Nuffnang Ads

Thursday 29 August 2013

Gastrik

Semalam aku kene gastrik lagi.
Tiba-tiba je, dalam kul 4 petang macam tu.
Padahal dah lunch tengah hari tu.
Mula-mula ingat macam sikit je, sapu la balm panas.
Bancuh air panas, hirup perlahan-lahan.

Sekali da nak balik kul 5.30pm pon x ok.
Huwaaa...... sedey betol, sakit perut aku.
Geram la, padahal bukan x makan, makan.
Cuma x makan nasi je.
Pagi makan mee hoon, tengah hari makan soto.

Suami da bebel, 
"Yana bukan makan banyak, ingat Abang x nampak, makan pon sikit je, x luak soto tu".
Bukan aku xnk makan banyak, tapi aku cepat kenyang, dan aku cepat lapa.
Tu la korang asyik baca aku asyik lapa mencari biskut.
Balik tu kelam kabut order nasi kat Restoren Shukri.


Menu pilihan, udang goreng kunyit dan ayam goreng kunyit.
Kuah mintak sup kosong je.
Dan x larat nak pikir panjang, perut aku sakit.


Sayur, aku order kacang panjang goreng telur.
Menu ni memang xde kat mana-mana restoren tomyam.
Ni special request.

Tapi lepas makan, baik sekejap je. 
Tengah rehat-rehat, sakit balik.
Kesudahannya, sepanjang malam aku tido-tido ayam je.
Guling-guling tahan sakit.
Suami belikan Gaviscon paket tu 2 paket.
Tak sangka sakit teruk sampai semalaman.
Jadi dua-dua paket aku telan.
Bila telan tu, lega la sikit.
Dapat lelap dalam sejam.
Pastu terjaga sebab sakit balik.

Suami sambung bebel balik,
"Tu la, dulu da kene teruk x beringat, suruh makan, makan main-main".
Ada ke die kata aku makan main-main?
Huhuhu, lepas ni beringat, pagi-pagi kul 10am tadi aku da makan nasi. Hahahah



Wednesday 28 August 2013

Lapar....

Huhuhu, mesti bosan baca blog aku kan?
Asyik lapa, lapa, lapa.
Tapi itu la hakikatnya.
Stok bisikut dalam office belom top up.
Jadi terpaksa cari alternatif lain.
Walaupon da makan lunch tadi.
Tapi tetap lapa.

So, mari lah kita bancuh nescafe lepas tu pau bisikut orang..!!
Muahahaha....

Apa ke Mahal Sangat?

Setiap pagi, tempat kerja aku ada waktu rehat pagi pukul 10am - 10.30am.
So, disebabkan tempat kerja ni xde kantin, yang ada pon kedai bibik depan kilang,
kitorang prefer pegi Nilai 3.
Nilai 3 dekat je ngan kawan perindustrian tempat keje aku nih.
Setiap pagi pegi makan kat kedai makan depan 7E Nilai 3.
Siapa yang selalu pegi Nilai 3 tau la 7E tu kat mana.

Aku suka makan kat kedai ni, sebab die menjaga kebersihan.
Dulu selalu gak makan kat area pasar Nilai 3 tu.
Tapi tahap lalat die melampau-lampau buat aku jadi takut plak nak makan kat situ.
Dah la aku ada sejarah keracunan muntah-muntah sampai terberak-berak 2 hari.
Flat habis la, masuk je makanan muntah, masuk je makanan, muntah.
Jadi mari kita elakkan kawasan berlalat.

Ok, jauh melencong sampai keracunan plak.
Cite kat kedai yang kitorang selalu pegi ni, makanan ok, kebersihan ok.
Tapi yang jadi sakitnya adalah HARGA.
Hai, garu kepala jugak bila terkena.

Macam Isnin hari tu masa rehat pagi.
Aku amek sepinggang mee goreng. 
Alaaa....mee goreng yang banyak-banyak tu. 
Yang goreng kosong letak sayur je.
Suami pon amek mee goreng jugak, dan suami amek sardin seketul.
Aku amek bukan banyak, aku bukan makan menggunung pon.
Suami pon amek sikit, orang diet la katakan.
Air aku nescafe ais, suami order nescafe o.

