Nuffnang Ads

Friday 7 June 2013

Dugaan Kami Adalah Hadiah Buat Kami...~

Aku pernah cerita kat sini.
One of my friend yang sama macam aku dialisis.
She's pregnant for second time.
Dan aku sangat gembira bagi pihak dia.
Kerana aku tahu betapa sukarnya kami, pesakit dialisis nak mendapat zuriat.

Dan baru-baru ni aku mendapat perkabaran sedih dari dia.
Dia juga bersalin awal.
Di saat kandungan baru masuk 6 bulan.
Ya Allah, serta merta teringat, aku juga bersalinkan Arissa pada saat kandungan 6 bulan setengah.
Dan, kedua-dua bayi sahabatku hanya sempat menjenguk dunia selama setengah jam sahaja.
Ya, sahabat ku memperolehi puteri kembar yang akan setia menantinya di syurga nanti.

Ya Allah, tabahkan hati sahabatku.
Tenangkan hatinya menerima kasih sayangMu.
Aku dan dia redha, kerna kami tahu, kami diberi hadiah puteri syurga yang akan menanti kami disana.

Di saat aku menerima perkabaran itu.
Airmata ini bergenang kembali.
Teringat pada Arissa.
Berfikir juga, adakah ini nasib kami.
Bolehkan kami mengecapi kebahagiaan bersama zuriat tersayang.
Suatu hari nanti???

No comments :

Post a Comment