Nuffnang Ads

Monday, 26 November 2012

Siapa Nur Arissa Adni ?

Pada sesiapa yang baru membace blog aku, mesti korang tertanya-tanya siapa Nur Arissa Adni.
Okey, aku akan ceritakan serba ringkas siapa Nur Arissa Adni. Nur Arissa Adni Binti Muhammad Taufik adalah puteriku, puteri kesayangan ku.

Kali pertama aku mengetahui Arissa berada di dalam rahimku adalah ketika bulan ke-5 aku berkahwin iaitu Mei 2011. Ketika itu, kandungan ku telah berusia 5 minggu. Alhamdullillah, walaupon dikurniakan penyakit kronik sejak kecil, aku rupa-rupanya berupaya mengandung. Syukur kepada Allah.

Untuk pengetahuan semua, bagi pesakit dialisis dan SLE (apa itu SLE klik SINI) seperti aku, apabila aku mengandung, aku perlu menjalani dialisis (apa itu dialisis klik SINI) setiap hari kecuali Ahad selama aku mengandung 9 bulan. Ini adalah demi menjaga kualiti darah Ibu dan anak di dalam kandungan. Demi Arissa, kami suami isteri berkuat pergi hospital hari-hari. Hari-hari aku akan dicucuk bagi menjalani rawatan dialisis. Semua demi Arissa. Permata hati kami.

Ini adalah Arissa ketika berumur 5 bulan dalam kandungan. Cantik kan? (Sebak bile melihat kembali gambar scan ni)

Ini ketika Arissa beumur 5 bulan setengah di dalam kandungan.  

Setiap 2 minggu, aku akan menjalani medical check up dan setiap 2 minggu akan scan keadaan Arissa di dalam kandungan. Pada masa itu, doktor sangat berpuas hati dengan setiap perkembangan Arissa semasa dalam kandungan. Dan aku dapat lihat, Arissa seorang bayi yang aktif. Sentiasa bergerak ketika dalam kandungan ku.

Tapi, manusia hanya merancang, walaupon doktor memberi tahu, aku mungkin akan di induce untuk melahirkan Arissa ketika kandungan berusia 7 bulan, siapa sangka, Arissa keluar pada usia 6 bulan setengah. Ya, Arissa dilahirkan tidak cukup bulan, risiko yang perlu aku terima kerana keadaan kesihatan ku. 

Pada ketika itu, 21 Oktober 2011 memang aku sudah sakit untuk melahirkan, dari pukul 8 pagi, aku tak sedar yang sebenarnya aku kesakitan untuk melahirkan. Aku pergi ke office macam biasa, sampai di office, kesakitan tidak tertahan, aku minta suami bawaku ke hospital. Aku juga risau takut apa-apa terjadi pada kandungan ku.

Sampai di hospital, doktor mengatakan pintu rahim ku sudah terbuka sebanyak 4cm. Dan aku selamat melahirkan Arissa secara normal pada pukul 2.44 petang di Wad Bersalin, Hospital Serdang.
Pada mase tu, hanya Allah yang tahu perasaanku, aku takut, aku risau, bagaimana keadaan anakku, dia tidak cukup bulan, kecik sangat, hanya seberat 628gram. Sedikit pon tidak luka apabila aku melahirkan Arissa.

Ya, Allah mempermudahkan proses kelahiran Arissa. Arissa tidak menyakitkan Ibu nya, Ibu nya tidak luka dan tidak perlu dijahit. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah semoga Arissa kuat.

Arissa di hantar ke NICU Hospital Serdang. Arissa tidak di samping ku seperti bayi-bayi lain bersama Ibu mereka. Arissa di dalam jagaan doktor dan jururawat di Wad NICU. Aku juga tidak dibenarkan melawat Arissa selama 2 hari kerana keadaan kesihatan ku yang merosot. Ketika itu aku amat risau takut apabila memikirkan segala kemungkinan yang akan terjadi.

Pada hari kedua aku dapat melawat Arissa, sekali lagi aku sedih, aku sedih sangat.

