Nuffnang Ads

Showing posts with label Arissa. Show all posts
Showing posts with label Arissa. Show all posts

Wednesday, 27 November 2013

Tersentuh Lagi Hati Ni - First Year Of A Baby Born 3.5 Months Premature

Tadi kat facebook, ada video pasal baby prem.
Tersentuh lagi hati ni.
Sama sangat dengan keadaan Arissa 2 tahun lepas.
Bezanya, aku langsung tak dapat mendukung Arissa.
Arissa hanya diserahkan pada aku bila saat dia dah pergi menemui Penciptanya.

Serius, masih lagi hati ni tak dapat tahan.
Sering kali menangis merindui Arissa.
Sumpah aku cemburu.
Cemburu tengok video tu.
Walaupon berselirat wayar, mereka tetap membenarkan Si Ibu mendukung bayinya.
Aku langsung tak diberi peluang.
Sekadar mengusap Arissa dari dalam incubator.

Dan memeng aku ingat lagi, bila Arissa menangis, aku usap.
Terus dia tenang dan tertidur.
Memang Arissa tahu Ibunya datang.
Bertambah sedih, aku juga tak dibenarkan tidur di wad NICU kerana kuota adalah untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka.
Jadi aku sekadar datang setiap hari dari pukul 10am hingga 7pm.
Merenung dan mengusap tubuh comel itu.

Memang begitulah keaadan Arissa, seperti di dalam video tu.
Berat Arissa sewaktu lahir hanyalah 630 gram.
Bayangkan lah, gula sebungkus pon lagi berat dari Arissa.
Tapi aku memang sangat terkilan tak dapat memeluk Arissa sewaktu dia masih lagi ada di dunia ini.
Tahukah Arissa yang Ibunya ini sangat kepingin nak mendukung dia?
Fahamkah Arissa bukan kehendak Ibu nya yang tidak dapat mendukung dan memeluk dia?

Wednesday, 2 October 2013

Kenalkan, Ini Nur Arissa Adni... Puteri Syurgaku.

Nur Arissa Adni.
Si kecil kesayanganku.
Secantik namanya.
Sesuai dengan maksudnya.

Nur - Cahaya
Arissa - Azam, Kekuatan
Adni - Nama syurga.

Memang di syurga tempatnya.
Tak perlu mengharungi hidup yang penuh pancaroba.

Tenang la Arissa di sana, sayang....
Sabar la Arissa menunggu kami, Ibu dan Ayah mu.
Bagai baru semalam Arissa lahir.
Masih lagi aku ingat setiap detik.
Benar, aku masih belom move on.
Sukar, sukar untuk aku move on kerana saban hari aku merindui tangan kecil itu.

21hb October ini, genap Arissa 2 tahun, jika Arissa masih di sisi Ibu.
Allahuakbar....!!!
Ya Allah, kuatkan hati ini.
Tabahkan perasaan ini.


Mata kecil itu, kenangan terakhir aku bersamanya.
Seperti cuba memberitahu.
Bahawa dia tidak lama di sini.
Dia hendak bertemu Penciptanya.
Mata itu, seperti berkata "Maafkan Arissa Ibu, Arissa tunggu Ibu di sana".



Wajah yang sangat tenang dan suci.
Ibu merindui mu, sayang...
Allahuakbar....!!!
Macam nak pecah dada ni di saat ibu menulis coretan ini.
Semua kerana Ibu rindukan Arissa.


Lama Ibu mengelak dari menatap gambar-gambar Arissa.
Tapi malam ni Ibu gagal.
Dan sekali lagi airmata ini menitis. 
Menitis dengan laju. 
Ibu rinduuuuuuu........!!!!!
Ibu membayangkan Arissa dalam dukungan Ibu.
Ibu bayangkan Ibu memimpin tangan Arissa.
Bertatih menapak langkah baru.
Semua itu hanyalah bayang Ibu, Arissa.
Bayangan Ibu yang cuma berharap dan bermimpi.
Bermimpi, jika Arissa masih ada di sisi Ibu dan Ayah, tentu Arissa sudah pandai berlari.