Settle makan, time bayar,
Tau tak berapa harga sume makanan tu?
Total sume RM 11.80.
Gila tak? 
Macam makan nasi campur kan.
Padahal ayam pon xde.
Suami tanya la berapa harga mee sepinggan.
Rupanya sepinggan mee die caj RM 3. Tambah sardin seketul RM 2.
Total sepinggan suami makan RM 5 tak masuk air.
Aku punya mee goreng kosong, RM 3.

Gila la, x pernah aku makan mee goreng kosong sampai mahal macam tu.
Bila pikir kadar yang aku amek tu ciput je.
Lepas makan sakit hati.
Korang paham x perasaan aku ni.
Memang la nak berniaga, nak amek untung.
Tapi jangan la sampai sembelih orang macam tu.

Monday 26 August 2013

Selera Makan Macam Dot...Dot...Dot..

Huahuahua....
Dua tiga hari ni selera makan melampau-lampau.
Smalam je, aku bahagia je makan 2 pinggan Nasi Tomato kat open house rumah kawan suami.
Buat muka xtau malu p makan 2 kali.
2 kali means pegi tgh hari dan petang. 2 kali pegi.
Hahahah....

Hari ni pon lapar ni.
Tapi apakan daya, suami xnak kuar lunch tengah hari tadi.
Ada ke dia kata semalam die makan banyak, jadi hari ni dia xnak lunch.
Boleh ke macam tu?

Da petang ni baru aku teringat yang Ija keje kat ujung jalan, kalo x boleh suh die amek aku kuar lunch...
Huhuhu, sedehnya, lapar ni.
Tadi da makan bisikut. Ni buat milo makan bisikut lagi.

Takpe, takpe, kang balik aku order nasi.
Tak mampu dah nak balik masak bagai.
Order je kat kedai.
Apa la guna kedai tomyam depan rumah kan kalo aku x order.

Heheheh....Nak minum milo bebanyak x boleh, mau banyak aku tarik air besok kang.
Jadi tahan-tahan kan lah diri tunggu balik.
Lagi setengah jammmm je lagi.
Sabar, sabar.

Raya Yang Tak Raya

Tahun ni, raya aku macam x raya.
Tak dan nak pegi memana pon.
Sebab Sabtu Ahad dan hari-hari lain sibuk cari tempat berubat.
Akupuntur laaa, cari pakar saraf laa...
Huuu....
And I know, ramai kawan-kawan kecik hati aku tak beraya umah diorang.
Nak buat macam mana, jadual sibuk nak pegi cari tempat berubat.
Dan penuh dengan appointment klinik.

Kalo da appointment klinik tu, satu hari suntuk kat spital.
By the time sampai rumah, penat gile. Tido sampai pagi.
Raya aku hanyalah hari pertama tu.
Lepas tu memang xde ke mana.
Dengan hari Isnin raya ke lima tu kereta suami rosak.
Memang patah kaki.
Nak pegi hospital pon pinjam kete Ibu.

Ya, life aku memang kat rumah, tempat keje dan hospital.
Minta maaf kawan-kawan kalo aku x dapat ziarah rumah semua pada tahun ni.
Sedih, sebab aku tau memang ada yang kecik hati.

Aku pon sedih, kawan-kawan kahwin x dapat pegi.
Sebab semuanya hari Sabtu.
Hari Sabtu adalah hari aku dialisis.

Friday 23 August 2013

Rindu Lagi~



Semalam masa tengah tunggu suami beli lemang.
Tiba-tiba je, tiba-tiba rasa rinduuuuuu yang amat kat puteri aku.
Bila tiba-tiba dapat perasaan macam ni, mula la aku meleleh-leleh airmata.
Huuuuu, sedih tak boleh nak cakap.
Terus flashback segala memori yang ada.
Lengkap terbayang wajahnya yang comel.
Segala detail aku boleh nampak.
Segala perincian semasa hari dia pergi aku ingat.

Seboleh-bolehnya, aku taknak macam ni.
Once aku menangis bila rindukan Arissa.
Payah nak stop.
Wuuu....wuuu...wuuu.....
Ibu rindu Arissa.

