Nuffnang Ads

Thursday 5 September 2013

Who Am I? (Part 2) - Cerita Dulu-dulu

Semalam tersangkut. Sambung la hari ni.
Korang boleh baca Part 1 dekat sini.

Ini gambar sekolah kesayangan aku.
Sangat berbangga dapat masuk sekolah ni.
Tengok bangunan KGV cantik kan?
Bangunan lama tuuuu.....
Merasa duduk bangunan ni masa Form 1 sampai Form 4.
Kelas-kelas aku sepanjang di SMK KGV.

1 Diyauddin
2 Diyauddin
3 Melewar
4 Abu Bakar
5 Abu Bakar

Pasukan rumah sukan - Braddon. (braddon ni rumah kuning)
Kelab - Kelab Renang
Persatuan - Persatuan Penyelamat Kelemasan
Badan Beruniform - Kadet Polis (nanti aku amek gambar uniform kadet aku sebagai bukti memang aku masuk kadet polis, hahahah....)


Ok, di KGV, Alhamdullillah, PMR cemerlang dengan 8A.
Aku pon confuse jugak macam mana aku boleh dapat semua A.
Hahaha, lagi-lagi subjek Geografi.
Seingat aku, cikgu Geografi aku baik sangat, cikgu cina perempuan, Cikgu Lim Bee Kee.
Ingat-ingat lupa nama dia, kalo ade classmate aku dari form 3 boleh bagitau, bagitau la ye kat aku.
Aku duduk depan sekali, pon boleh tetidur siap keluar air liur basi.
Cikgu tu boleh kejut aku camne tau?
"Wake up, baby..."
Hahahah, gila baik wei cikgu tu. Tapi aku suspek aku serap la apa yang cikgu tu cakap masa aku tidur tu.

Masa form 3, kesihatan aku Alhamdullillah, SLE nyenyak tidur.
Jadi aku aktif dalam Kadet Polis, Kelab Renang dan Persatuan Penyelamat Kelemasan.
Harus la semua berkaitan swimming pool kan....?
Sebab memang itu tujuan aku masuk SMK KGV. Hahahaha.... Gilo!!

Habis PMR, aku dapat offer MRSM.
Dapat offer MRSM Pontian, first batch untuk form 4.
Sebab MRSM Pontian ni MRSM baru.
Jadi kami first batch form 4.
Budak form 1 da ada kat situ.
Jadi hanya ada 2 batch sahaja masa first year MRSM Pontian dibuka.
Form 1 dengan Form 4.
Pontian jauh giler weii, untuk orang yang macam aku ni, x pernah berpisah dengan Ibu Ayah.
Giler homesick. Dalam minggu orientasi tu, tiap-tiap pukul 5 pagi aku call Ibu.
Menangis-nangis mintak amik. Aku xnak sekolah situ.
Nangis hentak-hentak kaki ok kat pondok telefon.
Duit beli kad telefon ada laaa dalam sehari RM 30 untuk drama aku hentak kaki pagi-pagi buta.

Kenapa pagi-pagi buta? Sebab pagi-pagi buta orang belum bangun, aku da telepon Ibu.
Hahahah, bila pukul 6, aku berlagak la macho, berenti nangis, terus mandi.
Tapi ada cikgu ke warden yang nampak kot aku meraung, tiba masa dalam dewan (kan minggu orientasi kan) 
Cikgu announce, "Untuk murid-murid baru, sabarlah, ini baru minggu pertama, awak datang sini belajar, ni ada yang pagi-pagi da menangis-nangis kat public phone". 
Hampeh ok, tapi x sebut la nama aku. Tapi of coz la aku terasa kan, hahaha.
Jadi operasi diteruskan, mintak Ayah uruskan pertukaran MRSM.
Mintak MRSM terdekat. Alasannya, senang aku medical check up kat Hospital Seremban.

Dalam 2 minggu je aku kat MRSM Pontian.
Lepas tu aku dapat pindah ke MRSM Serting.
Stress jugak sebab jauh dari rumah.
Tapi seronok, ramai rupanya kawan-kawan KGV aku.
Salah satunya, Kamaliah, Awin, kawan lelaki pon ramai, tapi aku x ingat. Hahaha...
Sebab aku dulu-dulu x pandai kawan ngan lelaki.
Sebab sentiasa rasa diri ni hodoh dengan muka besar pinggan.

