Ok, ini bagi menjawab soalan rakan-rakan,
"Kenapa aku tak boleh minum banyak air?"
Had yang ditetapkan untuk satu hari hanyalah 500ml untuk SATU HARI, x best langsung. Kalo ko dapat air best macam fresh oren, camne??? Kan rugi. Mana ko nak breakfast minum Kopi, mana ko nk lunch minum Milo Ais, mana ko nak dinner minum Fresh Orange, mana ko nak makan ubat lagi bile malam. Haaaa...x dapek de nak minum yang best-best.
Untuk pengetahuan semua, sebab musababnya adalah kerana, bila buah pinggang ko da rosak, buah pinggang ko tak mampu memproses air yang ko minum untuk dijadikan air kencing. Hehehe, so, korang paham la kan, kami pesakit dialisis ni, kalo da lama sangat, kami akan hilang nikmat untuk kencing.
Tapi macam aku, aku masih berupaya untuk kencing, cuma kuantiti kencing tu tak banyak la.
Contoh ;
Minum : 1000ml air
Kencing yang dikeluarkan : 200ml
Jadi, mana pegi balance lagi 800ml tu??? Haaa...itu la yang akan membahayakan kami kalo kami minum lebih air. Air-air yang berlebihan tu akan pergi ke jantung, ke kaki, ke peparu. Jadi kalo air da penuh kat jantung dan peparu tu, tu la jadinya sesak nafas dan batuk-batuk. Jantung akan bengkak, hmm...doktor kata bahaya jantung bengkak ni, tapi lupe plak nak tnye pasal ape bahaya. Heheheh...
Kalo jadi macam tu, pengsan woooo...tak boleh tido satu malam. Tibe-tibe aku akan rase rindu dengan mesin dialisis. Sebab mesin dialisis la akan membantu aku mengeluarkan air yang berlebihan dalam badan aku.
Macam mana kita nak tahu berat yang sepatutnya? Okey, itu doktor yang tolong kira, doktor akan X-Ray jantung, tgk jantung bengkak ke tak dan macam-macam lagi perlu doktor kira. Hehehe...
Contohnya, doktor tetapkan dry weight aku, 38kg. Kalo sebelum dialisis aku timbang 40kg, maknanya kene la setting mesin tu untuk tarik air 2kg. Itu la yang dinamakan tarik air.
Tapi, kalo berlebihan tarik dari dry weight yang ditetapkan, maka akan terjadi la episod kaki cramp macam nak mati, dan aku akan meraung sekuat-kuat hati. Wakakaka, hanya staff-staff kat Unit Heamodialisis Hospital Serdang je tau macam mana dasyatnya kalo aku meraung-raung tu. Da takde perasaan malu da, sakiitttt woiiiii kalo cramp. Insaf sekejap takmo tarik banyak-banyak dah.
Tapi selalunya pesakit dialisis ni memang degil tahap ketegaq. Time sesak nafas je insaf, pastu buat balik. Jarang la aku jumpe pesakit dialisis yang berdisplin (terutamanya kat tempat aku dialisis la).
Dan mereka mati hidup semula pon takkan mengaku mereka minum banyak air, (hahaha, aku la tu).
Tapi walaupon tak mengaku, bila da sesak nafas, confirm la semua orang kt Unit Heamodialisis Hospital Serdang tau aku minum banyak air.
Dan, kalo aku kerja yang perlu melibatkan aku berjalan banyak, automatik la minum banyak kan??? Sebab kalo ko da berjalan satu kilang, tak haus ke tekak ko weiii....huhuhu....
Nuffnang Ads
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
akak pernah rasa kena catu air dek doc di hosp, seksanyalah... curi2 juga minum air.. apapun hopefuly IA sentiasa ikut nasihat doc juga.. untuk kesihatan diri juga...
ReplyDeleteHeheh, memang seksa kak, lagi2 kalo terlebih minum tu, sesak nafas teruk, smpai baring nk tido pon tak boley. Tu yg kene beringat tu, tp kali cuaca panas, langgar juga pantang. huhuhu
Deletesebelum ni sy pun ikut gak limit minum air 500 ml tu.. makan pun kering2 jer.. bayangkan la makan nasi tanpa kuah cmne.. tp bila timbang,, tetap bnyk air gak.. x tau dtg dari mana, last2 tgk dah cmni, terus mls nk catu2 lg dah.. catu ikut pada keadaan badan jer.. Alhamdulillah setakat ni cuma sekali jer smpai air masuk paru2.. tu pun gara2 ada buat kenduri kt rumah..
ReplyDeleteDulu...masa mula-mula sakit, memang catu. Tapi sekarang tak larat dah nak catu. Tapi dah pandai control la... Takde la rasa nak teguk air je. Kalo lepas makan pon, cukup seteguk air kosong. Lama-lama biasa tak minum byk. =)
DeleteSalam..sy baru diuji dengan pnykt ni..
ReplyDeleteSedih betul tgk org sakit buah pgg...mak aku sakit jugak...betapa sukarnye hidup die tanpa bantuan ahli keluarga...kerajaan buatlh pusat dialisis byk2
ReplyDelete