Nuffnang Ads

Tuesday 26 March 2013

Part 2 : My Life

Kenapa life aku tak serupa orang lain?
Dari kecik aku makan ubat Prednisolone.
Ubat ni untuk kawal sakit SLE aku.
Ubat ni jugak banyak side effect.
Salah satu side effect paling obvious ialah muka aku akan jadi sebesar pinggan kalo 
makan dalam dos yg banyak.

Jadi korang tau kan, kalo muka da besar pinggan.
Masa umur-umur 8 tahun hingga 12 tahun.
Korang takkan sedar betapa kejamnya budak-budak umur tu.
Hari-hari aku kene ejek kat sekolah.
Dengan budak-budak lelaki selalunya.
Jadi itu semua buat moral aku down.
Dari kecik, aku menyampah je tengok budak-budak lelaki yg kejam ejek-ejek aku.

Tapi aku sabar je la.
Sabar-sabar pon, banyak kali jgk kes bergaduh kat sekolah dengan budak lelaki.
Tapi masa kat sekolah menengah la.
Kat sekolah menengah aku da jadi laser da garang. Celupar pon ye.
Dan aku tak pernah terfikir akan ada jodoh untuk aku.
Aku redha je, sbb ye la kan...sapa nk pompuan sakit wei...
Lagi satu aku mmg menyampah je ngn budak-budak lelaki dari sekolah rendah lagi.
Hahahahah.....
Tapi itu semua di tangan Allah.

Dalam sakit-sakit tu.
Alhamdulillah.. Otak aku pick up.
Masih boleh score untuk UPSR.
Dan aku dapat masuk KGV.
Bangga tak bangga laaa....
Sekolah Harapan Negeri tuuu....
Tapi yg paling penting ade swimming pool.
Bahahahah... itu yg aku kesahkan.

Kat sekolah menengah.
Aku cuba aktif, aku join Kadet Polis.
Join Persatuan Penyelamat Kelemasan, tapi aku tak selamatkan orang.
Selamat kan diri sendiri je.
Kahkahkah...
Aku join Kelab Renang.
Kan aku obses ngn swimming pool.
Tapi mcm mana aku aktif pon, aku terbatas sebab sakit aku.
Aku cepat penat.
Tapi aku try jgk, berjaya jgk aku masuk pertandingan kawad kaki kadet polis.
Kitrg menang Naib Johan peringkat Negeri kalo x silap.
Masa tu Kama jadi Sarjan.

Aku mmg nk life aku mcm org lain, aktif.
Tapi mmg terbatas. Bila aku penat aku menyusahkan orang.
Aku ingat lagi masa form 5. Seluruh class fizik kene belajar dalam kelas sendiri.
Sebabnya masa tu kaki aku bengkak dan aku terlampau penat nk naik tangga sampai tingkat 4 nk pegi makmal fizik.
Tapi kawan-kawan aku semua baik.
Diorg bagi semangat.
Lagipon apalah sangat nk belajar fizik dalam makmal, bukannya byk eksperimen pon.
Dah la tingkat 4.
Itu kenangan yg aku ingat time sekolah.
Aku sakit mmg menyusahkan kawan-kawan lain.

Pelajaran aku masuk Form 5 banyak tertinggal.
Aku masuk sekolah bulan Jun masa Form 5.
Ko bayangkan cmne nak catch up.
Masa Form 4 tu pon SLE aku da relapse sket-sket.
Admit masa hujung tahun Form 4 sampai la bulan March Form 5.
Berulang g spital cuci darah sampai June.
Habis semua pelajaran aku tertinggal.

Tapi Syazrah banyak tolong aku.
Syazrah siap bagi aku tusyen peribadi ajar Math.
Yg Add Math mmg x bley hadam la dahhh...
Math dapat C pon kira ok.
Hahahha...Belajar 5 bulan je.
Apakan daya.

Sedey, SPM aku teruk.
Sapa tak sedey.
Aku straight A student dari UPSR sampai PMR.
(bukan nak riak, nak bgtau je betapa kecewa perasaan aku)
SPM hancur. Kawan-kawan kelas semua result gempak.
Ya, aku dikelilingi kawan-kawan otak genius.
Aku je tak genius. Huahuahua...
Syukur la, ada jgk A.
Huhuhu.
Sedey bila kenang kembali.




