Life aku tak macam orang lain.
Hospital is my second home.
Staff kat hospital dan patient-patient semua da macam family.
Bayangkan, aku lagi kerap jumpa orang kat hospital berbanding family sendiri.
Entry ni sekadar berkongsi pengalaman.
Juga untuk family and friends yg nmpk kalo-kalo anak-anak anda semua ada simptom macam yang aku cerita, terus bawak jumpa doktor.
Aku sakit sejak kecik, umur 8 tahun.
Umur 8 tahun tu, Ibu aku perasan muka aku bengkak setiap pagi.
Nasib baik Ibu dan Ayah perasan simptom-simptom pelik tu.
Terus Ibu dan Ayah bawak aku g SJMC (Subang Jaya Medical Center). *Skang dah tukar nama rasanya.
Aku disahkan mengidap penyakit Nephrotic Syndrom.
Kerosakan buah pinggang atau lebih mudah, buah pinggang bocor. Hahahah....
Macam tu lah yg doktor terangkan kat aku.
Correct me if I'm wrong my dearest cousin. (Kak Long, Kak Ida, Kak Lang, Kak Ai)
Fungsi buah pinggang sebagai penapis tu yg bocor, kira penapis tu bocor.
Jadi semua kotoran yg patut buah pinggang tapis terlepas dalam darah.
Tapi doktor kata, sepatutnya aku kene SLE dulu baru Nephrotic Syndrom.
Tapi aku terbalik, dapat Nephrotic Syndrom dulu.
So doktor kata kene prepared kemungkinan dapat SLE.
Pada umur aku 11 tahun.
Aku disahkan mengidap SLE.
Simptom-simptom yg ada pada aku adalah sakit sendi.
Sakit seluruh sendi satu badan.
Gilaaa.... Nak genggam tangan tak boleh.
Sampai kan nk pakai butang seluar jeans pon aku x mampu.
Masa tu aku rahsiakan dari Ibu.
Takut nak masuk hospital punya pasal.
Sanggup mintak tolong Wawan pakai kan aku seluar dan baju.
Boleh bayangkan tak sampai pakai baju pon tak boleh.
Betapa sakitnya semua sendi-sendi aku.
Tapi akhirnya Ibu perasan sebab makin hari aku berjalan pon macam orang cacat.
Lutut bengkok semua, pegang sudu pon nak menangis.
Again, admit kat SJMC.
Doktor yg sama merawat aku, Doktor Indon Bte Lajin.
Doktor ni baik sangat. Aku takkan lupa jasa Doktor Indon merawat aku sepanjang di bawah pantauan dia.
(Wah, aku baru tau Doktor Indon ni Ex-Georgian, bangga...! Masa aku bawah pantauan dia, aku belom masuk form 1 kat KGV lagi. Jadi dia sure tak tau aku pon Georgian)
Lama aku di bawah doktor ni, dari umur 8 tahun hingga 12 tahun.
Masa umur 12 tahun, Ayah tak lagi bekerja di 3M.
Jadi kami tidak dapat rawatan sebagai panel hospital di SJMC.
Ayah mintak aku direfer kan Hospital Seremban.
Kami tak mampu lagi untuk dapatkan rawatan di SJMC.
Gila mahal baq hanggg....
Masuk Hospital Seremban, aku masih bawah Peadiatrik.
Sebab aku masih bawah 21 tahun. Special case sbb SLE.
Di Seremban, aku di bawah pantauan Doktor Lee Ming Lee.
Serius Doktor ni comel gila. Baik gila jgk..
(Eh,berapa banyak gila? Hahahah...)
Ada satu masa tu, aku tak lalu makan, sebab terlampau banyak makan ubat, lidah aku jadi bercendawan.
Serius, ada putih-putih kat lidah, macam baby kene putih-putih susu tu.
Tapi sakit, nak makan pon takboleh.
Bertambah takde selera. Dah la da nk mcm orang gila aku duduk dalam wad 3 bulan.
Tapi Doktor Lee baik sangat, siap belanja KFC. Siap tnya aku nk ape, Pizza ke KFC.
Tapi da lidah sakit kan, KFC pon aku x mampu nk makan.
Pengalaman dalam hospital banyak.
Pengalaman pahit, pengalaman manis.
Prosedur biopsy yg membuatkan aku tak boleh berjalan hampir sebulan.
Sebulan atas wheel chair.
Mandi berak semua Ibu yg tolong.
Ya Allah, ko ampuni kan lah dosa kedua Ibu Ayah ku.
Kau bahagiakan lah mereka di dunia dan akhirat.
Jasa Ibu dan Ayah takkan dapat aku balas sampai mati.
Pengalaman kimoterapi selama 2 tahun.
Tapi itu semua aku citer lain kali.
Byk lagi nak citer.
Belom habis.
Nanti-nanti lah sambung.
Skang ada keje.
Kbai..!
No comments :
Post a Comment