Kalo Arissa masih hidup, mesti Arissa da pandai berlari.
Mesti Arissa da pandai bercakap memanggil Ibu dan Ayah.
Mesti Arissa da pandai merajuk.
Dan mesti Arissa boleh selalu playdate dengan Khayra.
Need to stop right here.
Airmata meleleh lagi.

Al-Fatihah buat puteri kesayanganku.

Akupuntur

Semalam Khamis, 22/8/2013.
Cuti. Suami pon amek cuti.
Pagi-pagi call Abg Balan di HDU.
Tanya ada mesin kosong tak, sebab aku tak inform diorang awal kan nak datang pagi.
So, Abg Balan kata ada. Suami aku pesan tolong pasang dan readykan.
Kami on d way.
Keluar dari rumah dalam pukul 8.30 pagi macam tu.
Sampai hospital kul 9 pagi.
Mesin da ready, Alhamdullillah.

Prepared jarum dan dressing set.
Da settle.
Dalam kul 1.30 pm macam tu selesai dialisis.
Terus ke Bangi.
Ke Pusat Rawatan Akupuntur Prof. Nik Omar cawangan Bandar Baru Bangi.
Cerita-cerita ngn doktor, doktor kata kita cuba dulu 2 , 3 kali rawatan.
Tengok macam mana aku rasa.

Untuk first time semalam, dalam 11 batang jarum cucuk kat bahagian kanan badan.
Dari pipi sampai kaki.
Bila jarum tu masuk je, automatik badan aku rasa panas.
Macam rasa ada sesuatu meresap.
Hahahaha, "sesuatu" sangat.
Pastu aku macam rasa berdenyut-denyut salur darah aku.

Rawatan tu ambil masa dalam 30 minit.
30 minit la jarum tu tercucuk kat badan aku.
Lepas settle sume, sekali rawatan RM 45.
Aku tak amek ubat-ubat.
Cuma nak try dulu akupuntur.
Terus balik rumah.
Sebab ngantuk sangat.

Suprisingly, aku tido banyak gila semalam.
Dan aku memang suka tido mengiring ke kanan.
Dan bila aku mengiring ke kanan, bangun pagi muka aku jadi sembab dan bengkak sebelah.
Tapi pagi ni tak..!!!
Bengkak sikit la, tapi tak teruk macam selalu.
Selalu mata pon bengkak, ni mata aku tak bengkak pon.
Dan tangan aku pon tak bengkak sangat.
Macam ada berkurang.

Harap sangat rawatan akupuntur ni sesuai untuk aku.
Kalo ada rawatan lain yang sesuai untuk aku untuk saluran darah tersumbat ni,
Boleh la bagitau.


Wednesday 21 August 2013

Sedihnya Rasa Hati

Semalam ada appointment Klinik Pembedahan Am.
Tujuannya untuk bincang dengan surgeon, boleh tak nak buat satu lagi fistula di tangan kiri.
Fistula di tangan kanan masih elok, masih berfungsi.
Cuma ada block di banyak area yang menyebabkan proses dialisis pon tak berapa nak berkesan.
Meaning, darah tak berapa nak bersih.

Tapi ikut keadaan yang aku rasa. Aku sendiri rasa badan aku ok.
Takde pening, takde muntah. Selera makan alhamdullillah, banyak makan. Hahaha...
Maybe da biasa. Da biasa bawak badan dengan creatinin yang tinggi.

So, lepas berbincang dengan doktor, doktor pembedahan am tu kata aku x sesuai untuk develope fistula baru, sebab bahu belah kiri pon ada blok.
Doktor x sarankan. Takut da buat fistula tapi tak boleh guna.
Doktor suruh bincang dengan doktor nephro untuk alternatif lain.
Dangg!!! Aku da tau da ape alternatif tu.
Tentu la CAPD. And doktor tak faham kesusahan aku perlu bekerja.
Dan kat tempat kerja ni sangat tak sesuai untuk buat sendiri CAPD.