Monday 25 March 2013

Jatuh Terhentak

Smalam kan, aku jatuh woooo....
Sakit bontot aku.
Die jatuh terhentak, bukan terlentang.
Time tu aku sorang-sorang.
En.Taufik keluar sekejap.
Nasib baik boleh bangun.
Bangun-bangun rasa bontot aku bengkak.

Serius sakit.
Nak duduk atas kerusi pon sakit.
Bengkak belah kanan.

Padan muka aku.
Sebabnya..... da banyak kali laki aku pesan.
Lepas mandi, lap kaki kering-kering.
Tapi apakan daya, aku kan degil.
Haaaa...da jatuh baru menggelupur amek kain lap semua lantai.
Kahkahkah...macam nangka busuk.

Tapi serius tak tipu.
Sakit bontot aku.
Eh, ape aku cite bontot ni.
Takpe la eh, aku nk cite aku jatuh.
Sakittt..... Waaaaa........ =(

Part 1 : My Life

Life aku tak macam orang lain.
Hospital is my second home.
Staff kat hospital dan patient-patient semua da macam family.
Bayangkan, aku lagi kerap jumpa orang kat hospital berbanding family sendiri.

Entry ni sekadar berkongsi pengalaman.
Juga untuk family and friends yg nmpk kalo-kalo anak-anak anda semua ada simptom macam yang aku cerita, terus bawak jumpa doktor.

Aku sakit sejak kecik, umur 8 tahun.
Umur 8 tahun tu, Ibu aku perasan muka aku bengkak setiap pagi.
Nasib baik Ibu dan Ayah perasan simptom-simptom pelik tu.
Terus Ibu dan Ayah bawak aku g SJMC (Subang Jaya Medical Center). *Skang dah tukar nama rasanya.

Aku disahkan mengidap penyakit Nephrotic Syndrom.
Kerosakan buah pinggang atau lebih mudah, buah pinggang bocor. Hahahah....
Macam tu lah yg doktor terangkan kat aku.
Correct me if I'm wrong my dearest cousin. (Kak Long, Kak Ida, Kak Lang, Kak Ai)
Fungsi buah pinggang sebagai penapis tu yg bocor, kira penapis tu bocor.
Jadi semua kotoran yg patut buah pinggang tapis terlepas dalam darah.

Tapi doktor kata, sepatutnya aku kene SLE dulu baru Nephrotic Syndrom.
Tapi aku terbalik, dapat Nephrotic Syndrom dulu.
So doktor kata kene prepared kemungkinan dapat SLE.

Pada umur aku 11 tahun.
Aku disahkan mengidap SLE.
Simptom-simptom yg ada pada aku adalah sakit sendi.
Sakit seluruh sendi satu badan.
Gilaaa.... Nak genggam tangan tak boleh.
Sampai kan nk pakai butang seluar jeans pon aku x mampu.
Masa tu aku rahsiakan dari Ibu.
Takut nak masuk hospital punya pasal.
Sanggup mintak tolong Wawan pakai kan aku seluar dan baju.
Boleh bayangkan tak sampai pakai baju pon tak boleh.
Betapa sakitnya semua sendi-sendi aku.

Tapi akhirnya Ibu perasan sebab makin hari aku berjalan pon macam orang cacat.
Lutut bengkok semua, pegang sudu pon nak menangis.
Again, admit kat SJMC.
Doktor yg sama merawat aku, Doktor Indon Bte Lajin.
Doktor ni baik sangat. Aku takkan lupa jasa Doktor Indon merawat aku sepanjang di bawah pantauan dia.
(Wah, aku baru tau Doktor Indon ni Ex-Georgian, bangga...! Masa aku bawah pantauan dia, aku belom masuk form 1 kat KGV lagi. Jadi dia sure tak tau aku pon Georgian)
Lama aku di bawah doktor ni, dari umur 8 tahun hingga 12 tahun.

Masa umur 12 tahun, Ayah tak lagi bekerja di 3M.
Jadi kami tidak dapat rawatan sebagai panel hospital di SJMC.
Ayah mintak aku direfer kan Hospital Seremban.
Kami tak mampu lagi untuk dapatkan rawatan di SJMC.
Gila mahal baq hanggg....