Life kat MRSM, tau je la, asrama. Penat gilerr!!!
Lagi satu aku x tahan. tak dapat tidur petang.
Pastu masa tu Add Math sangat susah.
Aku siap kene hina ok dengan cikgu Add Math tu.
Kurang ajar cikgu tu. Dia kata macam mana aku boleh dapat masuk MRSM ni, aku meniru ke masa periksa. Bangang cikgu, ingat senang-senang ke aku nak meniru?
Lagi-lagi masa ujian kelayakan masuk MRSM. (owh, masa nak masuk MRSM pon ada ujian jugak. Susah masa tu, aku x yakin dapat)
Aku sejak tu memang bengang la. Bengang dengan cikgu.
Stress je bila masuk kelas dia.
Dengan peraturan MRSM ketat.
Kain sekolah tebal ok, warna khakis, pastu kene pakai kain dalam dan singlet.
Aku asyik terlupa, asyik la kene tahan dengan pengawas, kene lari balik asrama tukar.
Penat hidup aku macam tu.
Sampai bulan 8 je, pelajaran aku pon merudum sebab aku benci cikgu add math tu.
Dah la die ajar math moden sekali, memang bertambah bengap la math aku. (alasan, padahal memang bengap math, cakap la salah cikgu kan? )
Taoi serius aku jadi benci cikgu tu sebab die hina aku tu depan kelas ok, cakap kuat-kuat.
Pastu sambil aku jalan balik asrama, budak-budak lelaki ejek-ejek aku.
Lagi satu sebab why I hate boys. 

Bulan 8, usaha menangis-nangis die pondok telepon dijalankan lagi. Muahahaha....
Terer x aku? Dalam 2 hari berjaya pujuk Ayah, tapi aku x ingat la apa alasan aku masa tu.
Aku mintak masuk KGV balik. Once a Georgian, always a Georgian. Eceehhh....
Pang..!!!! sedas, mengada sangat masa tu, menyusahkan Ibu dan Ayah. 
Tapi yang penting, berjaya pindah masuk KGV balik.

Masuk KGV masa akhir form 4, jumpe la kawan rapat aku balik, Suraya Halisha.
Dan dapat bestfriend baru, Syazrah Arinah.
Tapi maybe sebab aku stress sangat kot 8 bulan dok asrama, SLE aku datang balik.
Kali ni teruk. First time kene masuk IJC untuk dialisis.
Dah la aku kena admit masa diorang sume buat jamuan kelas akhir tahun.
Memang kesian life aku ni, x dapat bersosial.
Lama aku dalam wad, dalam 3 bulan lebih.
Lepas tu continue untuk dialisis sementara sampai bulan 6, 2003.
Waktu tu form 5 okeyhh...
Apa pon aku x belajar, sibuk melayan hospital.
Pastu semangat aku down sangat sebab kene dialisis.
Lepas June 2003 tu, result darah ok sikit, x payah dialisis, cabut IJC.
Aku start masuk sekolah balik.

Of coz keyakinan aku semua da hilang bersama-sama IJC dan dialisis.
Semua mata pelajaran pon aku x dapat cover.
Tapi Syazrah baik giler ngan aku, sanggup spent masa ngn aku.
Ajak aku tido umah die, die bagi tuisyen Matematik Moden.
Sebab kalo Add Math jangan harapla. Da macam ada satu perasaan x boleh terima Add Math.
So, Syazrah banyak tolong aku paham Math.
Kat sekolah, Suraya banyak tolong bagi aku nota.
Semua kawan kelas aku banyak membantu.
Tapi memang aku berserah je la. Mana yang masuk, mana yang tak pelajaran-pelajaran yang aku belajar tu.

SPM aku jangan cakap, hancur, macam no telepon result aku, semua no ada.
Tapi, suprisingly, Math Moden aku lulus C6. Muahahaha.... (terima kasih tidak terhingga kat Syazrah sebab ajar aku sampai paham)
Fizik pon aku dapat C6 jugak. Tu aku pelik.
Aku x pernah minat fizik.
Yang aku dapat A hanya lah English.
Macam mana ntah BM dapat B3.
Stress aku. Target BM biarlah A.
Tapi xpe, aku bersyukur sebab subjek-subjek hardcore aku lulus. Semua C.
Add Math durjana tu je aku gagal G9.

Lepas SPM aku x dapat mana-mana.
Ye la, dengan result macam tu, sapa nak offer. Tak payah berangan!
Aku duduk rumah setahun, buat bisnes.
Bisnes apa? Muahahaha...aku paksa adik-adik aku jual handmade card yang aku buat.
Aku buat card dengan bookmark.
Aku suka buat benda cute-cute ni. Jadi relax.
Pastu dapat duit, aku suka la. Aku dok umah je, dapat duit.
Tapi x banyak la. Buat suka-suka.
Bagi budak-budak seronok. 
Anak-anak jiran pon aku bagi upah tolong jual.
1 bookmark dorang jual, aku bagi 20sen. 
Baik x aku?? Hehehe, aku jual murah ok, satu bookmark tu RM 1 je.

Kalo handmade card plak aku bagi diorang 40sen. Sebab aku jual pn RM 2.50.
Kena la tolak modal sikit kan. kad tu guna kertas tebal A4.

Eh, eh, eh, penat la aku menaip ni.
Rehat la. Nak hantar document kat bos aku ni.
Tata.... 


No comments :

Post a Comment