Dan suami kata, x payah buat apa-apa dulu.
Teruskan dengan Heamodialisis.
Lagipun, fistula aku ok. Masih ada gegaran.
Cuma darah kurang bersih.
Takpe, selagi aku nyenyak tidur, badan tak sakit-sakit, I'm okay with that.
Taknak ganggu lagi dengan apa-apa prosedur.
Cukup la I'm suffering all this years.

InsyaAllah, suami nak bawa aku ikhtiar rawatan akuputur.
Kalo itu pon tak menjadi, aku sanggup buat CAPD.
Tapi kita kena ikhtiar dan doa.
Jangan terus give up bila doktor kata tak boleh buat itu, tak boleh buat ini.

Remember, I've been through worst than this.
I lost my baby.
I'v been through daily heamodialisis.
And been sick from i was 8 years old.

Please pray for me.
Doakan aku, doakan aku tabah, dan sihat.


Monday 19 August 2013

Candy Crush

Hahaha....
Aku tau ramai yang terjebak kan?
Termasuk la aku dan suami.
Hehehe....

Korang da level berapa?
Aku da sangkut kat level 273 ni ada la dekat seminggu.
Adoi la hai...
Memang addicted.
Tapi aku pelik macam mana game ni boleh buat aku masih bersabar lagi walaupon da stuck seminggu.
Hahahah....

Mee Kari

Semalam, untuk pertama kali, berjaya masak mee kari.
Chewaahhhh....
For the beginner... Ok la, suami kata sedap.
Mula-mula pagi tu teringin nak makan mee kari.
Pegi la Nilai 3, kedai yang selalu kitorang pegi.
Dah la mee kari dia jual hari Sabtu Ahad je.
Tapi smalam pon x bukak lagi.
Tak habis beraya lagi kot.

Suami punya la melayan aku nak makan mee kari.
Satu Nilai dia bawak pusing cari.
Sampai Cempaka, Semarak, BBN, sume xde.
Ni yang buat aku bercita-cita nak bukak kedai mee kari ni.

Jadi last choice suami kata,
"Jom beli barang, kita masak sendiri."
Haaa...ok la kan, segala bahan kita boleh ubuh sendiri. 
Sendiri masak, sendiri komplen.

Puas hati, ada udang, sotong, fishcake, fishball, kentang, ayam.
Kerang je xde. 
Sebab aku da tahap kebuluran kul 4 petang belom makan.

Settle2 je, semangkuk penuh aku makan.
Seronok dengan bahan-bahan yang menimbun. 
Heeeehuuuu...
Nanti boleh buat lagi.



Friday 16 August 2013

Cerita Raya 2013

Tahun ni raya, Alhamdullillah, sejak bergelar suami isteri, baru tahun ni kami dapat pakai sedondon.
Tapi tak sedondon sangat la.
Bila amek gambar, nampak baju suami macam kaler biru.
Padahal purple. Beli baju siap je.


Saja ja tahun ni nak merasa pegi Jalan TAR.
Haaa....hambik..punye susak orang, sampai x boleh bernafas.
Tapi harga untuk baju kurung, kira ok, affordable.
RM 100 untuk 2 pasang.

Saja stock up baju kurung.
Sebab baju-baju kurung aku hampir semuanya x boleh pakai. 
Bukan x boleh pakai x muat. Tapi terlebih besar.
Berat turun mendadak sejak lepas bersalin hari tu.
Jadinya baju-baju kurung yang ada kalo aku pakai macam baju kurung pinjam.

Aku balik Seremban hari Rabu, last day puasa.
Pagi tak pagi sangat, dalam kul 11, pegi amek daging dulu.
Tahun ni beli daging kambing 5kg, ayam 2 ekor dan daging lembu 2kg.

Sampai Seremban kul 2 lebih, sebabnya suami semangat plak nak ber BBQ kat rumah untuk berbuka.
Jadi singgah Giant Nilai beli ayam part-part peha dan kepak.
Sempat jugak suami beli tongkeng dan kambing yang dah dipotong sekeping-sekeping.

