Nuffnang Ads

Wednesday, 24 April 2013

Entry Mengenang Kembali~

Tiba-tiba terasa nak buat entry mengenang kembali.
Mengenang kembali apa?
Mengenang kembali masa aku bertunang.
Wakakaka... katanya asyik dengar orang bertunang kan?
Tahniah kepada cousin aku Ija dan officemate Sarah dan Fauzan.
Mereka selamat bertunang minggu lalu.

Meh kita upload gambar aku tunang plak
Mih mih mih.
Aku tunang pada tanggal 2 Ogos 2009.
Wahh...lama dah.
Kawin pon da lama.
Tapi aku feeling pengantin baru lagi.
Ye la..masih berdua kan... Mesti la feeling pengantin baru lagi.

Posing malu-malu buaya. Muahahahah....!!!




Kenduri-kendara

Last Sunday cousin kita kahwin dan tunang.
Bukan la majlis nya tunang terus kahwin.
Majlisnya menyambut menantu utk abg yg sulung dan tunang utk Ija.
Heheheh...
And guess what?
I iz pemalas.
Baru sedar satu gambar pon takda.

Hahahah.. Buruk perangai eh?
Pegi kenduri tapi tak amek gambar.
Serius aku lupa.
Sebab makcik aku masak lauk tempoyak daun kayu tu.
Wahhh...lama gila tak makan.
And sedap. Macam Ibu kita masak jugak.

Sebabkan takde gambar, nescaya entry ni jadi macam entry tak bermotif.
Huahuahuahua....

Wednesday, 17 April 2013

Berderet-deret Apointment

Semalam sampai je kat HDU.
Staff Nurse Naseha dgn Staff Nurse Palami suh aku pegi amek appointment.
Appointment ape lagi?
Haish...
Dorang kata kene amek appointment Klinik Kardiologi.
Check jantung.
Aku ingat suh amek appointment ultrasound lagi.

Staff Nurse : Kene amek appointment ni waktu office hour. Awak bley pegi tak?
Aku : Adoi, penat. Nanti la saya tgk macam mana.

Pastukan Doktor tiba-tiba nak emo sbb aku tak pegi amek appointment utk ENT.
Eleh...siap cakap "Membazir masa saya".
Menyampah. Sentap aku.
Terus call hubby.
Suh hubby mintak keluar awal.
Datang sebelum kul 5.
Amek semua appointment.
Appointment Kardio dgn ENT.

Settle. Sayang suami saya.
Hubby sampai kul 4.
Terus g Klinik Kardiologi dgn Klinik ENT.

Jadi kesudahannya, berderet-deret appointment aku bulan depan.

3/5/2013 : 10 am : Klinik Kardiologi
9/5/2013 : 2 pm : Appointment Ultrasound
22/5/2013 : 10 am : Klinik ENT

Hmm...penat jugak kadang-kadang melayan semua ni.
Tapi kalo betol ada rezeki aku.
Aku berdoa kepada Allah semua dipermudahkan.




Tuesday, 16 April 2013

Pizza

Semalam beli Islam Pizza.
Teringin sbb ada sekali tu, tgh syok makan cendol, ade makcik meja depan kitorg tu makan Islam Pizza tu.
So semalam lepas keluar office.
Terus ke Bandar Seri Putra.
Beli Pizza.

Tengah excited tunggu pizza.
 Macam best je nampak kan.
Topping die pon banyak. Tapi nak tau ape yg tak best nye?


Ni haaa...
Tau ape yg putih tu. 
Yang sebeban die latak atas pizza tu.
Aku mati-mati la ingat cheese.
Muka da kegembiraan dah.
Sbb murah, RM 6.90 je.
Pastu melambak-lambak cheese kan.


Hoih, rupa-rupanya itu adalah mayones.
Ye ke mayones?
Tapi serius aku mmg rasa mayones.
Dan ada lah nak termuntah aku makan mayones macam tu punya banyak.
Tertipu aku. Mmg patut la murah kan?
Huuwaaaaa......!!!!
Nak pizza betol. Domino's ke, Pizza Hut ke.
Sape nak belanja?
Hehehe...

Monday, 15 April 2013

Sabah Part 5 : Air Panas Poring

Semalam terbuat entry Fish Spa, tapi aku letak tajuk Air Panas Poring.
Hehehe. Tersilap.
Jadi hari ni meh upload gambar kat Air Panas Poring.
Balik dari Fish Spa, terus pegi Air Panas Poring.
Tempat die best.
Macam air terjun.
Tapi ada air panas.
Macam hutan reakrasi laaa...

Tapi diorg da upgrade.
Kalo nak mandi air panas yg pirvate.
Ada bilik-bilik.
Dalam tu ada kolam kecik macam jakuzi.
1 bilik muat 4 orang.
1 bilik yg biasa RM 30 kot untuk sejam.
Hahaha.. aku tak ingat.
Main kot-kot je.

Dalam bilik tu aku tak amek gambar.
Sebab masing-masing da sibuk terus meloncat masuk kolam.
Bila da selesai mandi baru amek gambar. 


Amboiihh..berpelukan. Muahahah...

Laki saya sibuk jugak nak suruh amek gambar.

