Nuffnang Ads

Tuesday 10 December 2013

Big Bad Wolf

Sapa dah pegiiiii....????
Angkat tangan!!!
Aku baru dapat pegi tahun ni.
First time pegi hari jumaat lepas.
Fuhhh....nasib baik tak hilang pedoman bila nmpk buku banyak-banyak.
Nasib baik aku boleh bertenang.

Bukan setakat banyakkkkkk bukuuu.....
Tapi murahhhhhhh.....
Tengok betapa panjangnya aku punya murahhhh tuu.
Novel-novel melayu yang RM 20 - RM 30 kat bookstore semua jual RM 5 - RM 8.

Aku beli sampai 6 bijik pon baru RM 30.
Alah-alah...knp buat tengah bulan woiiii....
Bajet dah habis utk bulan ni.
Jd mampoo beli yg dalam bajet je la.
Which is below RM 50.

Pastu suami ada jugak amek buku-buku yang dia berkenan.
Sibuk cari novel hantu.
Dapat jugak 2 bijik, RM 5 each.
Round-round kat tempat kanak-kanak, jumpa la sikit-sikit buku Khayra.
Heheheh...

Rindu budak tu, lama tak jumpa dia.
Dah makin pandai.
Seronok tengok video-video yang mama die post.
Pandai cakap dah.
Minat membaca.
Tu yang rasa best kalo nak belikan dia buku.

Ok, buku kanak-kanak semurah RM 3.
Mana nak dapat?
Untuk orang yang gila buku macam aku.
Kene kuat mental weiii nak g Big Bad Wolf.
Hahahah..kalo tak kuat, ada yang semua aku amek.

Satu lagi perasaan best masuk Big Bad Wolf.
Bau buku-buku tu semua.
Hahhaha...some sort of therapy. Terapi bau buku.
Aku suka gilaaaaa bau buku.
Bau kedai-kedai buku.
Geram pon ada jugak ni.
Geram sebab dia buat tengah bulan.
Huhuhuhu....I wanna go there againnnn.....

2 comments :

  1. tahun ni sebab dah set awal2 nak beli buku utk anak2 je, tak tengok bahagian lain dah. terus gi bahagian kanak2. itu pun hampir2 nak over budget jugak. jadi tahun depan jom kita buat 'tabung big bad wolf', kumpul duit awal2 hehe ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tension gak ar kan Kak Jiha..buat tengah-tengah bulan... Duit da kureng... Dah la Yana tau lambat...tu la pasal x sempat menabung.. hehehe

      Delete