Masuk Hospital Seremban, aku masih bawah Peadiatrik.
Sebab aku masih bawah 21 tahun. Special case sbb SLE.
Di Seremban, aku di bawah pantauan Doktor Lee Ming Lee.
Serius Doktor ni comel gila. Baik gila jgk..
(Eh,berapa banyak gila? Hahahah...)
Ada satu masa tu, aku tak lalu makan, sebab terlampau banyak makan ubat, lidah aku jadi bercendawan.
Serius, ada putih-putih kat lidah, macam baby kene putih-putih susu tu.
Tapi sakit, nak makan pon takboleh.
Bertambah takde selera. Dah la da nk mcm orang gila aku duduk dalam wad 3 bulan.
Tapi Doktor Lee baik sangat, siap belanja KFC. Siap tnya aku nk ape, Pizza ke KFC.
Tapi da lidah sakit kan, KFC pon aku x mampu nk makan.

Pengalaman dalam hospital banyak.
Pengalaman pahit, pengalaman manis.
Prosedur biopsy yg membuatkan aku tak boleh berjalan hampir sebulan.
Sebulan atas wheel chair.
Mandi berak semua Ibu yg tolong.
Ya Allah, ko ampuni kan lah dosa kedua Ibu Ayah ku.
Kau bahagiakan lah mereka di dunia dan akhirat.
Jasa Ibu dan Ayah takkan dapat aku balas sampai mati.

Pengalaman kimoterapi selama 2 tahun.
Tapi itu semua aku citer lain kali.

Byk lagi nak citer.
Belom habis.
Nanti-nanti lah sambung.
Skang ada keje.
Kbai..!

Thursday 21 March 2013

Duphaston & Get Pregnant

Aku start makan Duphaston hari Isnin 18/3/2013.
Kak Long kata kene makan 10mg BD.
Meaning 1 biji, 2 kali sehari.
Until today, makan lagi.
Kene cukup 5 hari.

The reason why aku makan Duphaston is because.....
I never getting my period since after deliver last year.
Lepas habis nifas, terus xde period.
Huahuahua... Sebenarnya aku suka je.
Bahahaha, sbb sentiasa bersih.
Takde period pain.

Tapi, one thing, aku dan husband decide nk get pregnant again.
*Doa kepada Allah semoga dipermudahkan*
Jadi kalo aku tak period-period kan, cmna la nk try.
Bahahaha.
Jgn kata kat aku kot-kot dah ada.
Byk kali dah buat UPT. Takde.
Maybe hormon tak stabil.

Maybe sebab aku berdukacita terlalu lama.
Kalo nk ikutkan until now.
Tapi bukan berdukacita.
Merindui tahap kronik.
*Waaaaa...... Ibu rindu Arissa*
Lagi satu, last entry kan aku ada kabar, rakan dialisis aku pon pregnant lagi
Da 4 months. Doakan semua dipermudahkan bagi dia.

Hanya orang-orang seperti kami yg tau bagaimana perasaannya bila pregnant dan dialisis hari-hari.
Dengan segala macam kene monitor dengan ketat.
Dan to all cousins and friends, please doakan aku ehhh?
*Aku tau semua family & cousins aku doakan aku*
Now tgh makan lagi Duphaston ni, Friday baru habis dos.


Monday 18 March 2013

Miss Her..~

Lama x menulis..
Sebab takde ape nk ditulis...
Life macam biasa
Pegi keje, balik keje, pegi dialisis.

Sabtu lepas balik rumah ibu.
Anak-anak Percie makin comel.
Kesian dah xde mak.
Percie RIP masa anak-anak die baru umur seminggu.
Ada 3 ekor anak-anak die.
AKu nk amek sekor, kesian plak terkontang-kanting nanti.
Terpisah mereka 3 beradik, so x jadi amek.

Ibu, Wawan, Jijen ngn Elys la jadi mak bapak angkat.
Nasib baik jumpe botol susu kecik untuk dorg kat Vet.
Dapat la mereka menyusu senang sket. Kalo x bagi pakai syringe sikit je diorg minum.




Comel-comel. Lasak plak tu. Keje nak memanjat je.
Anyway, td dapat berita gembira dari kawan sama dialisis.
Dia pregnant da 4 bulan.
Alhamdulillah......~
Aaaaaa....... Jeles..!!!
Hehehe...rindunya nak rasa perasaan masa pregnant.

Dan of coz... aku sangat merindui puteri syurgaku.
Hari ni jadi tambah rindu. Asyik ulang tengok video Arwah Arissa.