Nuffnang Ads

Thursday, 5 September 2013

Who Am I? - (Part 3) - Sambung Cerita Dulu-dulu

Sementara aku masih ingat ni, elok lah aku terus je menaip kann..???
Patut da boleh tukar tajuk ni, x boleh letak Who Am I? lagi.
Sebab aku da menyimpang masuk cerita zaman dahulu kala. 

Kalo nak baca Part 1 dan Part 2, boleh la klik kat situ, ala...yang tulisan garis biru tu....
Takde la best pon, cuma aku jujur menceritakan kisah hidup aku, dari kecik.
Nanti aku refresh balik kot-kot boleh ingat masa tadika.

Ok, setahun aku duduk rumah.
Pastu Ayah suruh aku sambung belajar.
Mintak la mana-mana universiti swasta.
Jadi aku apply Unitar.

Gambar dari Encik Google.

Ni kampus lama, skang da ada kampus baru rasanya. Logo pon da tukar.
Tapi aku belajar kat Unitar ni la.
Belah kiri dari view gambar ni Giant, Giant Kelana Jaya.
Lintas jalan terus sampai giant.
Sekarang ni, tanah lapang belah kanan ni, da ada bangunan dah.

Apply untuk course Diploma In Management.
Masa kat Unitar ni, mula-mula aku menumpang rumah Acu dan family (adik Ibu yang last, jadi pakcu la sebenarnya, tapi kitorg memang panggil Acu, Acu aku doktor tau....motif nak berlagak Acu ko doktor?) Hahahah....
Rumah Acu dekat je, 5 minit jalan kaki sampai Unitar.
Best jugak kat Unitar, ye la, baru masuk U, hidup pon bebas sikit.
Duduk kat area KL plak kan.
Public transport senang je, semua ada.
LRT, Monorail, Bas, KTM.
Laju jugak aku ulang alik sampai Seremban tiap-tiap minggu.

Kat Unitar first year aku dok umah Acu.
Lepas tu da berkawan-kawan.
Da nak tumbuh tanduk. Dapat bilik sewa dengan kawan-kawan, aku pindah.
(Haaaa......ni nak citer ke xnak ni.
Kalo Family baca ni susah jugak ni. Hahahah...)
Biasa la kan, semua pernah mengalami kot, zaman nakal-nakal.
Masa dok umah sewa, bebas la jugak.
Dapat kawan pon gila-gila.
Melepak kat mamak sampai pagi perkara biasa.

Pastu masa duk umah sewa la aku pandai test-test g clubbing.
Member rumah ajar. Hahaha... 
Tapi setakat clubbing je la, dengar lagu. Menari pon aku x reti. Muahahaha....
Itu pon boleh kira ngn jari.
Ntah, aku x minat sebenarnya tempat sesak ni.
Memang suka dengar muzik, tapi dalam club tu manusia Ya Rabbi....kalah sardin.
Asap rokok jangan cakap la.
Boleh termuntah aku.
Jadi aku x berapa nak ikut sangat pegi club. 
Sekurang-kurangnya aku ada la pengalaman club tu macam mana. Tak best!!!

Dan sepanjang hidup aku tu sampai aku cerita ni, aku takde BF okeyhh...
BF itu adalah boyfriend, bukan bestfriend. Bestfriend aku masa ni nun jauh di Amerika.
(ceehhh...motif berlagak bestfriend ko kat Amerika?, bukan berlagak, tapi sedih, kawan-kawan kelas aku masa kat sekolah semua study over the sea, okeyhh...aku je tercampak di Unitar. )
Sebab sepanjang aku membesar, memang rasa insecure dengan muka besar pinggan.
Jadi aku sentiasa rasa aku ni hodoh dan aku memang menjauhkan diri dengan budak lelaki. 
Lagipon memang xde sape nak ngorat aku yang gemok.
Ye, aku gemok dulu, berat maintain gemok masa tu adalah 55kg tanpa gagal.

Masa di Unitar, aku dapat belajar 2 tahun.
Tahun ke 3 SLE bangun balik. Agaknya balasan kot sebab aku banyak sangat enjoy masa belajar.
Terus bangun balik SLE ni.
Jadi, aku warderd lagi 3 bulan lebih jugak.
Haishh..kalo nak cerita pengalaman duduk hospital, bosannya jangan cakap la.

Gambar, terima kasih pada Encik Google.

Ini Hospital Serdang, Hospital Serdang di hatiku.
Muahahaha, sekarang seminggu 3 kali tanpa miss aku kene bertapa di Hospital Serdang.

Lepas da sihat, aku sambung balik masuk Unitar.
Nak habiskan balik semua sem yang aku tertinggal.
Tapi tak best sebab semua kawan-kawan aku da habis belajar.
Tunggu grad je.

Kelas waktu ni pon da x banyak.
Seminggu tu ade la dalam 6 jam kelas.
Aku pack kan jadi 1 hari, jadi aku drive dari Seremban. 
Pinjam kete Ibu.

Ok, penatnyaaaaaa perah otak nak ingat balik semua ni.
Pastu bila baca balik banyak pulak typo kan.
Apa kata kita minum duluuu....
Jom buat Nescafe.



3 comments :

  1. Assalammualaikum Sis,

    last day Syawal, sempat lagi ni ucap selamat hari raya kan... hu hu...

    semalam akak stayed in hse tak sihat, ada tetamu... share ilmu... akak baru tahu patient SLE tak boleh makan multivitamin n spirulina ya...

    akak pun on many types of medicine, sampai doc sendiri suggest alternative med. Akak dah bbrp waktu on double stemcell... alhamdulillah, akak getting better...

    cubalah lyana rujuk pd yg expert smd keadaan Lyana boleh ambil stemcell tu... it's non-drug. ia untuk natural healing dalam sistem badan kita..

    cuma nak share dgn lyana.. manalah tau ia boleh membantu kita lebih sihat... but, refer dulu pd yg pakar ye...

    take good care sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Akak,

      Yana memang xde amek medicine lain. Yana cume amek supplement Shaklee. Itu pon setelah consult doktor. Lain-lain xde. Nanti Yana akan Google double stemcell yang akak cakap tu. Terima kasih sebab suggest.

      Yana sebenarnya letih jugak nak melayan segala procedur hospital ni. Takut pon ye. Spirulina memang x amek, sebab sayuran hijau yana x boleh makan, banyak potassium rasanya.
      Jadi sayuran yang kaler-kaler lain je yana makan.

      Delete
  2. salam, hi.. jauh ke kelana jaya nak ke kl ya? nak tau sebab nak sambung belaja di unitar kl :(

    ReplyDelete