Di kala ini, tentu coleteh mulut Arissa memanggil Ibu dan Ayah.
Mesti Arissa juga pandai merajuk waktu Ibu perlu pergi bekerja.
Tapi, itu cuma la bayangan Ibu yang mengharap sesuatu yang tiada.

Arissa, sabarlah sayang....
Tunggu Ibu dan Ayah di sana.
Ibu sentiasa sayang Arissa.
Sentiasa merindui Arissa.
Seluruh hidup Ibu.

Friday, 20 September 2013

For New Reader

Blog ni banyak kisah harian aku je.
Tak banyak cerita yang boleh aku kongsikan.
Aku takde anak, takde baby.
Aku cuma sempat menatap wajah baby aku untuk 24 hari je.
Tak berpeluang melihat dia membesar depan mata.

Tapi blog ni aku dedikasi khas untuk dia.
Puteri kecilku. Nur Arissa Adni.
Mungkin ada yang anggap blog aku ni bosan.
Takpelah.
Aku tulis blog ni sebagai kenangan kemudian hari.
Kalo-kalo aku dah takde nanti, 
Mungkin suami aku akan ada bahan bacaan dan kenangan dari aku.

Jadi untuk sesiapa yang baru menjumpai blog ni.
Harap maaf sekiranya kandungan blog ni membosankan korang.
Aku tak banyak cerita nak dikongsi.
Sekadar perjalanan hidup sebagai pesakit SLE, sebagai pesakit dialisis.

Salam perkenalan buat sesiapa yang baru jumpa blog ni... =)

Wednesday, 4 September 2013

Sedih & Rindu

Tadi bukak FB, ternampak gambar anak Kak Ika.
Kak Ika is my cousin, antara cousin yang rapat.
Dah besar dah Qaisara Nur Iman.
Aku baru tengok sekali je masa dia umur sehari, belom bagi nama pon masa tu.
Aku visit masa Kak Ika kat wad lagi.

Sekarang Qaisara da sebulan.
Tak tahu bila ada kekuatan nak tengok lagi.
Actually, masa aku pegi tengok Qaisara tu, baru lepas dialisis, straight naik wad.
Dengan suami la of coz...
Jadi, masa aku tengok tu, aku yang beriya-iya tengok dekat.
Suami duduk jauh je.
Borak-borak ngan Pak Itam (ayah Kak Ika).

Masa nak balik, suami pesan bagi duit kat baby.
Pastu aku cakap la, "Abang bagi la...abang belom tengok pon baby kan?"
Jadi suami pon cepat bagi, tengok sekejap, dan minta diri untuk balik.

Rupa-rupanya, masa kami turun daripada wad tu, suami kata, dia sedih tengok baby girl.
Die rindu Arissa.
Sebenarnya aku pon rindu, dan x tahan bila tengok baby Qaisara, tapi aku tahan je sedih aku.
Memang niat nak melawat kan?
Bila suami cakap macam tu, serta merta aku rasa bersalah bila suruh suami bagi baby duit tu.
Sebab masa suami bagi duit tu la, suami tenung muka baby.

Qaisara, Mak Long x dapat visit awak selalu-selalu k?
Lagi-lagi bila awak masih baby ni.
Tunggu besar sikit, maybe Mak Long dan Pak Long ada kekuatan visit awak lagi.
Mak Long doakan Qaisara membesar dengan sihat di samping kakak Mia dan abg Hakim, k?
Nanti-nanti kalo Pak Long ok dan ada kelapangan Mak Long datang visit awak.

Ok, Kak Ika, Yana rindu akak jugak.
=)




Friday, 23 August 2013

Rindu Lagi~



Semalam masa tengah tunggu suami beli lemang.
Tiba-tiba je, tiba-tiba rasa rinduuuuuu yang amat kat puteri aku.
Bila tiba-tiba dapat perasaan macam ni, mula la aku meleleh-leleh airmata.
Huuuuu, sedih tak boleh nak cakap.
Terus flashback segala memori yang ada.
Lengkap terbayang wajahnya yang comel.
Segala detail aku boleh nampak.
Segala perincian semasa hari dia pergi aku ingat.

