Nuffnang Ads

Tuesday, 24 April 2012

Malam Yang Panjang...

Hmmm...terasa panjang malam ni..
Ibu rindu Arissa,ibu x boleh lelapkan mata,
Terbayang-bayang di mata Ibu wajah Arissa yg kecil molek,
Ibu rindu sangat pada Arissa,

Arissa,
Ibu di sini,sangat merindui Arissa,
Ibu berdoa Arissa juga rindukan Ibu,
Saban malam, Ibu sukar melelapkan mata,
Ibu rindu Arissa,

Ibu rindu memanggil nama Arissa,
"Arissa....~"
Dan Arissa akan buka mata Arissa yg kecil dan sepet tu,
Untuk melihat Ibu dan Ayah datang,

Arissa,
Betapa Ayah dan Ibu rindu ingin memegang tangan Arissa,
Arissa suka menggerak-gerakkan tangan Arissa bila kami memegang tangan Arissa,

Arissa,
Ibu suka melihat Arissa mengerutkan dahi Arissa,
Ketika Ibu membuka selimut yg melindungi incubator Arissa daripada cahaya lampu,
Ibu tau Arissa silau,
Ibu kacau Arissa tido ye....

Arissa,
Ayah suka menggelikan kaki Arissa yg comel tu,
Dan Ibu geram melihat kaki Arissa yang comel itu kegelian..
Ibu dan Ayah suka kacau Arissa tido kan...

Arissa,
Ayah dan Ibu rindu Arissa.

No comments :

Post a Comment