Semalam Khamis, 22/8/2013.
Cuti. Suami pon amek cuti.
Pagi-pagi call Abg Balan di HDU.
Tanya ada mesin kosong tak, sebab aku tak inform diorang awal kan nak datang pagi.
So, Abg Balan kata ada. Suami aku pesan tolong pasang dan readykan.
Kami on d way.
Keluar dari rumah dalam pukul 8.30 pagi macam tu.
Sampai hospital kul 9 pagi.
Mesin da ready, Alhamdullillah.
Prepared jarum dan dressing set.
Da settle.
Dalam kul 1.30 pm macam tu selesai dialisis.
Terus ke Bangi.
Ke Pusat Rawatan Akupuntur Prof. Nik Omar cawangan Bandar Baru Bangi.
Cerita-cerita ngn doktor, doktor kata kita cuba dulu 2 , 3 kali rawatan.
Tengok macam mana aku rasa.
Untuk first time semalam, dalam 11 batang jarum cucuk kat bahagian kanan badan.
Dari pipi sampai kaki.
Bila jarum tu masuk je, automatik badan aku rasa panas.
Macam rasa ada sesuatu meresap.
Hahahaha, "sesuatu" sangat.
Pastu aku macam rasa berdenyut-denyut salur darah aku.
Rawatan tu ambil masa dalam 30 minit.
30 minit la jarum tu tercucuk kat badan aku.
Lepas settle sume, sekali rawatan RM 45.
Aku tak amek ubat-ubat.
Cuma nak try dulu akupuntur.
Terus balik rumah.
Sebab ngantuk sangat.
Suprisingly, aku tido banyak gila semalam.
Dan aku memang suka tido mengiring ke kanan.
Dan bila aku mengiring ke kanan, bangun pagi muka aku jadi sembab dan bengkak sebelah.
Tapi pagi ni tak..!!!
Bengkak sikit la, tapi tak teruk macam selalu.
Selalu mata pon bengkak, ni mata aku tak bengkak pon.
Dan tangan aku pon tak bengkak sangat.
Macam ada berkurang.
Harap sangat rawatan akupuntur ni sesuai untuk aku.
Kalo ada rawatan lain yang sesuai untuk aku untuk saluran darah tersumbat ni,
Boleh la bagitau.
No comments :
Post a Comment