Seboleh-bolehnya, aku taknak macam ni.
Once aku menangis bila rindukan Arissa.
Payah nak stop.
Wuuu....wuuu...wuuu.....
Ibu rindu Arissa.

Kalo Arissa masih hidup, mesti Arissa da pandai berlari.
Mesti Arissa da pandai bercakap memanggil Ibu dan Ayah.
Mesti Arissa da pandai merajuk.
Dan mesti Arissa boleh selalu playdate dengan Khayra.
Need to stop right here.
Airmata meleleh lagi.

Al-Fatihah buat puteri kesayanganku.

Friday, 7 June 2013

Dugaan Kami Adalah Hadiah Buat Kami...~

Aku pernah cerita kat sini.
One of my friend yang sama macam aku dialisis.
She's pregnant for second time.
Dan aku sangat gembira bagi pihak dia.
Kerana aku tahu betapa sukarnya kami, pesakit dialisis nak mendapat zuriat.

Dan baru-baru ni aku mendapat perkabaran sedih dari dia.
Dia juga bersalin awal.
Di saat kandungan baru masuk 6 bulan.
Ya Allah, serta merta teringat, aku juga bersalinkan Arissa pada saat kandungan 6 bulan setengah.
Dan, kedua-dua bayi sahabatku hanya sempat menjenguk dunia selama setengah jam sahaja.
Ya, sahabat ku memperolehi puteri kembar yang akan setia menantinya di syurga nanti.

Ya Allah, tabahkan hati sahabatku.
Tenangkan hatinya menerima kasih sayangMu.
Aku dan dia redha, kerna kami tahu, kami diberi hadiah puteri syurga yang akan menanti kami disana.

Di saat aku menerima perkabaran itu.
Airmata ini bergenang kembali.
Teringat pada Arissa.
Berfikir juga, adakah ini nasib kami.
Bolehkan kami mengecapi kebahagiaan bersama zuriat tersayang.
Suatu hari nanti???

Tuesday, 27 November 2012

Kerinduan Ibu Pada Nur Arissa Adni

Sebenarnya, aku kerinduan, kerinduan yang tak tertanggung. Rindu pada Nur Arissa Adni. Smalam pos entry Siapa Nur Arissa Adni?. Aku sangkakan aku sudah cukup kuat untuk mencoretkan segala kenangan bersama Arissa, rupanya aku silap. Perasaan ku tewas di kala jari-jemari ini ligat menekan keyboard.

Sesungguhnya aku amat merindui si kecil kesayangan ku.

Arissa,
Ibu tau Arissa bahagia di sana.
Ibu merindui Arissa.
Tak puas rasanya menatap wajah comel Arissa.
Tak puas rasanya memegang jari-jemari halus Arissa.
Ibu rindu menggelikan tapak kaki Arissa.
Tatkala Ibu menggelikan tapak kaki Arissa, dapat Ibu lihat kerutan di dahi Arissa menahan geli.

Maafkan Ibu ye Arissa, Ibu suke kacau Arissa tido.
Arissa, betapa rindunya Ibu dengan Arissa.
Ibu dan Ayah rindu Arissa.
Arissa selamanya puteri di hati Ibu, puteri dunia dan akhirat Ibu.
Tidak Ibu sangka, nama Adni yang Ibu dan Ayah pilih, Adni adalah salah satu nama syurga Allah S.W.T sememangnya milik Arissa.
Ibu pasti Arissa gembira di sana.

Arissa,
Arissa tahu tak, Ibu ade menyayangi bayi yang miriipppp Arissa. Nama baby tu Khayra Mustika.
Comel sangat macam Arissa.


=D

Monday, 26 November 2012

Siapa Nur Arissa Adni ?

Pada sesiapa yang baru membace blog aku, mesti korang tertanya-tanya siapa Nur Arissa Adni.
Okey, aku akan ceritakan serba ringkas siapa Nur Arissa Adni. Nur Arissa Adni Binti Muhammad Taufik adalah puteriku, puteri kesayangan ku.

