Nuffnang Ads

Friday 23 August 2013

Rindu Lagi~



Semalam masa tengah tunggu suami beli lemang.
Tiba-tiba je, tiba-tiba rasa rinduuuuuu yang amat kat puteri aku.
Bila tiba-tiba dapat perasaan macam ni, mula la aku meleleh-leleh airmata.
Huuuuu, sedih tak boleh nak cakap.
Terus flashback segala memori yang ada.
Lengkap terbayang wajahnya yang comel.
Segala detail aku boleh nampak.
Segala perincian semasa hari dia pergi aku ingat.

Seboleh-bolehnya, aku taknak macam ni.
Once aku menangis bila rindukan Arissa.
Payah nak stop.
Wuuu....wuuu...wuuu.....
Ibu rindu Arissa.

Kalo Arissa masih hidup, mesti Arissa da pandai berlari.
Mesti Arissa da pandai bercakap memanggil Ibu dan Ayah.
Mesti Arissa da pandai merajuk.
Dan mesti Arissa boleh selalu playdate dengan Khayra.
Need to stop right here.
Airmata meleleh lagi.

Al-Fatihah buat puteri kesayanganku.

No comments :

Post a Comment