"Maafkan Ibu Arissa, Ibu tidak kuat." 

Aku melihat segala jenis tiub dan wayar di tubuh Arissa. Tubuh kecil itu menanggung kesakitan . Aku cuba menenangkan hati dengan mengatakan itu semua demi kebaikannya. Doktor sedang cuba menstabilkan Arissa.

Dengah kuasa Allah, semakin hari, Arissa semakin stabil. Dan ramai yang tidak percaya, Arissa adalah bayi yang aktif. Semasa dalam sedatif pon, Arissa mampu melawan ubat sedatif yang diberikan. Ini kerana, Arissa membuka matanya ketika suami ku memanggil-manggil Arissa. Kelam kabut nurse menambah dos ubat. Mengikut penerangan dari nurse, Arissa diberikan sedatif kerana doktor perlu Arissa berehat dan tidak merasai kesakitan akibat dicucuk jarum dan di intubate.

 Si comel kesayangan Ibu. Ibu rindu Arissa. Sangat cantik Arissa ketika ini.

Pada minggu kedua Arissa sudah stabil, aku sudah boleh memegang Arissa, hanya pegang, sentuh dan mengusap Arissa. Dengan syarat, tangan perlu dibasuh dengan bersih. Arissa juga tidak lagi diberi sedatif sepanjang masa. Pada waktu siang, aku dapat memegang Arissa dan Arissa respon dengan baik sekali. Tiap kali aku datang, tiap kali aku memanggil namanya, Arissa akan membuka matanya.

Masih terbayang Arissa mengerutkan dahinya tatakala Arissa membuka mata dan silau lampu menyapanya. Kesucian wajah Arissa tidak mungkin Ibu lupa, Sayang...~ (berderai air mata di kala aku menulis kenangan-kenangan ini, Arissa...Ibu rindu.. T_T )

Arissa semakin hari semakin sihat, semakin stabil, hari-hari nurse akan telepon supaya aku menghantar stok susu. Ini kerana nurse telah berikan Arissa susu badanku. Aku bersyukur. Dan tidak aku jangka, kegembiraan itu tidak berpanjangan. Masih aku ingat, pada 13 November 2011, nurse pesan, 

"Bawak susu banyak2 ye, kita da bagi baby minum 10ml setiap 2 jam. Baby semakin stabil, kita da cabut semua jarum dan tiub. Kencing dan berak pon ok". 

Betapa gembiranya bila mendengar nurse memberitahu kami begitu. Pada petang itu,terdetik di hati kami untuk mengambil gambar Arissa, 

"Bang, kite curi-curi amek gambar Arissa ye, boley Yana tengok kalo Yana rindu malam2."

"Ok, nanti abang amek gambar dan video die, Yana tolong tengok2 kalo ade nurse atau doktor yg lalu."

 Dan kami dapat mengambil video dan gambar Arissa, rupe-rupenya itu adalah kenangan terakhir untuk kami simpan. (T_T) Dan rupe-rupenya itu adalah kenangan untuk selamanya aku merindui Arissa. Malam itu, suami tanya, 

"Yana nak ape untuk hadiah esok, esok hari jadi Yana."

"Tak nak ape2 la, yang penting sekarang Arissa semakin sihat."

 Kenangan terakhir 13 November 2011. Lihat, semua jarum di tangan Arissa telah dicabut, Arissa semakin sehat. Arissa seorang bayi yang sangat cantik dan sempurna walaupon dilahirkan tidak cukup bulan.

Pada pagi 14 November 2011, aku mendapat panggilan dari doktor di NICU. 

"Puan, kami dari NICU, puan boleh datang sekarang, anak puan kritikal".

Ya Allah, dugaan apakah ini, baru smalam kami melawat Arissa, baru smalam kami bermain2 dengan Arissa. Dan di pagi harijadi ku, aku mendapat panggilan ini. Aku bergegas bersiap, telepon suami di tempat kerja, menangis-menangis tidak dapat ditahan lagi. Aku memaksa suami segera ke sana kerana perjalanan suami dari Nilai ke Serdang lebih dekat. Aku di Seremban bersiap-siap bersama Ibu dan adik-adik yang lain.

