Nuffnang Ads

Tuesday, 8 May 2012

Aku Tidak Harap Mereka Faham~

Mereka tidak mengerti,
Mereka juga tidak faham,
Jauh sekali hendak cuba memahami,
Mereka sanggup melakukan sesuatu melukakan hati,
Kerana mereka gembira jika dapat berbuat begitu.

Mereka tidak akan pernah mengerti,Mungkin jika ianya berlaku pada diri dan keluarga mereka,
Barulah mereka mengerti,
Barulah mereka faham,
Aku bukannya meminta diberi sakit yang akan memudaratkan diriku.

Tapi jauh sekali mereka akan faham,
Mereka tidak faham,
Segala dugaan yang aku terima,
Mereka bertepuk tangan,
Mereka bersorak gembira.

Dikala aku sakit,
Mereka menuduh ku menipu,
Pura-pura meminta perhatian,
Semoga mereka akan paham,
Andai itu yang berlaku kepada diri dan keluarga mereka.

Mungkin apabila mereka mengalaminya,
Aku doakan agar mereka faham,
Apa perasaan ku selama ini,
Apabila aku sakit,
Mereka mengatakan aku sengaja mau perhatian dan layanan istimewa,
Aku tidak pernah berharap semua itu,

Yang aku minta,
Adalah supaya mereka paham,
Di saat migrain ku menyerang,
Kesakitan itu tidak tertanggung.

Ya,
Mereka selamanya tidak akan mengerti,
Selagi mereka tidak mengalaminya sendiri.



No comments :

Post a Comment