Thursday, 22 November 2012

Khayra Mustika

Di saat aku menulis entry ni, aku x publish terus, aku save dulu, aku perlu minta kebenaran dari tuan empunya Khayra Mustika, iaitu Mommy dan Daddy die.

Okey, siapa Khayra Mustika? Secantik nama diberi, Khayra Mustika adalah baby yg aku sayang setakat ini, selepas aku kehilangan Nur Arissa Adni. Kenapa???
Semuanya kerana ini,

Monday, 19 November 2012

Pelangi Senja

Setiap kali lagu ni keluar kat radio, aku x bley tahan perasaan aku. Aku terlalu rindukan Arissa.
Orang mungkin x paham, dan xkan paham, mereka x melalui sendiri ape aku lalui.
Ya, pelangi aku adalah Arissa, yg cuma dipinjamkan seketika . Sampai sekarang masih merindui Arissa dan akan selamanya merindui Arissa.


Friday, 16 November 2012

Tanggal 14 November

14 November 2012,
Genap aku berumur 26 tahun, alhamdulillah masih bernafas lagi di bumi Allah ini.

Wednesday, 17 October 2012

Setahun Masa Berlalu

Sedar x sedar, setahun masa berlalu....
21/10 ni besday Arissa...

Arissa,
Ibu rindu Arissa,
Ibu selalu ingat Arissa,

Ibu terbayang-bayang anak Ibu yg comel,
Arissa adalah pinjaman dr Allah yg paling comel,
Tak akan Ibu lupakan .

Arissa akan sentiasa di hati Ibu.

Monday, 14 May 2012

Arissa~Arissa Tahu Tak...~?

Assalamualaikum Arissa...
Arissa..
Arissa tahu x kisah hidup ibu..?
Semenjak Ibu di diagnos dgn sakit Ibu..?



Monday, 7 May 2012

Perasaanku Atau Kebetulan...?

Adakah ini hanya perasaan ku..?
Atau hanya kebetulan...
Di saat aku melihat gambar itu,
Serta merta terbayang setiap perincian wajah kecil Arissa.

Sunday, 6 May 2012

Arissa...Ibu Rindu~

Arissa...
Ibu rindu...
Sekali lagi Ibu menangis,
Ibu ingat Arissa,
Ibu tak boleh tido~

Tuesday, 24 April 2012

Malam Yang Panjang...

Hmmm...terasa panjang malam ni..
Ibu rindu Arissa,ibu x boleh lelapkan mata,
Terbayang-bayang di mata Ibu wajah Arissa yg kecil molek,
Ibu rindu sangat pada Arissa,

Thursday, 19 April 2012

Sesungguhnya Hati Ini Tidak Sekuat Disangka~

Hati ini amat merindui,
Hari ini, hati ini menangis lagi,
Nur Arissa Adni,
Ibu amat merindui Arissa,
Ibu tau Arissa bahagia di sana,

Monday, 16 April 2012

Bagaimana...?

Bagaimana..~
Harusku tahan hati ini,di saat melihat teman lain bersama bayi mereka,

Bagaimana..~
Harusku berkongsi kegembiraan mereka, di saat aku merindui Nur Arissa Adni,

Kenangan Terakhir ~




Kenangan terakhir Ibu bersama Arissa.

Video ini suami ku ambil pada 13hb November 2011, sehari sebelum Arissa pergi meninggalkan ku.

Hanya video ini yg menjadi pengubat rindu di hati.

Nur Arissa Adni lahir ketika berusia 6 bulan setengah, selama 24 hari perkembangan Arissa semakin baik. Video ini diambil ketika Arissa berusia 23 hari, Arissa sgt aktif dan berupaya membuka matanya apabila saya memanggil namanya. T_T

14hb November 2011

14hb November 2011,
Genap aku berumur 25 tahun,
Genap juga 24 hari menjadi Ibu kepada Nur Arissa Adni,
Permata hati yang tidak ternilai pemberian dari Allah S.W.T.