ni di saat ibu menulis coretan ini.
Semua kerana Ibu rindukan Arissa.


Lama Ibu mengelak dari menatap gambar-gambar Arissa.
Tapi malam ni Ibu gagal.
Dan sekali lagi airmata ini menitis. 
Menitis dengan laju. 
Ibu rinduuuuuuu........!!!!!
Ibu membayangkan Arissa dalam dukungan Ibu.
Ibu bayangkan Ibu memimpin tangan Arissa.
Bertatih menapak langkah baru.
Semua itu hanyalah bayang Ibu, Arissa.
Bayangan Ibu yang cuma berharap dan bermimpi.
Bermimpi, jika Arissa masih ada di sisi Ibu dan Ayah, tentu Arissa sudah pandai berlari.

Di kala ini, tentu coleteh mulut Arissa memanggil Ibu dan Ayah.
Mesti Arissa juga pandai merajuk waktu Ibu perlu pergi bekerja.
Tapi, itu cuma la bayangan Ibu yang mengharap sesuatu yang tiada.

Arissa, sabarlah sayang....
Tunggu Ibu dan Ayah di sana.
Ibu sentiasa sayang Arissa.
Sentiasa merindui Arissa.
Seluruh hidup Ibu.

No comments :

Post a Comment