Ini bukan air panas. Ini die punya air terjun. Ke sungai eh?

Cantikk...!!!




Kesayangan saya.

Aircond Panas

Aku ada citer tak
Aircond kat office aku ni cacat sket.
Panas.
Baik pasang heater.
Cmne eh?

Stress aku duk dalam office tengah-tengah hari ni.
Berpeluh-peluh.
Da banyak kali mintak tukar.
Tapi spare part dia takde kat sini.
Motherboard dari Hong Kong.
Terpaksa la menahan kepanasan.

Sabah Part 4 : Shopping Buah-buahan

Hehehe, lantak la kan nak cerita sikit.
Padahal ni pergi hari yang sama je.
Sebelum sampai Kampung Luanti Fish Spa tu.
Kami singgah Pekan Ranau.
Shopping-shopping buah.
Best jugak.
Macam-macam buah ada.
Pastu tempat tu sejuukkkk je.. Nyaman.
Macam Cameron Highland.

Pemandangan dari atas bukit. Cantik. Lapang je..

Atas Kiri : Buah Terap.
Atas Kanan : Durian Belanda.


Aku tak suka amek gambar sbb ni la. Macam Ikan buntal je rupanya.

With Ija.

Strawberry. Manis-manis semua. Takde masam pon.

Ini adalah Buah Dalit. Bukan durian ye. Buah ni kecik je. Isi kaler merah. Macam durian la jgk tekstur die, tapi rasa lagi lemak.

Bawah : Buah Bambangan.

Tengok isi die kaler merah.

Ini Buah Terap. Bukan kami makan. Orang lain makan. Kami snap gambar nk tunjuk isi die macam mana.



Muka gembira dapat buah terap. Kat Semenanjung takde buah ni. Ntah, ke aku yg tak penah jumpa?

Semangat pilih Salak. Hahaha. Aku haruslah sibuk update Foursquare.

Abang :"Nak banyak mana ni?"
Aku : "Beli la ikut suka."


Tak habis lagi pilih salak.

Pemandangan sebelum sampai Ranau. Sejuk gila. Tak payah bukak aircond.



Jeff dan Ija. Tgk tu Jeff da borong berapa banyak.


Terap lagi.

Dalit.


Ada Manggis juga. Kanan tu Buah Bambangan. Bawah Kiri tu Buah Mata Kucing. 


Limau kecik. 

Selesai sesi membeli belah buah-buahan.
Ija ada beli Buah Lemak Manis.
Buah tu rasa macam kuih pon ye.
Lupa nak amek gambar.
Jadi aku Google je la ye.

Buah Lemak Manis. Pinjam gambar dari blog orang. Rasa buah ni serius macam kuih.

Sunday, 14 April 2013

Sabah Part 2 : Pulau Sapi

Hari Jumaat. Hari ke-5 kat Sabah.
Pagi bangun, Kak Oli tolong hantar sampai Jesselton.
Jesselton ni jeti untuk pegi pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu.
Hari tu kami sampai dalam 11 pagi.
Tak sempat nak round 2 pulau.
Jadi amek pakej 1 pulau je.
Seingat aku, tambang bot je RM 30 sorang.
So kami 2 orang, RM 60.

Pergi Pulau Sapi.
Tak snorkeling pon.
Sebab aku adalah malas melampau.
Leceh nak salin-salin baju.

Tengok je lah gambar.
Aku malas nak buh caption.
Da tak ingat sangat dah.









Biawak Pulau Sapi.

Kesimpulannya, Pulau Sapi banyak biawak.
Besar-besar plak tu.
Tak takut orang. Peramah.
Aku yang takut.
Hahaha, banyak lagi gambar biawak.
Tapi malas nak upload banyak-banyak.


Sabah Part 3 : Kampung Luanti Fish Spa

Hari ke-7 kat Sabah.
Kami pergi Poring, Fish Spa.
Ija jadi tour guide.
Jauh perjalanan.
Sewa kereta je.
En.Suami drive.
Lenguh bontot dalam kereta.
Nak sampai kat Fish Spa tu je 3 jam dalam kereta.

Nak masuk kene bayar jugak.
Tapi aku tak tau berapa.
Ija sebuk nak bayarkan. (Arghhh..tarik rambut. Sampai Sabah mmg duit aku tak laku)

Nampak tak ikan tu? Besar baq hanggg. Ikan kelah. Menjerit-jerit aku.

Suami seronok. Dia kan suka ikan. 
Ni ikan kelah.
Memang lepas bebas kat sungai tu.
Sungai Moroli tak silap aku.
Cantik sungainya.
Ikan-ikan dia pon peramah. Tak takut orang.
Aku je takut, sebab die sedut-sedut kaki.
Gila geliii....!!!

Tersengih kat atas tebing je. Tak berani masuk. Tapi pastu Ija tarik aku masuk sungai.
Mula-mula aku tak berani nak masuk
Ikan besar-besar.
Pastu ade plak yg ikan kecik-kecik ni, siap gigit plak sket.
Terkejut aku. Melompat naik tebing balik.
Pastu Ija tarik. Haa..terjerit-jerit la menahan geli.