Hehehe, lantak la kan nak cerita sikit.
Padahal ni pergi hari yang sama je.
Sebelum sampai Kampung Luanti Fish Spa tu.
Kami singgah Pekan Ranau.
Shopping-shopping buah.
Best jugak.
Macam-macam buah ada.
Pastu tempat tu sejuukkkk je.. Nyaman.
Macam Cameron Highland.
|
Pemandangan dari atas bukit. Cantik. Lapang je.. |
|
Atas Kiri : Buah Terap.
Atas Kanan : Durian Belanda. |
|
Aku tak suka amek gambar sbb ni la. Macam Ikan buntal je rupanya. |
|
With Ija. |
|
Strawberry. Manis-manis semua. Takde masam pon. |
|
Ini adalah Buah Dalit. Bukan durian ye. Buah ni kecik je. Isi kaler merah. Macam durian la jgk tekstur die, tapi rasa lagi lemak. |
|
Bawah : Buah Bambangan. |
|
Tengok isi die kaler merah. |
|
Ini Buah Terap. Bukan kami makan. Orang lain makan. Kami snap gambar nk tunjuk isi die macam mana. |
|
Muka gembira dapat buah terap. Kat Semenanjung takde buah ni. Ntah, ke aku yg tak penah jumpa? |
|
Semangat pilih Salak. Hahaha. Aku haruslah sibuk update Foursquare. |
|
Abang :"Nak banyak mana ni?"
Aku : "Beli la ikut suka." |
|
Tak habis lagi pilih salak. |
|
Pemandangan sebelum sampai Ranau. Sejuk gila. Tak payah bukak aircond. |
|
Jeff dan Ija. Tgk tu Jeff da borong berapa banyak. |
|
Terap lagi. |
|
Dalit. |
|
Ada Manggis juga. Kanan tu Buah Bambangan. Bawah Kiri tu Buah Mata Kucing. |
|
Limau kecik. |
Selesai sesi membeli belah buah-buahan.
Ija ada beli Buah Lemak Manis.
Buah tu rasa macam kuih pon ye.
Lupa nak amek gambar.
Jadi aku Google je la ye.
|
Buah Lemak Manis. Pinjam gambar dari blog orang. Rasa buah ni serius macam kuih. |
No comments :
Post a Comment