Sampai rumah Ibu, Ibu da siap-siapkan bahan-bahan, tinggal basuh-basuh daging dan mula masak.
And supriseee....Ibu ada beli kerang untuk rendang kerang.
Heeehuuuu....kerang besar-besar plak tu.
Da jadi tradisi, raya mesti ada rendang kerang, ikut tradisi kampung Banting.
Tapi tahun ni hari tu Ibu kata xnk kerang, leceh.
Tapi last-last Ibu beli jugak kerang. Ibu kata "Kerang tu tunggu ko nak kopek kulit".

Jadi mula la operasi, sempat la kerah Wawan tolong kopek kulit kerang.
"Ye la..dari pagi mengadap game kan, meh sini tolong Along kopek kerang".
Wawan cakap, "Eh, ko sorang je makan kerang, ko kopek la, hahahaha".

Tapi Wawan tolong jugak, sambil tu Ibu start masak rendang daging.
Suami aku? Sibuk la perap ayam-ayam dia nak BBQ petang nanti.
Ibu ada jugak beli puyuh salai, nak buat masak lemak cili api.
Ada daging salai, atas request Wawan nak masak lemak cili api pedas-pedas.

Ada jugak udang dan petai untuk menantu kesayangan.
Suami memang suka udang sambal petai Ibu masak.
Heeehuuu...kan aku kata, meriah. 
Semua macam binatang ada jadi lauk.

Alhasil di pagi raya...


Rendang Ayam.
Rendang Daging.
Rendang Kerang.
Kari Kambing.
Puyuh Masak Lemak Cili Api.
Kuah Kacang (Tempah).

Alhamdullillah rezeki raya tahun ni.
Lepas sembahyang raya, baru kami bertolak ke Banting.
Jumpa Ayah dan keluarga di Banting.

Tahun ni kebetulan, baju Ibu, tokey tempat kerja Ibu bagi warna purple. 
Untuk Elys pon Ibu beli yang sama dengah Ibu kat tokey dia.
Jadi hari tu jalan-jalan di JJ, terjumpa baju melayu purple.
Murah je, RM 33. Dapat la beli untuk dua orang adik lelaki aku plak.
Jadi tahun ni kami semua purple.


Purple yang x berapa nak sedondon semuanya. 
Hehehe, 
Masih tak terlambat nak wish 
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Selami Hati Mereka

Lama tak update.
Mood nak update tu xde.
Pasal raya pon nanti-nanti lah.
Sebab aku x teringat pon nak amek gambar.
Padahal gila meriah lauk-lauk raya yang Ibu masak.

Semalam x berapa nak boleh tido.
Sebab masa dialisis semalam, aku terfikir.
Kesian pesakit-pesakit yang tiba-tiba dapat tahu buah pinggang mereka rosak.
Bayangkan selama mereka hidup, mereka sihat, tiba-tiba rosak tanpa amaran.
Ye lah, sakit buah pinggang ni mana dapat dikesan awal.
Tau-tau je dah rosak dan terus kene buat dialisis atau CAPD.

Macam aku, frankly speaking, aku macam da bersedia yang lambat laun buah pinggang aku akan rosak.
Aku sakit dari umur 8 tahun.
Dan sejak tu on/off buat dialisis. Pakai IJC je.
Bila darah ok, x dialisis.

Tapi, konon bersedia pon, first time doktor kata aku kene dialisis sebab darah terlampau kotor,
Aku nye sawan tu, boleh tahan la jugak, menjerit-jerit satu wad.
Ibu kata, kat wad peaditrik tu, aku yang paling tua, umur 16. 
Tapi aku nye lolongan, terkejut satu wad.
Yang aku ingat, aku meronta-ronta xnak pasang IJC, sampai doktor kelam kabut bagi bius terus tido.

Pastu aku sedar-sedar, IJC da melekat kat leher.
Apa lagi, sambung la melalak. Masa aku baru terjaga, Syazrah datang melawat aku.
Pujuk aku, aku nangis-nangis kata, aku xnk pasang IJC, aku xnk cuci darah.
Tapi da pasang kan, petang tu terus turun kat HDU untuk start dialisis.

Itu aku, yang memang dari kecik doktor da warning buah pinggang aku akan rosak.
Ni pesakit-pesakit yang sihat 30 tahun tiba-tiba sakit, macam mana perasaan mereka?