Nuffnang Ads

Sunday, 6 May 2012

Arissa...Ibu Rindu~

Arissa...
Ibu rindu...
Sekali lagi Ibu menangis,
Ibu ingat Arissa,
Ibu tak boleh tido~

Arissa...
Dah lama Ibu tidak pergi menziarahi pusara Arissa,
Maafkan Ibu,
InsyaAllah...Esok Ibu dan Ayah akan menziarahi pusara Arissa.

Arissa,
Tiada apa yg mampu Ibu ucapkan,
Hanyalah kerinduan Ibu pada Arissa,
Arissa permata hati Ibu,
Arissa sentiasa dalam hati Ibu.

Arissa,
Ibu sentiasa mendoakan Arissa di sana~
Ibu tahu Arissa bahagia disana.
Ibu tahu Arissa bergembira disana,

Arissa...
Ibu bermohon kepada Allah Yang Maha Esa,Yang Maha Pengasih,
Supaya Ibu diberi kekuatan dan semangat untuk sentiasa merindui Arissa~
Seumur hidup Ibu...
Arissa adalah Puteri di hati Ibu~
Permata di hati Ibu...
Selamanya~

No comments :

Post a Comment