Nuffnang Ads

Sunday 15 April 2012

Rindu

Tak dapat nak ku gambarkan perasaan ku ketika ini...
Ya Allah,
Aku amat merindui Nur Arissa Adni..
Allah lebih menyayangi baby kesayangan ku..
Aku bersyukur kepada Allah,aku diberi peluang untuk bergelar ibu kepada Nur Arissa Adni,
Walau hanya 24 hari.

Tanggal 14 November 2011, 7.10 malam,
Arissa pergi meninggalkan ku,
Di saat aku dapat memeluk tubuhnya yg kecil itu,
Dia telah pergi meninggalkan ku buat selama-lamanya..
Di saat aku dapat mencium muka yang comel itu..
Dia telah tiada lagi di dunia ini.


Sekejap terasa..
Seperti baru semalam aku mengetahui kehadiran Arissa di dalam rahimku.
Seperti baru semalam aku dan suami melalui hari-hari kami ke dialisis..
Semua demi anak tersayang..

Masih tidak dapat ku gambarkan perasaan ini..
Bukan tidak menerima ketentuan Ilahi,
Aku redha dengan dugaan ini,
Cuma hati ini teramat rindu..
Tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata..

Aku rindu menatap wajah comel itu,
Aku rindu mencium wajah kecil itu,
Aku rindu memeluk tubuh kecil itu,
Kepingin melihat gambar Arissa,
Tapi aku tidak mempunyai kekuatan itu,
Hati ini teramat rindu,
Rindu pada Nur Arissa Adni.

2 comments :

  1. Tabahkan hati.... Allah maha mengetahui. 1001 hikmah dlm setiap ujian yg Allah beri pada hambanya. Puan adalah insan istimewa kerana Allah memilih puan mghadapi ujian yg besar dan blm tentu manusia lain mampu hadapi seperti puan... moga puan diberi rahmat dah hidayah oleh Allah sentiasa dlm menjadi insan yg tabah dan sabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Ya,setiap apa yg Allah beri,adalah tanda kasih sayangNya kepada hambaNya.

      Delete