Nuffnang Ads

Wednesday 4 September 2013

Who Am I? (Part 1)

Siapa aku?
Eceh, tajuk nak poyo, kau tu siapa nak who am I bagai ? Sila lempang diri sendiri.
Hahahah...
Aku saje nak introduce diri aku.
Selama ni, blog ni ditubuhkan sebab aku dalam proses meluah perasaan sejak kehilangan puteri kecil aku, Nur Arissa Adni.



Korang boleh panggil aku Yana.
Status, sudah berkahwin.
Seronok tau kahwin... hahaha.
Tajuk blog ni aku letak Ibu Arissa sebab aku nak selama-lamanya ingat aku pernah menjadi Ibu untuk Nur Arissa Adni.
Umur tahun ni masuk 27 tahun.
Tapi aku awet muda.
Hahaha, masa aku masuk wad bersalin, boleh doktor tu ingat aku umur 16 tahun pastu pregnant belom kahwin. Die ingat aku xde suami, tp da pregnant.
Kurang asam nye doktor.

Aku sakit sejak dari umur 8 tahun.
Jadi aku da biasa sebenarnya.
Aku darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan, Kajang.
Sekejap je kat sana, lepas tu family aku pindah Seremban sebab ayah dapat kerja di Seremban.

Masuk darjah 2, aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Senawang, Seremban.
Sampai darjah 6 aku bersekolah di sini.
Perjalanan hidup, biasala, lagi banyak masuk hospital kot dari pergi sekolah.
Heheheh, aku ingat lagi, bila kawan aku kene chicken pox, tapi dia xnak cuti 2 minggu sebab xnak tertinggal pelajaran.
Aku yang doktor bagi cuti seminggu.
Sebabnya, kalo aku berjangkit chicken pox tu dari die, lagi teruk kene warded.
Result UPSR, Alhamdullillah cemerlang dengan 5A.

Tingkatan 1, aku dapat tawaran ke SMK King George V.
Sebab apa aku kata dapat tawaran?
Sebab bukan suka-suka boleh masuk sekolah ni.
Kerajaan negeri yang pilih siapa-siapa yang layak.
Sebab KGV adalah Sekolah Harapan Negeri.
Alhamdullillah, syukur, sebab memang sekolah idaman aku.
Hahaha, dari aku darjah 2, jiran sebelah rumah aku tu sekolah SMK KGV, jadi die cerita sekolah KGV ada swimming pool.
Tak ternganga ko dengar ada swimming pool, jadi dari darjah 2 aku da bercita-cita nak masuk KGV. Hahahaha....semata-mata swimming pool okeyhhh...

Sekolah kat KGV memang seronok.
Aku masuk badan beruniform Kadet Polis.
Terasa cun je bila pakai uniform kadet tu.
Hehehe, Kadet Polis sekolah KGV adalah di antara yang terbaik waktu tu.
Selalu menang pertandingan kawad.
Aku pon pernah merasa la menang pertandingan peringkat negeri.
Kitorang dapat tempat kedua, kalah dengan Kolej Tengku Kurshiah.

Okey, da melalut ni. Tadi tajuk Who Am I kan?
Hahaha... Tiba-tiba da xde idea.
K Bye.





No comments :

Post a Comment