Nuffnang Ads

Tuesday 21 October 2014

Kayap

Last week, aku terkena kayap lagi...untuk kali kedua.
Kali pertama dulu dah lama, tak ingat dah bila.
Kali kedua ni, nasib tak baik.
Time aku nak ikut suami balik Sabah, time tu la aku kene.
Frust jugak, dah terbayang macam mana dah nanti kat Sabah.

Aku perasan ada biji-biji kat leher pada Jumaat.
Mula-mula tu ok lagi, ingat cuma jerawat ke.
Sekali Sabtu bangun pagi, dah jadi banyak, menjalar dekat leher.
Aduiii...aku dah suspek kayap...sebab dia merayap sampai pangkal leher.

Terus mandi, bersiap pergi hospital, menuju ke Emergency.
Nasib baik aku punya shift dialisis start petang pukul 4.
So, bolehlah menunggu di Emergency untuk dapatkan ubat.

Comfirm doktor kata virus Herpes Vortes atau Bahasa Melayu nya Kayap.
Doktor bagi ubat antiviral.
Ubat ni kuat gila.
Satu hari aku makan mengikut dos yang di arahkan, aku tak boleh tido.
Bukan setakat tak boleh tido, siap pakej nampak yang bukan-bukan masa nak tido tu.

Besok paginya Ahad, aku terus baca kertas dalam kotak ubat tu.
Antara side effect nya adalah halusinasi.
Aduiii...macam mana ni, dengan tak boleh tidonya, dengan sakitnya, dengan gatalnya.
Stress aku. Padahal kayap ni punca dia kita stress.

Virus kayap ni memang ada dalam badan kita kalau kita pernah kene chicken pox.
Jadi bila kita stress, virus chicken pon ni akan keluar semula menjadi kayap.

Aku consult kakak sedara aku yang merupakan seorang doktor.
Aku explain yang aku tak boleh tido bila makan ubat tu.
So, Kak Long suruh stop, Kak Long kata lama kelamaan kayap tu akan baik sendiri.

Ok, aku dah stop, cuma aku makan ubat gatal dah tahan sakit.
Redah jugak ke Sabah, sebab tiket flight dah beli.
Ke Sabah kali ni aku bawak Ibu. 
Tapi terkilan sangat, sebab tak dapat bawak ibu ke mana-mana.

Mana tak nya, malam selepas sampai ke Sabah, aku kat rumah Kak Oli, langsung tak boleh tidur,
Kayap tu rasa panas sangat. Panas macam terbakar.
Sampai besok tak reda, aku minta cousin aku Aida bawa ke Hospital Likas, terus ke Emergency.

Sampai di Emergency aku cakap kat doktor, aku tak tahan, sakit sangat, panas. 
Dan aku langsung tak boleh tido.
Doktor terus suntik ubat tahan sakit dan mungkin ubat untuk kayap sebab kayap tu terasa lega.
Sempat la aku terlelap sejam. Alhamdullillah.
Kuat ubat yang doktor bagi tu agaknya.

Lepas sejam, nurse check BP, BP pon turun.
So, doktor bagi discharge.
Balik rumah Kak Oli aku qada tido.
Langsung tak selera makan.
Sepanjang aku kene kayap, seminggu tu aku tak selera makan.
Turun sampai 3 kilo.
Bukan hanya tak selera makan, tak makan langsung.
Aku cuma minta Ibu belikan buah-buahan sahaja.

Itu pon sikit je makan.
Lepas tu aku try makan balik antiviral tu, and guess what.
Satu hari je aku makan ikut dos yang ditetapkan, malam tu lagi haru.
Aku dah meraban meracau bukan-bukan.
Aku siap nampak suami kat sebelah cair macam patung lilin.
Aku siap terbayang ni sume setan punya keje, padahal kesan ubat.
Aku siap selawat kuat-kuat, Baca syahadah kuat-kuat.
Still jugak nampak suami kat kanan aku mencair. 

Suami dah kejut-kejut, tapi boleh aku marah dia sebab aku ingat ni sume mainan setan.
Huhuhu, last-last suami bawak aku ke dapur, basuh muka dah amek air sembahyang.
Baru aku sedar dan termenung.
Kene bebel ngn suami, sebab tak makan langsung, tapi makan ubat.
Suami ingat sebab tu effect dia bertambah teruk.

Tapi skang Alhamdullillah, kayap tu nampak surut, cuma kadang-kadang aku rasa sakit sangat.
Ubat antiviral tu last hari tu aku makan.
Tak sanggup dah aku nampak bukan-bukan.
Nak kata tido, tapi tak tido, siap meracau-racau.




No comments :

Post a Comment