Nuffnang Ads

Wednesday 28 August 2013

Apa ke Mahal Sangat?

Setiap pagi, tempat kerja aku ada waktu rehat pagi pukul 10am - 10.30am.
So, disebabkan tempat kerja ni xde kantin, yang ada pon kedai bibik depan kilang,
kitorang prefer pegi Nilai 3.
Nilai 3 dekat je ngan kawan perindustrian tempat keje aku nih.
Setiap pagi pegi makan kat kedai makan depan 7E Nilai 3.
Siapa yang selalu pegi Nilai 3 tau la 7E tu kat mana.

Aku suka makan kat kedai ni, sebab die menjaga kebersihan.
Dulu selalu gak makan kat area pasar Nilai 3 tu.
Tapi tahap lalat die melampau-lampau buat aku jadi takut plak nak makan kat situ.
Dah la aku ada sejarah keracunan muntah-muntah sampai terberak-berak 2 hari.
Flat habis la, masuk je makanan muntah, masuk je makanan, muntah.
Jadi mari kita elakkan kawasan berlalat.

Ok, jauh melencong sampai keracunan plak.
Cite kat kedai yang kitorang selalu pegi ni, makanan ok, kebersihan ok.
Tapi yang jadi sakitnya adalah HARGA.
Hai, garu kepala jugak bila terkena.

Macam Isnin hari tu masa rehat pagi.
Aku amek sepinggang mee goreng. 
Alaaa....mee goreng yang banyak-banyak tu. 
Yang goreng kosong letak sayur je.
Suami pon amek mee goreng jugak, dan suami amek sardin seketul.
Aku amek bukan banyak, aku bukan makan menggunung pon.
Suami pon amek sikit, orang diet la katakan.
Air aku nescafe ais, suami order nescafe o.

Settle makan, time bayar,
Tau tak berapa harga sume makanan tu?
Total sume RM 11.80.
Gila tak? 
Macam makan nasi campur kan.
Padahal ayam pon xde.
Suami tanya la berapa harga mee sepinggan.
Rupanya sepinggan mee die caj RM 3. Tambah sardin seketul RM 2.
Total sepinggan suami makan RM 5 tak masuk air.
Aku punya mee goreng kosong, RM 3.

Gila la, x pernah aku makan mee goreng kosong sampai mahal macam tu.
Bila pikir kadar yang aku amek tu ciput je.
Lepas makan sakit hati.
Korang paham x perasaan aku ni.
Memang la nak berniaga, nak amek untung.
Tapi jangan la sampai sembelih orang macam tu.

No comments :

Post a Comment