Dan hasilnya, hari ni aku demam. Yayyy…!!!
Pasrah tangan kene cucuk dua-dua belah. =(
Apa itu venografi?
Venografi ialah ujian radiologi untuk vena dengan menggunakan X-ray selepas
suntikan medium kontras ke dalam vena melalui jarum atau kateter. Venografi
boleh dikira sebagai satu prosedur invasi untuk “melihat” saluran darah vena.
Kenapa saya memerlukan a venogram?
Kenapa saya memerlukan a venogram?
Prosedur ini diperlukan apabila vena perlu ditunjukkan secara jelas atau apabila kaedah-kaedah lain tidak berjaya dilaksanakan. Venografi boleh dilaksanakan untuk menunjukkan vena pada anggota badan di bahagian bawah, atas, pada kepala dan vena yang lebih besar dalam dada atau di dalam abdomen.
Venografi biasanya dijalankan untuk menunjukkan vena di anggota badan di bahagian kaki untuk mencari bekuan darah di dalamnya dan untuk ‘melihat’ vena ini sebelum pembedahan atau rawatan. Venografi juga penting untuk menilai vena varikos dan juga sebarang keganjilan tentang vena.
Apakah persediaan yang diperlukan untuk venogram?
Pesakit mungkin perlu berpuasa untuk 6 jam sebelum pemeriksaan. Venografi pada kepala atau organ-organ dalam abdomen akan memerlukan anda berada di hospital selama sehari, disebabkan pemeriksaan ini lebih memerlukan kebolehan teknikal. Tiada ubat bius atau rawatan ubat pelali disebabkan pemeriksaan tidak menyakiti pesakit, tetapi kerjasama pesakit diperlukan dalam keseluruhan pemeriksaan ini. Pesakit perlu bersetuju sebelum pemeriksaan dijalankan.
Apa akan dilakukan semasa venografi?
Pesakit perlu berbaring di atas meja X-ray semasa fluoroskopi dan ini mungkin dijalankan di dalam bilik angiografi . Jarum atau kateter akan diselitkan ke dalam vena melalui kulit pesakit. Tempat kulit ditebuk (cannulation) bergantung kepada vena yang perlu diperhatikan. Medium kontras akan disuntikkan ke dalam jarum atau keteter dan imej X-ray akan diambil di lokasi vena tersebut. Selepas itu, Pakar Radiologi yang bertugas akan menilai imej-imej yang diambil.
Adakah risiko terdapat dalam ujian venografi?
Risiko di dalam venografi adalah minimum. Terdapat rasa kehangatan apabila medium kontras disuntik ke dalam vena, tetapi ini biasanya tidak kekal dan akan hilang dalam beberapa saat. Tiadanya kesan sampingan jangka masa panjang dengan pemeriksaan ini. Untuk punktur yang melibatkan groin, rehat dalam katil di galakkan untuk memastikan pendarahan yang berpanjangan tidak berlaku. Pesakit yang mempunyai asma atau lelah dan alahan yang lain patut memberitahu doktor. Contohnya, pesakit memerlukan venogram pada kakinya dan terdapatnya bukti jangkitan dalam bahagian kakinya patut dirawat dahulu sebelum ujian venogram.
Wow.... majunyer perubatan. Br taw!
ReplyDeleteMemang maju, procedur tukar darah yg ade dlm badan pon ade skang.
Delete