Sampai di hospital, aku terus berlari, tidak mempedulikan keadaan ku yang masih dalam pantang. Sampai di NICU, aku menangis, Arissa tidak seperti semalam, Arissa sangat lemah, perut Arissa semakin kembung, Doktor kata Arissa terkena jangkitan kuman dalam darah. Aku tidak mengerti, hingga sekarang pon aku masih tidak mengerti, macam mana Arissa boley kene jangkitan kuman di dalam incubator??? 

Doktor kate, disebabkan Arissa tidak cukup bulan, dia tidak mampu melawan sebarang jangkitan kuman. Dan kalau orang dewasa kene jangkitan dalam darah pon, orang dewasa juga akan dimasukkan ke ICU. Ini apatah lagi Arissa, bayi pra-matang.

Doktor mencuba semua yang termampu, kami juga di minta bersedia atas segala kemungkinan. Pada hari itu, sampai kering air mata ku tidak putus-putus berdoa kepada Allah. Di dalam hatiku juga sebenarnya sangat sakit apabila melihat Arissa dicucuk kembali di setiap kaki dan tangan nya. Arissa juga tidak respon dengan panggilanku. (aku menangis lagi di saat menaip entry ini, aku sangka aku kuat untuk menceritakan segalanya setelah setahun berlalu, ternyata aku silap)

Pada pukul 7.07 malam, 14 November 2011, Arissa menghembuskan nafas terakhir. Ya, itu la hadiah harijadi yang aku dapat tahun itu. Seorang ahli syurga. Ya Allah, kuatkan hati ini. (T_T)
Arissa meninggalkan kami, kenangan selama 24 hari bersama Arissa tidak dapat aku lupakan. Mana mungkin aku akan lupa semua ini kerana Arissa pergi pada hari lahir ku. 

p/s : Aku tidak upload video Arissa kerana hati ini tidak sanggup menahan sedih lagi. Biarlah aku simpan sendiri video Arissa.



10 comments :

  1. Waaaaa... sedihnya baca :( nangis kita walaupun tengah makan megi goreng :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..Iz ni, x jadi kite nk sedey bile Iz sebut megi goreng. =D, terima kasih singgah.

      Delete
  2. Salam Sis, maaf singgah.. memahami hati dan perasaan sis.. kalau saya yg membaca tidak mampu tahan airmata, apatah lagi yg menanggungnya. Tak ada apa yang mampu saya bantu untuk kurangkan rasa itu, cuma kenang dan yakinlah bahawa dia menanti ibubapanya dengan menyediakan hamparan istimewa di syurga, senyumlah... dan redhalah... itu adalah lebih baik untuk dia dan untuk kita. sekurangnya2 dia tidak perlu lalu kehidupan dunia ini yang sangat banyak dugaan dan pancaroba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, terima kasih sudi bace luahan hati saya. Ya, saya juga bersyukur Arissa tidak perlu menempuh segala kesakitan dunia. Dan saya yakin puteri syurga saya bahagia di sana, dan sedang sabar menanti saya.

      Delete
  3. Ak kagum ngan ko...sejak dr sek lg kite bersama..ak lihat ketabhan n kekuatn ko menghadapi dugaan...Allah membeti dugaan itu krana Dia tahu kite mampu menghadapinye n Dia syg pd kite....smoga hidup ko akn lrbih bersinar d samping org2 yg menyayangi ko...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Dayah, lama x dgr citer, baby Dayah da berapa bulan?

      Delete
  4. semoga ada rezeki lain utk awak.. tabah yunk dia sentiasa berdoa utk awak disana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, InsyaAllah, saya juga berdoa supaya saya dikurniakan adik Arissa.

      Delete
  5. Yana, sedey bace entry ni.semoga Yana tabah hadapi dugaanNya..insyaAllah,kalau diizinkan Tuhan, mesti ade rezeki utk dpt adik Arissa..brsabar ye :)

    ReplyDelete